Showing posts with label People. Show all posts
Showing posts with label People. Show all posts

Wednesday, September 4, 2019

Segar

*gambar Pegasus sekadar hiasan


Permulaan sememangnya satu perkara yang menyegarkan.

Agak malang jika difikirkan, berapa ramai di kalangan kita yang takut untuk bermula semula dari kosong? Aku tidaklah terlalu berani, tetapi aku sentiasa jadi ghairah bila aku mulakan sesuatu hal, terutamanya bila bermula dari kosong.

Bagai menjadi kanak-kanak semula. Semuanya jadi permainan tanpa peraturan, peraturan boleh digubah mengikut hati dan logika sendiri, paling tidak pada peringkat awal - sebelum realiti dan limitasi datang menggigit. Tidak selalu berjaya, lebih kerap tergolek dari maju ke depan, tapi itulah kehidupan, ya?

Semakin lama aku perhatikan, rasanya seperti semakin jelas, peraturan nombor satu (order of the day) untuk zaman sekarang ini adalah untuk sentiasa jadi orang baru - sentiasa bermula. Tidak cukup  sekadar menjadi pakar cerita-cerita lama, tapi harus menguasai perkara-perkara baru dan segar.

Nanti kita sembang lagi.



Saturday, March 14, 2009

Kartun Untuk Hari Ini


"Sistem perundangan negara Jumaat mencatat sejarah apabila lima lelaki didakwa di mahkamah kerana menghina Sultan Perak Sultan Azlan Shah mengikut Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588)"


Panjang beritanya, jadi aku yakin bukan aku sahaja malas baca, pasti kamu pun sama, kan? Mungkin kerana telah lama menghadam dan memproses berita-berita Malaysia, aku selalunya mampu menapis dan menyingkatkan berita-berita panjang kepada isi teras yang sebenarnya mahu disampaikan kepada pendengar/pembaca berita-berita ini.


Kurang yakin dengan kebolehan aku? Sini, aku akan cuba menyingkatkan berita panjang yang perenggan pertamanya dijadikan pembuka post hari ini (sila google sendiri jika mahu berita penuh). Setelah mengimbas berita dengan sekali pandang, aku terus dapat menggapai intipatinya - tidak lain dan tidak bukan, intipati sebenarnya terkandung dalam komen Timbalan Pendakwa Raya yang juga telah memohon mahkamah menjatuhkan hukuman berat ke atas pihak tertuduh.


Katanya...

"Hukuman boleh memberi mesej kepada mereka di luar sana
terutama kepada generasi remaja
yang banyak menggunakan internet"



Bagaimana? Setuju yang aku telah menapis dan berjaya mendapatkan intipati berita panjang hari ini?

Kalau setuju, maka ingatlah kata-kata Timbalan Pendakwa Raya ya. Dia cuba memberi mesej kepada generasi remaja (muda) yang banyak menggunakan internet. Pendek kata mereka yang ada blog atau baca blog atau komen blog dan lain-lain....macam kamu!


Haaa...takut tak?



p/s: Have a nice weekend everyone!

Thursday, December 18, 2008

2 Perkara Berguna

Ada sesiapa perasan yang kalau kamu hanya tonton RTM1, kamu akan dapati yang Malaysia sentiasa dalam keadaan yang tip top? Sepanjang masa, tanpa mengira sebarang masalah, skala global atau skala rantau asia tenggara, Malaysia sentiasa tip top dan hampir sempurna.


Keadaan kelam kabut di luar rumah kamu? Perarakan ribuan orang yang tak puas hati (tanpa mengira sebab)? Kalau ini berlaku dan kamu rasa takut? Cepat-cepat tukar rancangan ke RTM1, otak dan perasaan kamu akan diberi ubat. Secara automatik, kamu berasa tenang kerana sekarang kamu telah di'sedar'kan bahawa perarakan tersebut sebenarnya kecil.. cuma ada 10 peserta. Apa-apa sentimen tidak puas hati 10 orang tersebut adalah tak relevan, kamu di-assure-kan yang mereka bukannya tak puas hati tapi cuma mahu buat kacau sahaja.


Walaupun kadangkala, terasa sangat kuat unsur ke-kartun-an dalam info info yang disiarkan, tapi aku rasa kita tidak boleh pandang rendah kepada kaedah penyebaran propa... erhm... maksud aku penyebaran maklumat oleh RTM1. Kerana apa yang dilakukan siaran tersebut berkesan! Setiap kali, tanpa gagal, dari zaman hitam putih hinggalah ke zaman LCD tv, stesen tersebut berjaya menyumbat masuk info ke dalam otak orang ramai (masses) dan to a certain degree, menentukan tindakan mereka.


