Wednesday, May 28, 2008

Guten Tag!

Sekonyong-konyong muncul kembali amalan ber-tag dan kali ini aku alu alu kan dengan tangan yang terdepa luas..

Telah di tag sekitar bulan April rupanya oleh Dayana, tapi aku tidak sedar sehinggalah di beritahu oleh salah seorang pelawat blog ini tentangnya (terima kasih). Kemudian di tag oleh Neem dan Magenta. Kalau sudah di tag oleh bukan satu, bukan dua, tapi tiga gadis blogosfera Malaya! dan masih tak mahu layan, aku memang layak ditampar oleh seorang gadis hot (ada?)

Jadi…


Sebelum bermula, haruslah menyatakan peraturan tag:
----------------------------------------------------------

1) Semua blogger harus menyatakan peraturan-peraturan ini dahulu.

2) Setiap blogger harus mula dengan 8 fakta/amalan tentang diri mereka.

3) Blogger yang di tag hendaklah menulis tentang 8 fakta/amalan mereka itu dan menyenaraikan peraturan-peraturan ini. Seterusnya tag pula 8 orang lain.

4) Tinggalkan komen kepada mereka yang di tag memberitahu bahawa mereka di tag dan suruh mereka datang baca blog kamu.



Lapan Fakta (berserta penjelasan yang dirasakan berpatutan)
----------------------------------------------------------------------------------------------

1
Tidak mampu untuk ignore dan jadi amat tak suka bercampur kecewa bila melihat perkara bodoh dilaksanakan orang bodoh. Contohnya, orang memotong barisan, orang bekerja di kaunter tapi muka masam dan kurang ajar, orang buang sampah merata-rata, orang tak tahu flush tandas, etc. Kadang-kadang rasa seperti mahu menghentak tumit ke muka mereka. Mana tidaknya, semua sudah besar-besar belaka, takkan flush tandas pun perlu diajar?! Pathetic betul.



2

Tidak suka budaya kambing. Semua ikut saja, tak kiralah siapa yang cakap/buat asalkan nampak seperti ramai orang terlibat, terus ikut tanpa fikir dulu. Contohnya isi kandungan majalah mastika, yang kononnya adalah collective sum of the Malays’ consciousness, menghakimi dan melabel orang sebagai ‘rosak’ sesuka hati sambil diselit cerita-cerita jembalang murahan. Malang betul, walaupun sebenarnya hanya majalah murahan tapi disanjung tinggi dan jadi panduan bagi sekumpulan orang Melayu. Bila sekumpulan sudah ikut, lebih ramai turut serta. Ada banyak contoh lain, tapi nanti panjang sangat pula, apa pun yang penting, di akhirnya semuanya mengembek.


3
Sangat minat sejarah dan kebudayaan dunia. Ini kerana apabila dipandang pada skala besar sejarah manusia dan timeline nya, aku dapat lihat dengan lebih jelas yang sebenarnya semua manusia itu sama pada asasnya, perbezaan warna kulit, bahasa, budaya (tarian, agama, kepercayaan, etc) adalah petty pada skala besar. Kita adalah lebih intertwined dari yang kita sedari, therefore people…appreciate one another, stop hating and start loving!


4
Kebal terhadap senjata wanita. Pernah kenal dengan seorang wanita yang kerap juga menggunakan senjata wanita – air mata. Pada mulanya ada timbul rasa simpati, ambil berat dan lain-lain kesan yang dimahukan si pemegang senjata, tapi akibat terlalu kerap di acah-acah dengan senjata itu, akhirnya aku membuat keputusan untuk menggunakan tempoh perkenalan sebagai latihan mengebalkan diri. Aku berjaya, senjata wanita kini tidak lagi berkesan ke atas diri aku mwahaha..


5
Enjoy emceeing
. Sudah beberapa kali menjadi emcee dan menyukai setiap saat ketika menjalankan tugas. Tidak perlu terlalu terlibat dengan perancangan majlis, hanya perlu membuat homework dan memastikan agenda dan siapa orang penting yang bakal hadir, dan juga perlu bersedia untuk melicinkan perjalanan majlis jika ada apa-apa perubahan di saat akhir. Tambahan pula, apabila majlis berlangsung, semua akan mendengar apa yang diperkatakan, cakaplah apa yang mahu, semua orang akan terpaksa dengar dan terima, kalau suruh mereka berdiri dan menari pun mereka akan buat (ini kena betul timing dan settingnya). Dan of course selain dari itu, juga dapat berada dibawah 'cahaya limau' buat beberapa ketika, dan dapat makan percuma.


