Wednesday, October 29, 2008

Kekeliruan Identiti



Setelah terlihat gambar ini dan berkata "Awwww..", memori lama kembali ke otak aku dan aku mengangguk-angguk sendirian. Sepanjang tempoh membesar, selalunya ada keluarga kucing dalam rumah aku, lebih kerapnya ibu kucing tunggal dan anak-anaknya.


Pengalaman membesar di samping keluarga kucing telah membuatkan aku kagum dengan kasih sayang ibu kucing. Anak-anaknya dilayan penuh manja biarpun ada masa-masanya memang jelas ibu kucing itu pening kepala (muka serius, badan keras, dan ekor berlibas ke sana-sini) anak-anak kucing pula takkan menghiraukan itu semua, mereka cuma akan menangkap dan menggigit-gigit ekor ibu kucing. Bahkan aku sendiri pernah kena serang dan dicakar seekor ibu kucing tua kerana mengacau anaknya (padahal anak tu pun dah tua bangka dan besar). Walaupun mulanya aku geram, tapi akhirnya aku tetap kagum.


Baru sahaja aku terangguk-angguk dan mahu meng-conclude yang semua ibu kucing adalah ibu yang baik, aku teringat pula akan satu kejadian di rumah arwah nenek aku dulu. Kening aku berkerut dan peluh sejuk mula memercik di dahi.


Seekor ibu muda melahirkan anak sendirian, jantan yang bertanggung jawab hilang entah ke mana. Mungkin kerana tekanan dari masyarakat dan mungkin juga kerana tiada pengalaman, si ibu muda meninggalkan anak-anaknya begitu saja. Akhirnya tangisan mereka menarik perhatian nenek aku. Dan nenek aku, being the old gentle soul that she was, mengambil kedua-dua anak terbiar tadi di bawah jagaannya.


Kebetulan nenek aku juga ada bela seekor arnab yang boleh tahan besar, dan memandangkan dua anak kucing tersebut masih terlalu kecil untuk berhadapan dengan kesejukan malam sendiri, nenek aku masukkan kedua-duanya ke dalam sangkar arnab. Maka, setiap kali malam tiba, ketiga-tiga makhluk ini akan tidur dengan kehangatan pelukan badan masing-masing. Arnab betina itu akur dengan kehendak takdir dan menerima anak-anak angkat baru dengan rela (aku rasa lah). Biarpun bulu arnab itu jadi comot kerana anak-anak kucing tersebut tak pernah berhenti mencari susu di badannya, arnab tersebut kekal cool.


Apabila kucing-kucing tersebut sudah melepasi stage hisap susu, nenek akan memasukkan cebisan ikan/friskies ke dalam bekas makanan setiap kali waktu makan. Untuk arnab, makanannya sama sahaja seperti dulu, sayur/dedak . Lama juga lah mereka semua hidup bersama, dan semuanya berjalan seperti biasa sehinggalah satu hari..


Aku tiba ke rumah nenek dan pergi ke tempat mereka, mahu menjenguk ibu angkat yang noble dan anak-anaknya yang semakin aktif. Selalunya mereka bising dan melompat-lompat di belakang rumah nenek aku tu. Tapi kali ini tiada bunyi langsung.


"Damn!" kaget seketika dengan apa yang aku nampak...aku mula menjerit memanggil nenek.

"Nek! Cepat! Tengok ni!"


Hari itu aku dan nenek berasa bangga campur bertuah kerana dapat menyaksikan satu kejadian yang jarang dilihat dunia...


Seekor arnab, dengan gelojoh, berebut
makan ikan goreng bersama dua ekor kucing kecil!

29 comments:

MariaFaizal said...

I'm a cat lover.Perhaps something bad had happened to the cat mother(who abandoned those poor kitties).So proud of the noble bunny to have nurtured the kitties!

Miko Yamaguchi said...

so sweet, napa x tangkap gambar? hehehhe.

K.O.N.T.R.A. K.I.R.I. said...

mungkin disebabkan didikan sejak kecil dan juga akibat pergaulan dengan kucing. seperti manusia yang sering bergaul dengan kumpulan nakal nescaya lama-kelamaan dia pun truut akan jadi nakal.

afaniL said...

dia sangat lapar. mana bole tahan hari2 makan sayur. org diet pun bole kecur air liur tgk ikan goreng hari org serumah makan. krup krap krup krap.

aku takut kucing. brr.

