Sebelum aku mula, ada beberapa perkara yang aku mahu ajak kamu semua perhatikan; Secara am, orang Melayu yang kurang fasih berbahasa Inggeris (tapi masih juga memasukkan frasa Inggeris dalam perbualan harian mereka - ini layak dipuji) selalu sebut "that means" sebagai "that'S mean". Kamu ada perasan? Aku pernah terdengar, bukan curi dengar ya, cakap kuat seorang lelaki yang cuba menjadi badass, yang menyergah kawan-kawannya "What'S the hell?!!"
Satu lagi yang aku selalu dengar orang Melayu sebut adalah "sek" bila ayat yang mereka mahu sebut sebenarnya adalah "seks". Selalunya memang macam ini, kan?
Ok, sekarang aku boleh mula.
Dengan cerita liwat mendapat liputan meluas dalam media Malaysia semenjak beberapa bulan lepas, aku sebenarnya hairan, kenapa isu atau topik homoseksualiti tidak dikupas dan dibincang semeluas liputan cerita liwat di tv dan suratkhabar. Pendek kata tak ada pun sebarang bentuk penjelasan atau kesedaran tentang homoseksualiti di sini. Hmm..
Aku straight, dan rasanya aku memang tak ada tendency gay, cuma aku bangkitkan topik ini kerana aku bersifat ingin tahu, dan sifat ingin tahu aku selalunya berunsur kemanusiaan. Sejarah manusia, tamadun manusia, bahasa dan budaya manusia, evolusi manusia, psikologi manusia, manusia yang cantik dan comel (haha)..dan lain lain.
Dari sudut pandangan aku, persoalan terbesar bila berkenaan topik ini adalah:
Adakah ia sesuatu yang semulajadi (innate) atau adakah ia boleh dipelajari (dari pengaruh sekeliling/persekitaran) ?
Mungkin ada dari kalangan kamu yang sedang membaca post ini, tahu bagaimana mahu menjawab, samada dari pengalaman sendiri atau dari sumber-sumber lain. Aku mengalu-alukan komen dan pandangan kamu semua.
Soalan ini timbul kerana pada suatu ketika dulu, rasanya mungkin sekitar umur 13~14 tahun, aku sendiri pernah merasai tarikan kepada rakan sekelas yang sama jantina dengan aku (member of the same sek). Zaman-zaman antara puberty dan pre-puberty, di mana aku dan rakan-rakan rata rata berkulit cerah tanpa cacat cela, mata bulat penuh ekspresi, bibir merah, dan selain rambut di kepala, bulu bulu lain dibadan hanyalah bulu roma halus... ok cukuplah untuk kamu dapat gambarannya.
Aku suka kepada seorang budak lelaki sebaya, dan kami keluar makan, minum dan main sama-sama. Tapi tak tahu lah macam mana pula bentuk tarikan aku terhadap dia (walaupun aku agak yakin perasaan itu mutual) bagi aku, aku anggap dia macam girlfriend cuma bezanya dia bukan girl tapi boy...(komplikated kan?). Tapi tak ada apa-apa berunsur seksual dalam pergaulan kami, cuma aku suka bila dia ada dan bersama dengan aku, even ketika di rumah ada masanya aku akan menelefon dan bersembang-sembang dengannya, kadang-kadang sebenarnya aku cuma mahu mendengar suaranya.
Tapi akhirnya sampai satu masa, dalam jangka masa setahun saja, bersama dengan peningkatan dalam ketinggian fizikal, pertumbuhan facial hair dan perubahan ketara suara, perasaan aku terhadap rakan sekelas tadi, amazingly, hilang langsung! Walaupun masih rakan sekelas, mindset aku berubah terus, tidak ada langsung sebarang bentuk kesukaan dalam ertikata perenggan di atas. Begitu juga dengan dia, aku dapat lihat dari reaksi dia yang dia pun telah berubah seperti aku.
Dan semenjak hari itu kami saling tidak pernah menimbulkan apa-apa pertanyaan berkenaan episod ganjil yang kami sama-sama lalui, terlalu awkward rasanya mahu diperkatakan. Maka tamatlah pengembaraan pendek aku ke dalam dunia unik tersebut. Adakah itu sexual identity confusion? Aku pun tak pasti, cuma yang aku pasti, episod tersebut datang dan pergi dengan semulajadi, tanpa pengaruh dari mana-mana pihak. Mungkin bagi sesetengah orang, episod itu datang dan kemudiannya tak pernah-pernah pergi...
