"Sistem perundangan negara Jumaat mencatat sejarah apabila lima lelaki didakwa di mahkamah kerana menghina Sultan Perak Sultan Azlan Shah mengikut Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588)"
Panjang beritanya, jadi aku yakin bukan aku sahaja malas baca, pasti kamu pun sama, kan? Mungkin kerana telah lama menghadam dan memproses berita-berita Malaysia, aku selalunya mampu menapis dan menyingkatkan berita-berita panjang kepada isi teras yang sebenarnya mahu disampaikan kepada pendengar/pembaca berita-berita ini.
Kurang yakin dengan kebolehan aku? Sini, aku akan cuba menyingkatkan berita panjang yang perenggan pertamanya dijadikan pembuka post hari ini (sila google sendiri jika mahu berita penuh). Setelah mengimbas berita dengan sekali pandang, aku terus dapat menggapai intipatinya - tidak lain dan tidak bukan, intipati sebenarnya terkandung dalam komen Timbalan Pendakwa Raya yang juga telah memohon mahkamah menjatuhkan hukuman berat ke atas pihak tertuduh.
Katanya...
"Hukuman boleh memberi mesej kepada mereka di luar sana
terutama kepada generasi remaja
yang banyak menggunakan internet"
terutama kepada generasi remaja
yang banyak menggunakan internet"
Bagaimana? Setuju yang aku telah menapis dan berjaya mendapatkan intipati berita panjang hari ini?
Kalau setuju, maka ingatlah kata-kata Timbalan Pendakwa Raya ya. Dia cuba memberi mesej kepada generasi remaja (muda) yang banyak menggunakan internet. Pendek kata mereka yang ada blog atau baca blog atau komen blog dan lain-lain....macam kamu!
Haaa...takut tak?
p/s: Have a nice weekend everyone!
11 comments:
gua tak takut
haha..haha..ha..
beta baca habis intipati akhbar tersebut..setuju dengan mereka..dan setuju dengan dia..
apa yang penting perlu ada batasan dalam melakukan apa-apa pon..terpulang pada hak individu untuk memilih..
kebanyakkan terduduh berkata emosi tidak stabil ketika melayari blog..sekumit rasa percaya pun tiada dalam jiwa beta.. -.-
terlalu ramai orang kurang ajar sekarang ini..itu masalah utama..
http://choki2best.blogspot.com/
it's such a time-wasting to read those suratkhabar these days. by only referring to the tajuk itself, i can simply conclude what the whole news is all about, no need skimming pun.hmmm, lagi hebat kan dari kau? lalalala~~
have a nice weekend too.
untuk aku tak perlu takut kot.
the image...
that is a shot to kill for :)
rare.
and .. sultan skrg sudah tiada daulat itu psl org brani mau maki.
tp setengah kerabat masih pelihara daulat mereka :)
tu je laa modal nye..ugut, ugut ugut
uuuuuuuh.
aaaaaaah.
politicraps..
malaysia has them.
(ini tulisan dalam bentuk lol speak ya)
hmm nak komen ke tak nak komen...nak komen ke tak nak komen...lantakla.
I still haven't found a justification for why these royalties still exist the way they do in Malaysia.
anything is possible in boleh-land :)
boleh! tak nak!
we have freedom to say anything, kita punya kebebasan dalam mengungkapkan kata-kata, ya tentntunya harus sadar dan memperhatikan tutr kata kita sebelumnya, lagi pula, saat saya melihat komik buatan negri anda, sungguh saya merasa kamu :)
berani dan menantang :)
Post a Comment