Showing posts with label Tulisan. Show all posts
Showing posts with label Tulisan. Show all posts

Wednesday, September 4, 2019

Segar

*gambar Pegasus sekadar hiasan


Permulaan sememangnya satu perkara yang menyegarkan.

Agak malang jika difikirkan, berapa ramai di kalangan kita yang takut untuk bermula semula dari kosong? Aku tidaklah terlalu berani, tetapi aku sentiasa jadi ghairah bila aku mulakan sesuatu hal, terutamanya bila bermula dari kosong.

Bagai menjadi kanak-kanak semula. Semuanya jadi permainan tanpa peraturan, peraturan boleh digubah mengikut hati dan logika sendiri, paling tidak pada peringkat awal - sebelum realiti dan limitasi datang menggigit. Tidak selalu berjaya, lebih kerap tergolek dari maju ke depan, tapi itulah kehidupan, ya?

Semakin lama aku perhatikan, rasanya seperti semakin jelas, peraturan nombor satu (order of the day) untuk zaman sekarang ini adalah untuk sentiasa jadi orang baru - sentiasa bermula. Tidak cukup  sekadar menjadi pakar cerita-cerita lama, tapi harus menguasai perkara-perkara baru dan segar.

Nanti kita sembang lagi.



Thursday, February 14, 2008

Gambar Selingan

Nampaknya semenjak dua-menjak ini, di blog ini hanya penuh dengan tulisan. Ini perkara yang sangat bagus, nampak jelas idea sedang datang mencurah-curah.

Tapi biarlah berapa banyak perenggan pun aku baca, aku sebenarnya tetap sukakan gambar kerana kadangkala bagi aku gambar dapat menjelaskan hal hal yang susah untuk diungkapkan dalam kata-kata. Ambil icanhascheezburger sebagai contoh, gunakan kuasa intelek untuk menentukan yang mana lagi bermakna. Baca cerita lawak kucing atau tengok gambar aksi gelagat kucing?

Maka di sini aku selitkan satu gambar bagi mengisi kehendak aku yang tak mahu blog ini penuh dengan perkataan semata-mata.

Nah, untuk kamu semua (tanpa mengira jantina ya).
Tenung mata orang ini dalam-dalam.


Ingat ya, tenung dalam dalam.