Apa pun, sekarang giliran kamu pula untuk mengemukakan pandangan dan menjawab soalan bold di atas.
p/s: satu lagi persoalan yang boleh tahan besar berkenaan homoseksualiti; adakah hubungan seks menjadi satu keperluan bagi pasangan homoseksual atau adakah ia tak semestinya menjadi satu keperluan?
Friday, September 19, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
46 comments:
Tarik sejenis ada. Aku rasa semua pernah alami cuma tak tahu nak label kan saja.
Masa semester 8 Ms Weed memang baik dengan seorang junior. Dia nampak Ms Weed pakai tshirt Weezer kemudian dia datang tegur lalu kami rapat.
Kami selinap keluar dari kampus menuju ke Ipoh untuk ke Bodysurf. Kemudian kami check in di hotel.
Dia pakai tshirt weezernya. Dan Ms Weed pakai tshirt weezer sendiri. Kami tak pakai short pant. Katil ada dua.
Tarikan memang ada. Tapi telifon dia berbunyi. Dia bergayut. Ms Weed tidur. Selamat.
Esoknya kami bangun dia cakap, "Nasib orang gayut dengan D..and dia(msWeed) dah tido..kalau tak orang rasa nak kiss dia.."
Dia bahasakan 'orang' 'dia'.
Ms Weed cakap, "aha..orang pun sama! hahaha"
Kami masih berhubung jarang jarang. Dia dah jadi lecturer.. Tapi kalau jumpa dia mesti kiss pipi!
Dia memang baik! :D
haha, ko gay ek? (gurau je)
ini semua sebab seks yang terlampau atau pengaruh minda (duk fikir macam mana la rasa batang masuk dubur)
aku rasa la.
aku ni normal la.
damn.aku dah lame berkira-kira nak menulis ttg ini tapi belum cukup berani.
aku rasa feeling ni natural.tapi kalau dipupuk dalam environment yang lebih menjurus ke arah itu, ia jadi lain.
aku straight.betul ni.tapi kekadang aku confused juga.
aku excited tengok lelaki super hensem.aku cuma sedikit hensem :)
bila tengok blowjob scene, aku confused.aku tengok lelaki or perempuan itu?
aku suka manja dengan lelaki.masa sekolah aku sengaja lekatkan cotton bud dalam telinga then baring atas riba member aku.dia tolong kluarkan.
lelaki gay(top) sering approach aku.gay(bottom) pulak suke berbual dengan aku.
aku pernah lepak dengan awek hot dalam bilik aku sambil citer pasal sex.tapi sampai ke pagi kitorang tak wat pape.tak bernafsu pulak.
nanti aku tulis entri pasal ni.setakat ni aku masih straight and hopefully sampai bila2.aku takut juga tercampak dalam environment yang dikelilingi gay.takut feeling tu menguasai aku.huhu..
seseorang!
sabaq sabaq.. kawai diri.. hahaha.. dan aku pun tak paham kenapa ada lelaki yang suka layan shemale.
hehehe.. aku cuba buat buat paham!
susah nak cakapla ms weed.maybe macam ms weed dgn junior tu.kalau terus rapat sampai sekarang agaknya macamana?
shemale biasanya sangat daring.tak segan silu untuk approach lelaki.
seseorang yang scary
Saya jawab soalan yang terakhir tu saja dulu : Tidak semestinya satu keperluan.
o my love:
----------
pengalaman menarik :) tahniah kerana mempunyai kawan yang baik.
marzuki:
--------
mungkin ada yang macam itu, tapi aku rasa sebenarnya tak semudah itu.
seseorang:
-----------
sungguh honest! aku rasa kalau dari segi memandang lelaki hensem sbg menarik, aku pun ada rasa macam tu, tapi tak ada lah sampai tertarik, cuma the thought of 'oh menarik..' akan terlintas dlm kepala.
tapi aku kena bersama dengan ms weed, diharap bersabar LOL
erm:
----
you jangan takut..I ada..LOL *sakit perut aku
husni:
------
woohoo! 2 sen yang definitely bernilai lebih dari 2 sen. thank you! aku suka komen yang thought provoking macam ini.
true! memang kadang2 kita tak sedar pengaruh yang memacu keputusan :) dan dalam hal ini rasanya memang kedua-dua faktor main peranan, dalaman dan luaran.
p/s: aku makan mcd bila mahu cepat dan ringkas, tapi jarang-jarang makan. tak sihat! greasy deep fried stuff + sugar laden soda pops!
jebon:
------
great input, thanks!
