Monday, October 20, 2008

Burung Cinta


Haaa....burung apa yang kamu fikirkan tu? Tsk tsk tsk...


Apa yang aku maksudkan burung cinta disini adalah gelaran love birds yang selalu diberikan kepada pasangan manusia, yang secara mudahnya, boleh di-describe sebagai sedang bercinta. 'Secara mudah' kerana sebenarnya aku rasa benda cinta ini adalah agak kompleks. Kalau dalam bahasa Melayu pun sebagai contoh, kita ada banyak perkataan untuk menjelaskan benda kompleks ini; Angau, mabuk kepayang (?), mabuk(?)...ok, aku tak tahu sangat sebenarnya perkataan apa lagi yang ada.


Tapi yang paling jelas, walaupun kompleks, golongan burung cinta boleh dikelaskan dalam dua kumpulan.


a) In Love: Mereka yang secara kesuluruhannya sober, sedar dan tahu diri mereka dan pasangan. Selalunya menerima keadaan seadanya, berfikir dan bertindak secara logikal dan rasional.

b) Intoxicated by Love: Mereka ini pula adalah exactly seperti yang dinyatakan-intoxicated. Cinta atau sayang itu mungkin wujud juga, tapi lebih banyak elemen mabuk rasanya. Selalunya menjadi kurang sedar siapa diri mereka dan pasangan, contohnya mungkin ada yang rasa dirinya Arnold Schwazenegger dan pasangannya Unnur Birna Vilhjálmsdóttir etc. Akibatnya selalu mengambil tindakan yang berbaur terlebih emosi. Eg: menjerit di atas bukit "Watiii! Aku cinta pada muuuu!!" (tak logik/realistik kan?)


Tapi kalau setakat mahu memanjat gunung atau bukit dan menyusahkan serta memeningkan kepala sendiri, tak mengapa, masalahnya kadangkala mereka memeningkan kepala aku juga.

-------------------------------------------------------------

Menyekat Jalan:

Malangnya sesetengah koridor, laluan atau kawasan pejalan kaki dalam mahupun luar bangunan cuma muat muat untuk dua orang melepasinya, dan di sini lah juga pasangan yang intoxicated akan berada, side by side, tangan lelaki akan berada dalam poket belakang jeans pasangannya dan vice versa. Mereka berdua akan berjalan perlahan sambil bercakap-cakap halus kononnya romantik sedangkan di belakang mereka sudah ramai orang yang hilang sabar kerana mahu cepat berjalan. Tahu lah orang selalu kata bila bercinta 'dunia ini kita yang punya', tapi tolong, don't take it literally.



Mengutuk Orang:

Ini memang berlaku. Bila pasangan intoxicated bersama-sama, mereka akan rasa mereka lah manusia paling sempurna di muka bumi dan akan mula menjeling sana sini sambil mengutuk orang lain. Eg: "Eeee you tengok orang tu, tak ada stail, that'S mean...tak mulia macam kita kan? hehehe.." atau apa apa perkara lain yang menjurus ke arah yang sama. Mungkin juga akan mengutuk orang yang betul betul di hadapan mereka ketika beratur (membeli tiket wayang contohnya), selalunya dilakukan tanpa segan silu kerana mereka yakin mereka sempurna.



Overprotective Sehingga Menjengkelkan:

Kedua-dua perkara di atas aku agak jarang encounter, tapi yang ini agak kerap. Di mana si lelaki akan rasa dirinya ksatria dalam perisai berkilat (knight in shining armor) dan pasangannya pula seolah-olah gadis muda dalam tekanan (damsel in distress). Apa gunanya jadi ksatria dan gadis dalam tekanan kalau tak ada penjahat bukan? Jadi, mereka akan mula berangan-angan lelaki-lelaki lain di sekeliling adalah penjahat. Jeling sana sini dengan pandangan tajam kononnya orang lain mahu rebut teman wanitanya.

Pernah aku mengambil sekilas pandang seorang gadis kerana aku ingat aku terserempak dengan kenalan, rupanya bukan, jadi tamat di situ dan aku meneruskan langkah. Tiba-tiba aku nampak dalam periphery vision aku, seorang lelaki menjeling tajam ke arah aku dengan mimik muka tak puas hati, lalu aku serta merta tahu -ah, a knight in shining armor!

Jadi, untuk memuaskan hati dan sifat ingin tahu aku, aku toleh dan pandang straight ke muka ksatria tersebut. Dia terkebil kebil dan memandang tempat lain. Haih..apa ni? Ingatkan ksatria..

