Showing posts with label Food. Show all posts
Showing posts with label Food. Show all posts

Friday, August 15, 2008

Utama & Sampingan

Utama:
--------


Aku dalam permasalahan. C'mon c'mon! Di mana orang tua pandai, aku mahu jumpa dan selesaikan benda benda dalam kepala dan hati aku!


Sampingan:
------------


Aku juga pernah kena nasi marijuana. Rukun kandar dipatuhi di kedai ini, nasi kandarnya memang lazat dan minuman yang cukup skillfully blended pun berpadanan dengan kelazatan makanan. Nasib baik belum sampai ke tahap ketagih, kalau tak, habis duit aku terpaksa berulang alik ke Ipoh.

Sesiapa yang tak pernah makan, jangan menyesal bila terbaring atas deathbed kelak.

Saturday, August 9, 2008

Rukun Kandarr

Ok, aku sudah lama tak menghasilkan nukilan yang macam berguna. Baru baru ini nukilan aku semuanya mudah, ringkas dan hanya menjadi medium untuk aku meluahkan ketidakpuasan hati dengan senario dan isi kandungan media sekarang. Memang sial The Mal-tricks, siapa-siapa yang belum bangun, tolong lah, aku merayu, for your own goodness sake, sila lah buka mata.


Haaa…tengok. Kan dah mula meluahkan ketidakpuasan hati lagi. Nukilan ini sedikit berbeza dari yang banyak banyak di bawah ini, kerana pada hari ini aku rasa terpanggil mahu berkongsi satu info yang bukan sahaja berguna, tapi juga lazat!


Begini, aku seorang yang boleh tahan familiar dengan makanan-makanan Penang, dan bagi aku Penang memang syurga makanan Malaysia. Kalau mahu makan sedap tanpa dikenakan bayaran cekik darah, silalah ke Penang. Antara makanan trademark Penang -tidak lain dan tidak bukan, the famous Nasi Kandar. Cukup berjayanya nasi kandar ini sehinggakan ia telah dieksport ke merata negara, sampai ke tahap dimana ada outlet-nya yang mampu berada dan survive dengan sihatnya di Beverly Hills Malaysia, siap bersebelahan dengan Irish bar lagi (yang kadangkala ada muka-muka familiar didalamnya haha).


Bau kari yang mengiurkan, sotong goreng yang rangup lagi manis, ayam goreng special yang tender dan bersalut rempah….TAPI! nanti dulu, jangan suap masuk ke dalam mulut dulu…dengar apa yang aku nak sampaikan…


Ada satu fatal flaw dengan nasi kandar di kawasan luar Penang ini. Semuanya layan-diri, apa jenis lauk kamu mahu, apa jenis kuah kamu mahu, ambil sendiri, mamak yang ada cuma akan mengira bil. Ini sudah salah, sudah melanggar rukun nasi kandar!


Sini biar aku ceritakan pengalaman aku, beberapa tahun yang lepas aku berada di utara, jadi aku banyak menyampel makanan-makanan sekitar Georgetown, Butterworth dan Sungai Petani, Kedah. Antara yang regular di menu aku adalah nasi kandar, dan pada masa-masa hujung stay di utara, aku selalu ke sebuah restoran nasi kandar yang biar pun di luar Penang tapi masih mengekalkan kesedapan dan rukun-rukunnya.


Rukun utama nasi kandar adalah ini; Kamu cuma cakap mahu lauk apa, mamak yang sediakan nasi kamu akan ambil lauk dan..di sini kuncinya ya…menuang beberapa kombinasi kuah ke atas nasi kamu. Lauk tertentu sesuai dengan kuah tertentu dan rasa kuah tersebut kemudiannya akan di-compliment dengan satu/beberapa lagi jenis kuah pelengkap.


Perkara ini disahkan oleh mamak tua yang menyediakan nasi aku di Sungai Petani. Ini kerana pada satu tempoh masa setelah aku menjadi regular customer, dia hilang sementara dan tempatnya diganti oleh orang lain, terus out rasa nasi kandar yang selama ini begitu sedap.


Jadi sekembalinya dia, dan selepas melahap sepinggan lagi nasi kandar sedap, aku terus bertanya.


“Kenapa bila mamu takdak, nasi rasa lain?”

-“Oh, itu orang baru belum pandai campur kuah..”

“Ada cara campur ka?”

