Showing posts with label Review. Show all posts
Showing posts with label Review. Show all posts

Thursday, February 21, 2008

LelakiPukul: Musuh Dalaman

Ini adalah reviu (apa review dalam bahasa Melayu?) untuk sebuah buku yang aku baru habis baca. Buku ini dibeli kerana kepala otak aku meraung mahukan bahan fiksyen untuk dicerna, mana tidaknya, rutin kehidupan manusia yang sama dan berputar lagi dan lagi adalah membosankan. Melainkan kamu tidak ada satu rutin tetap, atau pun hanya mengikut rutin sampai ke satu tahap lalu mengubahnya cepat-cepat. Kalau kamu begini, aku ucapkan tahniah! Banyak orang di luar sana cemburu dengan kamu.

Buku ini ditulis oleh William C.Dietz, penulis yang sama yang menulis buku Halo: The Flood yang menjadi bestseller tak lama dahulu (aku tak pernah baca Halo: The Flood - maklumat ini muncul pada muka depan Hitman: Enemy Within).

Kalau movienya boleh tahan mengarut dan terpesong dari jalan cerita sebenar, maka buku ini pula adalah jauh lebih baik kerana tidak tersasar jauh dari sumber asalnya.

Dalam buku ini, The Agency akan dijelaskan strukturnya, ahli-ahli tertingginya diperkenalkan, hatta Diana pun di-deskripsi-kan dengan jelas rupa dan sifat-sifatnya.

Cerita bermula apabila ada seorang jutawan Greek yang juga ahli tertinggi The Agency jatuh akibat masalah kewangan yang besar. Masalah ini memaksanya untuk meminjam wang dari kenalannya yang juga seorang jutawan berbangsa Perancis, tapi malang sungguh nasib si jutawan Greek ini kerana rupa-rupanya jutawan Perancis ini adalah ahli sebuah organisasi bernama Puissance Treize.

Puissance Treize telah lama bermimpi untuk menjatuhkan The Agency dan membolot segala bisnes dan aset The Agency. Maka si jutawan Greek telah dipaksa untuk membocorkan maklumat dalaman sebagai tukaran bagi bantuan kewangan yang sangat diperlukan bagi mengelak diri dari muflis. Maka lahirlah seorang musuh dalam selimut The Agency.

Maklumat yang dibekalkan akhirnya mula memberi impak apabila salah satu misi The Agency gagal. Ejen terbaik The Agency, 47, yang telah dihantar untuk menghapuskan seorang tokey kongsi gelap secara sulit, tiba-tiba telah di 'nanti' ketibaanya oleh kongsi gelap tersebut.

Tembakan bertalu-talu dilepaskan oleh ahli kongsi gelap tapi ternyata 47 lebih pantas, dia bergolek ke belakang dinding. Tangannya menyeluk ke dalam kot, dan dua Silverballer yang telah lama berkhidmat setia dikeluarkan. Matanya dipejam sesaat, kedudukan setiap musuh pantas diimbas kembali oleh otaknya. Mata dibuka dan zass! 47 meluncur keluar dengan dua Silverballer ditangan....
.
.
.
.
Verdict
-nya:

~3.8 dari 5

Kerana bahagian pertengahan sedikit membosankan bagi aku. Tapi mukadimahnya dan penutupnya memang bagus!

Sekiranya buku ini dipecahkan kepada tiga bahagian dan diberi rating secara berasingan, jadinya macam ini:

---------------------------
1/3 pertama: 4.5 dari 5

1/3 kedua: 3 dari 5

1/3 akhir: 4.8 dari 5
----------------------------

Tamat.