Berkenaan tentang tarikan sejenis tu, I think it's just a phase semua mesti lalui. It's chemistry between people. Chemicals dalam badan reacting to each others'. Bila dah matang, testosterone menjalankan tanggungjawab ubah composition hormones dan chemical which most of the time, changes things.
I have gal friends yang I can never comprehend kenapa I'm attracted to them, most of the times sexually. Like, rawr, gerrammm. Suka nak manja, jeles bila dia gedik2 ngan other girl friends juga, rindu nak jumpa, suka tengok body certain tuh, wawawiwaaa montok! Tapi, most times bila compare, the girls tu bukan la like the hottest chicks around pon, so kenapa? It's the chemistry.
About being gay, I believe, ada banyak kes homosexuality yang hanya pengaruh environment, tetapi banyak juga memang natural instinct. I believe them to be the bunch of people that God dictated to be put to the hardest test; mahu bahagia dunia atau bahagia akhirat? Pilih mahu ikut kata hati dan cinta dunia, ataupun lagi percayakan janji ganjaran tuhan untuk di akhirat nanti?
I pity them.
i miss kissing wet and sweet cunt. sorry to write this, can't help it. lol
What's the hell 47?! Wahahah. Lagi susah nak jawab soalan what's the hell itu, bukan?
Beruang itu sungguh comel. Tengok dia duduk atas bench tu kaki dia tak sampai the ground pun huhuhu.
I baca same sex attraction masa zaman pre pubescent normal and common. I pernah attracted to a girl once, tapi by then I was already 18.
i used to date this girl who was really the only one who ever took my breath away (haha lame) but chickened out when she wanted us to commit to each other.
but now we're still pretty much close friends.
so to me, that was totally just a phase i had to go through. out of curiosity or out of actual feelings for that person, i pun tak sure until now.
but ok what if boleh jadi bi. keep the options open, more choices lah kan? hahah.
pengumuman...aku bukan gay..jangan takut.just sometimes perasaan tu ada.tapi aku lebih kuat utk kontrol.
sblm takut nk komen sbb x brani...
tp apabila bace entri ni..
huh...aku beranikan diri...
di belah pantai timur.terutamanya, di bhgn kelantan...
sek membawa maksud kumpulan atau geng...
hanya nak bgtaw..
xde kaitan ngan entri ni pom sbnrnya...
=]
pourpres:
---------
"I have gal friends yang I can never comprehend kenapa I'm attracted to them, most of the times sexually. Like, rawr, gerrammm. Suka nak manja, jeles bila dia gedik2 ngan other girl friends juga, rindu nak jumpa, suka tengok body certain tuh, wawawiwaaa montok!"
your friends...take me to em! >:)
shirley temple:
---------------
oo shirley temple is here, long time no see. welcome!
magenta:
--------
vat's ze hell frau magenta?! haha true, susah nak jawab :P
thanks for the info (oh and -masuk folder)!
iqa:
-----
committing is usually the most difficult part in a relationship, regardless of its nature (homo/hetero). i don't know if i'll ever commit to anyone! :)
and i like your suggestion, hahaha
seseorang:
----------
i'm sure any right minded person would not be scared by your previous comments.
seriously, i understand where you're coming from, same sex attraction is a reality, it happens, kan?
the only thing is, it's up to us whether we're gonna pursue it further or just let it be.
mukrimania:
-----------
it's ok mukrimania, don't be scared. i don't eat people, i eat cheeseburgers + naan cheese + tandoori chicken + tosai + occasional nasi + people....eh!
temple bergerak sungguh lazat
nyam nyam
TAK BOLEH. They're mine to grope. I agree with iqanabeera juga. Bi lagi best, keep options open.
yeah
Bi
hahaha
ohh..it's a phase yg smua org lalu kan? i think it's normal kalau nak tertarek pada something yg look better.perasaan/fikiran itu will come and go dan jadi tak normal kalau it will never go. as u said "it's up to us whether we're gonna pursue it further or just let it be."..apa2 pun, ovasi berdiri (any such word??) utk entry ni, sunggoh berani dan jujor oleh kamu.eheh!
sorry. link without permission to do so.. mm.. pasal homosex ni, agak2 sekolah sejenis, merangsang kearah tu ke?
We kenot allow homosexuality in our kantri.
But that that that that, you you you..
We are lusting & congratulate you bloggers.
That's mean, you trying to projek us exaggerate.
We have erection.
But that doesn't mean that we're gay.
Pardon? Pardon?
You're breaking up.
That's mean, i kenot hear you.
We don't allow gay in our kantri b'coz that's not part of our culture.
That's mean, that bear is so out of shape.
