
Bilik aku sudah menjadi sedikit berserabut, kertas kerja yang sepatutnya sudah boleh disiapkan masih belum siap, dokumen yang aku perlu cetak untuk menjayakan proses perpindahan ke tempat lain…ah itu sedang berjalan…sedikit-sedikit sahaja tapi.
Semenjak beberapa hari lalu, apabila hari bermula, aku akan fikir…
lepas sarapan dan minum segelas nescafe, otak aku akan menyerap caffeine lalu menjadi segar, dan apabila sudah segar, aku akan bergegas naik ke tempat aku semula lalu mengemas bilik dan menyelesaikan apa yang aku patut selesaikan
…aku hirup nescafe dan senyum sendiri.
Habis minum, aku sampai ke bilik aku. Tak segar pun, dan yang paling leceh, tetap tak jalan.
Ada orang di luar sana pernah alami ini? Kisah untuk berkongsi penyelesaian dengan aku?
Terima kasih.