Thursday, December 18, 2008

2 Perkara Berguna

Ada sesiapa perasan yang kalau kamu hanya tonton RTM1, kamu akan dapati yang Malaysia sentiasa dalam keadaan yang tip top? Sepanjang masa, tanpa mengira sebarang masalah, skala global atau skala rantau asia tenggara, Malaysia sentiasa tip top dan hampir sempurna.


Keadaan kelam kabut di luar rumah kamu? Perarakan ribuan orang yang tak puas hati (tanpa mengira sebab)? Kalau ini berlaku dan kamu rasa takut? Cepat-cepat tukar rancangan ke RTM1, otak dan perasaan kamu akan diberi ubat. Secara automatik, kamu berasa tenang kerana sekarang kamu telah di'sedar'kan bahawa perarakan tersebut sebenarnya kecil.. cuma ada 10 peserta. Apa-apa sentimen tidak puas hati 10 orang tersebut adalah tak relevan, kamu di-assure-kan yang mereka bukannya tak puas hati tapi cuma mahu buat kacau sahaja.


Walaupun kadangkala, terasa sangat kuat unsur ke-kartun-an dalam info info yang disiarkan, tapi aku rasa kita tidak boleh pandang rendah kepada kaedah penyebaran propa... erhm... maksud aku penyebaran maklumat oleh RTM1. Kerana apa yang dilakukan siaran tersebut berkesan! Setiap kali, tanpa gagal, dari zaman hitam putih hinggalah ke zaman LCD tv, stesen tersebut berjaya menyumbat masuk info ke dalam otak orang ramai (masses) dan to a certain degree, menentukan tindakan mereka.


Apa pun yang mereka mahu siarkan, siarkanlah, aku tak berapa peduli. Tapi aku ingin mencadangkan agar ditambahkan dua lagi jenis maklumat yang aku rasa rakyat Malaysia sangat sangat perlukan.


1) Pengetahuan Asas Seks:
----------------------------


Orang Melayu Islam (dan orang-orang Asia lain juga mungkin) suka menyembunyikan perkara ini, daripada di akui yang hubungan seks berlaku dengan meluas dikalangan generasi muda, mereka lebih suka tutup mata dan berlakon tak ada apa apa berlaku. Malangnya ini bukan shampoo Johnson & Johnson, boleh setakat tutup mata dan kata "tak pedihkan mata!", ini SEKS! Seks ada akibatnya, selain dari menimbulkan kenikmatan sensual hasil sentuhan kulit dengan pasangan berlainan jantina (atau sama jantina bergantung kepada citarasa kamu), dan keenakan stimulasi bersama alat kelamin masing-masing dek pergeselan penis dengan keseluruhan dinding dalaman faraj (atau dinding dalaman rektum/kolon, juga bergantung kepada citarasa kamu) seks juga turut...jangan terkejut ya kalau kamu belum tahu...mampu menyebarkan penyakit! dan menghasilkan bayi!


STD sememangnya menyakitkan dan memedihkan (bukan pengalaman sendiri). Tapi sekurang-kurangnya ada juga peluang untuk sembuh, kalau kena jangkitan HIV pula bagaimana? Tak ada ubatnya, yang mampu dibuat cumalah melambatkan perjalanan membawa kamu ke peringkat AIDS. Peringat di mana badan sudah tidak mampu langsung melawan sebarang jangkitan, tak perlu selsema burung, selsema biasa sahaja pun sudah cukup untuk menyebabkan kematian.
Sudahlah sakit, terpaksa pula berhadapan dengan stigma masyarakat, yang awalnya tadi cuma tutup mata, tapi sekarang sudah pandai melabel AIDS sebagai Angkara Iblis Dan Syaitan. Lebih menghairankan lagi, selalunya orang yang menggunakan akronim ini jugalah yang tak pandai sebut perkataan AIDS, asyik sebut ED ED ED. ED hotak kau!


Seterusnya.
Bayi pula adalah manusia mini yang terhasil dari hubungan seks tanpa perlindungan. Hasil pancutan beritma air mani lelaki kedalam rahim perempuan yang sedang subur akan membawa kepada percantuman satu sperma (dalam setitik ada berjuta-juta) dengan ovum yang baru dilepaskan atau telah sedia ada dalam sistem pembiakan wanita. Hasil observasi aku sendiri dari membaca akhbar dan menonton berita yang tak pernah lekang dengan cerita bayi dibuang, bayi dibunuh kemudian dibuang, ibu muda bunuh diri, ibu muda kena tikam dengan teman lelaki dan lain-lain, adalah amat jelas sekali bagi aku bahawa para muda-mudi (dan juga dua tiga kerat yang sudah tua) tidak tahu asas pengetahuan tentang proses pembiakan manusia. Sungguh malang! Beratus-ratus, entahkan beribu kes penyiksaan jiwa, pening kepala, kematian, trauma dan sebagainya sebenarnya boleh dihalang sembilan bulan sebelumnya dengan hanya beberapa langkah mudah -beli kondom, sarungkan, buatlah apa yang nak dibuat, jangan tumpahkan isi kandungannya lalu ikat dan buang.
Itupun belum menjamin 100% yang manusia mini takkan dihasilkan, keberkesanan kondom cuma 80% sahaja, meningkat kepada 90% kalau spermicide digunakan. Satu-satunya langkah yang berkesan 100% adalah pengawalan diri dan tak buat hubungan seks langsung.



2) Pengetahuan Asas Nutrisi:
------------------------------


Aku rasa di Malaysia kita terpaksa menerima hakikat bahawa bahan makanan berkhasiat semuanya agak mahal (tapi boleh dielak kalau kamu pandai cari alternatif). Susu mahal, keju mahal, daging mahal, yoghurt mahal, pendek kata kalau kamu mahu menikmati satu hidangan makanan yang tinggi protien, rendah karbohidrat, dan tinggi serat, kamu terpaksa mengeluarkan lebih wang dari biasa. Aku rasa kalau diperhatikan kita boleh membuat kesimpulan ini: Diet harian biasa bagi orang Malaysia, dan Melayu khususnya, selalunya adalah hidangan berasaskan karbohidrat yang banyak + minyak dan susu pekat manis + gula sambil di selang seli dengan sedikit protien dan serat.

Tak hairanlah ramai pakcik pakcik Melayu yang umur baru mencecah 40 nampak seperti sudah lewat 50-an. Bila berjalan kaki menyeret tanah kerana nak membawa beban berat perut yang terkehadapan (perkataan ciptaan sendiri ni). Tak hairan jugalah bila kita asyik terima berita yang pakcik pakcik kita meninggal dunia kerana sakit jantung atau strok. Macam mana tak timbul masalah-masalah kesihatan begini bila amalan harian selama 20-30 tahun adalah setiap pagi melantak roti canai dan teh tarik dan di ulang lagi bila lewat malam tiba sebelum masuk tidur. Makan nasi pula setiap kali, pinggan di isi sampai kelihatan macam sebuah bukit kecil. Lauk pauk kelihatan seperti hiasan bagi nasi sahaja, itu pun digoreng sehingga menitis-nitis dengan minyak dan hilang rupa asalnya.

Aku pun makan juga roti canai dan minum teh (nescafe pilihan aku) tarik. Tapi janganlah sampai setiap hari, setiap pagi, setiap malam dan diulang-ulang sampai berpuluh tahun, itu mengundang maut namanya. Kawal-kawal lah sikit, "man man" kata orang Cina.


