Wednesday, October 31, 2007

We Fear The Unknown



Ini adalah salah satu sebab mengapa aku meng-advocate atau bak kata orang-orang tua -menggalakkan- pembelajaran mandarin (bagi aku setakat boleh bercakap dan faham apabila dengar sudah cukup, belajar menulis dan membaca bagus juga, tapi ia akan memakan masa yang lebih).

Sememangnya tak boleh dinafikan ada sentimen 'kurang suka cina' di kalangan sesetengah orang Melayu, dan orang Cina juga sama, ada di kalangan mereka yang juga meyimpan sentimen 'kurang suka melayu'.

Dari mata aku, kita semua sama saja, tak lebih tak kurang pun, kelainan kita sangat sedikit (warna kulit, mata -tapi mata orang Melayu pun bukannya besar sangat pun, dan apa lagi ya? saiz? lebih kurang juga, sama sama orang Asia).

Yang membezakan orang Melayu dan Cina hanyalah budaya (agama juga aku kategorikan sebagai budaya) dan bahasa.

Disebabkan budaya tidak boleh dipelajari (ia hanya boleh diserap secara perlahan2 menerusi proses membesar atau penglibatan aktif dan intensif utk satu tempoh yang lama) maka tinggalnya perkara yang boleh di pelajari adalah bahasa.

Jadi, kenapa bagus dipelajari bahasa Mandarin? (lebih-lebih lagi bagi orang Melayu yang ada isu kompleks dengan orang Cina)

Jawapannya ada dua, bergantung kamu dari golongan mana.

1) Kamu dari golongan yang tidak kompleks Cina/tak kisah pun Cina atau bukan:
---------------------------------------------------------------------------------
Bahasa Mandarin digunakan dengan meluas di merata dunia dan China juga sedang berkembang pesat ekonominya, mungkin kamu boleh ke sana dan memulakan bisnes/perniagaan import eksport (seperti bapa si Ramli dalam cerita Bujang Lapuk - siap berpengkalan di Hong Kong lagi).

2) Kamu dari golongan kompleks Cina:
---------------------------------------
Inilah ubat yang kamu semua cari-cari samada sedar atau tidak.
Orang putih/Mat Salleh ada mengatakan "We fear the unknown" atau dalam bahasa Melayunya "Kita takut kepada hal yang kita tidak tahu".

Nah! Maka cubalah kamu utk 'tahu' supaya kamu tidak 'takut' lagi.

Tuesday, October 30, 2007

Mari Bercakap Cina (Mandarin)



Aku harap ada orang yang datang menjenguk post yang kali ini sebab rasanya hal yang aku coretkan kali ini agak besar manfaatnya bagi orang-orang Melayu.

Lebih kurang 2 tahun yang lalu aku telah membuat keputusan untuk belajar bercakap (menulis belum lagi) bahasa Mandarin (bagi yang kurang pasti: Mandarin adalah umpama bahasa baku atau rasmi, Kantonis, Hokkien, Teow Chew dll adalah dikategori sebagai dialek)

Jadi dengan menguasai Mandarin, kita pasti boleh berkomunikasi dengan orang-orang Cina biarpun ada dikalangan mereka yang tak pandai bertutur bahasa Mandarin (ini kerana semua medium rasmi Cina adalah dalam Mandarin).

Kenapa aku nak mempromosi bahasa Mandarin? Ini adalah kerana aku mempelajari Mandarin secara tak rasmi dan aku telah membuktikan kepada diri sendiri (mungkin kepada beberapa kawan aku juga) yang bahasa mandarin percakapan adalah agak mudah difahami dan mampu dipelajari sendiri.

Pembelajaran aku dilaksanakan sikit demi sikit, satu hari sepotong ayat. Apabila duduk dengan kawan-kawan Cina aku mula bertanya dan bersembang dengan 2-3 potong ayat yang aku telah kuasai, dan dalam beberapa minggu aku sudah menyerap banyak perkataan baru dan gaya/susunan ayat baru. Dan sekarang aku sudah boleh berbual dengan kenalan Cina pada level intermediate.