-------------------------------------------------------------

Kesimpulannya, pasangan-pasangan sekalian hendaklah chill out!

Ingat..'dunia ini kita yang punya' itu hanya lah ekspresi semata-mata, ia tak bermakna dunia itu betul betul milik kamu yang punya sehingga kamu boleh menyusahkan orang di sekeliling.


Terima kasih.

24 comments:

dila raden said...

tak tau nak reply macam mana

blogger kata ada unsur2 spam dalam blog aku

spam apa benda pun tak tau

ha ha

jahat kan dorang?

47 said...

sebab ada video lagu 'palat mere jain' kot LOL

memang jahat.

Ares Bahar said...

Dan yang paling menyampah apabila kau memandu di belakang kereta pasangan berchenta ini...

Si ksatria di dalam perisau berkilat akan memandu slow nak mampos sambil kontrol macho, manakala si gadis pula akan melintuk ke bahu si ksatria...

Dan aku akan rapping segala sumpah seranah di dunia untuk mereka.

47 said...

ah betul! benar2 memang ada, memandu sambil bersyair cinta mungkin. dunia mereka yang punya, termasuklah jalan-jalan raya.

the artist and i said...

yeah betul ares.

ms weed pernah kena road bully, gara-gara aku dah la dalam 2jam kat jalan tu. kesesakan lalu lintas, PahlawanPencinta sudah nak cucuk2 nak masuk dari kanan, lepas tu dah bagi masuk dia tunjuk sign 'fuck'. lepas tu dia celah lagi ke kanan.

bila kreta ms weed ke depan sikit, aku pun angkat la tangan macam "apa kot?" . geramlah 2jam wait, dah bagi jalan tunjuk fuck fuck pulak.

ingatkan dah setel. rupanya dia keja, ms weed tak perasan dia dah ada sebelah kiri lepas tu cakap

"lu apa hal?" dialek cina,dia ingat ms weed cina kot (mungkin sebab dia ingat ms weed cina lagi dia nak tunjuk hero)

ms weed reply, "kau yang apa kot?"

dengan machonya dia cakap, (Puteri bertudung itu disebelah senyum2),

"nasib kau perempuan,kalau tak aku hentak dah!"

PahlawanCinta kan?
PuteriTudung tu pun senyum tanda puas!

Ms weed memang lah shaking, shaking sebab aku tak boleh tikam dia! tengah memandu kan. Kereta lain semua honk kereta dia.

Sampai stesen minyak, belok, call Mr.B, aku nangis! hahaha.. nangis sebab apa dia tanya,

"saya rasa memang gila nak tikam orang nih!" hahaha.

(PahlawanCinta pun mesti gomol2 peha PuteriTudung dia sebab dia dah panah sumpit racun ke perempuan lain... tragik kan?)

:) (sorang panjang type-teruja!)

47 said...

husni:
------
rest assured bro, you're not the only one ;)
LOL


ms weed:
---------
mabuk sangat dah tu nampaknya. bukan saja menyusahkah, dah sampai menyerang orang lain dah tu.

tikam je lain kali (turut geram).

theblabber said...

selalu juga bumped into kesatria yg over protective tuh. berasa terancam mungkin dgn aku (dgn kau juga mungkin) padahal awek dia tarap2 muka org gaji je kat umah aku. wek2!! (marah ni). Eheh

Hali Munan said...

Unnur Birna is fine~~~mmphhh

That's all I got for this entry.

Amak said...

satu, cerita ms weed buat saya geram.

dua, memalukan, tapi nak cerita jugak. Dulu ex sebelum tunang ni pun overprotective nak mampos. Saya tak bangga lansung. Malah rimas. Sama la macam cerita kamu. Orang pandang saya, dia nak usha panas balik kat orang tu. Weh! macam la aku ni lawa sangat! Malu weh!

sampai satu tahap saya sound dia, and dia terasa la. Mengongkong satu hal.

Dah la kalau dating ngan dia, saya tak boleh nak pandang lelaki lain. Nak angkat phone call kawan kelas lelaki pun tak boleh.

bodoh betul. nasih baik tak lama dgn dia. mangkuk ayun.

tetiba teringat balik dan sakit hati. ahahaha!

iqanabeera said...

oh yang block dekat tempat orang jalan tu ok lagi.

ni yang suka ber-PDA time atas escalator. haaaih. or dalam lift. rasa macam nak lemas je dalam tu kena dengar all their ayat2 cinta. buwek.

