Showing posts with label Culture. Show all posts
Showing posts with label Culture. Show all posts

Wednesday, September 4, 2019

Segar

*gambar Pegasus sekadar hiasan


Permulaan sememangnya satu perkara yang menyegarkan.

Agak malang jika difikirkan, berapa ramai di kalangan kita yang takut untuk bermula semula dari kosong? Aku tidaklah terlalu berani, tetapi aku sentiasa jadi ghairah bila aku mulakan sesuatu hal, terutamanya bila bermula dari kosong.

Bagai menjadi kanak-kanak semula. Semuanya jadi permainan tanpa peraturan, peraturan boleh digubah mengikut hati dan logika sendiri, paling tidak pada peringkat awal - sebelum realiti dan limitasi datang menggigit. Tidak selalu berjaya, lebih kerap tergolek dari maju ke depan, tapi itulah kehidupan, ya?

Semakin lama aku perhatikan, rasanya seperti semakin jelas, peraturan nombor satu (order of the day) untuk zaman sekarang ini adalah untuk sentiasa jadi orang baru - sentiasa bermula. Tidak cukup  sekadar menjadi pakar cerita-cerita lama, tapi harus menguasai perkara-perkara baru dan segar.

Nanti kita sembang lagi.



Wednesday, August 28, 2019

Refractory



Hello there stranger!

I haven't been here in a long while & I have to admit that I feel a little embarrassed by some of the things I've written here - but such is life - it's like returning to your childhood home and find scribbles on the wall of your declaration of love for your crush that you've never really gathered enough courage to talk to.

Being away for a while has given me a somewhat more objective view of what this blog was and how it had affected me, and I would like to make a little note of that observation.

1) In a positive light, it had helped me make sense of my world and thoughts at the time. Friends and relatives may not always understand, and may only be willing to have a good time with you and would rather not deal with your pseudo complex half baked intellectual crises.
So pouring some of this out into the void of blogosfera certainly did help - I had the fortune of meeting a handful of like-minded souls, some of whom are still my friends today.


2) Also in a positive light, I now understand some of the struggles that the smart people within the creative world have to endure - to stay true to oneself.
Even though to you my dear stranger, this place may appear empty, dusty and lifeless, it was once a small ballroom where many balls and masquerade parties were held, and people did come, dance, conversed and drank beer together. (it's blogosfera Malaya, you have to mention beer or allude to your drinking to keep things edgy).

And as such, there was an audience, and with it a realization - am I doing a solo dance for myself or am I putting on a show for others? Am I doing things because I want to do them or am I doing it for the cheering crowd? What if they jeer instead of cheer? What if they go away?

I imagine this is a pretty common struggle that we've all had to deal with, and it's especially obvious within the creative industry.
Extra note:
Even if you're not an artist or a creative, you too have faced/are facing/will face these questions: but they will be bigger and more intimate in nature, so big and so intimate/close to your face that you might not even see them. Eg: Are you where you are today because you want to be there or because you're told to be there? Your personality, you behavior, are you really you or are you putting on an act to meet the expectations set upon you by your family/community? Are your dreams really yours?

Follow the white rabbit?


3) Now, in a negative light, this blog eventually became my place to rant. And let me say this, habit is a powerful thing - and this blog got me hooked on ranting. After some time spent here, I realized that I was becoming quite negative, which I certainly did not appreciate. It seemed to me that spending my time and thought processes on the blog has glued on a pair of negative goggles around my eyes - now (then) all I could look at was what's wrong with people or with my surrounding.
My mind was on a constant lookout for things to criticize or comment about, some of these things were valid, but quite many of them were trivial & being consumed by trivialities is never good my strange friend.


All in all, it has been a good learning process. I hope you benefit from my little note here, or at the very least be mildly entertained by it if that's even possible.
Have a good day & take care.