Bagi aku, orang yang mampu berbahasa Melayu ada kelebihannya apabila belajar bercakap Mandarin. Berdasarkan pengalaman sendiri, tatabahasa dan susunan ayat Mandarin banyak persamaan dengan bahasa Melayu dan adalah agak ringkas (juga seperti bahasa Melayu) kalau hendak dibandingkan dengan tatabahasa Inggeris.


eg: dari segi tatabahasa.
--------------------

Present tense:
Saya makan nasi.

wo ----chi ----fan.

Past tense:
Saya telah makan nasi.

wo --------- chi ----fan le.

Future tense:
Saya akan(mahu) makan nasi.

wo ------yao --------chi ----fan.


dari segi ekspresi.
------------------

sedap (dimakan)
hao ------chi

tak sedap (dimakan)
bu ---hao ----chi

sedap (didengar)
hao ------ting

tak sedap (didengar)
bu --hao -----ting


Itulah antara sedikit contoh yang dapat aku tunjukkan di sini, tulis lebih lebih nanti jadi buang masa pula. Apa pun yang penting di sini adalah persamaan dan keringkasan bahasa Mandarin dapat ditunjukkan.

Cuma yang perlu di usahakan sikit bagi penutur bahasa Melayu dalam belajar bercakap Mandarin adalah intonasi. Bahasa Mandarin adalah bahasa 'tonal' di mana bunyi sebutan juga memainkan peranan, salah bunyi sebutan maksud perkataan pun jadi tak betul.
Tak susah pun, cubalah kuasai 4 intonasi bahasa Mandarin dan dalam masa yang sekejap anda akan juga mula bercakap-cakap Mandarin.

Monday, October 29, 2007

To Understand & Accept

Somehow the previous post just does not feel right.

It's not concise enough, heck I think it does not even deliver up to 70% of what I was really thinking about when I wrote it.

When it comes to Malays and Malaysia, my belief and hope is that one day in the future, we will all be integrated and become simply Malaysians (not just on paper but rather in its truest sense).

It's undeniably good to care about the Malays, but what I meant by 'care' here is to 'care enough to give' the younger generation of Malays all the elements necessary for them to grow and maximize their potentials. It is only when these kids have grown up and are able to stand at par with fellow Malaysians of their time that the process of integration will take place naturally (yes naturally - look at kids of different races in sekolah kebangsaan and how they mix around).

Mahatma Gandhi once said "Be the change you want to see in the world" and as such I have started my own little puny step towards this future that I carry in my mind. I took my first step by learning Mandarin..and that has contributed greatly in my effort of trying to understand my neighbors and friends of different races (truth be told, I don't even like this word -race, I'd rather say cultural background).

I honestly think that the time of "bertoleransi antara satu sama lain" has come to an end years ago, what we need to do now is to "memahami dan menerima antara satu sama lain".

To understand and Accept.

Tentang Cintakan Bangsa

Bagi aku perasaan nasionalisma ni ada baiknya, tapi aku rasa kita tidak boleh TERLALU fanatik dengan bangsa. Bahaya, obsesi boleh membawa kepada perasaan dan mentaliti 'aku sahaja betul' yang seterusnya boleh memecah belahkan masyarakat kita yang majmuk ini.

Sebenarnya, (bagi aku lah, mungkin tak sama bagi kamu) aku rasa sedikit pelik apabila bangsa dan agama dipandang seolah-olah sinonim. Bagi aku yang lebih utama adalah bangsa itu, agama berubah, bangsa tidak...hmm maksud aku di sini adalah contohnya, bangsa Melayu satu ketika dulu menganut agama Hindu, kemudian fahaman Buddhisme sedikit-sedikit, akhirnya menganut Islam apabila pedagang Arab datang berniaga (dan raja Melayu memeluk Islam). Jadi agama berubah, tapi identiti bangsa Melayu itu pada asasnya masih sama walaupun ada juga perubahan sedikit kepada sesetengah bahagian amalan kebudayanya.

