Thursday, November 12, 2009

Syair Spontan I



Listen dear, for this is funny but true,

that I think..life is a lot like you,

wondrously colorful, filled with every hue,

yet, like you, can sometimes be full of shit too.

-47

Wednesday, November 11, 2009

Trippy

I'll have whatever this guy is having, thanks.


Monday, November 2, 2009

Permukaan.


Aku tak gunakan cermin langsung dalam hidup aku sejak beberapa bulan lepas. Terlalu sibuk..? Tak juga. Terlalu bosan..? Kenapa aku harus bosan? Entah lah...jawapannya terlalu elusif bagi minda aku.

Tapi malam ini baru kali pertama aku pandang muka sendiri dalam cermin. Baru aku sedar, rupa-rupanya muka aku dah jadi macam ini.

Take care people!

Thursday, July 9, 2009

A Glass of Whine

Life is difficult, nothing is perfect, people are dirty, smelly and stupid, and shit happens.

That's how it is. The sooner I accept these things as a part of reality, the better I'm gonna feel and the easier it'll be for me to live my life.

This blog has allowed me to complain and whine and, to a certain extent, even reinforced the whiner in me. Even when I'm not writing anything here, or thinking of writing anything here, my mind whines...and it whines like a bitch.

Certainly this spells no good, 'coz if I keep on whining, then I'll be like so many bitch-ass men out there who are always complaining about something without actually doing anything. But of course a bigger bitch would only whine about himself because that's what being a bitch means.

Bitches!

Monday, July 6, 2009

Kruk krak.

Aku kepak jari-jari aku.

Hari ini aku sedikit lapang, cukup lapang untuk duduk di depan sebuah komputer dan mengadap monitor menatap halaman kosong blog ini. Jadi aku duduk, dan termenung sekejap memikirkan apa yang nak aku tulis. Rasanya aku suka menulis, rasanya macam ada banyak perkara yang hendak aku tulis tapi kadang-kadang macam tak ada benda pula yang nak diluahkan di sini...mungkin perlahan-lahan aku sudah jadi kurang peduli...tapi mungkin juga tidak. I dunno, you know?

Kalau tak salah aku, aku boleh mula ber-blogging kerana aku tak puas hati dengan perkara yang berlaku di sekeliling aku, perkara-perkara yang are both very Malaysian and very irritating. Contohnya, buang sampah merata-rata, semangat membabihutan tak bertempat, mentaliti aku saja betul, pemikiran sempit ala 'aku saja betul', tak ada toleransi, samseng taik kucing (atau minyak, tapi aku rasa kucing lebih sesuai digunakan disini), dan lain-lain yang boleh dihumban masuk ke dalam lubang kategori yang sama.

Sepatutnya lubang ini dikambus awal-awal lagi, tapi tidak, mungkin kerana ramai yang sukakan baunya, kiranya macam acquired taste-lah. Benda yang sebenarnya busuk dan tak sedap, tapi kerana sudah biasa lama-lama jadi suka, macam kamu suka hidu bau stokin sendiri, suka kan? sedap? tapi sebenarnya busuk, betul tak?

Perkara terkini yang buat aku rasa cukup meluat adalah ini. Apa ni? Aiya! Some of you people out there are strongly opinionated and may think what I'm gonna say is wrong and that she (the dead girl) deserved it, I say fuck you!

I blame the society wholly...the society and the dead girl's dumbfuck boyfriend. I blame the boyfriend for having sexual intercourse without protection, pergi belajar biologi dulu la wei! And the society for not being forgiving bila ada gadis-gadis muda termengandung. You wanna fret, you wanna be mad, do it before she starts having sex ie: before she leaves home, ajar la pasal sex, jangan diam je sebab malu-malu Melayu konon. Once dah termengandung, it's no longer time to fret or be mad, take her in and then discuss and decide what to do next. The pregnancy can always be aborted or perhaps better still, the baby can be properly adopted by one of the many childless couples here around the country.