Apa pun yang mereka mahu siarkan, siarkanlah, aku tak berapa peduli. Tapi aku ingin mencadangkan agar ditambahkan dua lagi jenis maklumat yang aku rasa rakyat Malaysia sangat sangat perlukan.


1) Pengetahuan Asas Seks:
----------------------------


Orang Melayu Islam (dan orang-orang Asia lain juga mungkin) suka menyembunyikan perkara ini, daripada di akui yang hubungan seks berlaku dengan meluas dikalangan generasi muda, mereka lebih suka tutup mata dan berlakon tak ada apa apa berlaku. Malangnya ini bukan shampoo Johnson & Johnson, boleh setakat tutup mata dan kata "tak pedihkan mata!", ini SEKS! Seks ada akibatnya, selain dari menimbulkan kenikmatan sensual hasil sentuhan kulit dengan pasangan berlainan jantina (atau sama jantina bergantung kepada citarasa kamu), dan keenakan stimulasi bersama alat kelamin masing-masing dek pergeselan penis dengan keseluruhan dinding dalaman faraj (atau dinding dalaman rektum/kolon, juga bergantung kepada citarasa kamu) seks juga turut...jangan terkejut ya kalau kamu belum tahu...mampu menyebarkan penyakit! dan menghasilkan bayi!


STD sememangnya menyakitkan dan memedihkan (bukan pengalaman sendiri). Tapi sekurang-kurangnya ada juga peluang untuk sembuh, kalau kena jangkitan HIV pula bagaimana? Tak ada ubatnya, yang mampu dibuat cumalah melambatkan perjalanan membawa kamu ke peringkat AIDS. Peringat di mana badan sudah tidak mampu langsung melawan sebarang jangkitan, tak perlu selsema burung, selsema biasa sahaja pun sudah cukup untuk menyebabkan kematian.
Sudahlah sakit, terpaksa pula berhadapan dengan stigma masyarakat, yang awalnya tadi cuma tutup mata, tapi sekarang sudah pandai melabel AIDS sebagai Angkara Iblis Dan Syaitan. Lebih menghairankan lagi, selalunya orang yang menggunakan akronim ini jugalah yang tak pandai sebut perkataan AIDS, asyik sebut ED ED ED. ED hotak kau!


Seterusnya.
Bayi pula adalah manusia mini yang terhasil dari hubungan seks tanpa perlindungan. Hasil pancutan beritma air mani lelaki kedalam rahim perempuan yang sedang subur akan membawa kepada percantuman satu sperma (dalam setitik ada berjuta-juta) dengan ovum yang baru dilepaskan atau telah sedia ada dalam sistem pembiakan wanita. Hasil observasi aku sendiri dari membaca akhbar dan menonton berita yang tak pernah lekang dengan cerita bayi dibuang, bayi dibunuh kemudian dibuang, ibu muda bunuh diri, ibu muda kena tikam dengan teman lelaki dan lain-lain, adalah amat jelas sekali bagi aku bahawa para muda-mudi (dan juga dua tiga kerat yang sudah tua) tidak tahu asas pengetahuan tentang proses pembiakan manusia. Sungguh malang! Beratus-ratus, entahkan beribu kes penyiksaan jiwa, pening kepala, kematian, trauma dan sebagainya sebenarnya boleh dihalang sembilan bulan sebelumnya dengan hanya beberapa langkah mudah -beli kondom, sarungkan, buatlah apa yang nak dibuat, jangan tumpahkan isi kandungannya lalu ikat dan buang.
Itupun belum menjamin 100% yang manusia mini takkan dihasilkan, keberkesanan kondom cuma 80% sahaja, meningkat kepada 90% kalau spermicide digunakan. Satu-satunya langkah yang berkesan 100% adalah pengawalan diri dan tak buat hubungan seks langsung.



2) Pengetahuan Asas Nutrisi:
------------------------------


Aku rasa di Malaysia kita terpaksa menerima hakikat bahawa bahan makanan berkhasiat semuanya agak mahal (tapi boleh dielak kalau kamu pandai cari alternatif). Susu mahal, keju mahal, daging mahal, yoghurt mahal, pendek kata kalau kamu mahu menikmati satu hidangan makanan yang tinggi protien, rendah karbohidrat, dan tinggi serat, kamu terpaksa mengeluarkan lebih wang dari biasa. Aku rasa kalau diperhatikan kita boleh membuat kesimpulan ini: Diet harian biasa bagi orang Malaysia, dan Melayu khususnya, selalunya adalah hidangan berasaskan karbohidrat yang banyak + minyak dan susu pekat manis + gula sambil di selang seli dengan sedikit protien dan serat.