.::jarjar::. said...

damn..i was imaginig other things..haha

magenta said...

mesti ikan goreng sedap ni, pakai rempah 5 rasa. tak pasal2 arnab pun boleh convert jadi omnivor hehe. tapi unik ah. camana perut dia hadam eh? dulu masa belajar bio macam dia kena hadam veggies 2 kali kan? makan, shit, then makan balik. mesti busuk kalau ikan. peh. boleh jadi case study arnab tu.

sarahistheone said...

ada kucing memang buat hati kita lembut sikit lagi2 tengok mak kucing yang protective dan garang bila anak dah besar suh jadi independent. macam mengajar manusia cara jaga anak

Z said...

the picture made me go 'awWwWWwwWw' for about 10 seconds long. super cute!

Perempuan cerdas said...

Ya Allah.comelnya.
tengah membayangkan pun rasa nak pengsan.

M

The Wifey said...

bf housemate bagi sekor arnab for my 21st birthday.aku bagi dia makan pallete tapi mcm tak layan.bagi buah pun tak nak.lepaskan kat laman soh tokak rumput pun mcm takde selera.

one day,aku masak maggi.dia punya lari la ke depan (sebab bau sup yang kuat kot),pandang aku macam nak mintak.so aku bagi-lah.dia makan habis!lepas satu helai,satu helai.last2 kuah pun dia hirup!

maka,semenjak dari itu,rutin aku adalah masa maggi sup untuk bagi arnab makan.

eiiiii...hehehe

unicorn said...

arnab tu tgh lapar gile kot...tu yg die berebut ikan tu sekali.bese la, kalo tgh lapar semua nmpk sedap...silap2 kalo aku ade situ time tu, tgh lapar dgn aku-aku skali berebut ikan tu..haha

47 said...

mariafaizal:
-------------
the mother was too young at the time. she was entirely clueless after giving birth to those kittens and simply walked away...tragik kan? :/


husni:
-------
LOL
pasti diketuk dengan kayu! nenek aku takkan membiarkan stanger masuk rumah dan berebut ikan dengan kucing :D


miko:
------
kisah lama dah ni. zaman kamera digital pun belum wujud. time tu pulak memang tak teringat nak ambil gambar. tapi asalkan dapat disimpan dalam memori sendiri pun dah ok.


benjamin:
---------
learning via osmosis. hmmm..there's truth in your statement.


fandi:
------
makanan untuk dia pun dah ada. lapar bukan satu isu ketika kejadian berlaku :)

menarik..kan?


jar jar:
---------
tsk tsk tsk...what were you thinking huh? haha


magenta:
--------
ikan goreng biasa je actually. tapi itu betul, arnab ni boleh dibuat case study.

adakah dia terpengaruh dengan kucing? adakah dia ingat diri dia pun kucing? atau adakah cuma sekadar dia menghidu bau ikan goreng dan tertarik dengan bau tu?

first 2 questions adalah sangat menarik :)


sarah:
-------
true. semasa kecil, aku banyak belajar dari pemerhatian dan penjelasan orang dewasa tentang perlakuan kucing.

first exposure aku dengan things sexual - 6/7 tahun kot rasanya. aku ternampak kucing mengawan dan bertanya kepada salah seorang aunty aku "apa kucing-kucing tu buat?"

aunty aku pula memang jenis saintifik. so aku pun di ajar tentang apa itu sperm, ovum, coitus, conception etc

so yep. kucing mampu mengajar banyak perkara haha


z:
---
memang comel. comel sehingga mampu prompt me to start writing this post.


perempuan cerdas:
-----------------
yep, memang comel. keadaan sebenar jauh lebih comel.

anak-anak angkat yang dua ekor tu sebenarnya tak mampu berebut pun sebab ibu angkat lebih besar dari mereka.

ikan tu sebenarnya mostly dihabiskan arnab tu sendiri :)


asra:
-----
haha! arnab makan maggi? damn! boleh buat case study jugak tu.


unicorn:
--------
nope, makanan untuk arnab tu pun memang dah tersedia dalam bekas dia. cuma dia sendiri yang tak layan.

haaa..kalau curi makan sekali, then kamu akan berhadapan dengan nasib husni di atas.. kena ketuk dengan kayu.

theblabber said...

sesekali dia bertukar selera.
nway, penceritaan nostalgic yang penuh bertenaga.haha

afaniL said...

ha ah ek. tekanan rakan sebaya kut. peer-pressure. mana tau.

eh jap jap. kucing dgn arnab bahasa dia sama ke. aiseh.

the artist and i said...

dulu ibu kucing makan anak dia sendiri then agak lama mak tak bela.

then, bela kebanyakkan semua kucing putih, then mati

(mula la adik, mak semua nak men-taboo kan insiden tu. kucing putih jodoh tak panjang bla bla bla)

ms weed tak reti layan kucing sangat. seriyau!

