Aku kepak jari-jari aku.
Hari ini aku sedikit lapang, cukup lapang untuk duduk di depan sebuah komputer dan mengadap monitor menatap halaman kosong blog ini. Jadi aku duduk, dan termenung sekejap memikirkan apa yang nak aku tulis. Rasanya aku suka menulis, rasanya macam ada banyak perkara yang hendak aku tulis tapi kadang-kadang macam tak ada benda pula yang nak diluahkan di sini...mungkin perlahan-lahan aku sudah jadi kurang peduli...tapi mungkin juga tidak. I dunno, you know?
Kalau tak salah aku, aku boleh mula ber-blogging kerana aku tak puas hati dengan perkara yang berlaku di sekeliling aku, perkara-perkara yang are both very Malaysian and very irritating. Contohnya, buang sampah merata-rata, semangat membabihutan tak bertempat, mentaliti aku saja betul, pemikiran sempit ala 'aku saja betul', tak ada toleransi, samseng taik kucing (atau minyak, tapi aku rasa kucing lebih sesuai digunakan disini), dan lain-lain yang boleh dihumban masuk ke dalam lubang kategori yang sama.
Sepatutnya lubang ini dikambus awal-awal lagi, tapi tidak, mungkin kerana ramai yang sukakan baunya, kiranya macam acquired taste-lah. Benda yang sebenarnya busuk dan tak sedap, tapi kerana sudah biasa lama-lama jadi suka, macam kamu suka hidu bau stokin sendiri, suka kan? sedap? tapi sebenarnya busuk, betul tak?
Perkara terkini yang buat aku rasa cukup meluat adalah ini. Apa ni? Aiya! Some of you people out there are strongly opinionated and may think what I'm gonna say is wrong and that she (the dead girl) deserved it, I say fuck you!
I blame the society wholly...the society and the dead girl's dumbfuck boyfriend. I blame the boyfriend for having sexual intercourse without protection, pergi belajar biologi dulu la wei! And the society for not being forgiving bila ada gadis-gadis muda termengandung. You wanna fret, you wanna be mad, do it before she starts having sex ie: before she leaves home, ajar la pasal sex, jangan diam je sebab malu-malu Melayu konon. Once dah termengandung, it's no longer time to fret or be mad, take her in and then discuss and decide what to do next. The pregnancy can always be aborted or perhaps better still, the baby can be properly adopted by one of the many childless couples here around the country.
But no, such is not the case, our people are always crazy about all things 'haram'. Chief among them "anak haram", takut sungguh jadinya. C'mon lah, anak tu manusia, biologically, fully, entirely (and whatever other-ly) human! Please goddammit point out the haram part in the child for me, because seriously, I'm freakin curious.
Haih..
O society as a whole, I spit into your eyes and stomp your balls with hatred and disgust! Ptuih!
Showing posts with label Melayu. Show all posts
Showing posts with label Melayu. Show all posts
Monday, July 6, 2009
Wednesday, July 16, 2008
B untuk Beruang

Pada pendapat aku debat seperti yang disiarkan di television semalam adalah sangat baik dan sebenarnya patut di adakan jauh lebih awal lagi dan pada kekerapan yang lebih.
Debat bukan sahaja menjana idea-idea bernas dan penyelesaian yang kemudiannya akan memajukan lagi sesebuah institusi, (tak kira lah institusi itu negara atau keluarga atau apa apa bentuk organisasi sekalipun) debat juga akan melatih semua yang terlibat, baik yang berdebat mahu pun yang mendengar atau menonton untuk menjadi lebih logikal, rasional dan berkemungkinan besar juga lebih gentlemanly!
Dan ini adalah satu perkara yang amat sihat, especially di kalangan orang Melayu yang dari pandangan aku kelihatan sungguh beremosi, kalau ini tidak benar masakan perkataan 'amuk' di ambil oleh orang Inggeris dari bahasa Melayu? lihat komen-komen dari orang Melayu pada video youtube atau blog yang selalunya berkaitan dengan politik pun sudah cukup.