Tak hairanlah ramai pakcik pakcik Melayu yang umur baru mencecah 40 nampak seperti sudah lewat 50-an. Bila berjalan kaki menyeret tanah kerana nak membawa beban berat perut yang terkehadapan (perkataan ciptaan sendiri ni). Tak hairan jugalah bila kita asyik terima berita yang pakcik pakcik kita meninggal dunia kerana sakit jantung atau strok. Macam mana tak timbul masalah-masalah kesihatan begini bila amalan harian selama 20-30 tahun adalah setiap pagi melantak roti canai dan teh tarik dan di ulang lagi bila lewat malam tiba sebelum masuk tidur. Makan nasi pula setiap kali, pinggan di isi sampai kelihatan macam sebuah bukit kecil. Lauk pauk kelihatan seperti hiasan bagi nasi sahaja, itu pun digoreng sehingga menitis-nitis dengan minyak dan hilang rupa asalnya.

Aku pun makan juga roti canai dan minum teh (nescafe pilihan aku) tarik. Tapi janganlah sampai setiap hari, setiap pagi, setiap malam dan diulang-ulang sampai berpuluh tahun, itu mengundang maut namanya. Kawal-kawal lah sikit, "man man" kata orang Cina.


Haih...apa pun, aku yakin sekiranya kedua-dua maklumat yang aku nyatakan di atas di siarkan secara meluas di Malaysia, kedua-dua fenomena di atas dapat di elakkan, paling tidak pun dikurangkan dengan drastik. Kemudian barulah Malaysia akan penuh dengan pakcik-pakcik hensem bergaya dan orang muda-mudi yang gumbira.

Kamu gumbira tak?

Monday, October 20, 2008

Burung Cinta


Haaa....burung apa yang kamu fikirkan tu? Tsk tsk tsk...


Apa yang aku maksudkan burung cinta disini adalah gelaran love birds yang selalu diberikan kepada pasangan manusia, yang secara mudahnya, boleh di-describe sebagai sedang bercinta. 'Secara mudah' kerana sebenarnya aku rasa benda cinta ini adalah agak kompleks. Kalau dalam bahasa Melayu pun sebagai contoh, kita ada banyak perkataan untuk menjelaskan benda kompleks ini; Angau, mabuk kepayang (?), mabuk(?)...ok, aku tak tahu sangat sebenarnya perkataan apa lagi yang ada.


Tapi yang paling jelas, walaupun kompleks, golongan burung cinta boleh dikelaskan dalam dua kumpulan.


a) In Love: Mereka yang secara kesuluruhannya sober, sedar dan tahu diri mereka dan pasangan. Selalunya menerima keadaan seadanya, berfikir dan bertindak secara logikal dan rasional.

b) Intoxicated by Love: Mereka ini pula adalah exactly seperti yang dinyatakan-intoxicated. Cinta atau sayang itu mungkin wujud juga, tapi lebih banyak elemen mabuk rasanya. Selalunya menjadi kurang sedar siapa diri mereka dan pasangan, contohnya mungkin ada yang rasa dirinya Arnold Schwazenegger dan pasangannya Unnur Birna Vilhjálmsdóttir etc. Akibatnya selalu mengambil tindakan yang berbaur terlebih emosi. Eg: menjerit di atas bukit "Watiii! Aku cinta pada muuuu!!" (tak logik/realistik kan?)


Tapi kalau setakat mahu memanjat gunung atau bukit dan menyusahkan serta memeningkan kepala sendiri, tak mengapa, masalahnya kadangkala mereka memeningkan kepala aku juga.

-------------------------------------------------------------

Menyekat Jalan:

Malangnya sesetengah koridor, laluan atau kawasan pejalan kaki dalam mahupun luar bangunan cuma muat muat untuk dua orang melepasinya, dan di sini lah juga pasangan yang intoxicated akan berada, side by side, tangan lelaki akan berada dalam poket belakang jeans pasangannya dan vice versa. Mereka berdua akan berjalan perlahan sambil bercakap-cakap halus kononnya romantik sedangkan di belakang mereka sudah ramai orang yang hilang sabar kerana mahu cepat berjalan. Tahu lah orang selalu kata bila bercinta 'dunia ini kita yang punya', tapi tolong, don't take it literally.



Mengutuk Orang:

Ini memang berlaku. Bila pasangan intoxicated bersama-sama, mereka akan rasa mereka lah manusia paling sempurna di muka bumi dan akan mula menjeling sana sini sambil mengutuk orang lain. Eg: "Eeee you tengok orang tu, tak ada stail, that'S mean...tak mulia macam kita kan? hehehe.." atau apa apa perkara lain yang menjurus ke arah yang sama. Mungkin juga akan mengutuk orang yang betul betul di hadapan mereka ketika beratur (membeli tiket wayang contohnya), selalunya dilakukan tanpa segan silu kerana mereka yakin mereka sempurna.



