Sekonyong-konyong muncul kembali amalan ber-tag dan kali ini aku alu alu kan dengan tangan yang terdepa luas..
Telah di tag sekitar bulan April rupanya oleh Dayana, tapi aku tidak sedar sehinggalah di beritahu oleh salah seorang pelawat blog ini tentangnya (terima kasih). Kemudian di tag oleh Neem dan Magenta. Kalau sudah di tag oleh bukan satu, bukan dua, tapi tiga gadis blogosfera Malaya! dan masih tak mahu layan, aku memang layak ditampar oleh seorang gadis hot (ada?)
Jadi…
Sebelum bermula, haruslah menyatakan peraturan tag:
----------------------------------------------------------
1) Semua blogger harus menyatakan peraturan-peraturan ini dahulu.
2) Setiap blogger harus mula dengan 8 fakta/amalan tentang diri mereka.
3) Blogger yang di tag hendaklah menulis tentang 8 fakta/amalan mereka itu dan menyenaraikan peraturan-peraturan ini. Seterusnya tag pula 8 orang lain.
4) Tinggalkan komen kepada mereka yang di tag memberitahu bahawa mereka di tag dan suruh mereka datang baca blog kamu.
Lapan Fakta (berserta penjelasan yang dirasakan berpatutan)
----------------------------------------------------------------------------------------------
1
Tidak mampu untuk ignore dan jadi amat tak suka bercampur kecewa bila melihat perkara bodoh dilaksanakan orang bodoh. Contohnya, orang memotong barisan, orang bekerja di kaunter tapi muka masam dan kurang ajar, orang buang sampah merata-rata, orang tak tahu flush tandas, etc. Kadang-kadang rasa seperti mahu menghentak tumit ke muka mereka. Mana tidaknya, semua sudah besar-besar belaka, takkan flush tandas pun perlu diajar?! Pathetic betul.
2Tidak suka budaya kambing. Semua ikut saja, tak kiralah siapa yang cakap/buat asalkan nampak seperti ramai orang terlibat, terus ikut tanpa fikir dulu. Contohnya isi kandungan majalah mastika, yang kononnya adalah
collective sum of the Malays’ consciousness, menghakimi dan melabel orang sebagai ‘rosak’ sesuka hati sambil diselit cerita-cerita jembalang murahan.
Malang betul, walaupun sebenarnya hanya majalah murahan tapi disanjung tinggi dan jadi panduan bagi sekumpulan orang Melayu. Bila sekumpulan sudah ikut, lebih ramai turut serta. Ada banyak contoh lain, tapi nanti panjang sangat pula, apa pun yang penting, di akhirnya semuanya mengembek.
3
Sangat minat sejarah dan kebudayaan dunia. Ini kerana apabila dipandang pada skala besar sejarah manusia dan timeline nya, aku dapat lihat dengan lebih jelas yang sebenarnya semua manusia itu sama pada asasnya, perbezaan warna kulit, bahasa, budaya (tarian, agama, kepercayaan, etc) adalah petty pada skala besar. Kita adalah lebih intertwined dari yang kita sedari, therefore people…appreciate one another, stop hating and start loving!
4
Kebal terhadap senjata wanita. Pernah kenal dengan seorang wanita yang kerap juga menggunakan senjata wanita – air mata. Pada mulanya ada timbul rasa simpati, ambil berat dan lain-lain kesan yang dimahukan si pemegang senjata, tapi akibat terlalu kerap di acah-acah dengan senjata itu, akhirnya aku membuat keputusan untuk menggunakan tempoh perkenalan sebagai latihan mengebalkan diri. Aku berjaya, senjata wanita kini tidak lagi berkesan ke atas diri aku mwahaha..
