Ada sesiapa perasan yang kalau kamu hanya tonton RTM1, kamu akan dapati yang Malaysia sentiasa dalam keadaan yang tip top? Sepanjang masa, tanpa mengira sebarang masalah, skala global atau skala rantau asia tenggara, Malaysia sentiasa tip top dan hampir sempurna.
Keadaan kelam kabut di luar rumah kamu? Perarakan ribuan orang yang tak puas hati (tanpa mengira sebab)? Kalau ini berlaku dan kamu rasa takut? Cepat-cepat tukar rancangan ke RTM1, otak dan perasaan kamu akan diberi ubat. Secara automatik, kamu berasa tenang kerana sekarang kamu telah di'sedar'kan bahawa perarakan tersebut sebenarnya kecil.. cuma ada 10 peserta. Apa-apa sentimen tidak puas hati 10 orang tersebut adalah tak relevan, kamu di-assure-kan yang mereka bukannya tak puas hati tapi cuma mahu buat kacau sahaja.
Walaupun kadangkala, terasa sangat kuat unsur ke-kartun-an dalam info info yang disiarkan, tapi aku rasa kita tidak boleh pandang rendah kepada kaedah penyebaran propa... erhm... maksud aku penyebaran maklumat oleh RTM1. Kerana apa yang dilakukan siaran tersebut berkesan! Setiap kali, tanpa gagal, dari zaman hitam putih hinggalah ke zaman LCD tv, stesen tersebut berjaya menyumbat masuk info ke dalam otak orang ramai (masses) dan to a certain degree, menentukan tindakan mereka.
Apa pun yang mereka mahu siarkan, siarkanlah, aku tak berapa peduli. Tapi aku ingin mencadangkan agar ditambahkan dua lagi jenis maklumat yang aku rasa rakyat Malaysia sangat sangat perlukan.
1) Pengetahuan Asas Seks:
----------------------------
Orang Melayu Islam (dan orang-orang Asia lain juga mungkin) suka menyembunyikan perkara ini, daripada di akui yang hubungan seks berlaku dengan meluas dikalangan generasi muda, mereka lebih suka tutup mata dan berlakon tak ada apa apa berlaku. Malangnya ini bukan shampoo Johnson & Johnson, boleh setakat tutup mata dan kata "tak pedihkan mata!", ini SEKS! Seks ada akibatnya, selain dari menimbulkan kenikmatan sensual hasil sentuhan kulit dengan pasangan berlainan jantina (atau sama jantina bergantung kepada citarasa kamu), dan keenakan stimulasi bersama alat kelamin masing-masing dek pergeselan penis dengan keseluruhan dinding dalaman faraj (atau dinding dalaman rektum/kolon, juga bergantung kepada citarasa kamu) seks juga turut...jangan terkejut ya kalau kamu belum tahu...mampu menyebarkan penyakit! dan menghasilkan bayi!
STD sememangnya menyakitkan dan memedihkan (bukan pengalaman sendiri). Tapi sekurang-kurangnya ada juga peluang untuk sembuh, kalau kena jangkitan HIV pula bagaimana? Tak ada ubatnya, yang mampu dibuat cumalah melambatkan perjalanan membawa kamu ke peringkat AIDS. Peringat di mana badan sudah tidak mampu langsung melawan sebarang jangkitan, tak perlu selsema burung, selsema biasa sahaja pun sudah cukup untuk menyebabkan kematian.
Sudahlah sakit, terpaksa pula berhadapan dengan stigma masyarakat, yang awalnya tadi cuma tutup mata, tapi sekarang sudah pandai melabel AIDS sebagai Angkara Iblis Dan Syaitan. Lebih menghairankan lagi, selalunya orang yang menggunakan akronim ini jugalah yang tak pandai sebut perkataan AIDS, asyik sebut ED ED ED. ED hotak kau!
Seterusnya.
Bayi pula adalah manusia mini yang terhasil dari hubungan seks tanpa perlindungan. Hasil pancutan beritma air mani lelaki kedalam rahim perempuan yang sedang subur akan membawa kepada percantuman satu sperma (dalam setitik ada berjuta-juta) dengan ovum yang baru dilepaskan atau telah sedia ada dalam sistem pembiakan wanita. Hasil observasi aku sendiri dari membaca akhbar dan menonton berita yang tak pernah lekang dengan cerita bayi dibuang, bayi dibunuh kemudian dibuang, ibu muda bunuh diri, ibu muda kena tikam dengan teman lelaki dan lain-lain, adalah amat jelas sekali bagi aku bahawa para muda-mudi (dan juga dua tiga kerat yang sudah tua) tidak tahu asas pengetahuan tentang proses pembiakan manusia. Sungguh malang! Beratus-ratus, entahkan beribu kes penyiksaan jiwa, pening kepala, kematian, trauma dan sebagainya sebenarnya boleh dihalang sembilan bulan sebelumnya dengan hanya beberapa langkah mudah -beli kondom, sarungkan, buatlah apa yang nak dibuat, jangan tumpahkan isi kandungannya lalu ikat dan buang.