Dengan membentuk sifat berfikir secara lebih rasional dan logikal berbanding dengan cara berfikir yang emosional, orang Melayu secara kebanyakannya akan menjadi kurang susceptible kepada idea atau perkara murahan yang disalut dengan emotionally charged material.
Haih...berkuasa sungguh media massa sebenarnya...bisa mencengkam atau membebaskan kepala otak orang.
*Debat kini available di youtube.
Tuesday, February 12, 2008
Aku Telah TerHUDSONkan Diri Aku
Pada 30 Januari 2008, si Lucius Maximus telah memperHUDSONkan dirinya.
Semuanya bermula dengan pendedahan berani si Gee Wheez pada 13 Januari 2008 tentang sebuah buku himpunan puisi bahasa Melayu yang "secara kebetulan" ada versi bahasa Inggerisnya yang telah lama wujud.
Tiba-tiba baru aku sedar, rupa-rupanya aku sendiri pun telah terHUDSONkan diri sendiri.

Thursday, January 3, 2008
Pemerhatian (Observation)
Sebenarnya aku hendak tulis 'observasi' tapi buruk bunyinya, maka aku tulis pemerhatian.
Apa yang aku nampak ini agak menarik dan mungkin juga lucu sedikit (mungkin).
Sebelum aku terus menulis, biar aku nyatakan disini yang hal-hal yang berlaku ini semuanya berlaku secara kebetulan semata-mata.
2/1/08-10:15 pm
------------------
Seorang rakan aku datang ke tempat aku, dibawanya bersama cd cerita 'Impak Maksima' (arahan Ahmad Idham, dibintangi Eizlan Yusof, Awal, dan lain lain lagi yang aku tak kenal sangat). Aku jarang menonton filem tempatan, bukan memandang rendah tapi tak kena dengan citarasa aku. Aku manusia yang perlukan stimulasi; Biarlah fizikal, mental, intellektual -apa jua bentuk sekalipun dan filem tempatan jarang sekali dapat mengisi kehendak aku ini.
Berbalik kepada perkara pokok. Apabila rakan aku menonton cerita Impak Maksima, aku pun tumpang sekali, bukan apa -curiosity. Boleh tahan juga efek-efeknya walaupun kadang-kadang CGInya hanya mencapai tahap kartun Usop Sontorian. Jalan cerita? ada, tapi tak kuat sangatlah, kurang 'solid'. Sesetengah babak nampak seperti dicedok dari cerita Too Fast Too Furious: Tokyo Drift.
Tapi yang lebih menariknya bagi aku adalah budaya yang di di'potray'kan dalam filem ini (dan mana-mana filem tempatan lain yang bercorak sama). Mat-mat rempit dengan bahasa dan gayanya, geng-geng lumba haram yang berkumpul dan berlawak sesama sendiri dengan gaya ala-cool dan jangan kita lupakan, ketua/kepala samseng yang sudah tentu ada 'flair' tersendiri. (mungkin rambut tutup sebelah mata atau misai dan janggut Van Dyke etc)
Apa yang aku terfikir adalah, sekiranya filem-filem begini mendapat sambutan dikalangan golongan muda melayu, adakah mereka akan terpengaruh, sedikit jika tidak banyak dengan budaya yang digambarkan? Maksud aku, adakah mereka akan mengajuk-ajuk dialog, cara bercakap, pemakaian, tingkah laku dan lain-lain dengan fikiran bahawa apa yang mereka lakukan itu juga adalah 'cool' seperti yang dilihat dalam filem.
3/1/08-1:30 pm
-----------------
Aku melangkah ke sebuah kedai untuk makan tengah hari, bersama dengan aku dua orang lagi rakan. Meja tempat aku dan rakan-rakan duduk kebetulan bersebelahan dengan meja dua orang gadis muda, memang muda lagi, baru balik sekolah menengah dan masih dalam uniform, umur mungkin sekitar 14-15 tahun.