Overprotective Sehingga Menjengkelkan:

Kedua-dua perkara di atas aku agak jarang encounter, tapi yang ini agak kerap. Di mana si lelaki akan rasa dirinya ksatria dalam perisai berkilat (knight in shining armor) dan pasangannya pula seolah-olah gadis muda dalam tekanan (damsel in distress). Apa gunanya jadi ksatria dan gadis dalam tekanan kalau tak ada penjahat bukan? Jadi, mereka akan mula berangan-angan lelaki-lelaki lain di sekeliling adalah penjahat. Jeling sana sini dengan pandangan tajam kononnya orang lain mahu rebut teman wanitanya.

Pernah aku mengambil sekilas pandang seorang gadis kerana aku ingat aku terserempak dengan kenalan, rupanya bukan, jadi tamat di situ dan aku meneruskan langkah. Tiba-tiba aku nampak dalam periphery vision aku, seorang lelaki menjeling tajam ke arah aku dengan mimik muka tak puas hati, lalu aku serta merta tahu -ah, a knight in shining armor!

Jadi, untuk memuaskan hati dan sifat ingin tahu aku, aku toleh dan pandang straight ke muka ksatria tersebut. Dia terkebil kebil dan memandang tempat lain. Haih..apa ni? Ingatkan ksatria..

-------------------------------------------------------------

Kesimpulannya, pasangan-pasangan sekalian hendaklah chill out!

Ingat..'dunia ini kita yang punya' itu hanya lah ekspresi semata-mata, ia tak bermakna dunia itu betul betul milik kamu yang punya sehingga kamu boleh menyusahkan orang di sekeliling.


Terima kasih.

Tuesday, August 19, 2008

Sensitiviti Melayu

Zaman dulu-dulu di sekolah, aku ada belajar yang empayar British, setelah pembunuhan J.W.W. Birch, membuat satu kesimpulan bahawa orang Melayu ini cuma harus dibiarkan dengan dua perkara milik mereka, yang mana, apabila dua perkara ini dibiarkan terus menjadi hal mereka maka mereka akan menjadi sungguh manageable.


Dua perkara tersebut adalah: agama dan budaya Melayu.


Kenakan cukai, tipu mereka dengan perjanjian, bolot hasil bumi, dan apa-apa pun boleh, asalkan dua perkara di atas tidak disentuh, maka tidak akan wujudlah insiden melompat-lompat sambil menikam dengan keris.


Hmm...aku rasa orang Melayu sekarang sudah berubah...


Tapi perubahannya cuma pada salah satu dari dua perkara di atas, kini budaya sudah tidak begitu penting lagi bagi orang Melayu, mereka sudah ada budaya baru. Antaranya -buang sampah merata-rata, bawa kereta macam haram, buat seks tanpa pengetahuan biologi tentang reproduksi, buang dan bunuh anak selepas lahir akibat buat seks tanpa pengetahuan biologi tentang reproduksi, bawa motor laju lalu bunuh diri dan orang lain bila kemalangan, skodeng, mastika, utusan meloya etc.


Dan kini, setelah di update, dua perkara yang tidak boleh disentuh bagi memastikan orang Melayu kekal manageable adalah: hak istimewa dan agama.


Tapi kadang-kadang di sentuh juga kan? Di sebabkan orang Melayu (bukan semua, tapi majoriti mungkin) sensitif sangat dengan dua perkara, dua perkara ini sudah jadi semacam satu kelemahan, macam suis -Press here to initiate lompat ramai-ramai & tikam keris sequence.
Maka apabila suis ditekan, ramai lah yang akan ter-sway fikiran mereka dan mereka akan bertindak dengan cara yang cukup predictable.


Contohnya, katakanlah, entah mengapa (mengapa ya?), adalah menjadi satu keperluan yang teramat penting bagi kamu untuk mengawal kepala otak orang Melayu kebanyakan, dan kamu sudah kehabisan bahan (idea, bukti, logik etc) untuk mengawal fikiran masyarakat Melayu. Apa kamu perlu buat?


Yes! hanya dengan menggunakan hal hal berbaur hak istimewa atau agama, especially nya agama, kamu akan dapat mencapai objektif kamu! Gosok sahaja apa-apa yang berunsur tempat sembahyang, kitab suci, ketuhanan, suis mereka pun akan secara automatik di flip ke on, and they'll dance, jump, thrust their daggers and they'll do unto themselves whatever it is you wanted to do to them.


