Ok, ini kisah benar. Bukan tipu…ingat tu.
Begini, beberapa minggu lepas, aku sebenarnya dalam kesakitan yang boleh tahan tahap serious-nya. Kepala aku pening, perut mual, mata merah dan ada masa-masanya aku muntah hijau. Setakat pening dan mual aku masih boleh terima, mungkin common headache sahaja, tapi apabila aku sudah mula muntah-muntah, aku sedar ini bukan main-main.
Jadi terus aku menuju ke klinik berdekatan, di tangan aku tergenggam sebuah buku Anthony Robbins –Awaken The giant Within, aku tahu ada orang yang kata buku-buku self help ini semuanya tak ada faedah, tipu belaka, tapi persetankan ini orang, suka hati aku lah mahu baca apa. Setelah mengambil angka giliran, aku menunggu dengan sedikit resah, bukan apa, aku tak ingin muntah hijau di tengah-tengah klinik dan memalukan diri sendiri.
Akhirnya giliran aku tiba untuk berjumpa doktor, dan nampaknya aku juga berjaya mengharungi masa menunggu tanpa termuntah. Doktor India yang agak peramah ini pun mula memeriksa aku, mata disuluh, telinga diteropong, tekak di godek dengan kayu aiskrim, degup jantung dikira, tekanan darah diambil. Akhirnya dia memberikan aku jawapan ini:
“I tada tahu apa yang tada betul dengan you, you punya readings semuanya normal, badan pun ada kuat, muka pun ada hensem juga”
“hmm... you jangan risau, I refer you pada kawan I, I rasa dia boleh tolong you”
Setelah membuat panggilan telefon ringkas, dia memberikan aku kad kawannya itu.
Aku masukkan dalam kocek seluar pendek aku, shook hands dan melangkah keluar.
…bersambung…
12 comments:
That's what doctors say when you're pregnant, you know?
"...you punya readings semuanya normal, badan pun ada kuat, muka pun ada hensem juga"
See...now I think you're just embellishing. But I'll play along :)
Go on...
MM:
---
LOL
hali munan:
-----------
ini cerita betul you tau, tada tipu tipu.
You've got sifilis! That's why he mentioned the goodlooking bit. Hey update la your link. :p Ye saye x malu.
ni cerita supernatural ke?
semua ni tanda gastrik....kecuali muntah hijau(mata merah not sure)
tapi kalau lepas muntah....kengkadang mata merah
aku selalu lupa nak makan
hope you've felt better ever since then!
(tak sabar nak tau kisah kesinambungannya)
pourpres:
---------
haha, syphilis? far from it. dah update link, actually dah lama update, cuma skrg instead of 'pourpres'..link baru namanya 'from the ashes'
iqanabeera:
-----------
oh nothing like that. everything is pretty much within our daily normal realm.
erm:
----
hmm interesting info, thanks for sharing.
nurul:
------
thank you, i'm much better now.
magenta:
---------
ok ;)
pourpres:
---------
kesilapan yang nyata pada komen di atas telah diperbetulkan :)
Kekantoian that you don't frequent my crapspace. tsk tsk. I curse thee with syphilis then. *putuihputuih* Heh. So that's how it's spelt. :">
i've been really busy pourpres, but rest assured i'm always there at your site when i'm free, watching over things like a hero :D
Post a Comment