Monday, July 21, 2008

Penyakit Misteri II

Sebaik saja melangkah keluar, aku keluarkan semula kad yang diberi tadi dan mula mencongak jarak dan lokasi tempat baru yang aku harus pergi. Walaupun perut sedikit lapar akibat tidak makan tengah hari dek kerana masa menunggu yang lama di klinik tadi, aku buat keputusan untuk teruskan saja perjalanan. Aku tak ingin berlengah-lengah, lagi lama bertangguh lagi teruk jadinya nanti.


Sungguhpun ada masanya aku maki hamun (dalam hati) cara pemanduan teksi yang menyelit-nyelit, tapi hari ini aku tidak buat begitu, kerana tak sampai 5 minit menunggu di tepi jalan utama sebuah teksi sampai di depan aku. Aku hulurkan kad kepada pakcik pemandu teksi dan dia tengok dengan teliti. Aanyway, dipendekkan cerita, teksi berbau setanggi tersebut akhirnya sampai ke tempat yang sepatutnya.


Sungguh tak disangka tempatnya boleh tahan terbiar dan terpencil, cukup untuk membuatkan aku bertanya sendiri “wujudkah klinik di bangunan buruk macam ini?” Belum sempat mahu tanya soalan yang sama kepada pakcik teksi, dia sudah memecut teksinya meninggalkan aku. Sungguh efisien orang tua ni.


Aku mula berjalan menghampiri blok bangunan buruk, dan dalam samar-samar aku dapat melihat papan tanda klinik di dinding laluan pejalan kaki, klinik di tingkat 2 tulisnya. Setelah menaiki anak tangga berdebu aku pun tiba…

Belum sempat aku ketuk pintu, dia muncul di depan aku, membuka pintu lantas berkata..

47, I tahu sebab apa you di sini…”


Hebat! Aku belum bersuara, dia sudah tahu nama dan punca aku datang...

“Semuanya…..suda kawan I jelaskan dalam panggilan telefon” sambungnya lagi.


“Sini, I explain sama you apa sebenarnya you punya problem

Katanya sambil kami berdua berjalan ke kerusi dan meja di tengah klinik/biliknya.


You ada satu condition, Acute Malaysian-tricksitis

Aku mendengar dan menganggukkan kepala.


“Ini maksud, you punya neo-cortex..lapisan otak, adala sensitive kepada ini benda bernama Malaysian-tricks atau Mal-tricks

Mungkin kamu juga berasa pelik, samalah kita jika begitu. Jadi aku tanya kepada doktor ini yang namanya pun belum aku tahu..

“Apa benda ini Mal-tricks?”


Dia ketawa besar!

“HAHAHAHAHA!!”


Dan kembali serius..

You betul betul mau tau apa ini Mal-tricks?”

“Ya” Jawab aku..


Peluh sejuk memercik di dahi aku apabila mendengar penjelasannya yang sungguh eerily familiar..

Mal-tricks adala dunia yang di tarik atas biji mata you untuk kasi you buta”

Aku cuba mengingatkannya.

You jangan main-main, nanti I marah…you won’t like me when I’m angry…”


Dia membalas..

Ayo…jangan mara lah, dengar dulu..”

Mal-tricks ada di mana-mana. Di sekeliling kita, even sekarang, dalam bilik ini juga. You bole nampak bila you pandang luar tingkap, you bole nampak bila you pasang television"

"You bole rasa bila you buat kerja, bila you pergi masjid dengar khutbah, bila you tengok berita, bila you baca majalah dan suratkhabar. Itulah Mal-tricks, di tarik atas biji mata kasi you buta”


Terus terpacul pertanyaan..

“Ok, kalau betul cakap you, I mahu tanya…buat apa mahu kasi orang semua jadi buta?”


Jawabnya..

Control. Mal-tricks ini adala dunia yang di design supaya semua orang jadi under control dan tida mempersoalkan apa-apa”

“Apabila setiap orang suda diam dan under control, mereka akan hanya menjalankan kehidupan harian, bekerja, membayar cukai dan tidak menghiraukan apa-apa hal lain…”

“Pada tahap ini, Mal-tricks suda berjaya. SETIAP ORANG, especially yang bekerja, kini suda ditukar menjadi....INI"


"Maka seronoklah mereka yang men-design Mal-tricks kerana meja mereka kini kelihatan begini.."


The End.


p/s: Malangnya...solution bagi The Mal-tricks adalah tidak semudah menelan sebiji pil merah...

6 comments:

Anonymous said...

say what?

pedulikan mal tricks disease

mari memancing ikan untuk makan tengahari

Hali Munan said...

LOL. Kudos! I was expecting more though.

Pourpres~ said...

whoa classic. haha mcm nak jatuh kerusi like anime gitu, but ALAH! tak cukup drama. I think my syphilis story would've been more awesome. :p And then I sambung. And then another sambung at their blogs. Lots of things you can story with syphilis. Ishk apenye fixation dgn syphilis aku ni. Sorry syphboy.

Anonymous said...

dang.

saya ada maltricks, tapi takde simptom.


ini lagi bahaya.

47 said...

erm:
----
tolong pancingkan untuk aku, bila dah siap bakar sila call dan inform. terima kasih.


hali munan:
-----------
thank you, kisah benar ni, ingat tu.


pourpres:
---------
aaww.. it's ok syphgal XD


takahara:
---------
nope, you can't have the mal-tricks, it has you ;)

Tipu Tapi Benar (TTB) said...

Apakah mungkin Mal-Tricks ini juga merupakan satu submatriks dari satu Matriks yang lebih besar?

Matriks dalam Matriks?
Martikulasi?