Itupun belum menjamin 100% yang manusia mini takkan dihasilkan, keberkesanan kondom cuma 80% sahaja, meningkat kepada 90% kalau spermicide digunakan. Satu-satunya langkah yang berkesan 100% adalah pengawalan diri dan tak buat hubungan seks langsung.
2) Pengetahuan Asas Nutrisi:
------------------------------
Aku rasa di Malaysia kita terpaksa menerima hakikat bahawa bahan makanan berkhasiat semuanya agak mahal (tapi boleh dielak kalau kamu pandai cari alternatif). Susu mahal, keju mahal, daging mahal, yoghurt mahal, pendek kata kalau kamu mahu menikmati satu hidangan makanan yang tinggi protien, rendah karbohidrat, dan tinggi serat, kamu terpaksa mengeluarkan lebih wang dari biasa. Aku rasa kalau diperhatikan kita boleh membuat kesimpulan ini: Diet harian biasa bagi orang Malaysia, dan Melayu khususnya, selalunya adalah hidangan berasaskan karbohidrat yang banyak + minyak dan susu pekat manis + gula sambil di selang seli dengan sedikit protien dan serat.
Tak hairanlah ramai pakcik pakcik Melayu yang umur baru mencecah 40 nampak seperti sudah lewat 50-an. Bila berjalan kaki menyeret tanah kerana nak membawa beban berat perut yang terkehadapan (perkataan ciptaan sendiri ni). Tak hairan jugalah bila kita asyik terima berita yang pakcik pakcik kita meninggal dunia kerana sakit jantung atau strok. Macam mana tak timbul masalah-masalah kesihatan begini bila amalan harian selama 20-30 tahun adalah setiap pagi melantak roti canai dan teh tarik dan di ulang lagi bila lewat malam tiba sebelum masuk tidur. Makan nasi pula setiap kali, pinggan di isi sampai kelihatan macam sebuah bukit kecil. Lauk pauk kelihatan seperti hiasan bagi nasi sahaja, itu pun digoreng sehingga menitis-nitis dengan minyak dan hilang rupa asalnya.
Aku pun makan juga roti canai dan minum teh (nescafe pilihan aku) tarik. Tapi janganlah sampai setiap hari, setiap pagi, setiap malam dan diulang-ulang sampai berpuluh tahun, itu mengundang maut namanya. Kawal-kawal lah sikit, "man man" kata orang Cina.
Haih...apa pun, aku yakin sekiranya kedua-dua maklumat yang aku nyatakan di atas di siarkan secara meluas di Malaysia, kedua-dua fenomena di atas dapat di elakkan, paling tidak pun dikurangkan dengan drastik. Kemudian barulah Malaysia akan penuh dengan pakcik-pakcik hensem bergaya dan orang muda-mudi yang gumbira.
Kamu gumbira tak?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
19 comments:
ED for AIDS...hahaha.
selalu jugak dengar orang sebut SEK instead of SEKS.
baru tadi time rehat teacher training chit chat dengan cikgu sains.
kata dia "lelaki masturbate mmg risiko bantut tinggi"
topik yang buatkan ms weed bancuh banyak sikit coffee.
bukan senang nak dengan cikgu sains indian yang open dan relaks2 saja.
Heh. Kids nowadays learn from TV.Gossip Girls, One Tree Hill, American Pie etc. They show the pleasure sex brings and not the negative consequences. Anyway, sex education is still tabboo in our country. If only we can break that wall.
For the eating behavior, it's a battle because we have so many tasty-but-bad-for-health food. A habit hard to change.Nasi Lemak itu terlalu sedap.
Malaysian mentality needs to be altered slowly. Maybe blogging like this can help :).
incik..
somehow i think anda semakin pandai buat lawak.nway, tak payah tnggu 50tahun, aku boleh nampak manusia (read:lelaki) awal 20an sudah boroi.tak cool kan?lalala~
td pagi masa drive to opis, aku dgr dlm radio en.rudy cakap roti canai soon akan jadi makanan yg sehat, sbb ada bahan nutritious ditmbah dalam tepung.hmm,dah lama tak makan roti canai.pasni boleh mkan hari2 kot?
p/s: susu HL tak mahal.hari2 boleh beli.
Do you notice yang dorang tak suka get into sex education aspects tu, tapi terlebih excited pasal the sex scandals and what nots. Macam harian metro semua suka sangat keluarkan cerita pasal incest la, underage rape la, tangkap basah la. Tahpape.
Pernah tgk movie Waiting?
"Mom, I don't need condom, I only do anal sex."