Saturday, September 27, 2014

Tips & Ideas Kehidupan

*gambar sekadar hiasan


What's up people...(kalau masih ada people around-lah)

Salah satu punca bermulanya blog ini adalah kerana aku jenis orang yang mudah jadi irritated dengan perkara-perkara bodoh dan menjengkelkan yang sering berlaku di sekeliling kita. Ah banyaklah... kalau mahu dijelas satu persatu perkara ni memang takkan habis kerana semuanya berpunca dari kebodohan, dan jika ada satu sifat yang jelas pada kebodohan - maka inilah dia:

Kebodohan manusia itu tiada penghujungnya.

Jadi, amatlah tidak bersesuaian kiranya jika aku yang telah menghilang sekian lama kembali menaip di sini hanya untuk menulis semula tentang perkara yang sama, yakni rants "aku geram/marah/sakit hati dengan itu dan ini.."

Alang-alang aku di sini, biarlah apa yang aku bakal tulis ini jadi sesuatu yang berfaedah dan berguna untuk kamu yang membacanya. Berikut adalah beberapa tips dan ideas untuk memudahkan sedikit (sedikit sahaja, tak banyak) hidup kamu. Beruang dalam minda (Bear in mind), aku bukan pakar motivasi, bukan life coach, jauh sekali jutawan muda kosmetik dengan sebuah kereta mewah Jerman, aku cuma seorang young adult (masih consider dirinya young walaupun di hati kadang-kadang rasa tua) yang observant.



Tips & Ideas:
----------------------------------------------------------------

1) Kesempurnaan itu tidak wujud (There's no such thing as perfection).

     Secara umum, boleh dikatakan punca sebenar munculnya rasa irritated, marah, geram dan sebagainya adalah dari diri sendiri yang masih belum sedar akan subjek nombor 1 ini.

Mungkin ada di antara kamu yang kata "ah, ini aku sudah tahu" tapi itulah bezanya antara tahu dan sedar.

     "To know that there is no perfection" itu satu perkara, tapi "to understand and realize that there is no perfection" itu adalah perkara yang langsung berbeza.

      Sifat kehidupan atau kewujudan itu adalah ketidaksempurnaan. Jika ada sesuatu perkara itu dikatakan sempurna dan tiada cacat celanya, I can guarantee you bahawa dengan pernyataan tersebut sahaja menunjukkan yang perkara itu sebenarnya tidak wujud. Apa yang wujud adalah tidak sempurna, dan apa yang sempurna itu tidak wujud.

      Maka terimalah kewujudan dan kehidupan ini dengan segala ketidaksempurnaannya kerana itulah sifat semulajadinya, Wangi, busuk, pandai, bodoh, cantik, buruk, -kesemuanya, as a whole, walaupun sesetengahnya dilihat sebagai negatif, menghasilkan apa yang kita semua sedang alami sekarang, and that is life/existence itself.

       Sungguhpun bunyinya seperti terlalu pesimistik, sebenarnya tidaklah begitu. Pada pendapat aku, hanya dengan menyedari dan menerima keadaan ini secara realistik, baru kita boleh bermula untuk bergerak ke arah penambahbaikan (improvement).

       Faham?



2) Kita semua adalah individu (We are individuals).

    Di Malaysia ini, sudah semacam perkara normal dan biasa untuk meletakkan manusia dalam kelompok general dan secara mudah membuat konklusi begitu dan begini.

   Contoh:

kulit kuning, mata sepet
= Cina = Buddhist = rajin = kiasu.

kulit koko, mata tak berapa sepet
= Melayu = Islam = boleh~lah = malas.

kulit gelap, mata tak sepet
= India = Hindu = mungkin kuat minum & samseng.

kulit putih & rambut kuning
= orang putih = Kristian = perlu dilayan extra spesial.


    This is 2014, enough of this shit. Kalau kamu masih berfikir dengan cara begini, aku cadangkan kamu ketuk kepala sendiri dengan lesung batu sehingga retak tengkorak dan pada kadar segera, ketuk testis sendiri dengan kuat sebelum pitam akibat concussion.

     Sudah sedar dari pitam? Bagus. Here's the deal, kita adalah individu tersendiri, warna apa sekali pun kulit dan mata kamu, percaya atau tidak percaya dengan apa tuhan sekali pun, setiap seorang dari kita mempunyai sejarah dan latar belakang tersendiri yang kompleks, yang penuh dengan kepelbagaian pengalaman. Dan dari latar belakang yang tersendiri dan berbeza ini lahirnya individuality.