Haih...apa pun, aku yakin sekiranya kedua-dua maklumat yang aku nyatakan di atas di siarkan secara meluas di Malaysia, kedua-dua fenomena di atas dapat di elakkan, paling tidak pun dikurangkan dengan drastik. Kemudian barulah Malaysia akan penuh dengan pakcik-pakcik hensem bergaya dan orang muda-mudi yang gumbira.

Kamu gumbira tak?

Tuesday, December 16, 2008

Sangkaan Meleset


Sepanjang kehilangan aku dari blogosfera Malaya (kalau boleh dipanggil kehilangan lah), aku banyak menerima kiriman-kiriman emel yang tak putus putus dari para pembaca. Kebanyakannya, seperti yang kamu mungkin telah jangkakan, adalah gadis muda comel dan seksi tapi innocent, samada mereka berpakaian atau tidak ketika mengirim emel kepada aku...itu terpulanglah kepada imaginasi kamu sendiri.


Isi kandungan emel-emel yang aku terima ini semuanya hampir sama, dan aku rasa mungkin juga turut me-reflect apa yang kamu fikir tentang aku apabila aku hilang. Jadi yang paling utama, aku ingin memberitahu semua supaya tak perlu risau...ianya bukan seperti sangkaan kamu semua.


Walaupun kehilangan aku yang sekejap ini berlaku sebaik sahaja yoga diharamkan, kamu tak perlu takut atau risau, kerana aku bukanlah seperti yang ditanya-tanya dalam ratusan emel yang kamu kirimkan...


Ya! Aku bukan yoga.


Terima kasih.

Monday, November 24, 2008

Earthquake Strips

Strip-strip komik ini adalah hasil karya Coco Wang, seorang komik artis dari China.
Kesemua cerita-ceritanya datang dari keratan akhbar berikutan gempa bumi yang melanda China pada 12 May 08, yang kemudiannya di olah kepada bentuk strip komik.

Aku memang tak sangka langsung beberapa kerat lukisan ringkas mampu meng-convey intipati kejadian sebenar disebaliknya dan seterusnya menyentuh hati aku.

Highly recommended, oh...dan sila sediakan tisu!



More here.

Sunday, November 23, 2008

Cabutan Gambar Bertuah II


Gambar separa lucah (bergantung kepada cara fikir kamu sebenarnya) yang juga ada "aaaaww" factor.

Have a nice day people!

Tuesday, November 18, 2008

Cabutan Gambar Bertuah


Antara hobi aku adalah mengumpul gambar-gambar lawak/pelik/comel. Gore, aku tak minat, dulu aku mampu menatap gambar-gambar sebegitu tanpa reaksi, tapi sekarang sudah tak boleh -jadi muak dan sakit hati.

Dari semua jenis gambar-gambar dalam koleksi aku, aku rasa yang paling tinggi "aaawww" factor-nya adalah gambar haiwan dengan caption. Comel + lawak.

Contohnya gambar di atas ni...comel kan?

Sunday, November 16, 2008

Alam Ria Cuti Sekolah Orang Tua


Aku dilanda kesaktian selama satu minggu. Jangkitan bakteria pada tekak yang sungguh ajaib! Apabila digabungkan dengan ponstan, kombinasi keduanya telah berjaya menghantar aku bercuti ke alam lain.

Alam separa gelap yang dipenuhi bauan ganjil, bau seperti gris dan berkemungkinan juga mempunyai rasa yang sama. Alam di mana tanahnya tak pernah stabil, apabila berjalan kamu harus berjalan seperti di atas tight rope, kadang-kadang rasa seperti berjalan di atas jongkang-jongket. Bunyi latar di sana sentiasa sama, bunyi seperti suara manusia..."AAaaaaaa..haaaAAaaAA" sekejap kuat, sekejap perlahan dan berulang-ulang.

By now, aku rasa aku sudah jadi cukup biasa sehingga mampu jadi tour guide untuk alam tersebut, tapi erhm *pst* aku tak rekomenkan tempat ini untuk kamu semua..tak best lah.

Bye!

Tuesday, November 4, 2008

Kartun Untuk Hari Ini - (ke berapa ntah)


Disebabkan absurditi dunia politik, especially dunia politik Malaysia, aku sungguh ter-compelled untuk mengklasifikasi politik di bawah tajuk kartun.

BTW, aku rasa Obama akan menang 'tangan bawah'. Kamu rasa macam mana/apa? Rasa sayang?

Wednesday, October 29, 2008

Kekeliruan Identiti



Setelah terlihat gambar ini dan berkata "Awwww..", memori lama kembali ke otak aku dan aku mengangguk-angguk sendirian. Sepanjang tempoh membesar, selalunya ada keluarga kucing dalam rumah aku, lebih kerapnya ibu kucing tunggal dan anak-anaknya.


Pengalaman membesar di samping keluarga kucing telah membuatkan aku kagum dengan kasih sayang ibu kucing. Anak-anaknya dilayan penuh manja biarpun ada masa-masanya memang jelas ibu kucing itu pening kepala (muka serius, badan keras, dan ekor berlibas ke sana-sini) anak-anak kucing pula takkan menghiraukan itu semua, mereka cuma akan menangkap dan menggigit-gigit ekor ibu kucing. Bahkan aku sendiri pernah kena serang dan dicakar seekor ibu kucing tua kerana mengacau anaknya (padahal anak tu pun dah tua bangka dan besar). Walaupun mulanya aku geram, tapi akhirnya aku tetap kagum.


Baru sahaja aku terangguk-angguk dan mahu meng-conclude yang semua ibu kucing adalah ibu yang baik, aku teringat pula akan satu kejadian di rumah arwah nenek aku dulu. Kening aku berkerut dan peluh sejuk mula memercik di dahi.


Seekor ibu muda melahirkan anak sendirian, jantan yang bertanggung jawab hilang entah ke mana. Mungkin kerana tekanan dari masyarakat dan mungkin juga kerana tiada pengalaman, si ibu muda meninggalkan anak-anaknya begitu saja. Akhirnya tangisan mereka menarik perhatian nenek aku. Dan nenek aku, being the old gentle soul that she was, mengambil kedua-dua anak terbiar tadi di bawah jagaannya.


Kebetulan nenek aku juga ada bela seekor arnab yang boleh tahan besar, dan memandangkan dua anak kucing tersebut masih terlalu kecil untuk berhadapan dengan kesejukan malam sendiri, nenek aku masukkan kedua-duanya ke dalam sangkar arnab. Maka, setiap kali malam tiba, ketiga-tiga makhluk ini akan tidur dengan kehangatan pelukan badan masing-masing. Arnab betina itu akur dengan kehendak takdir dan menerima anak-anak angkat baru dengan rela (aku rasa lah). Biarpun bulu arnab itu jadi comot kerana anak-anak kucing tersebut tak pernah berhenti mencari susu di badannya, arnab tersebut kekal cool.


Apabila kucing-kucing tersebut sudah melepasi stage hisap susu, nenek akan memasukkan cebisan ikan/friskies ke dalam bekas makanan setiap kali waktu makan. Untuk arnab, makanannya sama sahaja seperti dulu, sayur/dedak . Lama juga lah mereka semua hidup bersama, dan semuanya berjalan seperti biasa sehinggalah satu hari..