Must go to gym!
That's mean, we can accept homosexuality if it stays within woman & girls since lesbians are so like WOOF WOFF.
But not among guys, boys to men.
Wakugehakguejakgea~
Malaysia, anda gagal!
Well, my ex-housemate was a transexual.
Dilahirkan perempuan, kemudian menjadi lelaki. Dia pegi hormone treatment and stuff.
Dia selalu share dengan aku and educate aku banyak pasal kenapa dia sejak kecil tak asyik tertarik kepada perempuan. Dan family pressure suruh jadik perempuan dan cuba macam-macam cara.
At one point, dia menurut kata keluarga. Cuba sedaya upaya. Pakai baju perempuan and berlagak perempuan. Dan kemudiannya menjadi bingung dan tak paham.
Di semester akhir universitinya, dia buat thesis pasal mental gender.
Kini dia bahgia menjadi lelaki. Family mula belajar menerima.
But itu cerita transexual.
Aku ada rakan sekerja (lelaki) yang lansung tak feminine, tak sissy lansung! but totally gay.
And he's proud of it. I'm proud to him to. Dia berkongsi cerita dengan aku. Dia kata, dia gay sebab dia yang pilih nak jadik gay. Dia boleh pilih untuk tidak jadik gay katanya, but dia ade sgt-sgt high expectation untuk perempuan. Kena breasts besar, cun gila babi and stuff. Or else, forget it dia kata. Baik jadik gay.
So itulah cerita 2 orang kawan aku. Sorang merasakan ianya natural, sorang lagi memilih secara sedar.
I'm in love with a guy, but I'm not at all sexually attracted to him.I drool watching lesbian sex scene instead.and I'm no longer a teenager. How's that?
Soklan dlm entri ni mcm soklan assignment kelas kitorg je.heh.
I believe homosexuality is learnt, not something innate.
and, a gay tak semestinya terlibat dgn sexual activities.
Like a paedophile tak semestinya molest children.
oh yes, what u experienced is called sexual identity confusion.me? I don't know.
erm:
----
sila lap dan tutup mulut.
pourpres:
---------
aiseh, tak boleh la pulak. tak apa, one day, i'll make you an offer you can't refuse :P
o my love:
-----------
option yang menarik, kan?
miezi:
-------
oh thank you. but a standing ovation? i don't deserve that honor man :)
memoirs:
--------
it's entirely ok, you don't need my permission to link this blog :)
btw, interesting question tu!
zainudedin:
-----------
our kantri kenot eksep dis ting.
wi ar demokratik kantri, we ar not like burma end myanmar!
LOL
firdauz:
--------
transgender issues are also interesting, to think that gender is determined more by what's in one's head than one's body..
thanks for sharing that story of yours, much appreciated!
neem:
-----
terima kasih diatas input anda :) kekalkan keseksian semulajadi.
saya just nak cakap yang, bulan JUNE hari tu pergi conference penjenamaan semula Kuala Lumpur, tukang cakap kat stage tu pun cakap
"that's mean" (padahal orang besar2)
Saya beruntung kerana walau selalu pressure di syarikat tempat saya bekerja ni, tapi bos dan kawan selalu betulkan grammar saya.
Sedih dengan sesetengah golongan yang gelakkan orang bila tersalah cakap. That's mean..kan?
heh. So..that means, jangan perlekeh org yang cuba untuk memperbaiki bahasa inggerisnya. Tak cool pun. heh.
good writing
enche quantum of solace!
anda dah kena tag!
sila jawab
=D
adynoe:
--------
yes, exactly, orang yang mencuba sepatutnya di puji atas keberanian mencuba..seperti yang dinyatakan dlm perenggan awal.
siku lipat:
-----------
good comment, thx
asra:
-----
LOL quantum of solace. memang tengah tertunggu-tunggu.
ok, tag - on its way, akan dibuat ketika bosan memuncak :)
Td blajar pasal adolescent, lecturer ckp waktu ni memang ada confusion on orientation.
my theory is because in late chilhood we kinda hangout with same sex frens, then during adolescence pun mcm transition nak lepak ngan oppo sex pulak.
so, we like, confuse the affection and attention we received.
excuse my english.
entry yang menarik.. aku baru je buat enrty tentang confession aku.. dan bertuah ade insan yang concern lalu memberi nasihat. (Lari tajuk)
tujuan utama adalah untuk menjawap soal.
bagi aku (gay) seks hanya sebagai satu tanda keseronokkan yang tidak dianggap sebagai satu keperluan.mungkin sikit utk tingkatkan kasih sayang tapi seks tak begitu penting utk aku.