Sungguh menyakitkan hati..

Tuesday, July 22, 2008

The Mal-tricks


*if you have balls -lah.




Apa? What is The Mal-tricks?

Jawapannya ada di sini...

Wednesday, July 16, 2008

B untuk Beruang


Pada pendapat aku debat seperti yang disiarkan di television semalam adalah sangat baik dan sebenarnya patut di adakan jauh lebih awal lagi dan pada kekerapan yang lebih.

Debat bukan sahaja menjana idea-idea bernas dan penyelesaian yang kemudiannya akan memajukan lagi sesebuah institusi, (tak kira lah institusi itu negara atau keluarga atau apa apa bentuk organisasi sekalipun) debat juga akan melatih semua yang terlibat, baik yang berdebat mahu pun yang mendengar atau menonton untuk menjadi lebih logikal, rasional dan berkemungkinan besar juga lebih gentlemanly!

Dan ini adalah satu perkara yang amat sihat, especially di kalangan orang Melayu yang dari pandangan aku kelihatan sungguh beremosi, kalau ini tidak benar masakan perkataan 'amuk' di ambil oleh orang Inggeris dari bahasa Melayu? lihat komen-komen dari orang Melayu pada video youtube atau blog yang selalunya berkaitan dengan politik pun sudah cukup.

Dengan membentuk sifat berfikir secara lebih rasional dan logikal berbanding dengan cara berfikir yang emosional, orang Melayu secara kebanyakannya akan menjadi kurang susceptible kepada idea atau perkara murahan yang disalut dengan emotionally charged material.


Haih...berkuasa sungguh media massa sebenarnya...bisa mencengkam atau membebaskan kepala otak orang.


*Debat kini available di youtube.

Saturday, July 5, 2008

.

We take the pressure and we throw away
Conventionality belongs to yesterday
There is a chance that we can make it so far
We start believing now that we can be who we are

Wednesday, June 18, 2008

Kasih Sayangku Sama Rata

Merujuk kepada post ini.

Aku ingin mengeluarkan kenyataan bahawa aku tidak akan melebihkan atau mengurangkan antara orang hitam, coklat, kuning atau putih, tapi menyayangi semuanya sama rata.


*I sayang semuanya

Wednesday, February 6, 2008

Elemen Dalam Blog

Apabila aku membaca isi kandungan blog-blog tempatan, aku dapati ada beberapa elemen yang pasti ada. Kalau tak selalu, kadang-kadang mesti nak ada juga.

Ya, elemen-elemen yang perlu ada ini aku rasa cuma ada dua.

1) Alkohol
2) Perempuan

---------------------------------------------------------------------

Kadang kadang elemen ini wujud secara bersendirian dalam satu 'post', contohnya:

"Semalaman, kepala aku dirundung kemurungan, pening! Namun pengubat hati aku ada di dalam peti sejuk, kebahagiaan dalam tin kata sesetengah orang. Setiap tegukan membawa keseronokan baru.."

Atau pun:

"Aku bangun pagi ini dengan kucupan lembut si Sherry. Sherry, gadis kurus berbuah dada besar yang memberi hidupku seribu makna..."

Kadang kadang elemen ini disatukan dalam satu 'post', contohnya:

"Pengubat hati aku ada di dalam peti sejuk, kebahagiaan dalam tin kata sesetengah orang. Setiap tegukan membawa keseronokan baru. Bila sudah habis dua tin, bila hati dan kepala sudah rasa seronok, aku baring di atas katil dalam dakapan dia. Sherry, gadis kurus berbuah dada besar yang memberi hidupku seribu makna..."

---------------------------------------------------------------------

Lucu juga apabila melihat komen yang ditinggalkan pembaca. Yang paling membuatkan aku ketawa kuat adalah bila ada yang melompat dan marah-marah. Agaknya kalau di letak keris dalam tangan, mau kena tikam tuan punya blog dengan geng marah ni.

"Engkau ini memalukan bangsa! manusia tak Hadhari!" etc (you get the idea)

Macam ini pun ada juga, dan 'by the way' komen jenis ini sudah klise. Jenis yang mukadimahnya macam mahu memuji atau berdebat secara intellektual, tapi sebenarnya nak mencarut (eee..takutnye).

"Engkau menulis ni bagus, ada idea-ideanya. Tapi aku pun tak boleh cakap banyak, aku nak kasi kau hadiah 2 perkataan sahaja.................Fuck You"

Ya, komen macam ini sudah klise. Kalau ada terasa mahu meninggalkan komen macam ini, baik tak payah tinggalkan komen.