     Apa yang aku suka, mungkin kamu benci & apa yang aku benci, mungkin kamu suka. Kejayaan bagi aku, mungkin suatu kegagalan bagi kamu & kegagalan bagi aku mungkin satu kejayaan bagi kamu. Ya! percaya atau tidak, tak semua orang memandang kejayaan itu sebagai memiliki kereta besar buatan Jerman sambil bergambar dengan tersengih dan menunjukkan thumbs up dihadapan kereta tersebut, atau berjanggut panjang, berserban, bercelak dan paling kurang ada satu gambar bersama ustad selebriti di galeri gambar facebook.

    Bebaskan diri kamu dari label bodoh yang dilekatkan masyarakat & luaskan skop kamu, dari menutup mata dan telinga kepada pandangan berbeza, belajarlah dari pandangan yang berbeza. Approach begini lebih memperkayakan dan menguntungkan diri dalam jangka panjang.



3) Jadi diri kamu sendiri (Be yourself).

     Mungkin klise bunyinya, tapi itulah kebenaran. Poin ini, naturally, berkaitan dengan poin di atas.

                 "Tanpa label bodoh dan expectations dari masyarakat, siapa kamu sebenarnya?"

     Soalan ini berkemungkinan adalah soalan yang paling penting pernah diajukan kepada kamu. Terutamanya di sini, dengan budayanya yang menggalakkan setiap orang untuk masuk kandang masing-masing dan mengembek apabila diarahkan mengembek.

     Apa yang penting dan tidak penting bagi kamu? Dan adakah yang dikatakan penting itu betul-betul penting atau kamu cuma rasa semacam penting kerana telah dididik untuk menerimanya sebagai penting? Ini cuma salah satu contoh soalan, be creative and come up with more, and then proceed to answer 'em. Fikir dengan lebih mendalam...kemudian dalam sikit lagi.

     Aku tinggalkan task ini untuk kamu buat sebagai kerja rumah, bon voyage & good luck.



4) Perkayakan diri (enrich & nourish yourself).

     Sudah ada jawapan untuk soalan di atas? Excellent! 
Seterusnya, kamu perlu tahu bahawa orang yang paling penting dalam hidup kamu adalah kamu.

Nope! bukan some old long gone religious figure.
Nope! bukan mak atau ayah kamu.
Nope! bukan girlfriend atau isteri kamu.
Nope! bukan anak kamu.
Nope! bukan cucu atau isteri ke-2 kamu.

Tanpa kamu, semua yang di atas akan jadi tak berfaedah, bahkan semua orang yang kamu care about akan jadi lebih susah tanpa kamu, whatever kind of susah - susah hati, susah tiada sustenance, susah tiada kasih sayang etc. Yang paling penting untuk membuatkan perkara-perkara lain matter adalah kewujudan dan wellbeing kamu sendiri.

      Jadi, langkah pertama sebelum menjaga perkara lain adalah dengan menjaga diri sendiri, tahi akan berlaku (shit happens) walau bagaimanapun, tapi aku rasa kamu patut cuba yang terbaik untuk memperkukuhkan diri sendiri dari pelbagai sudut, mental mahupun fizikal.

     Hal ini bukanlah satu titik tinggi yang perlu dicapai, tapi adalah satu proses. Tak penting di mana tahap kamu, yang penting proses itu berjalan. (No such thing as perfection, remember?)

     Berhenti baca Harian Metro, Mastika, URTV, Mangga dan mula baca bahan bacaan yang lebih berkualiti, download e-book kalau tak mahu yang kertas - whatever floats your boat (except for Harian Metro, Mastika, URTV & Mangga obviously).

     Aku juga tahu orang Malaysia ni bangga dengan roti canai dan teh tarik, good for you, tapi janganlah sampai cuma itu yang dimakan dan minum, banyak lagi makanan dan minuman lain yang lebih berkhasiat. Cut down on junks dan mula belajar makan makanan wholesome.