"Damn, I wish I was that lucky."
harian metro mmg mengarut. dats a fact. mmg niat murni atas alasan sbg iktibar n tak nak berlaku lagi after da msuk paper, but then ? ade je kan kes tgkap basah n underage rape.
kan ?
ps ; ade soalan. pelajaran seks. biar remaja bukak mata tentang akibatnya. rite? tp what if remaja tu ambil pelajaran seks tu as a courage for them to do sex ? i mean,tak semua boleh tahan bila di stimulate kn ?
oh maaf. pnjang dn ntah ape2.
:)
Z:
--
yep, pernah di sentuh dulu tentang seks disebut sek, tapi itu jauh lebih ok dari orang yang tak membantu keadaan, tapi cepat nak mengkritik saja bila berkenaan aids - dah tu asyik salah sebut ED ED. Pfft..
husni:
------
senandung muhibbah...hmmm? maaf aku tak berapa ingat. antara yang aku ingat adalah HMI (hiburan minggu ini) dan sketsa-sketsa pendek oleh ali mamak dan khairul anwar.
weed:
-----
jangan terlebih bancuh kopi, pahit nanti :P
aween:
-------
true, kids (everyone actually) nowadays are being bombarded with sexual messages almost daily. ads, tv series, movies..you name it.
sexual enticements are all around them (us), but unfortunately they're not properly educated on how to deal with them.
tak tahu lah setakat mana blog boleh memberi kesan. tapi kalau mereka diberi knowledge tentang apa itu seks dan apa consequence2-nya. pasti mereka boleh membuat keputusan yang lebih bijak.
miezi:
------
oh terima kasih incik miezi. aku pun turut setuju, sungguh lah tidak cool berperut buncit, lebih lebih lagi jika masih muda. hilang nilai aestetika dan tidak sihat.
yep, susu kotak kecil tu tak mahal sangat, tapi lebih untung kalau ada dijual susu dalam botol-botol besar dengan harga murah seperti di negara-negara barat :)
magenta:
---------
aah betul betul! bila nak cakap pasal sex - taknak. melanggar adab lah konon.
tapi bila ada rakaman telefon bimbit .3gp, atau cerita berbaur sex dalam akhbar.. berkerumun macam lalat. memang ED!
neem:
-----
tsk...mesti pedih! (bukan pengalaman sendiri, sekadar analisa menerusi imaginasi)
adil:
-----
haa macam ini baru adil!
rasanya kalau sexual ed diberi kepada remaja-remaja ni, ia takkan menjadi satu encouragement.
tapi ini tak bermakna semua remaja begitu, mungkin ada juga yang jadi lebih excited. tapi still aku rasa kalau betul cara penyampaiannya, ia boleh diterima secara neutral sebagai maklumat dan ilmu.
sebenarnya aku ingat lagi dulu ketika belajar biologi chapter human reproduction, memang ada gelak tawa sana sini. tapi kami (classmates) tak ada pula yang terus bertukar jadi sex maniac, jadi lebih berhati-hati bila berkenaan sex adalah.
You made me a very 'gumbira' someone tonight reading your entry.I couldn't agree more...Way to go 47!
erm, eyes opening.
masuk OIAM ke?
maria:
------
glad that you're gumbira :D
tuan caracol:
-------------
ok. good for you then.
anon:
-----
err..no. my singing ability is average at best :)
Do you think those who are sexually active watch a lot of porn? Or those who don't get laid watch a lot of porn? Would you say porn is one of reasons that youngsters bang each other these days? Or is just their libido and SYAITON influencing them?
Hehe. Tak perlu jawab. Saja gatal nak tanya.
Funny entry. I giggled my way through.
subject number three. Rock my nerve.
pously naie:
------------
sini saya tolong garukan :)
black mamba:
------------
sungguh me-rock kan saraf kita semua kan?
aku makan nasi sikit kalau nak banding dengan kawan lain. tapi kenapa aku buncit? minum todi pun tak.
dpt url kamu melalui anak mat nor blog..
trus ke sini membaca entri kamu..
agak menarik kupasan kamu tentang pengetahuan asas kesihatan & juga seks itu...
org malaysia mungkin kurang tentang itu...
makan ikot sedap...buat seks ikot sedap..buang anak bersepah-sepah pn ikot sedap...
haishh...
entahlah...kesian btul kita ni...
nampak macam dah bertamadun...
tapi serupa manusia tidak bertamadun juga kita ni yaa...
fariz bakar:
-------------
genetics? sorry kerana ter-AMAT lambat reply.
iaras:
-------
perlahan-lahan kesedaran akan timbul. itu yang malangnya, kalau lebih cepat sikit timbul kan bagus?
The author of mercesletifer-47.blogspot.com has written an excellent article. You have made your point and there is not much to argue about. It is like the following universal truth that you can not argue with: A mousepad will always collect the most dust compared to any other object in the room. Thanks for the info.
Post a Comment