Aku tiba ke rumah nenek dan pergi ke tempat mereka, mahu menjenguk ibu angkat yang noble dan anak-anaknya yang semakin aktif. Selalunya mereka bising dan melompat-lompat di belakang rumah nenek aku tu. Tapi kali ini tiada bunyi langsung.


"Damn!" kaget seketika dengan apa yang aku nampak...aku mula menjerit memanggil nenek.

"Nek! Cepat! Tengok ni!"


Hari itu aku dan nenek berasa bangga campur bertuah kerana dapat menyaksikan satu kejadian yang jarang dilihat dunia...


Seekor arnab, dengan gelojoh, berebut
makan ikan goreng bersama dua ekor kucing kecil!

Monday, October 20, 2008

Burung Cinta


Haaa....burung apa yang kamu fikirkan tu? Tsk tsk tsk...


Apa yang aku maksudkan burung cinta disini adalah gelaran love birds yang selalu diberikan kepada pasangan manusia, yang secara mudahnya, boleh di-describe sebagai sedang bercinta. 'Secara mudah' kerana sebenarnya aku rasa benda cinta ini adalah agak kompleks. Kalau dalam bahasa Melayu pun sebagai contoh, kita ada banyak perkataan untuk menjelaskan benda kompleks ini; Angau, mabuk kepayang (?), mabuk(?)...ok, aku tak tahu sangat sebenarnya perkataan apa lagi yang ada.


Tapi yang paling jelas, walaupun kompleks, golongan burung cinta boleh dikelaskan dalam dua kumpulan.


a) In Love: Mereka yang secara kesuluruhannya sober, sedar dan tahu diri mereka dan pasangan. Selalunya menerima keadaan seadanya, berfikir dan bertindak secara logikal dan rasional.

b) Intoxicated by Love: Mereka ini pula adalah exactly seperti yang dinyatakan-intoxicated. Cinta atau sayang itu mungkin wujud juga, tapi lebih banyak elemen mabuk rasanya. Selalunya menjadi kurang sedar siapa diri mereka dan pasangan, contohnya mungkin ada yang rasa dirinya Arnold Schwazenegger dan pasangannya Unnur Birna Vilhjálmsdóttir etc. Akibatnya selalu mengambil tindakan yang berbaur terlebih emosi. Eg: menjerit di atas bukit "Watiii! Aku cinta pada muuuu!!" (tak logik/realistik kan?)


Tapi kalau setakat mahu memanjat gunung atau bukit dan menyusahkan serta memeningkan kepala sendiri, tak mengapa, masalahnya kadangkala mereka memeningkan kepala aku juga.

-------------------------------------------------------------

Menyekat Jalan:

Malangnya sesetengah koridor, laluan atau kawasan pejalan kaki dalam mahupun luar bangunan cuma muat muat untuk dua orang melepasinya, dan di sini lah juga pasangan yang intoxicated akan berada, side by side, tangan lelaki akan berada dalam poket belakang jeans pasangannya dan vice versa. Mereka berdua akan berjalan perlahan sambil bercakap-cakap halus kononnya romantik sedangkan di belakang mereka sudah ramai orang yang hilang sabar kerana mahu cepat berjalan. Tahu lah orang selalu kata bila bercinta 'dunia ini kita yang punya', tapi tolong, don't take it literally.



Mengutuk Orang:

Ini memang berlaku. Bila pasangan intoxicated bersama-sama, mereka akan rasa mereka lah manusia paling sempurna di muka bumi dan akan mula menjeling sana sini sambil mengutuk orang lain. Eg: "Eeee you tengok orang tu, tak ada stail, that'S mean...tak mulia macam kita kan? hehehe.." atau apa apa perkara lain yang menjurus ke arah yang sama. Mungkin juga akan mengutuk orang yang betul betul di hadapan mereka ketika beratur (membeli tiket wayang contohnya), selalunya dilakukan tanpa segan silu kerana mereka yakin mereka sempurna.



Overprotective Sehingga Menjengkelkan:

Kedua-dua perkara di atas aku agak jarang encounter, tapi yang ini agak kerap. Di mana si lelaki akan rasa dirinya ksatria dalam perisai berkilat (knight in shining armor) dan pasangannya pula seolah-olah gadis muda dalam tekanan (damsel in distress). Apa gunanya jadi ksatria dan gadis dalam tekanan kalau tak ada penjahat bukan? Jadi, mereka akan mula berangan-angan lelaki-lelaki lain di sekeliling adalah penjahat. Jeling sana sini dengan pandangan tajam kononnya orang lain mahu rebut teman wanitanya.

Pernah aku mengambil sekilas pandang seorang gadis kerana aku ingat aku terserempak dengan kenalan, rupanya bukan, jadi tamat di situ dan aku meneruskan langkah. Tiba-tiba aku nampak dalam periphery vision aku, seorang lelaki menjeling tajam ke arah aku dengan mimik muka tak puas hati, lalu aku serta merta tahu -ah, a knight in shining armor!

Jadi, untuk memuaskan hati dan sifat ingin tahu aku, aku toleh dan pandang straight ke muka ksatria tersebut. Dia terkebil kebil dan memandang tempat lain. Haih..apa ni? Ingatkan ksatria..

-------------------------------------------------------------

Kesimpulannya, pasangan-pasangan sekalian hendaklah chill out!

Ingat..'dunia ini kita yang punya' itu hanya lah ekspresi semata-mata, ia tak bermakna dunia itu betul betul milik kamu yang punya sehingga kamu boleh menyusahkan orang di sekeliling.


Terima kasih.

Tuesday, October 14, 2008

Detik Detik Kecil

Pejam mata, tutup lampu dan bungkus dalam selimut....berpusing-pusing dua tiga kali.
Aku cuba paksa diri aku menguap sampai air mata mengalir dan pejamkan mata lagi, bezanya kali ni mata berair, baru lebih feel tidur.....berpusing-pusing lagi dua tiga kali..


Aku tak boleh tidur malam ni.
Yep ladies and gents, that's why I'm here at this hour, talking to you..haih. Kelajuan internet layak dapat pujian kerana konsisten sepanjang masa, sentiasa kekal pada kelajuan siput babi; Terima kasih pawa rut...err I meanS terima kasih TM+Streamyx.

Hmm..

Pada pendapat aku, hidup ini kadang-kadang akan terasa lebih indah bila kita savor detik-detik kecilnya. Ada satu perasaan dalam diri aku bila aku terfikir tentang hal ini, perasaaan yang aku boleh jelaskan dengan contoh contoh ini:

1) Apabila kehidupan dipandang secara overview sepanjang masa..rasanya seperti melantak nasi putih pada amaun luar biasa banyak dengan lauk dan kuah sahaja. Mengenyangkan dan membekalkan nutrien keperluan badan, tapi memuakkan.

2) Apabila kehidupan mula dipandang dan dinikmati detik detik kecilnya, rasa seperti makan french/japanese cuisine yang halus halus dan delicate. Mungkin tidak terlalu mengenyangkan tapi apabila dimakan sekali sekala akan membuatkan kamu look forward lagi untuk memakannya.