----------------------------------------------------------------------

Lagi sekali ingin aku nyatakan yang aku bukan Mastika. Aku tidak 'judge' orang, sekadar memerhati. Tujuan utama 'post' ini pun bukan untuk mengkritik, tapi untuk menunjukkan yang aku tidak akan kalah.

Yaa, aku tidak akan sekali-kali kalah.

Jadi....

Semalam, bila sampai rumah, aku buka pintu peti ais dan tangan aku pantas mencapai sebotol Heineken. 'Tie' yang mengikat leher aku seharian terasa bagai cengkaman tali lembu masyarakat...panas, tak selesa. Terus aku tanggalkan dengan sebelah tangan dan buang ke lantai. Sebelah tangan lagi mengangkat botol ke mulut. Cecair sejuk menyegarkan membasahi tekak...


Beer sejuk sememangnya menyegarkan! Dengan tenaga yang dijana sebotol minuman tadi, aku melangkah laju ke bilik tidur. Dan seperti biasa, di bilik tidur aku, 'mereka' sedang menunggu..


Bagaimana? Menang tak aku?

Thursday, January 31, 2008

Gaban Benci Bahalul

Aku paling suka membaca penulisan yang berbaur perasaan marah dan geram. ‘Posts’ yang dihasilkan oleh tuan blog ketika mereka marah tahap Gaban, bagi aku, adalah antara nukilan-nukilan terbaik aku pernah baca.

Aku sudah beberapa kali mendengar orang menggunakan Gaban sebagai kata penguat sebenarnya. Setahu aku Gaban adalah Polis Angkasa yang bertugas menjaga keselamatan bumi sekitar tahun 80-an. Kalau kamu rasa tidak menjadi satu kesalahan bagi aku untuk menggunakan nama Gaban sebagai kata penguat, maka aku akan gunakannya lagi.

Well, that aside.

Aku ada rasa tidak puas hati, mungkin juga boleh dikatakan aku ini sekarang sedang tidak puas hati tahap Gaban. Kenapa dalam visiniti aku pasti ada saja bahalul yang boleh merosakkan mood aku?

Para bahalul yang bercakap macam penis (talking cock),selitkan banyak-banyak fakta sains rawak yang tak penting supaya tampak pandai. Sudahlah macam tu, langsung tak disebut sumber-sumber fakta…kiranya habis pandailah, maklumat tu semuanya sudah berada dalam kepala sejak azali. Apa ingat orang ramai akan fikir macam tu? Sini, biar aku bagitahu, tak ada orang yang berotak akan fikir macam itu, hanya seorang insan bahalul yang lain akan fikir macam itu.


Ya, rupa pun macam siamang, tapi perasan cantik atau kacak. Benar, itu semua ‘superficial’, tak sepenting personaliti dan cara berfikir. Namun aku terpaksa juga timbulkan isu rupa siamang kamu sebab kamu tak habis-habis nak buat ‘reference’ kepada sifat kebergayaan dan kecantikan/kekacakan kamu. Jadi jangan salahkan aku, salahkan diri sendiri!

*Gaban bakal mencantas leher para bahalul.

Wednesday, January 30, 2008

The Man

-------------------------------------------------------------------

Ada seorang kenalan aku yang satu ketika dulu boleh dikatakan 'grunge'.

Atau rasanya perkataan yang lebih tepat mungkin 'non-conformist'. Rambut di simpan panjang, seluar samada jeans atau seluar pendek, dipadankan dengan t-shirt 'round neck', kolar-kolar tak main.

Setelah beberapa lama tak berjumpa, aku dan seorang lagi rakan bertembung dengan dia. Kami pergi ke kedai dan minum-minum sambil 'catch-up' hal masing-masing.

Gayanya sudah berlainan sekarang, rambut pendek dan kemas, baju kemeja lengan pendek berkolar, berseluar 'slack'. Cara bercakap pun sudah tenang dan kurang elemen-elemen 'rebellious'. Hobi dia sekarang adalah membaca novel. Aku ketawa dan kata kepada dia.

"Haha! Kau dah kalah! Kau dah dikalahkan......"

Otak aku bergerak ligat mencari perkataan, beberapa pilihan timbul...sistem...mesin...tak cukup bagus.

"The Man! Kau dah kalah dengan The Man! Hahaha!"

Sambung rakanku yang seorang lagi.
Kami ketawa beramai-ramai.

---------------------------------------------------------------------

Undur beberapa tahun lagi kebelakang, ada seorang lagi rakan yang pernah kata kepada aku dengan penuh semangat "F**k the corporate world!", aku tak salahkan dia, pada ketika itu dia memang di dalam kesusahan yang menimpa secara tak langsung akibat dari struktur dunia korporat.