But no, such is not the case, our people are always crazy about all things 'haram'. Chief among them "anak haram", takut sungguh jadinya. C'mon lah, anak tu manusia, biologically, fully, entirely (and whatever other-ly) human! Please goddammit point out the haram part in the child for me, because seriously, I'm freakin curious.

Haih..

O society as a whole, I spit into your eyes and stomp your balls with hatred and disgust! Ptuih!

Monday, May 18, 2009

I Forgot!

It was my mistake all along that when things got so confusing, I forgot..

I forgot to see the world in green and blue,
I forgot to see China right in front you (me),
I forgot to see the canyons broken by clouds,
I forgot to see the tuna fleets clearing the sea out,
I forgot to see the Bedouin fires at night,
I forgot to see the oil fields at first light and
I forgot to see the bird with a leaf in her mouth,
I forgot that after the flood all the colors came out...

so I hope you won't make the same mistake I made.
Take care people!

Wednesday, May 6, 2009

Rayau

Aku harus akui aku rasa orang yang sudah figure out bagaimana mahu menjalani kehidupan dari awal, biar pun kadangkala hidup safe begini tampak membosankan, adalah bertuah.

Entah macam mana, bagi mereka hidup nampak lebih ringkas, ya semua orang melalui kesusahan, tapi sekurang-kurangnya hidup mereka ini adalah lebih straightforward. Tanpa belok-belok atau berhenti sana sini... tanpa berfikir dua kali, terus berjalan dan semuanya mengalir lancar.

Hmm...samada ada resipi untuk menjadi begini atau simply, mereka bertuah.

Sudah hukum alam, semuanya sentiasa berada dalam keseimbangan. Bagi setiap sesuatu pasti ada opposing side-nya. Yin dan Yang, proton dan elektron, laki dan perempuan, Tuah dan Jebat, Bart dan Lisa etc..

Kalau wujud golongan manusia straightforward, pasti ada golongan manusia yang tidak begitu, bahkan mereka adalah the exact opposite, sentiasa merayau ke sana-sini.

Aku rasa aku adalah golongan merayau.

Kamu golongan mana? dan kalau kamu macam aku, mari kita berkongsi pendapat, apa yang harus kita buat sekarang?


Thursday, April 2, 2009

Bukti Kasih Sayang

Kurang update? Tak ada update?

Betul...betul...aku takkan berdebat dengan kamu tentang ini kerana ia memang benar. Tapi tolonglah, jangan sekali-kali mentafsir kekurangan update ini sebagai petanda bahawa aku telah melupakan kamu.

Tidak sama sekali, aku masih sayang sama kamu! Wo ai nimen! (wo ye ai ni keai nu ren!)

Nah! Bukti kasih sayang aku, wallpaper percuma yang bakal membuatkan kamu tak senang duduk depan komputer. Setiap kali nafsu kopi kamu digodak wallpaper ini, lalu kamu menghirup secawan kopi panas yang lazat lagi menyegarkan, ketahuilah kasih sayang aku untuk kamu sama lazatnya jika tidak lebih dari hirupan itu (LOL).




Have a good day!

Wednesday, March 25, 2009

Perlu Buka Mata..


..kerana kadang-kadang mata aku sebenarnya tertutup walaupun aku sedang yakin mereka terbuka.

Saturday, March 14, 2009

Kartun Untuk Hari Ini


"Sistem perundangan negara Jumaat mencatat sejarah apabila lima lelaki didakwa di mahkamah kerana menghina Sultan Perak Sultan Azlan Shah mengikut Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588)"


Panjang beritanya, jadi aku yakin bukan aku sahaja malas baca, pasti kamu pun sama, kan? Mungkin kerana telah lama menghadam dan memproses berita-berita Malaysia, aku selalunya mampu menapis dan menyingkatkan berita-berita panjang kepada isi teras yang sebenarnya mahu disampaikan kepada pendengar/pembaca berita-berita ini.


