Tuesday, October 14, 2008

Detik Detik Kecil

Pejam mata, tutup lampu dan bungkus dalam selimut....berpusing-pusing dua tiga kali.
Aku cuba paksa diri aku menguap sampai air mata mengalir dan pejamkan mata lagi, bezanya kali ni mata berair, baru lebih feel tidur.....berpusing-pusing lagi dua tiga kali..


Aku tak boleh tidur malam ni.
Yep ladies and gents, that's why I'm here at this hour, talking to you..haih. Kelajuan internet layak dapat pujian kerana konsisten sepanjang masa, sentiasa kekal pada kelajuan siput babi; Terima kasih pawa rut...err I meanS terima kasih TM+Streamyx.

Hmm..

Pada pendapat aku, hidup ini kadang-kadang akan terasa lebih indah bila kita savor detik-detik kecilnya. Ada satu perasaan dalam diri aku bila aku terfikir tentang hal ini, perasaaan yang aku boleh jelaskan dengan contoh contoh ini:

1) Apabila kehidupan dipandang secara overview sepanjang masa..rasanya seperti melantak nasi putih pada amaun luar biasa banyak dengan lauk dan kuah sahaja. Mengenyangkan dan membekalkan nutrien keperluan badan, tapi memuakkan.

2) Apabila kehidupan mula dipandang dan dinikmati detik detik kecilnya, rasa seperti makan french/japanese cuisine yang halus halus dan delicate. Mungkin tidak terlalu mengenyangkan tapi apabila dimakan sekali sekala akan membuatkan kamu look forward lagi untuk memakannya.


Antara detik-detik yang aku rasa aku patut lebih savor:
-----------------------------------------------------------

a) Minum nescafe/kopi/coklat/mocha panas seorang diri atau berdua dengan rakan/teman (lebih dari berdua tak diterima) ketika suhu di luar rendah dan hujan sedang renyai renyai.

b) Saat bila telinga boleh mendengar sayup sayup bunyi alarm clock berbunyi, tapi tangan secara automatik menarik selimut atas kepala dan mata terus memejam, juga secara automatik. Pendek kata, bila tahu sepatutnya perlu bangun, tapi tidur masih diteruskan dengan senyuman puas. Sungguh nikmat.

c) Detik apabila dapat capai goal/kehendak/impian, dan sebelum berkongsi berita dengan keluarga atau rakan. Atau dalam ertikata lain, saat ketika melompat, bersorak seorang diri dalam bilik, sambil berkata dengan muka yang ganas dan jari telunjuk menunjuk ke arah diri sendiri dalam cermin "yes! yes! you (we) did it!"

Hmm..

d) ....*yawn*

7 comments:

theblabber said...

dah lama rasanya tak meng'savor' detik-detik (c)..*sigh*. detik-detik (d) selalu.eheh

Z said...

(a) memang betul. we should. the feeling of warmth inside while watching the rain. the lovely company. mmg fiction novel material la scene ni.

(b) aaaaa...my fave! i swear dlm rase mengantuk yang teramat sangat mase tu, i masih sempat utk mengukir senyuman! Adios, morning!

the artist and i said...

saat bila student faham apa yang diajar.

dengan saat student dengan sincerely nya happy sebab dapat high marks.

dengan saat bila dengar student minta maaf (dengan jujur)

*semenjak jadi cikgu lah

Anonymous said...

(e) berpelukan dengan your significant other dalam keadaan naked dalam quilt tebal, tilam dan bantal empuk ketika suhu di luar rendah dan hujan sedang renyai renyai (lebat pun bagus).

NeemoNeemo™ said...

Klu neem takleh tdo pastu gi surf tenet confirm tak akan tdo malam itu.

Anyway, yang (b) itu sentiasa merisikokan solat subuh ku. Macam halal.

dila raden said...

47,
blog saya sudah kena block dgn itu blogger

ni adress baru
http://profanitikarut.blogspot.com/

47 said...

terima kasih atas komen anda semua. much appreciated!