6

Sudah mula risau dengan penuaan. Aku tahu 25~26 tidaklah tua mana pun, tapi aku sudah mula risau sebenarnya. Dulu ada terfikir adakah sudah menjadi terlalu berlemak, apabila sudah mengamalkan pemakanan yang lebih sihat dan bersenam secara teratur, terfikir pula adakah sudah menjadi terlalu kurus. Juga risau dengan receding hairline, persoalan adakah bakal menjadi botak pun naik. Aiya, kalau semua orang boleh dengar apa yang aku sedang bercakap dalam kepala, mesti orang ingat aku membebel kalah makcik (no offence ya makcik). Tapi sudah tentulah aku ini tidak langsung begitu, realitinya aku seorang yang sangat maskulin lagi yakin haha!


7
Ada tattoo kecil di badan. Kalau di luar alam blogosfera, hal ini takkan langsung di dedahkan. Tapi dengan freedom yang ada dalam blogosfera ini, aku dedahkan kebenaran ini untuk kepuasan sendiri -tiada topeng dan selindung. Mendapatkannya beberapa tahun yang lampau ketika lebih muda dan lebih bersifat non-conformist serta benci budaya kambing. Dengan adanya simbol di badan, aku memaksa diri aku untuk tidak menjadi kambing dan meng-assertkan individuality aku. Tapi sekarang agak leceh sebenarnya, aku tidak boleh terlalu bebas untuk membuka baju biar pun di kolam renang atau pantai, even di bilik sendiri jika ada kenalan yang belum cukup rapat dengan aku. Kuasa tattoo ini adalah ia mampu mewujudkan perdebatan, syarahan, pidato dan lain lain yang aku sudah malas mahu engage secara healthy, kadangkala juga mampu membuat penatapnya ternganga dan jadi risau. Doubtlessly, tak perlu risau, aku orang baik. Lebih baik jika risau dengan peragut, perompak, perogol, dan macam macam pe- lagi di luar sana.


8
I have a soft spot for Chinese girls. Tak tahu kenapa, tapi aku memang macam ini. Kryptonite aku adalah gadis Cina berbaju kurung. Satu-satunya gadis yang aku rasa pernah jatuh head over heels terhadapnya adalah separuh Melayu dan separuh Cina. Dengan senyumannya yang comel, aku rasa terpanggil untuk mulakan conversation dan berkenalan. Biar pun sudah tidak ada apa-apa yang serious, kami masih lagi berkawan (kenapa perlu cakap ini?). Ke ai nu ren, wo hen xi huan ni!

----------------------------------------------------------------------------------------------


Lapan orang lain yang aku tag:

1) Nurul
Aku tetap mahu tag Nurul juga walaupun dia sudah pun membuat tag Magenta. Sengaja mencukupkan syarat dan mahu even dengan Nurul yang telah 2 kali tag aku.


2) AKAB
I know you're busy and all, but do it later anyway when you're free.


3) Sarah
Do it when you're feeling much better, take care.


4) Thinker Bell
Kerana kamu berada di dalam Kotak Pemikiran.


5) Iqanabeera
Kerana mengeluarkan kenyataan "blogsayasudahdikompromibetapahebat".


6) Pourpres
Kerana keluar dari debu, dan memanggil aku Azroy Bin Jeff.


7) Shirley Temple
Kerana hebat.


8) ...sudah kehabisan idea. Siapa mahu volunteer diri?



20 comments:

magenta said...

Chinese girls? I thought you're more into Japanese girls? Hehe.

LOL, cahaya limau! I was trying to figure what it was sebab spotlight doesn't seem to fit, then it hit me - limelight. Ceh.

Hali Munan said...

"...aku memang layak ditampar oleh seorang gadis hot (ada?)"

Hmm...sungguh inviting.

7. The right tat at the right place can be really cool but I can never bring myself to get one due to the "mandi wajib" requirements. Has anybody found a loophole yet such as a sub-dermal ink? I remember reading somewhere they've done that and they can even make the ink 'disappear' by running a (minuscule) voltage across the tat or sth. Sounds like too much of a hassle IMHO but still cool nonetheless. But if it's 'cool', can it still be non-conforming though?

8. I wouldn't call it a soft-spot, but I really dig non-Malay chicks that can speak fluent Malay. Like the Chinese newsreader on TV3 who does/did the 'Berita Terkini' slots. She's quite a looker too. But this predilection applies to any non-Malay girl be her Indian, Chinese, White, Brazilian, Greek, Italian (or any other Mediterranean national) hahah. A guy can dream no?