Antara detik-detik yang aku rasa aku patut lebih savor:
-----------------------------------------------------------

a) Minum nescafe/kopi/coklat/mocha panas seorang diri atau berdua dengan rakan/teman (lebih dari berdua tak diterima) ketika suhu di luar rendah dan hujan sedang renyai renyai.

b) Saat bila telinga boleh mendengar sayup sayup bunyi alarm clock berbunyi, tapi tangan secara automatik menarik selimut atas kepala dan mata terus memejam, juga secara automatik. Pendek kata, bila tahu sepatutnya perlu bangun, tapi tidur masih diteruskan dengan senyuman puas. Sungguh nikmat.

c) Detik apabila dapat capai goal/kehendak/impian, dan sebelum berkongsi berita dengan keluarga atau rakan. Atau dalam ertikata lain, saat ketika melompat, bersorak seorang diri dalam bilik, sambil berkata dengan muka yang ganas dan jari telunjuk menunjuk ke arah diri sendiri dalam cermin "yes! yes! you (we) did it!"

Hmm..

d) ....*yawn*

Thursday, October 9, 2008

Selingan

Connection internet di tempat aku baru sahaja pulih. Terima kasih TM selaku ISP di atas ketiadaan connection yang telah berjaya menyekat perjalanan beberapa urusan aku yang sepatutnya selesai sebaik sahaja raya tamat.

Ubatnya? Mereka perlu mengupah dan mencari pekerja-pekerja yang lebih bijaksana dan pantas berfikir...

macam orang di bawah ini...


*clap clap clap

Friday, October 3, 2008

The Flash!

Magenta kata "jaga jaga" kerana dia adalah green lantern...eleh..tak takut pun :P
Aku menyahut panggilan kamu cik Magenta.


Fast, athletic (cewah) dan flirtatious...
aku adalah The Flash (bukan flasher)


The Flash ---85%
Green Lantern ---70%
Superman ---60%
Supergirl ---55%
Robin ---45%
Wonder Woman ---45%
Catwoman ---40%
Hulk ---40%
Spider-Man ---35%
Batman ---30%
Iron Man ---30%

Kuiz superhero boleh diambil di sini.
Ok, cukup, berhenti membaca...pergi sambung raya..cepat!


p/s: post diubahsuai kerana aku kagum dengan kekemasan post serupa tapi gaya minimalis.

Friday, September 26, 2008

Cuti Raya

*Hurrrr!


Aku tak berapa pasti apa puncanya, tapi aku tak terlalu menanti-nantikan hari raya. Tapi ini bukan petanda tingginya cinta aku kepada bulan puasa.

It's just that I'm not looking forward to any of these 'special' months/days...well for now at least.

Aku harap ini tak bererti yang aku sekarang dalam perubahan ke arah menjadi seorang lelaki tua yang pahit (bitter).

A~anyway, here's to hari raya...selamat hari raya semua!

Friday, September 19, 2008

Berkenaan Homosek-sualiti

Sebelum aku mula, ada beberapa perkara yang aku mahu ajak kamu semua perhatikan; Secara am, orang Melayu yang kurang fasih berbahasa Inggeris (tapi masih juga memasukkan frasa Inggeris dalam perbualan harian mereka - ini layak dipuji) selalu sebut "that means" sebagai "that'S mean". Kamu ada perasan? Aku pernah terdengar, bukan curi dengar ya, cakap kuat seorang lelaki yang cuba menjadi badass, yang menyergah kawan-kawannya "What'S the hell?!!"


Satu lagi yang aku selalu dengar orang Melayu sebut adalah "sek" bila ayat yang mereka mahu sebut sebenarnya adalah "seks". Selalunya memang macam ini, kan?


Ok, sekarang aku boleh mula.

*B untuk Beruang?

Dengan cerita liwat mendapat liputan meluas dalam media Malaysia semenjak beberapa bulan lepas, aku sebenarnya hairan, kenapa isu atau topik homoseksualiti tidak dikupas dan dibincang semeluas liputan cerita liwat di tv dan suratkhabar. Pendek kata tak ada pun sebarang bentuk penjelasan atau kesedaran tentang homoseksualiti di sini. Hmm..


Aku straight, dan rasanya aku memang tak ada tendency gay, cuma aku bangkitkan topik ini kerana aku bersifat ingin tahu, dan sifat ingin tahu aku selalunya berunsur kemanusiaan. Sejarah manusia, tamadun manusia, bahasa dan budaya manusia, evolusi manusia, psikologi manusia, manusia yang cantik dan comel (haha)..dan lain lain.


Dari sudut pandangan aku, persoalan terbesar bila berkenaan topik ini adalah:

Adakah ia sesuatu yang semulajadi (innate) atau adakah ia boleh dipelajari (dari pengaruh sekeliling/persekitaran) ?

Mungkin ada dari kalangan kamu yang sedang membaca post ini, tahu bagaimana mahu menjawab, samada dari pengalaman sendiri atau dari sumber-sumber lain. Aku mengalu-alukan komen dan pandangan kamu semua.


Soalan ini timbul kerana pada suatu ketika dulu, rasanya mungkin sekitar umur 13~14 tahun, aku sendiri pernah merasai tarikan kepada rakan sekelas yang sama jantina dengan aku (member of the same sek). Zaman-zaman antara puberty dan pre-puberty, di mana aku dan rakan-rakan rata rata berkulit cerah tanpa cacat cela, mata bulat penuh ekspresi, bibir merah, dan selain rambut di kepala, bulu bulu lain dibadan hanyalah bulu roma halus... ok cukuplah untuk kamu dapat gambarannya.


Aku suka kepada seorang budak lelaki sebaya, dan kami keluar makan, minum dan main sama-sama. Tapi tak tahu lah macam mana pula bentuk tarikan aku terhadap dia (walaupun aku agak yakin perasaan itu mutual) bagi aku, aku anggap dia macam girlfriend cuma bezanya dia bukan girl tapi boy...(komplikated kan?). Tapi tak ada apa-apa berunsur seksual dalam pergaulan kami, cuma aku suka bila dia ada dan bersama dengan aku, even ketika di rumah ada masanya aku akan menelefon dan bersembang-sembang dengannya, kadang-kadang sebenarnya aku cuma mahu mendengar suaranya.


Tapi akhirnya sampai satu masa, dalam jangka masa setahun saja, bersama dengan peningkatan dalam ketinggian fizikal, pertumbuhan facial hair dan perubahan ketara suara, perasaan aku terhadap rakan sekelas tadi, amazingly, hilang langsung! Walaupun masih rakan sekelas, mindset aku berubah terus, tidak ada langsung sebarang bentuk kesukaan dalam ertikata perenggan di atas. Begitu juga dengan dia, aku dapat lihat dari reaksi dia yang dia pun telah berubah seperti aku.


Dan semenjak hari itu kami saling tidak pernah menimbulkan apa-apa pertanyaan berkenaan episod ganjil yang kami sama-sama lalui, terlalu awkward rasanya mahu diperkatakan. Maka tamatlah pengembaraan pendek aku ke dalam dunia unik tersebut. Adakah itu sexual identity confusion? Aku pun tak pasti, cuma yang aku pasti, episod tersebut datang dan pergi dengan semulajadi, tanpa pengaruh dari mana-mana pihak. Mungkin bagi sesetengah orang, episod itu datang dan kemudiannya tak pernah-pernah pergi...