Tidak lama kemudian datang pula seorang remaja lelaki, terus duduk semeja dengan dua orang gadis tadi, mungkin sudah ada temujanji. Remaja lelaki ini umurnya mungkin lingkungan 18-19 tahun, baru tamat sekolah dan bebas.
Apa yang menariknya adalah gaya remaja lelaki ini seolah-olah dia ini watak tambahan yang menjelma keluar dari filem yang aku baru lihat semalam. Baju T kecil ketat berwarna oren, seluar jeans ketat berwarna hitam, tali pinggang berkepala tengkorak, kasut but hitam, rambut perang gaya faux-hawk, dilengkapkan dengan spek hitam jenis aviator. Tak apalah, ini semua fesyen dan pilihan individu, fikir aku.
Aku teruskan perbualan dengan rakan-rakanku sambil menikmati makanan tengah hari aku. Bagi aku ruang peribadi sesiapa pun haruslah kita hormati, begitu juga hal-hal peribadi, tak elok cuba membaca sms orang atau cuba mencuri dengar perbualan orang, namun remaja lelaki ini bercakap dengan lantang, maka terdengarlah aku akan percakapannya.
Wah! Cara cakap pun sama macam samseng cerita melayu. Gadis dua orang pula ketawa mengekek mendengar kisah-kisah si abang macho.
"Ini...ini abang Sam la! (tepuk dada) Kalau budak tu buat hal lagi..aku cari dia sampai dapat!"
Maka setelah habis makan tengah hari dan melangkah keluar dari kedai aku tersenyum sendiri, rasanya aku sudah dapat menjawab persoalan aku sendiri semalam.
P/S: Aku bukan Mastika. Aku tidak mengadili tindak tanduk remaja-remaja ini seolah-olah aku memegang kompas moral lalu melabel mereka ini sebagai 'rosak' atau apa-apa lagi terma yang digunakan majalah Mastika.
Aku faham, peringkat remaja adalah peringkat mencari identiti, dalam proses pembentukan identiti sudah tentulah banyak elemen yang perlu dicuba dan dicerna. Cuma aku harap remaja-remaja ni lain kali akan menggunakan sumber rujukan yang lebih 'concise' dan bermakna dalam membentuk identiti, janganlah asyik jadikan filem tempatan sebagai sumber rujukan.
Dan ya, aku tidak suka Mastika.
Mastika = Racun pemikiran orang Melayu kebanyakan.

Sunday, December 23, 2007
Stagnation

Aku dilanda kebosanan. Tiada apa-apa perkara menarik berlaku, tiada tempat untuk aku tuju, tiada orang yang 'available' untuk teman aku minum-minum sambil berdiskusi tentang apa-apa.
Nasib baik juga Melayu Minimalis sekarang semakin aktif menghasilkan nukilan-nukilan. Dua tiga yang terbaru ni bagi aku memang 'brilliant!'.
Sememangnya minat aku terletak di dalam dunia anthropologi, sosiologi dan psikologi. Aku sentiasa menjadi tertarik dengan persoalan kenapa dan mengapa. Contohnya orang minum arak, kenapa dia nak minum dan mengapa, ataupun orang kuat sembahyang, kenapa dan mengapa.
Tapi aku tidak menghakimi atau mempersoalkan tindakan-tindakan manusia, sekadar 'figuring out reason' di sebaliknya, 'why we do what we do'.
Dan aku juga tak berminat dengan penjelasan yang kurang 'reasoning'. Contohnya "Orang minum arak tu sebab termakan hasutan syaitan" atau pun "Orang tu sembahyang sebab dapat hidayah tuhan".
