Ya, elemen-elemen yang perlu ada ini aku rasa cuma ada dua.
1) Alkohol
2) Perempuan
---------------------------------------------------------------------
Kadang kadang elemen ini wujud secara bersendirian dalam satu 'post', contohnya:
"Semalaman, kepala aku dirundung kemurungan, pening! Namun pengubat hati aku ada di dalam peti sejuk, kebahagiaan dalam tin kata sesetengah orang. Setiap tegukan membawa keseronokan baru.."
Atau pun:
"Aku bangun pagi ini dengan kucupan lembut si Sherry. Sherry, gadis kurus berbuah dada besar yang memberi hidupku seribu makna..."
Kadang kadang elemen ini disatukan dalam satu 'post', contohnya:
"Pengubat hati aku ada di dalam peti sejuk, kebahagiaan dalam tin kata sesetengah orang. Setiap tegukan membawa keseronokan baru. Bila sudah habis dua tin, bila hati dan kepala sudah rasa seronok, aku baring di atas katil dalam dakapan dia. Sherry, gadis kurus berbuah dada besar yang memberi hidupku seribu makna..."
---------------------------------------------------------------------
Lucu juga apabila melihat komen yang ditinggalkan pembaca. Yang paling membuatkan aku ketawa kuat adalah bila ada yang melompat dan marah-marah. Agaknya kalau di letak keris dalam tangan, mau kena tikam tuan punya blog dengan geng marah ni.
"Engkau ini memalukan bangsa! manusia tak Hadhari!" etc (you get the idea)
Macam ini pun ada juga, dan 'by the way' komen jenis ini sudah klise. Jenis yang mukadimahnya macam mahu memuji atau berdebat secara intellektual, tapi sebenarnya nak mencarut (eee..takutnye).
"Engkau menulis ni bagus, ada idea-ideanya. Tapi aku pun tak boleh cakap banyak, aku nak kasi kau hadiah 2 perkataan sahaja.................Fuck You"
Ya, komen macam ini sudah klise. Kalau ada terasa mahu meninggalkan komen macam ini, baik tak payah tinggalkan komen.
----------------------------------------------------------------------
Lagi sekali ingin aku nyatakan yang aku bukan Mastika. Aku tidak 'judge' orang, sekadar memerhati. Tujuan utama 'post' ini pun bukan untuk mengkritik, tapi untuk menunjukkan yang aku tidak akan kalah.
Yaa, aku tidak akan sekali-kali kalah.
Jadi....
Semalam, bila sampai rumah, aku buka pintu peti ais dan tangan aku pantas mencapai sebotol Heineken. 'Tie' yang mengikat leher aku seharian terasa bagai cengkaman tali lembu masyarakat...panas, tak selesa. Terus aku tanggalkan dengan sebelah tangan dan buang ke lantai. Sebelah tangan lagi mengangkat botol ke mulut. Cecair sejuk menyegarkan membasahi tekak...

Beer sejuk sememangnya menyegarkan! Dengan tenaga yang dijana sebotol minuman tadi, aku melangkah laju ke bilik tidur. Dan seperti biasa, di bilik tidur aku, 'mereka' sedang menunggu..

Bagaimana? Menang tak aku?