Kurang yakin dengan kebolehan aku? Sini, aku akan cuba menyingkatkan berita panjang yang perenggan pertamanya dijadikan pembuka post hari ini (sila google sendiri jika mahu berita penuh). Setelah mengimbas berita dengan sekali pandang, aku terus dapat menggapai intipatinya - tidak lain dan tidak bukan, intipati sebenarnya terkandung dalam komen Timbalan Pendakwa Raya yang juga telah memohon mahkamah menjatuhkan hukuman berat ke atas pihak tertuduh.


Katanya...

"Hukuman boleh memberi mesej kepada mereka di luar sana
terutama kepada generasi remaja
yang banyak menggunakan internet"



Bagaimana? Setuju yang aku telah menapis dan berjaya mendapatkan intipati berita panjang hari ini?

Kalau setuju, maka ingatlah kata-kata Timbalan Pendakwa Raya ya. Dia cuba memberi mesej kepada generasi remaja (muda) yang banyak menggunakan internet. Pendek kata mereka yang ada blog atau baca blog atau komen blog dan lain-lain....macam kamu!


Haaa...takut tak?



p/s: Have a nice weekend everyone!

Tuesday, March 3, 2009

Transmisi Dari Gua


Gua yang cave tu, bukan gua yang gua lu gua lu tu. Ok?

p/s: I feel like I need to muster ever single atom of desire to be able to write something that exceeds 3 lines. Tsk.

Friday, February 20, 2009

Have You?




Naturally we've all moved around from time to time, sometimes it's for a simple sleepover and some other time it's for matters far more serious like work or being with someone dear to you.

To me, the most interesting part, the part that I always wish for but seldom be granted, is the part when you open your eyes the next day lying on a different bed and at a different place. The part where for an instant the mind gets foggy, your body thinks it's at your old place but your senses are greeted by the wonders of this entirely new surrounding. Oh it's truly a beautiful moment, a moment of wonder and peacefulness. The gate of great curiosity opens up and you'll be as amazed by the morning as you have always been as a child waking up years and years ago.

Alas, the gatekeepers are jealous and would only allow you to peek for so long, a few seconds, or a minute at most, then slowly you'll realize where you're actually at, the brain recalls your journey from last night, all the little details come flooding back and there you'll be sitting on the edge of your bed, little wonders slowly melting away as your brain begins to change its gears and get ready for another serious, tedious, this so-called-adult day.

Have you ever felt that way?

Thursday, February 5, 2009

Penstrukturan Semula

*gambar sekadar hiasan


Tak dapat dinafikan, apa perkara sekali pun yang kita lakukan sebenarnya cumalah extension atau pengunjuran diri kita ke muka bumi. Lukisan, penulisan, pekerjaan, apa-apa sahajalah, dapat memberi refleksi tentang si pembuat. Walaupun kadangkala ia tak begitu jelas, setelah diperiksa dengan lebih teliti, pasti ada elemen-elemen sifat si pembuat pada apa sahaja yang dibuatnya. Kan?


Blog ini contohnya, dalam diam, ia semakin mendedahkan hidup aku. Tidak, bukan butiran-butiran tentang hidup aku, tapi lebih kepada cara aku hidup...cara aku fikir, cara aku pandang kehidupan yang kemudiannya membentuk hidup aku, kadangkala tanpa aku sendiri sedari.


Ada sesiapa perasan yang blog ini semakin jarang di update? See? Ini memang tipikal proses hidup aku:

1) Mulakan sesuatu.

2) Usahakan untuk beberapa jangka waktu.

3) Kemudian (seperti apa-apa juga perkara di dunia, tiada yang pernah berjalan lancar sepanjang masa) timbul ketidakpastian/ketidakselesaan/masalah.

4) Aku mengelak, menepis, kuis ketepi dan pura-pura tak nampak.