Apa pun, sekarang giliran kamu pula untuk mengemukakan pandangan dan menjawab soalan bold di atas.


p/s: satu lagi persoalan yang boleh tahan besar berkenaan homoseksualiti; adakah hubungan seks menjadi satu keperluan bagi pasangan homoseksual atau adakah ia tak semestinya menjadi satu keperluan?

Sunday, September 14, 2008

Wake up and smell the coffee..(coffee ke?)




Penjelasan menteri yang sungguh...er...

how should I put this..


Thursday, September 11, 2008

Media

Ini secara umumnya dapat merumuskan tindak balas aku terhadap hampir semua benda yang aku dengar atau tonton di tv dan baca dalam akhbar.


Sunday, September 7, 2008

Tiga - Untuk Masa Depan

Sepanjang beberapa minggu lalu, aku terserempak dengan tiga orang gadis comel, yang kemudiannya aku tag secara mental. Tahu? Alah, macam dalam dokumentari geografik kebangsaan, tangkap burung dari spesis terancam, kepit nombor pada sayap dan lepaskan, satu hari nanti tangkap semula dan kaji. Atau dalam kes aku, harapnya tangkap semula dan cuba untuk kenal lebih rapat dan mungkin, mungkin sahaja, get somewhere (don't blame me, active imagination + positive thinking).


Gadis 1 (the only one yang aku actively engage) jadi nicely keliru sedikit bila aku tegur dan bercakap dengan dia dalam bahasa Mandarin intermediate aku, rasanya sambil tersenyum comel dan bercakap, otak dia sedang sibuk cuba mengklasifikasi apa aku ini. Aku suka keadaan begini, 'tangkap dia off-guard' kata orang, jadi lah sembang sikit-sikit, cukup untuk dia kenal aku bila berjumpa di lain waktu.


Gadis 2, aku tak sangka akan bertembung dengan dia ini. Exquisitely comel dan sememangnya kryptonite, adeh..


Gadis 3 yang juga berelemen kryptonite, jadi interested dengan aku secara sulit (ini bukan perasan ya, sebentar lagi aku akan buktikan). Dia duduk selang satu meja dari meja aku di kedai makan, dan setiap kali aku menoleh untuk melihat menu yang kebetulan berada tak jauh dari belakangnya, aku akan dapati dia baru sahaja mengalih pandangan ke arah lain, bukan sekali dua, tapi berkali-kali.


Pada titik ini, tidak boleh ditolak kemungkinan yang dia juga sedang memerhati sesuatu di belakang aku ketika aku tak memandang ke arah dia. Jadi, bagaimana mahu pastikan yang dia genuinely interested (do note that showing even a little amount of interest counts as 'interested')? This is where psychology comes in handy, and hey I'm no master psychologist, but I'll share this here and, please, do know that it works!


Aku tengok jam tangan, dan lagi sekali memandang ke arah menu, seperti sebelumnya, pandangannya di alih lagi, kali ini melihat gelas minuman pula. Kemudian, bingo! (mirroring) dalam sela masa 3-4 saat, dia letakkan tangan ke atas meja dan... turut melihat jam tangan. Haha..


Haih, some other time, when I'm no longer broke, aku akan cari kamu semua semula, tapi buat masa sekarang....dengan hati yang berat aku terpaksa berkata -sorry ladies.

Saturday, September 6, 2008

Batman & Robin II

Take that! Itu lah overconfident sangat dalam relationship, lain kali don't cross the line.

LOL


Friday, September 5, 2008

Dulu Dulu

Masa aku kecil, aku rasa sekitar umur awal sekolah rendah, sepanjang bulan puasa aku akan mandi lebih lama dari bulan bulan lain.

Sambil mandi dan menyegarkan badan, aku akan toleh kiri kanan memastikan perimeter secured dan minum air paip. Kadangkala ada masa masanya aku akan ke dapur sebelum mandi, dan secara diam diam akan menyeludup masuk segenggam dua kurma atau biskut untuk dinikmati bersama air paip bila mandi nanti.

Pendek kata aku puasa juga, cuma bukan seperti yang dikehendaki buku agama atau dictation budaya dan masyarakat, aku makan dan minum ketika mandi dan aku cuma puasa di luar bilik mandi. Tapi kemudiannya bila petang tiba, aku akan menunggu waktu buka puasa dengan excitement seperti juga kanak kanak lain dan seterusnya berbuka bersama ahli keluarga sambil diselang seli acara bersembang dan ketawa.

Adakah ini menjadikan aku orang yang jahat atau kurang baik? atau adakah aku dipengaruhi syaitan yang dikatakan sentiasa cuba memanipulasi manusia?

Oh..tapi semua ini berlaku di bulan puasa, kata orang syaitan semuanya kena penjara?

Ah, semuanya memang aku yang buat, bukan orang lain.

Friday, August 29, 2008

Hoi!

Hoi orang-orang lelaki se-Malaya, perkuatkanlah diri kamu, perjuangan kamu belum selesai..





Err...Kak, mutu lakonan hendaklah ditingkatkan lagi ya. LOL

Tuesday, August 26, 2008

PC Lingkup


PC aku rosak dan aku tiada sambungan internet.

Punca kerosakan, aku belum pasti. PC aku bersumpah kata diliwat, tapi aku susah mahu percaya.

Haih..

Tuesday, August 19, 2008

Sensitiviti Melayu

Zaman dulu-dulu di sekolah, aku ada belajar yang empayar British, setelah pembunuhan J.W.W. Birch, membuat satu kesimpulan bahawa orang Melayu ini cuma harus dibiarkan dengan dua perkara milik mereka, yang mana, apabila dua perkara ini dibiarkan terus menjadi hal mereka maka mereka akan menjadi sungguh manageable.


Dua perkara tersebut adalah: agama dan budaya Melayu.


Kenakan cukai, tipu mereka dengan perjanjian, bolot hasil bumi, dan apa-apa pun boleh, asalkan dua perkara di atas tidak disentuh, maka tidak akan wujudlah insiden melompat-lompat sambil menikam dengan keris.


Hmm...aku rasa orang Melayu sekarang sudah berubah...


Tapi perubahannya cuma pada salah satu dari dua perkara di atas, kini budaya sudah tidak begitu penting lagi bagi orang Melayu, mereka sudah ada budaya baru. Antaranya -buang sampah merata-rata, bawa kereta macam haram, buat seks tanpa pengetahuan biologi tentang reproduksi, buang dan bunuh anak selepas lahir akibat buat seks tanpa pengetahuan biologi tentang reproduksi, bawa motor laju lalu bunuh diri dan orang lain bila kemalangan, skodeng, mastika, utusan meloya etc.


Dan kini, setelah di update, dua perkara yang tidak boleh disentuh bagi memastikan orang Melayu kekal manageable adalah: hak istimewa dan agama.


Tapi kadang-kadang di sentuh juga kan? Di sebabkan orang Melayu (bukan semua, tapi majoriti mungkin) sensitif sangat dengan dua perkara, dua perkara ini sudah jadi semacam satu kelemahan, macam suis -Press here to initiate lompat ramai-ramai & tikam keris sequence.
Maka apabila suis ditekan, ramai lah yang akan ter-sway fikiran mereka dan mereka akan bertindak dengan cara yang cukup predictable.


Contohnya, katakanlah, entah mengapa (mengapa ya?), adalah menjadi satu keperluan yang teramat penting bagi kamu untuk mengawal kepala otak orang Melayu kebanyakan, dan kamu sudah kehabisan bahan (idea, bukti, logik etc) untuk mengawal fikiran masyarakat Melayu. Apa kamu perlu buat?