Ferdows said...

Part 'a knight in shining armor' itu mmg 'kuat':)
lelaki yang intoxicated in love mmg cepat rasa terancam ya
padahal orang usha bukan 'batak' pun nak tengok muka teman wanita mereka
hahah

Nice post!:)

NeemoNeemo™ said...

Burung apa?

unicorn said...

tu belum kira kalau part2 dia nak berbangga dgn pasangan dia...naik kete cite psl awek die, tgk tv cite psl awek die, tgh mkn cite psl awek die...ade je mnde nak relate ngn awek die..nyampah I!

47 said...

miezi:
-------
oh, kita seangkatan :D


hali munan:
------------
hey...stay away from her, she's mine :P


ladynoe:
--------
thank you very much kerana berkongsi! ini membuktikan kemabukan tak semestinya wujud pada kedua-dua pihak. Ada possibility besar cuma pihak lelaki atau perempuan shj yg mabuk :)


iqa:
-----
yep, i've had that experience too. tapi still tak se-annoying yang suka jeling-jeling konon garang dan mahu jaga gf 24/7.


ferdows:
---------
rasa terancam tak tentu pasal. inferiority complex kot?
thanks


neem:
------
burung muuraaaii..


unicorn:
---------
ahaha, oh aku ada kenal juga orang yang macam itu. tapi at least dia tak berniat menyusahkan orang, cuma terbawa-bawa feel bercinta ke mana shj :D

Jebon said...

Pernah kena marah dengan seorang mat rempit berkereta di depan khalayak ramai di Sunway Pyramid. Dia tuduh saya mengurat teman wanita dia. Teman wanita dia ada misai. Bukan citarasa saya tapi mat rempit tu tak faham dan terus marah-marah. Haih....

47 said...

dang! teman wanita bermisai..tsk tsk tsk...walaupun dia mat rempit, i do pity him haha

kita seangkatan kerana bertembung dengan ksatria2 murahan ni >:l

Lexy Rollo said...

ahahaha.
kenapa aku terasa bab2 mengutuk orang?aku rasa aku mcm tu la kadang2 tapi bukan la mengutuk tang style.tapi entry ini telah membuatkan aku insaf seketika dan akan berusaha utk tidak mengutuk org ketika keluar berjalan-jalan dengan pasangan.

ladyesah said...

kelakar gila nih. hahahhaa. gadis dalam tekanannn~~ gahhhhaha.

orang bercinta memang menyusahkan!! ishish

47 said...

anakramalan:
------------
wohoo! tahniah :) selamat tidak mengutuk. chill out kay ;)


ladyesah:
---------
tak semua org berchenta menyusahkan, especially when both parties are matured. then, instead of becoming a steady source of annoyance to other people and themselves, they'll become a source of inspiration and support for each other.

itu kes ideal lah :P

ladyesah said...

alolololo. so sweeettt :)
yang menyusahkan tu i meant.. like my bestie her punya bf merepek gila kongkong dia. tak suka dia lepak dgn kita :( tak suka kita pun. such an awful guy!! even made her chose between us or him. wtf? pastu my bestie have to lie behind his back bila nak lepak dgn kita and she's so afraid of her bf.. MEREPEK AH.. kesian gila dgn dia.. sighh..
ok la i sound like kawan tak guna kata kawan menyusahkan.. haha. tapi im putting up with her la.. despite dia menyusahkan. hahaha. cause kawan dah lama kan.. tapi tu la. i hope one day she'll realise that that guy is not good for her. sebab mulut semi sexy ini sudah penat kasi nasihat. sighh. huhu

.::jarjar::. said...

tapi yg lebih menyakitkan hati bila ada sesetengan couple yg bila depan org..they seem so happy and madly in love with each other..tapi disebaliknya...they are so fucked up...jenis ape org yg mcm ni?

47 said...

ladyesah:
---------
aah i see :) well, true enough..some of em do annoy us.

love/chenta is a very complicated thing lah, and i'm no believer.

i believe in varying degrees of 'like', eg: I like you, i LiiiIIke you etc

LOL



jar jar:
--------
hmmm, jenis fucked up? :P

i have nothing against them, tapi harapnya mereka sedar yang 'they don't belong together' dan mula mencari relationship baru yang lebih sihat.

Jackiethevixen said...

Comel sgt ni hidung miaw miaw tu. Rasa mcm nak picit-picit.

47 said...

muka kucing stoned :)