47 said...

miezi:
------
tenaga dalaman memang penting.


fandi:
-------
arnab aku tak tahu bahasanya. tak pernah bunyi...diam memanjang.


weed:
-----
bela kucing kena pandai tengok mood dia.

time dia tengah serius, tak boleh nak main-main, kena cakar nanti. tapi kalau time happy, nak lambung pun boleh.

cats are interesting creatures!

am_am_am said...

nak tau, dalam otak aku terbayang arnab tu kena gigit dgn kucing2. Wiu.

Arnab rumah makcik aku makan nasi. Tp tu kire tumbuhan jugak la kan?

47 said...

am_am_am:
---------
nick yang unik. mungkin sebab itu kamu ingat kucing2 itu akan menggigit arnab tersebut (bunyi -am am am)

kucing-kucing itu membesar dengan jayanya tanpa mencederakan ibu angkat mereka..

tapi bila dah besar mereka dah tak jenguk ibu angkat tu...kesian tsk tsk tsk...maybe malu dengan kucing2 lain. macam si tanggang.

unicorn said...

bro, thanx for visiting my page.do come again...and its not my real life experience actually. other's experience.

aku just menulis, modify, melukis dan menyampaikan dgn cara aku...aku suka mix dgn ramai org.byk bnda aku belajar...slmt berblogging! =)

47 said...

no problem.

ingatkan experience diri sendiri, tapi still no problem jugak, sebab experience yang menarik biar sapa pun tuannya yang sebenar.

Lexy Rollo said...

heh.
Apa khabar arnab itu sekarang?

aku rase,kamu still boleh conclude-kan lagi conclusion kamu.

sebab technically(or genetically) itu still ibu yang berketurunan arnab.

47 said...

hmm rasanya sungguh berkemungkinan tinggi kesemua ibu dan anak angkat kini..are in a better place.

kejadian ni berlaku ~15 tahun lalu kalau tak salah aku.

solehah said...

awwwwwww comelnye.

comel lg arnab yang makan megi.arnab saye loser.makan rumput/kerot/dedak.

gaaah.

bosan.

LOL

Firdauz takes five said...

oh comelnya!

sukanya entri ni

huhuhuhu

=P

Unknown said...

aku tak tahu kenapa tapi post ko ni buat aku rasa sebak sampai tekak.. hehehe.. best la. aku sayang kucing. wpun anak kucing aku bwh umur mengandung pada usia yg sgt muda. aku rasa dia dirogol. tapi aku temankan dia beranak.

47 said...

sol:
-----
it's ok, it'll happen eventually :)


firdauz:
--------
awww :P


fallen angel:
-------------
wah...ada ciri-ciri parent yang baik ni...keep up the good work! :)

Anonymous said...

wah cerita arnab dengan kucing.
cuba lah tonton jikalau ada masa lapang. walaupun tidak 100% tepat dengan tajuk tapi wataknya tetap sama.

http://www.sambakza.net/amalloc/tteotta_main.htm

Ara said...

aaaa...tomei tomei tomei...keciknye dierrr~ (reaksi biase aku bile tertgk anak kuceng, lg2 dgn aksi super cute mcm dlm gmba tu..) hehe..

nyomey2..tutu..mayammayamama... (dan aku akn merapik lg sbb gram tgk kecomelan die)

hehe...anywayz, yap, byk je animals yg 'adopt' menatang dr spesies len..sorta like motherly instinct...crk kt utube, byk je cats yg bela ank arnab la,pe la..

hehe...ending ko tuh, aku pon memule igt, c anak2 kucen tu kne mkn lak ngn bunny tu... ;( seb bek bkn... ;) cute lak jd nye ending die..

Anonymous said...

Terima kasih untuk blog yang menarik