golongan str8 pun sama aku rasa, untuk yang dah kawin mungkin ini keperluan untuk mendapat zuriat tapi bagi yang bujang bagaimana?
kalau seks adalah keperluan, makin ramai 'nurin jaslin' terjadi.
neem:
-----
i see... that's very interesting info, thanks :)
anon:
------
dulu aku ada ambil basic course psychology, psych 101. prof aku ada explain yang sek is a need (keperluan, bukan kehendak). seperti juga makanan dan tempat berteduh (shelter/home) juga adalah kehendak.
tapi bezanya adalah sek adalah satu-satunya kehendak yang manusia mampu ignore.
tapi bagi aku, kes nurin jazlin adalah di luar batas, apa sekali alasan, samada keperluan sek atau penyakit mental adalah tak applicable. the only thing that it is, is a purely heinous and despicable criminal act.
empat tujuh..tak tau nak comment apa..but i have to say, after reading all these comments, i myself pon tengah confuse ni! hahaha
takdelah. i'm totally straight.
anyway..a few years back when i was in SBP..ada gay couple in my school..junior-senior..kantoi being 'together' in our school's air-conditioned Sickbay..I saw them with my own eyes..topless,pantless. :p
as much as i respect other people's decision on their sexual orientation..i have to say..that sight was pretty gross.
ugh :) must've been! those two need to learn how to get a proper room haha!
lecturer aku asyik sebut thats mean
aku dengan kawan aku catit berapa kali dia sebut setiap kelas...
memalukan bagi dia yang belajar sampai oversea
mungkin bahasa bukan kekuatan dia. aku ada kenal seorang businessman berjaya/engineer.
memang seorang yang bijaksana tapi malangnya bahasa inggeris bukanlah forte dia, bila buka mulut untuk cakap inggeris..memang hancur :)
aku ada persoalkan benda ni. persoalan ke-14.
mmg ada naluri sebegitu. cuma kena pandai kawal jgn smpi terlanjur. mula2 adik angkat lepas tu terangkat-angkat... bahya dowh~
dude,
prolly it was a phase of "bromancing".
perfectly normal! :)
owh, but my bf hates it when i tease him about having a bromance.
he finds it utterly "gay", that word & concept i mean.
tapi tak langsung ok? paranoid lebih. haha.
penanya:
-------
yep, memang soalan yg interesting bukan?
siberian kitten:
----------------
love your name..siberian kitten..rraawr :P thanks for the info. bromancing.
giler byk komen..
pd aku kalau dah tersuka tu means semulajadi la.tertarik tu perkara normal asalkan teruskan hidup ikut fitrah manusia.
tp utk gay and lesbian tu..(ok aku admit aku one of them) byk mana kau nafikan diri kau sebenar pun sgt susah nak lawan utk pilih yg sejenis sbg kekasih hati. tp bak kata seseorg..yes itu semulajadi tp itu jg sebenarnya dugaan.tuhan kurniakan akal fikiran supaya kita dpt cari jalan melawan hawa nafsu dan mnjauhi laranganNya..
pasal sek..pd aku keperluannya sama seperti manusia normal laki dan perempuan. terpulang pd individu yg bercinta samaada nak menjadikan seks itu keutamaan.
aku harap aku tak lari topik.
one:
----
sungguh tidak lari topik. terima kasih kerana berkongsi pandangan. truly memang sangat di-appreciate.
take care! :)
Salam 47,
Selain dari One, tak der lagi ke gayboy yang nak kasi komen? Anynomous tu pun mcm gayboy jer...
Takkan la tak der gayboy lain yg baca blog, especially posting nie.
As for me, hanya yang ada pengalaman dan belajar (ada ilmu) pasal homosexuality nie jer yg boleh jelaskan persoalan yg dibangkitkan.
I tak der belajar atau amik apa2 course pasal homosexual, tapi pengalaman banyak...
Nanti I akan tulis panjang lebar dalam my blog (berdasarkan pengalaman semata-mata)and then linkkan dlm komentar nie...
Itupun kalau dibenarkanlah....
Wassalam
Hopefully this posting will answer some of the questions u have in your mind.
Nice entry. Teraksiden masuk sini..
Ya saya tau macam mana perasaan 'suka' itu sebab saya pun pernah alaminya dulu. Saya bersekolah di sekolah perempuan dan bodoh rasanya bila ingat kembali.. macam mana saya boleh 'angau' dengan adik angkat saya yang tomboy tu.. Hahaha.
Post a Comment