Jadi bagi aku walaubagaimana sekali pun, aku lebih sayangkan (care) bangsa dari agama. Aku sayangkan bangsa ni bukan apa, bukan kerana genetik atau ketulenan darah bangsa Melayu (dah tak ada rasanya Melayu tulen dalam Malaysia, setiap dari kita berkemungkinan besar sudah berdarah campuran -termasuklah aku. eg: Mamak, Baba, Bugis, Jawa- tak kisahlah...err sebenarnya patut diambil kisah kerana ianya sebahagian dari warisan kita masing-masing, tapi mungkin hal ini aku boleh ulaskan di post lain).

Perasaan sayang ini juga bukan aku buat-buat atau timbul setelah mendengar ceramah pemimpin atau atas sebab-sebab remeh lain yang serupa ini....

Kalau nak diikutkan apabila aku memerhati hal-hal yang wujud dalam bangsa Melayu sekarang...dengan Mat Rempitnya, dengan Peragutnya (aku rasa kemungkinan besar mereka ini Melayu), dengan Litter Bug-nya yang ramai - aku nampak dengan mata sendiri (litter bug dalam bahasa Melayu apa ya?), dengan komen-komen bodoh Wakil Rakyatnya yang membuatkan aku sangsi dengan kebolehan memimpin mereka(lihat saja di Youtube) Ah! Perasaan yang timbul hanyalah meluat, kalau cukup wang memang sudah lama aku pindah ke negara luar.

Berbalik kepada persoalan mengapa boleh bercambah perasaan sayangkan bangsa dalam hati aku. Hati aku menjadi lembut dan timbul rasa sayang apabila aku lihat anak-anak kecil dan adik-adik kita yang di sekolah rendah pulang dari sekolah pada waktu petang.

Memerhatikan gelagat mereka sudah cukup untuk membuat aku tersenyum dan membuatkan aku 'care'. Ya, merekalah puncanya, aku tidak sayangkan orang Melayu dewasa dan tua bangka yang bersifat negatif seperti dinyatakan tadi (mungkin kerana buluh sudah tidak boleh dilentur), tidak sama sekali. Aku sayangkan anak-anak dan adik-adik Melayu, generasi baru yang sedang membesar.

Aku harap Malaysia akan menjadi sebuah tempat yang jauh lebih baik bagi mereka semua nanti dan aku akan cuba untuk menyumbang dengan cara yang aku mampu ke arah itu.

Eksperimentasi Bahasa Lagi

Pertama-tamanya (ada ke perkataan ni? aku kurang pasti, rasanya ada) aku ini bukanlah sasterawan dan bukan juga peminat fanatik sastera, bahkan aku lebih suka hal-hal yang praktikal dan logik dari hal-hal yang berbunga-bunga dan berhias seperti sastera atau seni.

Namun aku juga bukan robot, hati aku kadangkala menjadi segar apabila seni menyentuhnya. Jadi di sini aku ingin berkongsi secebis seni yang menyentuh hati aku. Sepotong sajak yang ditulis oleh William Butler Yeats, yang juga telah aku alih bahasakan sebagai satu bentuk eksperimentasi bahasa.

Sepertimana sajak ini telah menghidupkan hati aku buat entah kali yang berapa, aku harap kesannya sama bagi kamu si pembaca.

---------------------------------------------------------------

Andainya aku memiliki kain-kain hiasan syurga,

Yang dianyam dengan cahaya keemesan dan perak,

Kain-kain biru, malap dan gelap,

Gelap malam, terang dan separa terang,

Sudah tentu aku akan tebar kain-kain itu dibawah kakimu;

Tapi aku, si miskin, hanyalah memiliki impian;

Aku telah menebarkan segala impianku dibawah telapak kakimu;

Melangkahlah dengan lembut kerna kau sedang melangkah di atas impianku.

--------------------------------------------------------------

Versi asal:

Had I the heavens’ embroidered cloths,
Enwrought with golden and silver light,
The blue and the dim and the dark cloths
Of night and light and the half light,

I would spread the cloths under your feet:

But I, being poor, have only my dreams;

I have spread my dreams under your feet;

Tread softly because you tread on my dreams.