     Pendek kata: Eat less, move more, and read more... 'nuff said.



5) Belajar untuk Agree to Disagree

     Orang Malaysia, mungkin kamu pun dah lama sedar, sememangnya sangat sensitif. Pantang di jolok, pasti melompat. Tak cukup dengan melompat, mereka yang melompat ini kemudiannya akan retaliate - mereka mahu gigit tengkuk kamu.

     Disebabkan kita hidup dalam masyarakat begini-lah yang aku cadangkan kamu semua makan makanan wholesome dan mula memperkayakan (dan memperkuatkan) diri. When retaliation comes, have no mercy, plow these assholes to hell - dengan approach begini sahaja pun sudah cukup untuk meminimakan apa-apa bentuk aggression terhadap diri kamu.

     Ada benarnya juga "Si vis pacem, para bellum". Kalau mahu aman, bersedia untuk fuck shit up - memang berkesan.

     Tapi jati diri aku ini sebenarnya jenis yang cintakan keamanan dan cinta (bukan cintan). Dan bagi aku jalan terbaik dalam memastikan kebanyakan konflik tamat atau diselesaikan dengan baik adalah dengan perkara ke-5 ini.

     Masih ramai yang tidak faham yang adalah tidak wajib ke atas orang lain untuk melihat dunia atau sesuatu benda dengan cara mereka. Kita semua adalah individu, kamu tak boleh expect orang dari background atau budaya berbeza untuk melihat dunia dengan 100% cara kamu melihatnya - don't be this naive.

     So be the bigger man/lady, dan pilihlah untuk agree to disagree apabila berhadapan dengan konflik yang semacam tiada penghujung.




--------------------------------------------------------



Well, there are probably quite a number more I could list down, but for now, I think these will do and they're probably the most important anyway.

You could be anyone, or you could be someone who is in need of these things I've jotted down, in which case, I wish to say thank you for reading and I hope you got something out of this.

Good night & good luck!











Saturday, January 12, 2008

Kod Tak Bertulis


Pada pendapat aku, sesebuah masyarakat menentukan tindak-tanduk ahlinya dengan budaya. Budaya memastikan setiap unit individu tidak menyimpang jauh dari apa yang dianggap normal bagi masyarakat yang sebenarnya adalah gabungan orang-orang ramai yang tidak dikenali pun.

Dalam beberapa hari lagi ada tiga orang lagi kenalan aku yang bakal 'settle down'. Bagus, bagus, tahniah aku ucapkan.

"masa itu emas" "masa itu pedang" "masa yang pergi.." "masa bla bla" banyak lagi. Semua kata kata ini tidak se-bermakna sekarang. Apabila kenalan-kenalan mula bergerak ke tahap seterusnya. Aku dapat rasa yang perjalanan masa itu lebih 'real'.

"Tahi... aku semakin menua" aku fikir sendiri. (Shit... I'm getting old)

Itu satu hal, lagi satu hal pula adalah aku harus meyakinkan diri sendiri yang aku tidak termakan pengaruh atau tekanan dari masyarakat tentang bagaimana aku patut rasa dan berfikir. Apabila isu ini timbul, hanya ada satu kisah yang muncul dalam otak aku. Kisah yang kita semua tahu rasanya. Kisah Lembu, Petani Tua dan Anaknya.

Ingat? Cerita tentang bagaimana petani tua berjalan bersama anak dan lembunya untuk ke pasar. Dan dalam perjalanan orang ramai berbisik-bisik sesama mereka "bodoh la, kenapa bawa lembu tapi berjalan kaki, naiklah lembu" tapi apabila kedua-dua petani dan anak menaiki lembu ada pula yang berkata "kejam betul, dua orang naik lembu..menyiksa haiwan" dan begitulah seterusnya.

Pendek kata, tiada apa yang mereka lakukan dapat memuaskan hati orang ramai, dan akhirnya dalam percubaan memuaskan hati orang ramai, mereka telah menyusahkan, merugikan dan memperbodohkan diri sendiri.

Aku tidak akan jadi macam petani tua dan anaknya.
Kamu pun sama juga hendaknya.