-“Ada, ada, campur kena betul, baru rasa ok”


Lalu dia beri aku satu contoh, yang aku akan kongsikan bersama kamu hari ini, memandangkan aku suka pilih ayam masak kurma dan telur sotong ketika menikmati nasi kandar, maka contohnya pun berkenaan lauk pilihan aku lah..


“Contoh, kalau kuah kurma, mau kasi sedap, campur sikit kuah daging”


Yaa...itu dia tuan tuan dan puan puan, satu kombinasi yang didedahkan mamak tua! Nasi kandar akan lebih lazat rasanya jika kamu campurkan kuah kurma dan kuah daging (warna gelap). Jadi sudah pasti ada kombinasi-kombinasi lain, mungkin kari ikan, bagi penggemar ikan, sedap dicampur dengan kari kambing? Itu semua terpulanglah kepada kamu untuk menyiasatnya sendiri.


Jadi ingat, lain kali apabila kamu singgah restoran nasi kandar, jangan langgar rukun nasi kandar! dan jangan lupa kombinasi yang aku kongsikan di sini.


Selamat mencuba.



*lagi cadangan

Saturday, April 5, 2008

Pengusaha Donut Semakin Bijak

Sebelum makan malam tadi, lagi sekali aku di hidangkan dengan makanan percuma. Sekotak donut dari kedai bernama Big Apple. (terima kasih)


Aku bukan penggemar donut. Apa-apa yang berkrim (seperti coklat contohnya) dan ber-icing, aku memang tak berminat dan aku anggap benda ini sebagai satu rahmat, kerana sifat aku ini menjadikan aku tak perlu risau akan jadi gemuk atau berlemak hasil makan donut dan coklat.


Tapi tadi, ketika aku memegang kotak donut, aku terpukau dengan aromanya, bau donut-donut di dalam kotak itu memang lain dari yang lain. Menyelerakan.


Cepat-cepat aku buka kotak...cis!


Aku sudah terkena! Donut-donut di dalam semuanya ditabur dengan keju! di-laced dengan white chocolate dan di tabur dengan keju. Dan keju lebur itulah yang menghasilkan aroma tadi.


Aku menggelengkan kepala, kagum juga jadinya, sebab pengusaha donut sudah berjaya menemui cara membuatkan aku mula consider untuk mahu makan donut lagi. Sambil geleng-geleng sudah dua donut aku telan.


Dunia kapitalis donut memang licik, kan?

Sunday, March 2, 2008

Another Surge - of A Different Kind

Aku sungguh terharu. Terharu dan kenyang.

Malam ini, makan malam aku ditaja sepenuhnya. Bukan satu, tapi dua!

Ada insan membelanja aku pizza, bagai orang mengantuk disorong bantal, sudahlah lapar, roti panas bercampur keju pula memang kegemaran aku. Apabila kotak pizza yang suam-suam itu di buka, aroma keju panas terus menerpa hidung. Vah, vah, vah, syabbas...syabbas mera rhoti! Belum sempat tangan mau ambil sepotong, tiba-tiba ada panggilan.

Mari berjumpa di KFC berdekatan katanya, tambahnya lagi "dinner is on me", tergelak aku.
Satu lagi meal menunggu sedangkan yang di depan mata pun belum disentuh, tapi usah risau, aku tahu makanan bukan segala-galanya, aku cuma anggap sebagai bonus (umpan? aku harap tidak).

Mungkin ini pun seperti kejadian lepas, hukum karma datang membalas, 'what goes around, comes around'. Mungkin satu ketika dulu, samada secara langsung ataupun tak langsung, aku ada membuatkan insan lain kenyang dan terharu sepertimana aku tengah kenyang dan terharu sekarang, jadi sekarang tiba giliran aku pula.

p/s: para gadis, sila ambil nota ya, kata-kata orang putih itu memang benar: antara jalan untuk memenangi hati lelaki adalah menerusi perutnya.

Monday, January 14, 2008

Roti Panas, Mentega & Keju

Aroma roti panas dari oven yang disapu mentega sememangnya 'mesmerizing'. Kalau ada keju di atas roti panas itu pula, bergandalah lagi keajaibannya.

Kucing ini faham sepenuhnya apa yang aku cuba sampaikan. Sebenarnya kalau diperhatikan elok-elok muka kucing ini, kamu tak perlu membaca satu apa pun yang ditaip di sini.