W.B. Yeats (1865–1939)
"He Wishes For the Cloths of Heaven"

Sunday, October 28, 2007

English/Malay : Melayu/Inggeris


I'm a bilingual man (on my way to becoming multilingual/quadralingual as two years ago I started learning both Mandarin and Japanese - baru intermediate level, belum cukup bagus)

I speak and write both English and Malay proficiently. I can utilize either one language at any given time with great ease and accuracy, but I have to admit that, perhaps because of the sheer amount of words available in English, I find myself speaking or writing in English whenever I'm trying to get a very serious point/feeling/idea across.

And as such, whenever I write a post for my blog, I'd write in English.

Tapi baru-baru ini, aku telah menemui dan mula membaca beberapa blog tempatan yang hampir semua nukilannya ditaip/tulis dalam bahasa Melayu cth: Aku Tak Peduli, Complexities and Contradictions (ada versi bahasa Melayunya), Jonesabdullah, dll.

Setelah membaca kebanyakan isi kandungan blog-blog ini beserta komen-komennya sekali, di mana adakalanya aku ketawa, berkerut dahi, dan tidak kurang juga tersenyum sendirian, aku menjadi yakin pula bahawa tak ada kurangnya menulis blog dalam bahasa Melayu, mungkin sama elok dengan yang ditulis dalam bahasa Inggeris -kalau tidak lebih elok lah (cewah.. haha, aku telah membuatkan diri sendiri tergelak dengan gaya penulisan ini)

Maka, aku telah membuat keputusan, di sini aku akan bereksperimentasi dengan penulisan dalam bahasa Melayu. Tapi sekali sekala akan aku selitkan juga post-post dalam bahasa Inggeris kerana sudah pasti nanti ada ketikanya aku akan menjadi malas dan muak untuk menulis dalam bahasa Melayu baku begini (ya, ia tak semudah yang anda sangka).

Ayuh! Mara ke depan!

Saturday, October 27, 2007

Rentetan Shit List En.MM

Ini adalah rentetan komen yang aku pernah tinggalkan utk post "Orang Dalam Kedudukan Sepuluh Teratas Senarai Najis Aku" di blog Melayu Minimalis.

Apa yang nak aku tulis hari ini adalah berpunca dari satu golongan manusia, yang aku pasti bukan aku seorang sahaja yang benci dan meluat. Golongan ini adalah golongan manusia yang tak faham bahasa, tak beradab dan berkemungkinan sudah berulat otaknya. Wah, marahnya....tahu kenapa aku marah? Di bawah adalah rentetan peristiwa leceh yang membuatkan aku menjadi mangsa kebodohan golongan berebut masuk LRT.

"Satu hari aku nak masuk LRT, tapi takleh masuk sbb semua org tgh berebut2. Yg nak masuk tgh push ke dalam and yg nak keluar tgh push balik.

Aku (nak jadi civilized n gentlemanly punya psl) aku tunggu la commotion tu hbs. By the time aku melangkah masuk, ada sorang pompuan melangkah keluar. Rupa2nya situasi kami sama. Sbb dua dua nak cepat kami berselisih sedikit.

But, as the lrt door was closing, she turned around -at me- and shouted: "Lain kali tunggu la org dah keluar dulu, tak paham ka?!"

Wtf! All the people in that particular coach started eyeing me. And they're all the real culprits actually!"

Bagi si gadis yang menjerit ke arah aku pula, sungguhpun aku ada rasa hendak menendangnya pada ketika itu (bertuah sungguh pintu lrt terus tertutup) percayalah yang engkau telah pun aku maafkan.

Friday, October 26, 2007

First Post




Greetings people! Thanks for dropping by!

Here I shall pour in my ideas/thoughts/musings/dreams about a lot of things (that are interesting to you too hopefully).

I write only when I get the urge to write, feel stressed or in a mellow state haha.

May this blog thrive and grow and may I be inspired to write!