Showing posts with label Manusia. Show all posts
Showing posts with label Manusia. Show all posts

Wednesday, September 4, 2019

Segar

*gambar Pegasus sekadar hiasan


Permulaan sememangnya satu perkara yang menyegarkan.

Agak malang jika difikirkan, berapa ramai di kalangan kita yang takut untuk bermula semula dari kosong? Aku tidaklah terlalu berani, tetapi aku sentiasa jadi ghairah bila aku mulakan sesuatu hal, terutamanya bila bermula dari kosong.

Bagai menjadi kanak-kanak semula. Semuanya jadi permainan tanpa peraturan, peraturan boleh digubah mengikut hati dan logika sendiri, paling tidak pada peringkat awal - sebelum realiti dan limitasi datang menggigit. Tidak selalu berjaya, lebih kerap tergolek dari maju ke depan, tapi itulah kehidupan, ya?

Semakin lama aku perhatikan, rasanya seperti semakin jelas, peraturan nombor satu (order of the day) untuk zaman sekarang ini adalah untuk sentiasa jadi orang baru - sentiasa bermula. Tidak cukup  sekadar menjadi pakar cerita-cerita lama, tapi harus menguasai perkara-perkara baru dan segar.

Nanti kita sembang lagi.



Saturday, May 10, 2008

Pemanduan Gaya Malaysia - Pwned

Kisah benar. Walaupun ada unsur-unsur yang seolah olah mengagungkan ketinggian fizikal, janganlah merasa sedih atau pedih kalau kamu tidak berapa tinggi, kerana kisah ini sebenarnya adalah lebih memfokus kepada attitude berbanding dengan physical attributes.


Kejadian ini berlaku bertahun-tahun dulu, ketika aku masih belasan tahun, tapi moralnya akan tetap relevan tanpa mengira masa atau tempat. Begini, pada suatu ketika,tidak lama selepas perodua melancarkan kereta kancil mereka, abah dan emak aku telah membeli sebuah. Dibeli kerana kancil adalah sebuah kereta yang efisien untuk jarak dekat - kecil, maneuverable, dan jimat minyak.


Seperti yang diketahui semua agaknya, kereta yang baru dibeli haruslah di pecut sekali sekala dan dipandu dalam jarak yang jauh sedikit untuk ‘menyihatkan’ enjinnya, tidak terlalu berbeza dengan kita menyihatkan jantung bila berlari atau jogging.


Maka sampailah kancil tersebut, dengan segala isinya, abah, emak dan aku, ke sebuah bandar yang sedikit jauh dengan hometown kami. Destinasi kami adalah sebuah pusat membeli belah, mau beli pizza dari Pizza Hut, Dominoes tak ada di situ, nampak? Aku ini sudah lama didedahkan dengan pengaruh keju sebenarnya.


Anyway, ketika kami berlegar di kawasan parking, sebuah kereta muncul. Aku, berada di seat belakang, dan bila aku menoleh, kelihatan sebuah kereta Honda jenis hatchback dipandu seorang lelaki 40-an, rambut kerinting menipis di tengah dengan seorang perempuan (isterinya) di tempat duduk penumpang.


Abah aku sedang mencari tempat parking, jadi kereta kami bergerak perlahan, tiba tiba kereta di belakang mula membunyikan hon bagai gila dan pemandunya mula bising bising, antara yang aku dengar..."Babi!" Aku pasti abah aku dengar juga, tapi abah tanya aku.."dia cakap apa?" aku membalas “tak ada apalah, cuma bising-bising”


Aku rasa mungkin pemandu berambut kerinting menipis di tengah itu ingat kami ini mahu keluar dari kawasan parking dan memandangkan kami didalam sebuah perodua kancil, dia juga ingat kami ini semua timid, kecut, kecil dan therefore perlahan. Betapa dia tak sedar kesilapannya memang besar.


Kereta Honda hatchback itu memotong dengan marah sambil pemandunya melemparkan lagi jeritan-jeritan sumbang, memecut laju, lalu parking di sebuah spot kosong yg dia temui dalam jarak 100 meter ke hadapan. Kancil kami bergerak melepasi keretanya, selang dalam 3 buah kereta, ada satu lagi spot kosong, dan kami parking di situ.