Tahukah anda di kepulauan Caribbean, macaques/kera-keranya sudah terbiasa minum alkohol hasil sisa-sisa yang ditinggalkan pengunjung pantai. Dan yang menariknya pula, setelah kajian dibuat didapati peratusan kera yang minum alkohol dengan yang tidak minum sama nisbahnya dengan peratusan manusia yang minum alkohol berbanding dengan yang tidak minum.
Kera dan manusia, sama-sama mamalia, sama-sama primat. Tidak, bagi aku manusia bukan berasal dari kera, tapi tingkah laku dan 'natural drives' yang mengawal kehidupan mereka turut mengawal kehidupan kita. Dengan memahami apa yang berlaku dalam minda/otak mereka (lebih mudah kerana fikiran mereka lebih ringkas dari fikiran manusia), kita dapat memahami fikiran kita sendiri.
Ok, cukuplah gamaknya aku merapu, terisi jugak masa kebosanan aku dengan aktiviti blogging ini, lepas ini aku nak keluar jogging pula.
Tuesday, December 4, 2007
Bahasa Sebagai Alat Komunikasi

Dalam kesibukan di mana aku sebenarnya tak sepatutnya menggunakan internet bagi hal-hal 'chatting' / 'update blog'/'plain surfing', aku gunakan juga internet bagi tujuan-tujuan sebegitu haha.
Aku telah ke -oranje grove- dan rupa rupanya blog merces letifer yang tak seberapa ini telah di-link-kan. Terima kasih aku ucapkan. Antara blog lain yang di-link-kan di situ adalah blog penyanyi Jason Mraz, yang meletup dengan lagu 'Remedy' dan 'You and I Both' tidak lama dulu (sebenarnya dah lama jugak...haih cepat betul rasanya masa berlalu).
Jadi di blog Jason Mraz, aku terjumpa petikan ini:
---------------------------------------------------------------------------
" Did you know the Greeks have 4 different words for Love? That’s not fair! I
think I deserve to have a way to say I really love ice cream and I really
love my Nanny (grandma) without bringing my Nanny into a world of lactose
intolerance and a madman’s craving for chocolatey deliciousness.
Eros is the passionate love, with sensual desire and longing; where erotic
comes from.
Philia is friendship, a dispassionate virtuous love.
Storge is natural affection, like that felt by parents for children, or
little ones for Nanny.
Agape – THIS ONE IS MY FAVORITE – is an all-inclusive unconditional love.
This is the one widely used in religious teachings. To have agape is to see
all people doing the best they can with the light they’ve got. Agape is not
spoken about. It’s a space you rest in, a state of being that is pure
uninhibited love. Someone in this state is not looking for a return on the
investment. In fact they don’t see it as an investment at all. This is
remarkable compassion "
-------------------------------------------------------------------------
Menarik sungguh rasanya membaca petikan ini, memang bahasa-bahasa di muka bumi ini begitu, setiap satu ada 'advantage' dan 'disadvantage'-nya.
Di sini aku kongsikan bersama contoh dari hidup aku sendiri. Satu hari di atas sekeping kertas kerja aku tuliskan sesuatu hal yang perlu aku tulis dan aku menulisnya dalam bahasa Inggeris. Antara perkataan yang aku tulis adalah "discernment".
Tiba-tiba perkara yang aku tulis itu perlu di alih bahasa ke bahasa Melayu oleh salah seorang kenalanku. Jadi aku memantaulah proses alih bahasa itu sebab nak pastikan maksud sebenar apa yang aku tulis kekal.
Bila tiba di perkataan "discernment"....aku terpaksa berfikir seketika. Akhirnya ayat/perkataan yang aku cadangkan kepada si pengalih bahasa adalah ini:
"Kebolehan membezakan hal yang baik dan buruk"
Menarik betul bila difikirkan yang satu perkataan dalam bahasa Inggeris terpaksa dijelaskan dengan tujuh patah perkataan dalam bahasa Melayu.
Subscribe to:
Posts (Atom)