Tuesday, August 19, 2008

Sensitiviti Melayu

Zaman dulu-dulu di sekolah, aku ada belajar yang empayar British, setelah pembunuhan J.W.W. Birch, membuat satu kesimpulan bahawa orang Melayu ini cuma harus dibiarkan dengan dua perkara milik mereka, yang mana, apabila dua perkara ini dibiarkan terus menjadi hal mereka maka mereka akan menjadi sungguh manageable.


Dua perkara tersebut adalah: agama dan budaya Melayu.


Kenakan cukai, tipu mereka dengan perjanjian, bolot hasil bumi, dan apa-apa pun boleh, asalkan dua perkara di atas tidak disentuh, maka tidak akan wujudlah insiden melompat-lompat sambil menikam dengan keris.


Hmm...aku rasa orang Melayu sekarang sudah berubah...


Tapi perubahannya cuma pada salah satu dari dua perkara di atas, kini budaya sudah tidak begitu penting lagi bagi orang Melayu, mereka sudah ada budaya baru. Antaranya -buang sampah merata-rata, bawa kereta macam haram, buat seks tanpa pengetahuan biologi tentang reproduksi, buang dan bunuh anak selepas lahir akibat buat seks tanpa pengetahuan biologi tentang reproduksi, bawa motor laju lalu bunuh diri dan orang lain bila kemalangan, skodeng, mastika, utusan meloya etc.


Dan kini, setelah di update, dua perkara yang tidak boleh disentuh bagi memastikan orang Melayu kekal manageable adalah: hak istimewa dan agama.


Tapi kadang-kadang di sentuh juga kan? Di sebabkan orang Melayu (bukan semua, tapi majoriti mungkin) sensitif sangat dengan dua perkara, dua perkara ini sudah jadi semacam satu kelemahan, macam suis -Press here to initiate lompat ramai-ramai & tikam keris sequence.
Maka apabila suis ditekan, ramai lah yang akan ter-sway fikiran mereka dan mereka akan bertindak dengan cara yang cukup predictable.


Contohnya, katakanlah, entah mengapa (mengapa ya?), adalah menjadi satu keperluan yang teramat penting bagi kamu untuk mengawal kepala otak orang Melayu kebanyakan, dan kamu sudah kehabisan bahan (idea, bukti, logik etc) untuk mengawal fikiran masyarakat Melayu. Apa kamu perlu buat?


Yes! hanya dengan menggunakan hal hal berbaur hak istimewa atau agama, especially nya agama, kamu akan dapat mencapai objektif kamu! Gosok sahaja apa-apa yang berunsur tempat sembahyang, kitab suci, ketuhanan, suis mereka pun akan secara automatik di flip ke on, and they'll dance, jump, thrust their daggers and they'll do unto themselves whatever it is you wanted to do to them.


Sungguh menyakitkan hati..

13 comments:

The Wifey said...

orang melayu dah bukan 'beer type' dah.belum cucuk pun dah berasap.

haih...

Heiso said...

Have you ever heard someone saying "Orang Melayu ni asal tak kacau anak bini diorang OK je. Buat la ape pun.."
I guess they could say the same with Malay rights issues.

Haih.. (la jugak)

Tipu Tapi Benar (TTB) said...

Tuan,
Sebgai seorang lelaki Melayu yang alfa, rujukan 'dagger' yang tuan gunakan di akhir ayat yang merujuk kepada senjata Melayu itu saya tentang habis habisan! Ia betul-betul mencemar identiti kemeLAYUan yang saya pandang tinggi selama ini!

Sebagai lelaki Melayu alfa sejati, hanya kerislah yang kami guna, tidak ada senjata lain, walaupun orang lain sudah pakai Revolver dan M16!

Nak lagi mistik, kami guna santau!

NeemoNeemo™ said...

Hey apa sebut-sebut pasal hak istimewa, kitab, ketuhanan semua ni ar?
Bla..bla..bla

Melayu tak sedar diri! murtad,
bla bla.. Rosak akhlak, pot pet..yada yada..

LoL!

Haha..nak tengok sampai bila diorang nak komen dekat my last entry.

lucu mak ko said...

Blogger 47 said...

yeah! *clap clap clap

memang smart lucius! post yang sungguh honest, benar dan relevan dengan keadaan terkini negara.

gosh, aku tengah terketar-ketar dengan excitement untuk tgk badminton match tomorrow! :)

August 16, 2008 11:04 PM

Kerajaan Cina P. Pinang dah bagi dato pada Chong Wei.. Misbun dapat apa?
Ko ni 47 melayu bodoh.

Tanpa Misbun siapalah Chong Wei?

Berapa banyak sumbangan Misbun.

Cina yang kita dapat loser macam Chong Wei. Patutkita bagi kerakyatan pada Lin Dan.

Ko tepuk clap3 buat apa.. ngok... punya melayu..

Ko gosok pun Lucius yang suka mengagungkan Cina ko dapat apa?

Bangsat punya orang tak tahu mengenang bangsa sendiri...

47 said...

asra & heiso:
-------------
sama sama haih..


tipu tapi benar:
-----------------
LOL


neem:
-----
yep, fenomena yang menarik, tgh jadi pemerhati nih :)

47 said...

lucu mak ko:
------------
wtf?

apa kaitan pemberian pangkat datuk oleh penang dengan aku?

bagus lah kalau dia jadi datuk, dia dah lama berkorban, akhirnya menyumbang pingat perak olimpik untuk negara malaysia.


"cina yang kita dapat macam chong wei?"
-dapat dari mana? kedai runcit?

"kita patut bagi kerakyatan pada lin dan?"
-kita? siapa lu nak bagi kerakyatan pada orang suka suka hati?

"ko ni 47 melayu bodoh"
-you're an asshole.


and, don't bother replying coz i'm not gonna approve anything that comes out of an asshole.

Anonymous said...

hey bro..im back from berhibernasi..siot je sana x dapat nak update..nway, nice entry~~!! sgt sinikal,macam selalu :)

the artist and i said...

Penat menghadiri kenduri kahwin orang melayu.

*paham-paham sajalah! :D

-_- said...

tipu tapi benar (ttb): tapi ada melayu yang guna c-4. hehehe.

47 said...

miezi:
------
welcome back! thanks ;)


o my love:
----------
ooh, faham faham, setakat boleh dengar dan mengangguk saja kan? kalau nak jelaskan pandangan kita, entah dari mana nak start.


uzair:
------
yep, itu yang bahaya tu :)

Anonymous said...

kalau pernah dengar satu pepatah, xkan melayu hilang didunia. tp entah apsal aku takut melayu pupus terus dalam 50 - 60 tahun lagi. waktu tu org tua semua pun dah mati. tinggal anak2 bodo yg xtau erti bangsa. racist dan bergaduh sesama sendiri lama2 bukan lg melayu malaysia pun boleh hilang dari dunia.. kenapa melayu takut hilang hak istimewa? fikir sendiri. assabiyah itu dosa, tp mempertahankan bangsa satu pahala.

47 said...

dude, jangan takut sangat. kalau nak di ikutkan melayu memang dah nak hilang dah pun.

adab susila pun tak ada, macam orang tak berbudaya. sikit-sikit cuma tahu bising pasala hak istimewa dan ketuanan.