Yes! hanya dengan menggunakan hal hal berbaur hak istimewa atau agama, especially nya agama, kamu akan dapat mencapai objektif kamu! Gosok sahaja apa-apa yang berunsur tempat sembahyang, kitab suci, ketuhanan, suis mereka pun akan secara automatik di flip ke on, and they'll dance, jump, thrust their daggers and they'll do unto themselves whatever it is you wanted to do to them.


Sungguh menyakitkan hati..

Saturday, August 16, 2008

Friday, August 15, 2008

Utama & Sampingan

Utama:
--------


Aku dalam permasalahan. C'mon c'mon! Di mana orang tua pandai, aku mahu jumpa dan selesaikan benda benda dalam kepala dan hati aku!


Sampingan:
------------


Aku juga pernah kena nasi marijuana. Rukun kandar dipatuhi di kedai ini, nasi kandarnya memang lazat dan minuman yang cukup skillfully blended pun berpadanan dengan kelazatan makanan. Nasib baik belum sampai ke tahap ketagih, kalau tak, habis duit aku terpaksa berulang alik ke Ipoh.

Sesiapa yang tak pernah makan, jangan menyesal bila terbaring atas deathbed kelak.

Saturday, August 9, 2008

Rukun Kandarr

Ok, aku sudah lama tak menghasilkan nukilan yang macam berguna. Baru baru ini nukilan aku semuanya mudah, ringkas dan hanya menjadi medium untuk aku meluahkan ketidakpuasan hati dengan senario dan isi kandungan media sekarang. Memang sial The Mal-tricks, siapa-siapa yang belum bangun, tolong lah, aku merayu, for your own goodness sake, sila lah buka mata.


Haaa…tengok. Kan dah mula meluahkan ketidakpuasan hati lagi. Nukilan ini sedikit berbeza dari yang banyak banyak di bawah ini, kerana pada hari ini aku rasa terpanggil mahu berkongsi satu info yang bukan sahaja berguna, tapi juga lazat!


Begini, aku seorang yang boleh tahan familiar dengan makanan-makanan Penang, dan bagi aku Penang memang syurga makanan Malaysia. Kalau mahu makan sedap tanpa dikenakan bayaran cekik darah, silalah ke Penang. Antara makanan trademark Penang -tidak lain dan tidak bukan, the famous Nasi Kandar. Cukup berjayanya nasi kandar ini sehinggakan ia telah dieksport ke merata negara, sampai ke tahap dimana ada outlet-nya yang mampu berada dan survive dengan sihatnya di Beverly Hills Malaysia, siap bersebelahan dengan Irish bar lagi (yang kadangkala ada muka-muka familiar didalamnya haha).


Bau kari yang mengiurkan, sotong goreng yang rangup lagi manis, ayam goreng special yang tender dan bersalut rempah….TAPI! nanti dulu, jangan suap masuk ke dalam mulut dulu…dengar apa yang aku nak sampaikan…


Ada satu fatal flaw dengan nasi kandar di kawasan luar Penang ini. Semuanya layan-diri, apa jenis lauk kamu mahu, apa jenis kuah kamu mahu, ambil sendiri, mamak yang ada cuma akan mengira bil. Ini sudah salah, sudah melanggar rukun nasi kandar!


Sini biar aku ceritakan pengalaman aku, beberapa tahun yang lepas aku berada di utara, jadi aku banyak menyampel makanan-makanan sekitar Georgetown, Butterworth dan Sungai Petani, Kedah. Antara yang regular di menu aku adalah nasi kandar, dan pada masa-masa hujung stay di utara, aku selalu ke sebuah restoran nasi kandar yang biar pun di luar Penang tapi masih mengekalkan kesedapan dan rukun-rukunnya.


Rukun utama nasi kandar adalah ini; Kamu cuma cakap mahu lauk apa, mamak yang sediakan nasi kamu akan ambil lauk dan..di sini kuncinya ya…menuang beberapa kombinasi kuah ke atas nasi kamu. Lauk tertentu sesuai dengan kuah tertentu dan rasa kuah tersebut kemudiannya akan di-compliment dengan satu/beberapa lagi jenis kuah pelengkap.


Perkara ini disahkan oleh mamak tua yang menyediakan nasi aku di Sungai Petani. Ini kerana pada satu tempoh masa setelah aku menjadi regular customer, dia hilang sementara dan tempatnya diganti oleh orang lain, terus out rasa nasi kandar yang selama ini begitu sedap.


Jadi sekembalinya dia, dan selepas melahap sepinggan lagi nasi kandar sedap, aku terus bertanya.


“Kenapa bila mamu takdak, nasi rasa lain?”

-“Oh, itu orang baru belum pandai campur kuah..”

“Ada cara campur ka?”

-“Ada, ada, campur kena betul, baru rasa ok”


Lalu dia beri aku satu contoh, yang aku akan kongsikan bersama kamu hari ini, memandangkan aku suka pilih ayam masak kurma dan telur sotong ketika menikmati nasi kandar, maka contohnya pun berkenaan lauk pilihan aku lah..


“Contoh, kalau kuah kurma, mau kasi sedap, campur sikit kuah daging”


Yaa...itu dia tuan tuan dan puan puan, satu kombinasi yang didedahkan mamak tua! Nasi kandar akan lebih lazat rasanya jika kamu campurkan kuah kurma dan kuah daging (warna gelap). Jadi sudah pasti ada kombinasi-kombinasi lain, mungkin kari ikan, bagi penggemar ikan, sedap dicampur dengan kari kambing? Itu semua terpulanglah kepada kamu untuk menyiasatnya sendiri.


Jadi ingat, lain kali apabila kamu singgah restoran nasi kandar, jangan langgar rukun nasi kandar! dan jangan lupa kombinasi yang aku kongsikan di sini.


Selamat mencuba.



*lagi cadangan

Thursday, August 7, 2008

"don't insult my intelligence"

..kata Michael Corleone kepada adik iparnya Carlo Rizzi.


Carlo Rizzi memang telah diketahui seorang kaki belit, penipu dan opportunis. Senang cakap habis sampah-lah.

Memang sudah obvious cerita-cerita Carlo itu semua hanya sandiwara dia untuk menyelamatkan diri dari kesalahan lampau, cuma dia tak mahu mengaku salah dan tetap menjual cerita-cerita rekaannya yang unconvincing itu, asyik nak kata dia juga yang betul, analisa lah macam mana sekalipun, persoalkan macam mana pun...Oh tidak, bagi Carlo, cerita dia dan dia sahaja juga yang paling betul.

Haih.

Bila dia bertindak begini, naturally, bukan Michael sahaja, bahkan sesiapa yang mendengar pun akan rasa di insult intelligence-nya lalu menjadi geram dan marah. (unless, kalau orang itu tak ada intelligence-lah, kan?)

Kamu ada rasa macam itu tak semenjak dua menjak ini?

Friday, August 1, 2008

Wajib Tengok


Cerita ini sudah lama, memandangkan aku sangatlah minat dengan cerita The Count of Monte Cristo, sudah tentulah cerita apa-apa yang di inspire darinya pun aku minat.

Anyway, kalau kamu belum pernah tengok atau dengar tentang cerita ini, pergilah tengok cepat.