Abah aku ini masa mudanya dulu pemain ragbi wakil Perak, pasukannya boleh dikatakan telah membawa ragbi Perak ke peringkat yang membanggakan. Sungguh pun sudah bertahun-tahun berhenti aktif ragbi, badannya masih sasa, ditambah lagi dengan ketinggian 6 kakinya, apabila dia berdiri sememangnya dia mendominasi suasana. Tapi of course, seperti aku, dia seorang yang refined dan gentlemanly, physical brute force tidak pernah digunakannya melainkan dipadang ragbi, hal hal lain semuanya diselesaikan dengan reasoning dan perbincangan.


Kami keluar dari perodua kancil yang kecil itu perlahan-lahan. Siapa yang seronok di jerit dengan perkataan-perkataan yang tidak enak didengar? Abah aku berdiri dan memusingkan badannya ke arah kereta Honda hatchback selang 3 kereta sahaja dari kami, matanya memandang tepat ke arah lelaki berambut kerinting menipis di tengah yang juga baru sahaja keluar dari keretanya.

.

.

Tahu apa jadi?

.

.

Lelaki berambut kerinting menipis ditengah, yang kini setelah berada di luar keretanya kelihatan jelas berperut buncit dan berketinggian tak sampai 5 kaki itu berkata dengan suara bergetar dan tergesa-gesa..

“Eh, saya melawak je bang….melawak je bang”

dimukanya terukir satu sengihan paling bodoh aku pernah lihat sepanjang hidup aku. Isterinya berceloteh dibelakang sambil menarik-narik tangannya.


Agaknya si isteri baru mahu menasihati suaminya, sorry kak...dah terlambat, suami kakak sudah jatuh kemaluan.
Mereka masuk semula dalam Honda hatchback mereka, dan meninggalkan kawasan tersebut dengan kelam kabut.


Sampai sekarang kejadian tersebut kekal jelas dalam kepala aku.

Satu, kerana aku bangga dengan abah aku, memang hero, belum keluar sepatah ayat, belum angkat hatta satu jari pun, pihak lawan sudah kalah.

Dua, kerana bagi aku, lelaki pendek berambut kerinting menipis di tengah itu aku bayangkan sebagai embodiment pemanduan bahalul gaya Malaysia dan dia telah di pwned semaksimumnya!


Padan muka! Biatch!!


p/s: have a good weekend everyone!

Wednesday, December 12, 2007

Saiz Manusia Purba

Maka kembalilah aku dengan post bahasa Melayu. Pendek sahaja post ini rasanya, hanya berkenaan dengan saiz manusia zaman dulu kala.

Rasanya kalau pun tulang tulang manusia lama seperti Perak Man (our very own local primitive man), Lucy, etc tak pernah ditemui, kita boleh mengagak saiz mereka dengan menggunakan logik semata-mata.

Cuba perhatikan gambar-gambar lama kalau ada, bandingkan saiz anda dengan nenek, datuk atau moyang anda sendiri, siapa lebih besar dan tinggi? (Betul, tak dinafikan ada juga orang yang lebih kecil dari datuk dan nenek moyang mereka) Cuba perhatikan secara umum saiz orang zaman sekitar pra-merdeka, dan cuba perhatikan juga secara umum saiz orang generasi baru zaman sekarang. Bagaimana?

Saiz manusia ini pada pendapat aku (dari pandangan biologi pun begini juga rasanya) pertama sekali ditentukan genetik, keduanya ditentukan nutrisi. Dengan nutrisi yang mencukupi seseorang itu akan membesar ke tahap maksimum yang dibenarkan oleh gen gen yang diwarisi dari nenek moyangnya.

Jadi dengan membandingkan betapa mudahnya bagi kita untuk mendapatkan satu hidangan berkhasiat pada zaman ini dan betapa susahnya orang-orang zaman purba mahu mendapatkan makanan ringkas, apatah lagi berkhasiat (mungkin mereka hanya ada lembing, terpaksa menyorok dalam semak, menunggu pelanduk atau lain lain haiwan kecil yang kurang berbahaya dan kemudian mungkin juga terpaksa bergumpal dengan haiwan buruan yang telah ditikam dengan lembing). Agak jelaslah rasanya yang sebenarnya kita ini lebih besar saiznya berbanding orang-orang purba ini.

Gambar di atas ini di ambil dari laman 'Berita Geografik Kebangsaan'. Dan ingin juga aku kongsikan bersama di sini yang Peking Man itu juga adalah dari golongan 'Homo erectus'. Tidaklah tinggi mana pun, 4 kaki 7 inci sahaja.