Sekarang? Oh, dia sedang berada di dalam kubikelnya, bekerja untuk sebuah syarikat korporat yang besar. Aku boleh bayangkan wajahnya sedang tersengih sekarang.

------------------------------------------------------------------------

Biasalah tu, manusia memang sifatnya berubah, dan aku pun tidak mempersoalkan tindakan kenalan-kenalan aku. Good for them, mereka nampak lebih bahagia sekarang. If you guys are happy, I'm happy.

Tapi macam mana pun, kalian telah kalah dengan The Man! Haha

p/s: Hal ini juga adalah antara sebab aku membaca Semusim Di Neraka, kerana pada pendapat aku, AKAB adalah antara orang-orang di luar sana yang bangkit cuba untuk melawan The Man. I wish you luck.

Friday, January 25, 2008

Selera Siapa?


Faizal Tahir, naib juara One In A Million (pertandingan ala American/Pop Idol), di’ban’ dan 8TV ditarik kebenaran untuk menyiarkan siaran hiburan secara langsung. Semuanya kerana dalam satu rancangan hiburan secara langsung di 8TV tempoh hari, Faizal telah membuka baju dan melontarkan bajunya kepada orang ramai. Maka terdedahlah badan dia di khalayak semua penonton, baik di studio mahu pun di rumah.

Apa kamu rasa sekarang? Geram? Marah? Benci?

Haih, apalah! Aku secara terus terang tidak rasa apa-apa. Dia nak buka baju, bukalah. Tak menyebabkan kematian atau kecederaan kepada sesiapa pun, tak ada orang yang menjadi buta pun setelah melihat badannya itu.

Tapi seperti biasa, media berjaya mengapi-apikan hal remeh ini, ramai jugalah yang kononnya cerdik pandai memberikan pendapat

“Oh ini satu perbuatan yang tidak patut…”

“Ya! Tindakan tegas perlulah…”

“Cis, dia ini sudah lupa daratan! Mari kita buang dia ke laut…”


Aku tak mahu tulis panjang pasal hal Faizal Tahir ini kerana:

1)Cerita lapuk, berlaku dah lebih dari seminggu.

2)Dah banyak yang diulas oleh pelbagai akhbar/majalah tempatan (mastika?).

Apa yang aku mahu kongsi bersama di sini adalah kisah yang, walaupun lebih lama tapi bagi aku impak dan proporsinya cukup besar sehingga aku rasa adalah menjadi keperluan untuk aku menulis tentangnya.

Kisah Faizal ini semacam ‘catalyst’ lah kiranya, membuatkan aku akhirnya mahu menulis tentang persoalan yang aku bakal kemukakan.

Pada 9 September 2006, jenazah Menteri Ngah Ibrahim dan Laksamana Muhamad Amin, dua orang tokoh negara yang dibuang negeri kerana melawan pengaruh British menerusi komplot yang akhirnya membawa kepada pembunuhan JWW Birch (si residen pertama Perak), dibawa pulang dari Singapura dan dikebumikan semula di Perak, kampung halaman mereka.

Selepas 129 tahun di dalam buangan, akhirnya barulah mereka dapat pulang ke tanah air. Pilu juga rasanya bila aku baca dalam liputan tak lama kemudian yang (mengikut catatan dan kisah cucu cicitnya) Ngah Ibrahim telah berkali-kali menyatakan hasratnya untuk pulang ke Perak namun tetap tidak kesampaian hinggalah ke akhir hayatnya.

Pada pendapat aku, kisah kepulangan wira-wira ini memang hebat. Impaknya juga besar, mampu menyemai perasaan ‘gratitude’ kepada golongan lama, sejarah dan juga menyemai perasaan cintakan bangsa dan negara.

Aku pun bukanlah patriotik mana, tapi aku tidak nafikan yang sifat patriotik pada kadar yang sihat memang bagus! Nanti kuranglah sikit bilangan mat-mat rempit, ‘litterbugs’, ‘vandals’ dan golongan yang entah apa-apa -eg: Geng ‘neo-nazi’– Bukan kulit putih tapi neo-nazi, macam mana tu? (aku dapat mengesan unsur-unsur kebodohan yang tebal di sini).

Tapi malang! Kalau ada pun yang mengikuti kisah Menteri Ngah Ibrahim dan Laksamana Muhamad Amin ini, kebanyakannya golongan pakcik makcik (itu pun hanya yang ambil kisah dan menghargai sejarah). Masyarakat umum dan golongan remaja pula pada kala itu sebenarnya sedang tertumpu pada kisah lain.