5) Masalah mula menimbun dan membuat aku jadi overwhelmed (walaupun sebenarnya masih manageable)

6) Aku lari.

7) Ulang langkah 1)



Haih..dan kini, lagi sekali aku membiarkan proses yang sama mengatur hidup aku. Sini biar aku beritahu kamu yang akibatnya sangatlah tidak sihat. Even if you're able to escape from it, it'll affect you for life, the sort of thing that you can pretend to brush off and laugh about in front of people but deep down you know it'll haunt you to the day when you're lying on your death bed. Trust me, it'll make you feel shitty.

So here I am, stopping at step 5) and trying to break the old pattern. This time I believe I can actually turn it all around, this time it'll be different, this time....


Tambahan:
------------

Miezi sudah dua kali meninggalkan komen "nikmati hidup hirup demi hirup", walaupun pada mulanya aku buat tak peduli dan terus menerus jadi semakin overwhelmed dengan masalah aku, sekarang aku mula nampak keadaan sebenar.

Hirup demi hirup adalah precisely caranya. Aku ada tendency untuk sentiasa overestimate benda, masalah kecil pun dipandang besar, kalau ada hadiah untuk siapa banyak buat bukit dari sarang tikus tanah (making mountains out of mole hills), mungkin aku akan dapat pingat emas.

Sudahlah aku pandai buat bukit, kemudiannya aku akan sentiasa lihat masalah dan kesannya dalam jangka panjang padahal jangka yang panjang itu bukanlah realiti, belum berlaku pun lagi, semuanya dalam kepala aku. Akhirnya aku jadi overwhelmed (dammit! aku sungguh tak suka perkataan ni) yang seterusnya akan membawa aku ke dalam satu state yang boleh digambarkan semacam satu paralysis. Apabila mati akal, habislah...satu perkara apa pun tak selesai dan inilah yang akan menguja aku untuk melepaskan diri dan lari, lari dan lari lagi.

So yeah, aku pasti antara benda pertama aku perlu buat, adalah mengubah cara aku menghadapi cabaran hidup, jangan kumpul semua dan peningkan kepala dengan consequence setiap satu dalam 2, 3 tahun kehadapan. Instead, aku patut fokus pada satu, selesaikan, dan kemudian move on kepada yang berikutnya, rasanya jika aku boleh fokus pada SEKARANG dan menanganinya detik demi detik, well the future will take care of itself.

Terima kasih atas sokongan kamu semua, much appreciated.

Thursday, January 15, 2009

WHy?!

Kenapa?!

Kenapa aku rasa sungguh sesak nafas walaupun aku mampu menyedut udara seperti biasa..
Memang satu rasa yang sungguh tidak enak!

Aku pernah tengok satu drama Melayu yang mengalih bahasa peribahasa Inggeris

"skeleton in the closet"

kepada..

"jerangkung dalam almari"

Hmm..membuat aku terfikir wujud tak peribahasa Melayu yang sama erti dengan peribahasa Inggeris di atas? kalau ya mungkin penulis skrip tak perlu menggunakan peribahasa Inggeris yang cuma di alih bahasa secara transliterate.

Tsk..

Tapi itu bukan objektif utama aku menulis sebenarnya, aku menulis hari ini cuma dengan harapan aku dapat mengurangkan sedikit kegilaan yang aku rasa sekarang.

Perasaan tak boleh bernafas, dan perasaan ominous (ada perkataan Melayu untuk ini?) jerangkung dalam almari sedang memerhati tindak tanduk aku sambil aku terus menaip dalam bilik yang gelap ni.

Tuesday, January 6, 2009

G'day Folks!

..and happy new year.

Well there's nothin' terribly important I wanna say at this point.

But if there's anythin' worth sayin'...it's this:


I'm just about done watching a mighty fine western movie, and now whatever I'm reading, in English at least, sounds like it's bein read by a cowboy in my head.


Pretty damn interesting eh?

Now...if you'll excuse me...gentlemen...ma'am.