Thursday, July 31, 2008

Nah

Aku hadiahkan kepada kamu,


Seronok?

Wednesday, July 30, 2008

Kartun Untuk Hari Ini III

*Sila klik untuk besarkan imej.



July 26, 2008



July 29, 2008


Orang Bodoh

Jangan sesekali memberi kepada orang bodoh kuasa ke atas diri kamu, JANGAN.

Jangan beri/pinjamkan/minta tolong pegang/minta tolong tengok, in fact don't even think about it.

Kerana kuasa dan orang bodoh adalah campuran yang paling bahaya di muka bumi, lebih kurang macam jika kamu campur segelas nescafe dengan taik kucing lalu diminum. Faham?

Sudah jadi vile, disgusting, beyond comprehension, dan bisa menyebabkan maut (ya kah?).

Mari kita lihat contoh di bawah:






Yep, turutan ini kemudiannya disusuli dengan tepukan dan sorakan dari orang-orang bodoh sekalian. Dapat dengar tak sorakan dengan tepukan tu?


Aku & Kamu - 0

Orang bodoh - 1



Edit:
------
Sequence dengan efek tambahan ada di bawah, in case turutan gambar di atas kurang jelas.
Sila klik untuk besarkan imej.


Rakaman kejadian ada dalam video klip ini.

Tuesday, July 29, 2008

Pengaruh The Dark Knight

Nampaknya pengaruh movie bukan saja memberi kesan kepada manusia, kucing juga turut terkesan!

Gambar ini sudah lama ada dalam HD aku:

.
.
.

Semalam aku terjumpa gambar ini pula ketika melayari internet:



Sungguh menarik kan?

Saturday, July 26, 2008

Idola Para Gadis

Merujuk kepada post ini.

Ya, tidak aku nafikan yang kadangkala teman-teman rapat memanggil aku Tomok dan gadis-gadis belasan tahun juga kerap menjerit kegedikan apabila terserempak dengan aku di luar kerana rupa aku yang (mungkin) ada iras-iras dengan wajah vokalis New Boyz itu.

Biar pun telah di mamah usia, rupa aku tetap kekal muda remaja dan anjal. Tapi itu sahaja tidak mencukupi, sebenarnya semua ini bermula setelah aku mengikuti kursus menghias wajah Senandung Tinggi sekitar 6 tahun yang lalu, kursus tersebut memperlengkapkan diri aku dengan pengetahuan dan teknik teknik men-hensem-kan wajah aku ini.

Lihatlah wajah aku apabila lengkap di solek, tidak hairan kenapa gadis-gadis muda menjerit kegedikan bila terlihat aku, kan?


Tapi of course lah, itu semua hanya kosmetik dan bersifat luaran semata-mata. Aku kekal Azroy Bin Jeff pada dasarnya, dan Azroy Bin Jeff adalah berkali ganda jauh lebih hensem dari Tomok mahu pun semua artis lelaki se-Malaya digabungkan.

Terima kasih.

Friday, July 25, 2008

The Dark Knight - 2nd Round

*Why so serious?! Hyahaha!!


Akibat ramai sangat manusia (expected), aku terpaksa duduk baris ke dua dari screen pawagam ketika menonton The Dark Knight minggu lepas.

Jadi esok aku akan menonton semula, tempat yang baeek sudah di tempah, dan yang jauh lebih baaeeek lagi...tiket aku di tanggung 100% oleh orang lain.

Macam ini lah yang kita mahu, marilah kita mengembangkan dan mengamalkan budaya belanja membelanja! Especially belanja aku.

Terima kasih.


p/s: Have a nice weekend everyone!

Wednesday, July 23, 2008

To Not Give a F.

This is a fairly unique situation I'm in.

Having a blog and blogging anonymously should translate to I don't have to care about what I say here.

But..alas, I do care about what I say here.

There are personal things that I feel like I need to just say or shout out but then, I decide not to.

Probably because of the label 'personal' attached to them. But that's why it's even more unique. Here, I'm 47...how personal could a guy known simply as 47 get?

Haih...I really ought to learn how to not give a f**k.

Tuesday, July 22, 2008

The Mal-tricks


*if you have balls -lah.




Apa? What is The Mal-tricks?

Jawapannya ada di sini...

Monday, July 21, 2008

Penyakit Misteri II

Sebaik saja melangkah keluar, aku keluarkan semula kad yang diberi tadi dan mula mencongak jarak dan lokasi tempat baru yang aku harus pergi. Walaupun perut sedikit lapar akibat tidak makan tengah hari dek kerana masa menunggu yang lama di klinik tadi, aku buat keputusan untuk teruskan saja perjalanan. Aku tak ingin berlengah-lengah, lagi lama bertangguh lagi teruk jadinya nanti.


Sungguhpun ada masanya aku maki hamun (dalam hati) cara pemanduan teksi yang menyelit-nyelit, tapi hari ini aku tidak buat begitu, kerana tak sampai 5 minit menunggu di tepi jalan utama sebuah teksi sampai di depan aku. Aku hulurkan kad kepada pakcik pemandu teksi dan dia tengok dengan teliti. Aanyway, dipendekkan cerita, teksi berbau setanggi tersebut akhirnya sampai ke tempat yang sepatutnya.


Sungguh tak disangka tempatnya boleh tahan terbiar dan terpencil, cukup untuk membuatkan aku bertanya sendiri “wujudkah klinik di bangunan buruk macam ini?” Belum sempat mahu tanya soalan yang sama kepada pakcik teksi, dia sudah memecut teksinya meninggalkan aku. Sungguh efisien orang tua ni.


Aku mula berjalan menghampiri blok bangunan buruk, dan dalam samar-samar aku dapat melihat papan tanda klinik di dinding laluan pejalan kaki, klinik di tingkat 2 tulisnya. Setelah menaiki anak tangga berdebu aku pun tiba…

Belum sempat aku ketuk pintu, dia muncul di depan aku, membuka pintu lantas berkata..

47, I tahu sebab apa you di sini…”


Hebat! Aku belum bersuara, dia sudah tahu nama dan punca aku datang...

“Semuanya…..suda kawan I jelaskan dalam panggilan telefon” sambungnya lagi.


“Sini, I explain sama you apa sebenarnya you punya problem

Katanya sambil kami berdua berjalan ke kerusi dan meja di tengah klinik/biliknya.


You ada satu condition, Acute Malaysian-tricksitis

Aku mendengar dan menganggukkan kepala.


“Ini maksud, you punya neo-cortex..lapisan otak, adala sensitive kepada ini benda bernama Malaysian-tricks atau Mal-tricks

Mungkin kamu juga berasa pelik, samalah kita jika begitu. Jadi aku tanya kepada doktor ini yang namanya pun belum aku tahu..

“Apa benda ini Mal-tricks?”


Dia ketawa besar!

“HAHAHAHAHA!!”


Dan kembali serius..

You betul betul mau tau apa ini Mal-tricks?”

“Ya” Jawab aku..


Peluh sejuk memercik di dahi aku apabila mendengar penjelasannya yang sungguh eerily familiar..

Mal-tricks adala dunia yang di tarik atas biji mata you untuk kasi you buta”

Aku cuba mengingatkannya.

You jangan main-main, nanti I marah…you won’t like me when I’m angry…”


Dia membalas..

Ayo…jangan mara lah, dengar dulu..”