Pada sekitar tarikh yang sama juga, Mawi dan Diana Naim sedang berada dalam krisis ‘relationship’. TV asyik-asyik nak ceritakan hal itu, akhbar pun sama. Balik-balik, muka Mawi dan Diana Naim yang terpampang. Sudah putus tunanglah, sedihlah, dulu macam inilah, sekarang macam itulah. Bagus..bagus..syabbas.

Sehari selepas ketibaan jenazah Menteri Ngah Ibrahim dan Laksamana Muhamad Amin ke tanah air, aku beli akhbar dan...

Cerita kepulangan jenazah wira-wira Negara ada di muka ke-3 atau ke-4. Muka hadapan sekali ada muka-muka ini, lengkap dengan warna dan ‘lettering’ besar.

“Apa kejadahnya semua ini?! ” begitulah kot lebih kurang reaksi bekas seorang pengacara NTV7 kalau dia yang berada di tempat aku ketika aku menatap akhbar hari itu.

Mudah saja persoalan aku. Mana berita yang lebih penting dan besar manfaatnya? Kisah kepulangan jenazah wira-wira negara yang mengorbankan titisan darah dan air mata untuk generasi sekarang atau kisah krisis pertunangan artis-artis?

Kalau pun tidak berminat dengan sejarah, tak apa. At least, show some respect! Those two statesmen sacrificed A LOT! Takkan nak letak kisah mereka di muka depan pun susah?

Persoalan yang lebih besar pula begini. Siapa yang punya tanggungjawab ni?

Adakah ini selera media? (media yang menentukan sendiri bahan yang disajikan)

-atau-

Adakah ini selera orang ramai? (dan media hanya menyuap apa yang orang ramai mahu)

Apa pendapat kamu?

P/S: Rupa-rupanya ada blog yang memang didedikasikan khas untuk Ngah Ibrahim dan Laksamana Muhamad Amin. Maklumat dan bacaan lanjut ada di sana.

Wednesday, January 16, 2008

Queue Jumpin' Lady



Sure, sure.

You got looks, you got style, and probably money too.

But without manners, all that...gone.

I was standing there minding my own business while waiting for my turn to pay for lunch and you jumped queue -right in front of me.

I wasn't mad, mostly perplexed.

You could've turned around to say something like "I really have to hurry" and I would've replied "Sure, go ahead".

But no. You had to jump queue.

So there I stood behind you, scrutinizing your every action.

You tried to act normal; You were glancing at your watch, adjusting your blouse, scratching your head...you could barely stand still. All those fake actions were futile. You're still guilt ridden.

Suits you well.
Go ye with that guilt, I don't give a damn and I'm not affected in anyway.

Friday, December 28, 2007

Perbandingan II

Bagi aku, kuat agama dan baik itu tidak sinonim langsung. Walaupun selalunya tanggapan orang umum adalah sebaliknya.

Kuat agama tidak menjamin yang seseorang itu baik (baik hati, baik pemikiran, baik kelakuan dll) dan begitu juga tidak kuat agama tidak bermakna seseorang itu kurang baik atau jahat.

Tapi tidak pula aku nafikan yang agama itu tujuan utamanya adalah untuk menerap nilai-nilai baik ke dalam manusia. Tapi sedikit malang aku rasa kerana agama itu memandang dunia ini dengan kaca mata absolut (religion deals in absolutes) - Itu baik, ini jahat, itu dosa, ini pahala, itu syurga, ini neraka. Macam digital 0101010101

Lebih malang lagi apabila agama itu mengajar bahawa hanya pengamalnya sahaja yang 'absolutely' betul dan orang lain semua 'absolutely' salah.

Sebab itu aku tersenyum apabila membaca petikan kata-kata Kahlil Gibran:

- Say not, 'I have found the truth,' but rather, 'I have found a truth' -

Besar impaknya kata kata si Kahlil Gibran itu.

Kerana apabila sekumpulan orang yakin sepenuhnya dengan 'I have found THE truth' sehingga ke tahap di mana mereka berani pula mengatakan 'persetankan orang lain kerana mereka salah!' maka dari pandangan aku, komuniti dimana orang-orang ini berada akan terancam.

Aku tahu orang-orang begini wujud di kalangan kita. Cuma jangan sampai orang-orang begini yang menentukan halatuju negara dan masyarakat kita. Kalau tidak, mungkin perkara bodoh seperti yang berlaku di Pakistan hari ini akan berlaku juga di sini.

Percaya atau tidak, apabila aku terbaca surat khabar hari ini yang Benazir Bhutto mati ditembak dan beberapa puluh lagi mati akibat pengebom berani mati, aku tidak terkejut.

Memang sudah aku jangka hal itu akan berlaku.