5
Enjoy emceeing. Sudah beberapa kali menjadi emcee dan menyukai setiap saat ketika menjalankan tugas. Tidak perlu terlalu terlibat dengan perancangan majlis, hanya perlu membuat homework dan memastikan agenda dan siapa orang penting yang bakal hadir, dan juga perlu bersedia untuk melicinkan perjalanan majlis jika ada apa-apa perubahan di saat akhir. Tambahan pula, apabila majlis berlangsung, semua akan mendengar apa yang diperkatakan, cakaplah apa yang mahu, semua orang akan terpaksa dengar dan terima, kalau suruh mereka berdiri dan menari pun mereka akan buat (ini kena betul timing dan settingnya). Dan of course selain dari itu, juga dapat berada dibawah 'cahaya limau' buat beberapa ketika, dan dapat makan percuma.
6Sudah mula risau dengan penuaan. Aku tahu 25~26 tidaklah tua mana pun, tapi aku sudah mula risau sebenarnya. Dulu ada terfikir adakah sudah menjadi terlalu berlemak, apabila sudah mengamalkan pemakanan yang lebih sihat dan bersenam secara teratur, terfikir pula adakah sudah menjadi terlalu kurus. Juga risau dengan
receding hairline, persoalan adakah bakal menjadi botak pun naik.
Aiya, kalau semua orang boleh dengar apa yang aku sedang bercakap dalam kepala, mesti orang ingat aku membebel kalah makcik (
no offence ya makcik). Tapi sudah tentulah aku ini tidak langsung begitu, realitinya aku seorang yang sangat maskulin lagi yakin haha!
7
Ada tattoo kecil di badan. Kalau di luar alam blogosfera, hal ini takkan langsung di dedahkan. Tapi dengan freedom yang ada dalam blogosfera ini, aku dedahkan kebenaran ini untuk kepuasan sendiri -tiada topeng dan selindung. Mendapatkannya beberapa tahun yang lampau ketika lebih muda dan lebih bersifat non-conformist serta benci budaya kambing. Dengan adanya simbol di badan, aku memaksa diri aku untuk tidak menjadi kambing dan meng-assertkan individuality aku. Tapi sekarang agak leceh sebenarnya, aku tidak boleh terlalu bebas untuk membuka baju biar pun di kolam renang atau pantai, even di bilik sendiri jika ada kenalan yang belum cukup rapat dengan aku. Kuasa tattoo ini adalah ia mampu mewujudkan perdebatan, syarahan, pidato dan lain lain yang aku sudah malas mahu engage secara healthy, kadangkala juga mampu membuat penatapnya ternganga dan jadi risau. Doubtlessly, tak perlu risau, aku orang baik. Lebih baik jika risau dengan peragut, perompak, perogol, dan macam macam pe- lagi di luar sana.
8
I have a soft spot for Chinese girls. Tak tahu kenapa, tapi aku memang macam ini. Kryptonite aku adalah gadis Cina berbaju kurung. Satu-satunya gadis yang aku rasa pernah jatuh head over heels terhadapnya adalah separuh Melayu dan separuh Cina. Dengan senyumannya yang comel, aku rasa terpanggil untuk mulakan conversation dan berkenalan. Biar pun sudah tidak ada apa-apa yang serious, kami masih lagi berkawan (kenapa perlu cakap ini?). Ke ai nu ren, wo hen xi huan ni!
----------------------------------------------------------------------------------------------
Lapan orang lain yang aku tag:
1) Nurul
Aku tetap mahu tag Nurul juga walaupun dia sudah pun membuat tag Magenta. Sengaja mencukupkan syarat dan mahu even dengan Nurul yang telah 2 kali tag aku.
2) AKAB
I know you're busy and all, but do it later anyway when you're free.
3) Sarah
Do it when you're feeling much better, take care.
4) Thinker Bell
Kerana kamu berada di dalam Kotak Pemikiran.
5) Iqanabeera
Kerana mengeluarkan kenyataan "blogsayasudahdikompromibetapahebat".
6) Pourpres
Kerana keluar dari debu, dan memanggil aku Azroy Bin Jeff.
7) Shirley Temple
Kerana hebat.
8) ...sudah kehabisan idea. Siapa mahu volunteer diri?