It's a little weird somehow because English is slowly becoming my first language. I speak it everyday. I think in English. Heck, I've even dreamt in English countless times (usually they're silent movies). Maybe at some level, I'm still trying to hold onto my roots. Shouganei na...

47 said...

magenta:
---------
jap girls are also ok, but they're too few and apart around here.ya know any? (haha, did i sound desperate?)

yep, cahaya limau in all its glory.


hali munan:
-----------
hey, you've been around! saw your footprints all over the blogosphere :P

7)having a tat is not at all non-conforming, but that was the idea i had back then, plus non-conformism wasn't the only reason. having one is more of a hassle actually, especially over here.

8)oh yes, dreaming is fine! one of the best speeches ever made began with "i have a dream.."

i think in english too, and have only started to think in malay after i began writing here. it's not that big of a deal i think. try blogging in malay dude, maybe that'll help a bit haha.

iqanabeera said...

that's not the only weapon for us women, u know?

LOL.

Dayana said...

so agree with number 3.

and thanks for doing the tag! hehe.

farizzet said...

sorry kalau celupar

no 1 & 2:
tak suka budaya kambing dan tak mampu ignore: apa tindakan anda jika sesuatu berlaku depan mata anda? adakah anda beri teguran?

saya pon tak mampu ignore, tapi kat luar tu, lainsebab malas nak create drama.

47 said...

iqanabeera:
-----------
oh there are more? :P but at least i'm 'kebal' to one already.


dayana:
--------
you're most welcome.

Lisa said...

Oh...I didn't know you have a thing for Chinese gals!!
Take care dude!

47 said...

hi lisa! long time no see!
oh yes,that's how i am haha :)
you take care too!

Pourpres~ said...

Oh strike my fancy so.

I agree on all but no 4, tears aren't our only weapon though, unfortunately to all you mongrels, we the equally(if not more)manipulative bitches will have your ass pwned. Good for you cos kebal on one. :p

I'm 23 dah pakai anti-aging. Amacam? Haha.

And, you have a fricking tattoo? Serious kah? I thought you sounded man of God-ish but you do? Point membuatkan horny.

Saya have a soft spot for Chinese boys, chinese looking boys. Kesepetan is a factor. See my list of 5 celebs, sume ade kesepetan. My ex. Haha. Especially so if they speak perfect English and none of that manglish. And bahasa Melayu dia malu tersipu2. Grrr. Okay, salah outlet dah ni.

I think in English too. Was hell for me when I was scrambling during SPM, translating words in my head to compose an essay. Haha.

Will do this, just in the middle of some things now. Thanx for the tag and the uhm, cute intro. :p

Shit panjangnya comment

NeemoNeemo™ said...

Respon kepada fakta 4.

Saya sebagai seorang gadis hot ingin melempang anda dengan penuh kasih sayang dan keseksian.

Anonymous said...

guai bu de ni yao xue hua yu laaaaaaaa. hahahaha. KANTOI. :P

47 said...

farizzet:
---------
mostly cuma jadi annoyed. nak nasihat? bukan tugas aku, dah terlambat untuk itu aku rasa. kesian pun ada juga, sudah tua bangka masih tak beradab, pengotor (tak flush toilet) dan macam macam lagi. kalau aku berkuasa, jawabnya summary execution.


pourpres:
----------
i have no idea how godly i am, but i'm pretty sure i'm a good man.

haha you ladies will have to tell me sometime later what the other weapons are, the earlier i know em the better, boleh mengebalkan diri lagi :P

cute intro? you're cute too ;)


neem:
------
aha! ada pun gadis hot dan seksi semulajadi. jangan kuat kuat sangat ya ;)


chen:
-------
that's not the only reason lah :)
wo ye xi huan zhong guo de li shi he wen hua.

Lisa said...

Hello brother,
I thought u are suppose to blog in Malay or english..apa pasal jump into mandarin ar? ahaha.

47 said...

eh why? can't use mandarin aa? :P can lah, the most important thing is the message, language is merely a tool/medium.

Anonymous said...

ahem..may i ask what tattoo you got?
is it a snake?

47 said...

nope ;) and i'm not gonna say here.

Lisa said...

It's a cool looking one 'yang curious'! ^__^
Hello brother..i didn't say cannot la.. can can..make sure all reads can understand mah.

47 said...

lisa, that's a good suggestion :)

Anonymous said...

u pray??