Mal-tricks ada di mana-mana. Di sekeliling kita, even sekarang, dalam bilik ini juga. You bole nampak bila you pandang luar tingkap, you bole nampak bila you pasang television"

"You bole rasa bila you buat kerja, bila you pergi masjid dengar khutbah, bila you tengok berita, bila you baca majalah dan suratkhabar. Itulah Mal-tricks, di tarik atas biji mata kasi you buta”


Terus terpacul pertanyaan..

“Ok, kalau betul cakap you, I mahu tanya…buat apa mahu kasi orang semua jadi buta?”


Jawabnya..

Control. Mal-tricks ini adala dunia yang di design supaya semua orang jadi under control dan tida mempersoalkan apa-apa”

“Apabila setiap orang suda diam dan under control, mereka akan hanya menjalankan kehidupan harian, bekerja, membayar cukai dan tidak menghiraukan apa-apa hal lain…”

“Pada tahap ini, Mal-tricks suda berjaya. SETIAP ORANG, especially yang bekerja, kini suda ditukar menjadi....INI"


"Maka seronoklah mereka yang men-design Mal-tricks kerana meja mereka kini kelihatan begini.."


The End.


p/s: Malangnya...solution bagi The Mal-tricks adalah tidak semudah menelan sebiji pil merah...

Saturday, July 19, 2008

Penyakit Misteri


Ok, ini kisah benar. Bukan tipu…ingat tu.


Begini, beberapa minggu lepas, aku sebenarnya dalam kesakitan yang boleh tahan tahap serious-nya. Kepala aku pening, perut mual, mata merah dan ada masa-masanya aku muntah hijau. Setakat pening dan mual aku masih boleh terima, mungkin common headache sahaja, tapi apabila aku sudah mula muntah-muntah, aku sedar ini bukan main-main.


Jadi terus aku menuju ke klinik berdekatan, di tangan aku tergenggam sebuah buku Anthony Robbins –Awaken The giant Within, aku tahu ada orang yang kata buku-buku self help ini semuanya tak ada faedah, tipu belaka, tapi persetankan ini orang, suka hati aku lah mahu baca apa. Setelah mengambil angka giliran, aku menunggu dengan sedikit resah, bukan apa, aku tak ingin muntah hijau di tengah-tengah klinik dan memalukan diri sendiri.


Akhirnya giliran aku tiba untuk berjumpa doktor, dan nampaknya aku juga berjaya mengharungi masa menunggu tanpa termuntah. Doktor India yang agak peramah ini pun mula memeriksa aku, mata disuluh, telinga diteropong, tekak di godek dengan kayu aiskrim, degup jantung dikira, tekanan darah diambil. Akhirnya dia memberikan aku jawapan ini:


I tada tahu apa yang tada betul dengan you, you punya readings semuanya normal, badan pun ada kuat, muka pun ada hensem juga”


“hmm... you jangan risau, I refer you pada kawan I, I rasa dia boleh tolong you


Setelah membuat panggilan telefon ringkas, dia memberikan aku kad kawannya itu.


Aku masukkan dalam kocek seluar pendek aku, shook hands dan melangkah keluar.


…bersambung…

Wednesday, July 16, 2008

B untuk Beruang


Pada pendapat aku debat seperti yang disiarkan di television semalam adalah sangat baik dan sebenarnya patut di adakan jauh lebih awal lagi dan pada kekerapan yang lebih.

Debat bukan sahaja menjana idea-idea bernas dan penyelesaian yang kemudiannya akan memajukan lagi sesebuah institusi, (tak kira lah institusi itu negara atau keluarga atau apa apa bentuk organisasi sekalipun) debat juga akan melatih semua yang terlibat, baik yang berdebat mahu pun yang mendengar atau menonton untuk menjadi lebih logikal, rasional dan berkemungkinan besar juga lebih gentlemanly!

Dan ini adalah satu perkara yang amat sihat, especially di kalangan orang Melayu yang dari pandangan aku kelihatan sungguh beremosi, kalau ini tidak benar masakan perkataan 'amuk' di ambil oleh orang Inggeris dari bahasa Melayu? lihat komen-komen dari orang Melayu pada video youtube atau blog yang selalunya berkaitan dengan politik pun sudah cukup.

Dengan membentuk sifat berfikir secara lebih rasional dan logikal berbanding dengan cara berfikir yang emosional, orang Melayu secara kebanyakannya akan menjadi kurang susceptible kepada idea atau perkara murahan yang disalut dengan emotionally charged material.


Haih...berkuasa sungguh media massa sebenarnya...bisa mencengkam atau membebaskan kepala otak orang.


*Debat kini available di youtube.

Monday, July 14, 2008

Seni Mempertahankan Diri

Sungguh mengagumkan!

Aku ingin lihat adakah orang lain yang mempunyai dedikasi setinggi hero video ini dalam seni mempertahankan diri. Maka aku ingin membuat tawaran...siapa dapat buat teknik-teknik yang sama depan mata aku, aku akan bermurah hati belanja dia makan selama 3 hari berturut-turut.

Sunday, July 13, 2008

Berita Baik (Untuk Aku)



My new drink is almost ready!

Monday, July 7, 2008

The shit is about to hit the fan.

Have you ever been in the situation where, for some reason, you’ve lost control over a number of things and eventually this number of things led to other things? And finally before you could say “What the fuck is going on?!” you’re already buried in a humongous pile of crap?

I think I’m in that situation now.

Well, there’s definitely no use crying over spilt milk, there’s no doubt there. So currently what I’ve been doing is just licking the spilt milk. Hey, there’s still calcium, protein and a bunch of other goodies in it... and oh, I’m also keeping an eye out on another glass of drink that I’ve just ordered from the bartender.

.

.

But I’ll be damned to hell should there be anything wrong with the bartender or the new drink or both.

Saturday, July 5, 2008

.

We take the pressure and we throw away
Conventionality belongs to yesterday
There is a chance that we can make it so far
We start believing now that we can be who we are

Friday, July 4, 2008

Dedikasi Kepada Anak Mat Nor

+


=


Anak Mat Nor ada di sini.

Tuesday, July 1, 2008

FIKIR


Cuti Fikir panjang.

Wednesday, June 25, 2008

Najis Impromptu

Apabila terjatuh ke dalam lubang tahi, samada salah sendiri atau ditolak orang, kita hendaklah keluar dari lubang tahi tersebut. Gila lah jawabnya kalau mahu duduk dalam lubang tahi lama-lama, kalau mati dalam tu bagaimana? Tak teruk?

Tapi sememangnya leceh kalau sesudah memanjat keluar dari lubang tahi, kita tergolek dan jatuh pula ke dalam lubang satu lagi…yang, malangnya, juga berisi tahi. Kenapa banyak sangat lubang tahi?! Aku pun tak pasti, mungkin kerana aku pandai gali lubang dan ada cangkul di tangan.

Saturday, June 21, 2008

Kartun Untuk Hari Ini II




Siapa faham, sila inform aku di kotak komen di bawah.
Have a good day people!

Wednesday, June 18, 2008

Kasih Sayangku Sama Rata

Merujuk kepada post ini.

Aku ingin mengeluarkan kenyataan bahawa aku tidak akan melebihkan atau mengurangkan antara orang hitam, coklat, kuning atau putih, tapi menyayangi semuanya sama rata.


*I sayang semuanya