I'll have whatever this guy is having, thanks.
Showing posts with label Cheeseburger. Show all posts
Showing posts with label Cheeseburger. Show all posts
Wednesday, November 11, 2009
Tuesday, March 3, 2009
Transmisi Dari Gua
Wednesday, October 29, 2008
Kekeliruan Identiti

Setelah terlihat gambar ini dan berkata "Awwww..", memori lama kembali ke otak aku dan aku mengangguk-angguk sendirian. Sepanjang tempoh membesar, selalunya ada keluarga kucing dalam rumah aku, lebih kerapnya ibu kucing tunggal dan anak-anaknya.
Pengalaman membesar di samping keluarga kucing telah membuatkan aku kagum dengan kasih sayang ibu kucing. Anak-anaknya dilayan penuh manja biarpun ada masa-masanya memang jelas ibu kucing itu pening kepala (muka serius, badan keras, dan ekor berlibas ke sana-sini) anak-anak kucing pula takkan menghiraukan itu semua, mereka cuma akan menangkap dan menggigit-gigit ekor ibu kucing. Bahkan aku sendiri pernah kena serang dan dicakar seekor ibu kucing tua kerana mengacau anaknya (padahal anak tu pun dah tua bangka dan besar). Walaupun mulanya aku geram, tapi akhirnya aku tetap kagum.
Baru sahaja aku terangguk-angguk dan mahu meng-conclude yang semua ibu kucing adalah ibu yang baik, aku teringat pula akan satu kejadian di rumah arwah nenek aku dulu. Kening aku berkerut dan peluh sejuk mula memercik di dahi.
Seekor ibu muda melahirkan anak sendirian, jantan yang bertanggung jawab hilang entah ke mana. Mungkin kerana tekanan dari masyarakat dan mungkin juga kerana tiada pengalaman, si ibu muda meninggalkan anak-anaknya begitu saja. Akhirnya tangisan mereka menarik perhatian nenek aku. Dan nenek aku, being the old gentle soul that she was, mengambil kedua-dua anak terbiar tadi di bawah jagaannya.
Kebetulan nenek aku juga ada bela seekor arnab yang boleh tahan besar, dan memandangkan dua anak kucing tersebut masih terlalu kecil untuk berhadapan dengan kesejukan malam sendiri, nenek aku masukkan kedua-duanya ke dalam sangkar arnab. Maka, setiap kali malam tiba, ketiga-tiga makhluk ini akan tidur dengan kehangatan pelukan badan masing-masing. Arnab betina itu akur dengan kehendak takdir dan menerima anak-anak angkat baru dengan rela (aku rasa lah). Biarpun bulu arnab itu jadi comot kerana anak-anak kucing tersebut tak pernah berhenti mencari susu di badannya, arnab tersebut kekal cool.
Apabila kucing-kucing tersebut sudah melepasi stage hisap susu, nenek akan memasukkan cebisan ikan/friskies ke dalam bekas makanan setiap kali waktu makan. Untuk arnab, makanannya sama sahaja seperti dulu, sayur/dedak . Lama juga lah mereka semua hidup bersama, dan semuanya berjalan seperti biasa sehinggalah satu hari..
Aku tiba ke rumah nenek dan pergi ke tempat mereka, mahu menjenguk ibu angkat yang noble dan anak-anaknya yang semakin aktif. Selalunya mereka bising dan melompat-lompat di belakang rumah nenek aku tu. Tapi kali ini tiada bunyi langsung.
"Damn!" kaget seketika dengan apa yang aku nampak...aku mula menjerit memanggil nenek.
"Nek! Cepat! Tengok ni!"
Hari itu aku dan nenek berasa bangga campur bertuah kerana dapat menyaksikan satu kejadian yang jarang dilihat dunia...
Seekor arnab, dengan gelojoh, berebut
makan ikan goreng bersama dua ekor kucing kecil!
makan ikan goreng bersama dua ekor kucing kecil!
Thursday, February 14, 2008
Gambar Selingan
Nampaknya semenjak dua-menjak ini, di blog ini hanya penuh dengan tulisan. Ini perkara yang sangat bagus, nampak jelas idea sedang datang mencurah-curah.
Tapi biarlah berapa banyak perenggan pun aku baca, aku sebenarnya tetap sukakan gambar kerana kadangkala bagi aku gambar dapat menjelaskan hal hal yang susah untuk diungkapkan dalam kata-kata. Ambil icanhascheezburger sebagai contoh, gunakan kuasa intelek untuk menentukan yang mana lagi bermakna. Baca cerita lawak kucing atau tengok gambar aksi gelagat kucing?
Maka di sini aku selitkan satu gambar bagi mengisi kehendak aku yang tak mahu blog ini penuh dengan perkataan semata-mata.
Nah, untuk kamu semua (tanpa mengira jantina ya).
Tenung mata orang ini dalam-dalam.

Ingat ya, tenung dalam dalam.
Tapi biarlah berapa banyak perenggan pun aku baca, aku sebenarnya tetap sukakan gambar kerana kadangkala bagi aku gambar dapat menjelaskan hal hal yang susah untuk diungkapkan dalam kata-kata. Ambil icanhascheezburger sebagai contoh, gunakan kuasa intelek untuk menentukan yang mana lagi bermakna. Baca cerita lawak kucing atau tengok gambar aksi gelagat kucing?
Maka di sini aku selitkan satu gambar bagi mengisi kehendak aku yang tak mahu blog ini penuh dengan perkataan semata-mata.
Nah, untuk kamu semua (tanpa mengira jantina ya).
Tenung mata orang ini dalam-dalam.

Ingat ya, tenung dalam dalam.
Subscribe to:
Posts (Atom)