Bagi aku, tak kisah pun pizza atau bukan, tak perlu pizza pun sebenarnya. Pizza agak kurang munasabah harganya, sungguh tak logik bila difikirkan, roti, keju, daging/ayam/ikan, sayur-sayur, gabungan benda-benda ini mampu mencecah sehingga Rm50. Apa ini? (tapi aku masih sukakan pizza, komplen-komplen pun makan juga)

Yang pentingnya adalah roti, mentega dan keju. Kalau ada daging turkey, ayam, ikan dan lain2 maka itu adalah bonus. Roti-roti begini lebih berbaloi kalau difikirkan, dan semuanya available di kebanyakan bakeries pada harga yang berpatutan. Oh ya, di kedai-kedai mamak ada naan cheese, itu pun best.

Apa yang pasti, aroma roti panas + mentega + keju adalah magis.

Friday, December 14, 2007

Aroy!


Lagi dilayan rasa benci dan stress, lagi sakit kepala dan ketat dada jadinya. Sungguh tak berbaloi, telinga mahupun lidah orang-orang yang menyakitkan hati aku tak terpotong, tapi umur aku pula yang mungkin terpotong akibat stress tambahan melayan 'unnecessary stress'.

Siapa pernah pergi Thailand? Pantai cantik, barang murah, orang-orangnya peramah, dan yang paling utama, makanannya sedap-sedap (tak perlulah cerita tentang pelacur atau mak nyah, walaupun orang selalu kaitkan Thailand dengan industri seksnya, aku tidak terikut-ikut kerana aku tidak percayakan generalisasi. Lagipun itu semua di negara kita pun dah banyak..tak payah tunjuk-tunjuk kat negara orang lain).

Makanan Thai memang istimewa, dalam satu hidangan (meal) setiap juadah mempunya rasa yang pelbagai. Lengkap! Masam, manis, lemak, pedas etc. Kombinasi rasa yang pelbagai ini bagi aku adalah umpama syurga dunia. Baru melihat dan menghidu aroma makanan-makanan sebegini, sudah boleh terasa air liur mengalir dalam rongga mulut.

Aku rasa orang Thai juga seperti kebanyakan orang Malaysia, kita semua 'foodie'. Kita cintakan makanan. Tapi dari pemerhatian aku, kecintaan orang Thai terhadap makanan mungkin adalah lebih dari kita di Malaysia.

Kenapa aku berani kata begini? Aku suka makan kuning (yolk) telur masin (ya, ya..tidak boleh diamalkan selalu..tak sihat). Walaupun tiada kaji selidik formal dijalankan bagi mengetahui bilangan sebenar orang yang suka kuning telur masin, aku agak konfiden bilangan penggemarnya agak ramai.

Jadi berbalik kepada persoalan kenapa aku kata 'kecintaan orang Thai terhadap makanan adalah lebih'. Di sana, ketika berjalan di pasar, aku terlihat berbungkus-bungkus kuning telur masin (yang telah direbus dan dibuang bahagian putihnya) dijual.

Aku kagum! Begitu tinggi sekali usaha dan fokus yang dicurahkan kedalam satu jenis makanan sahaja. Itu baru telur masin, sanggup mereka usahakan bagi mendapatkan bahagian yang paling sedap. Makanan yang lain-lain pula bagaimana...gunakanlah imaginasi anda.

Senang cakap beginilah, setelah menghabiskan masa lebih kurang 1 minggu lebih di Thailand, jam tangan aku menggenggam pergelangan tanganku dengan lebih erat dan muka aku yang bentuknya panjang menjadi sedikit lebar.

Sunday, November 4, 2007

Naan Cheese

Aku suka naan cheese. Aku suka bau roti yang baru dimasak kemudian disapu sedikit butter. In fact aku lagi suka roti panas-panas dari nasi. Aroma tu aku yakin mampu cairkan hati batu dan kepala batu sekalipun.

Ada pun pada suatu ketika, time pegi makan di kedai mamak yang memang aku selalu pegi makan (most of the time order naan cheese), seorang mamak tua memberi cadangan.

Katanya "naan cheese you makan dengan kari daging, best! Kari ikan ka, dhal ka, lain kari ka, rasa tada kuat"

Jadi setelah mencuba, memang tepat cakap mamak tua tuh. Naan cheese time panas-panas paling best bila dimakan dengan kari daging. Takde ayam tandoori pun ok janji ade kari daging.