Monday, March 31, 2008

Teknik Pemanduan Cara Malaysia Memang Sial!

Petang tadi aku keluar jogging. Mahu sihat dan mahu kepala otak yang lebih aware. Tempoh hari, lari naik turun guna tangga itu hanya permulaan, jogging adalah apa yang aku paling perlu, ubat aku - aku tahu.


Bagi aku jogging bukan sahaja proses fizikal semata-mata, tapi juga proses mental. Ketika berlarilah otak aku menghasilkan idea-idea baru, mengasah fokus dan juga merungkai masalah barangkali. Sebab itulah aku cuma berlari seorang diri, aku tak suka ada teman ketika jogging, kacau.


Anyway, tadi, sebelum aku mula berjogging, aku berlari-lari anak menyeberangi sebatang jalan, letak sahaja kaki atas jalan, sebuah kereta yang jaraknya boleh tahan jauh memecut, lagi aku lajukan langkah, dia lagi pecut. Of course-lah, kualiti larian aku yang tinggi ini mampu mengatasi kelajuan kereta bangang dia tu, kalau tak aku tak berada depan pc aku menaip post ini, mungkin terbaring di hospital gamaknya. Memang celaka punya orang!


Seperti biasa, perkara ini sekali lagi menjadi catalyst untuk aku berkongsi kisah berkaitan yang berlaku beberapa tahun lepas. Kejadian ini berlaku tidak berapa jauh dari penjara Pudu.


Waktu itu, aku sedang berjalan kaki dengan seorang rakan menuju ke kedai, dan dalam jarak 10 meter ke hadapan aku terlihat sepasang pakcik dan makcik buta melintas jalan.


Dari gaya mereka, aku pasti mereka suami isteri, jadi...si suami berada di depan dan si isteri berada di belakang, memegang tangan kiri suami. Dengan tangan kanannya, si suami menghulurkan tongkatnya ke hadapan dan di gerak-gerakkan ke atas dan ke bawah sebagai isyarat meminta kereta berhenti seketika.


Langkah mereka sederhana laju, berhati-hati...mana tahu kalau ada lubang di tengah jalan. Kereta-kereta kebanyakannya perlahan dan ada juga yang berhenti, kecuali SATU.


Sebuah kereta BMW biru gelap dipandu lelaki gemuk berkaca mata lingkungan umur 30-an (aku nampak jelas), memecut laju dari belakang dan meng-overtake pakcik dan makcik buta yang sedang melintas. Kedua-duanya terkejut dan terhenti di tengah jalan, kereta BMW berselisih sedikit sahaja dengan tangan kanan pakcik yang sedang terhulur ke hadapan.


Aku hampir ternganga melihat kejadian ini, dan bukan aku seorang macam itu rasanya, orang lain yang ada di sekitar kawasan itu pun turut jadi kaget.


Cepat-cepat aku snap out of it dan terus aku pergi ke arah mereka dan membawa mereka ke seberang jalan. Mulut aku sibuk tanya pakcik tu dan isterinya "Ok tak pakcik?" etc, hati aku pula sibuk menyumpah. Sebab itulah dulu aku ada kata, aku ini orang yang hampir hilang faith dengan Malaysians.


Tengoklah nanti, kalau aku ada masa dan cukup rasa marah, mungkin aku akan tinggalkan mesej untuk Pak Lah di website-nya. Aku mahu cadangkan hukuman baru untuk pemandu yang memandu macam haram.


Cadangan aku: Pemandu yang memandu secara berbahaya hendaklah dikasi(kembiri) tanpa anestetik, lalu disuap dengan testis/ovarinya sendiri, sebelum kedua-dua kepala lutut di tembak dengan AK-47.


OK?

Friday, March 28, 2008

Buddha, Brahmin dan Sungai

Alang-alang aku sudah kongsi dengan kamu semua cerita dua sami, apa kata aku kongsi sekali cerita ini.

Pada satu hari Gautama Buddha sedang berjalan dan dia bertembung dengan seorang Brahmin. Brahmin itu memang kenal dengan Gautama Buddha, lalu di sapanya Gautama Buddha, katanya..
"Wahai Tuan Gautama, pernahkan tuan mandi di sungai..sekian-sekian (dah terlupa nama sungainya - bukan Ganges, sungai lain)?"


Gautama Buddha bertanya kembali..
"Belum pernah, kenapa?"


Maka jawab Brahmin..
"Oh, sayangnya, sungai itu suci, barangsiapa mandi di dalamnya pasti akan suci dari dosa-dosa lampau"


Gautama Buddha kemudiannya berkata..
"Wahai Brahmin, sucikan lah minda kamu, apabila kamu tidak bercakap bohong, tidak mencuri, dan tidak menzalimi orang lain, nescaya perigi di belakang rumah kamu pun akan sama sucinya dengan sungai yang kamu sebut tadi"


The End

Thursday, March 27, 2008

Cerita Dua Orang Sami

Pada zaman dahulu, di salah sebuah daerah India, tersergamlah sebuah monasteri Buddhism. Di dalamnya ramailah sami-sami yang berusaha gigih untuk mencapai pelepasan dari kekangan nafsu duniawi.


Maka pada satu hari tersebutlah kisah dua orang sami, satu muda dan satu tua, yang ingin merantau ke daerah jiran. Setelah mereka berdua membungkus barang keperluan masing-masing, mereka membuat keputusan untuk bermeditasi sepanjang perjalanan mereka ke sana (walking meditation - memang wujud) kerana mereka rasa tak elok dibazirkan masa perjalanan begitu sahaja, lebih baik kalau digunakan juga sebagai usaha mencapai nirvana.


Maka berjanjilah mereka sesama sendiri untuk tidak bercakap antara satu sama lain hinggalah sampai ke destinasi. Ini supaya mereka dapat fokus dan diam mereka itu pula akan membantu lagi usaha meditasi. Dengan itu, mereka pun melangkah keluar dari monasteri dan mula berjalan.


Perjalanan mereka berlangsung dengan tenang tanpa apa-apa insiden sehinggalah mereka tiba di sebatang sungai. Di tepi sungai, mereka berdua dapat melihat seorang gadis muda menawan berpakaian lagi cantik dan mungkin juga sedikit seksi sedang kerisauan. Bila diperhatikan, nyatalah punca kegusaran gadis manis itu, titi telah patah rupanya. Apabila si gadis ternampak sami berdua, diluahkannya isi hati.

"Saya mahu seberang sungai untuk ke majlis kahwin kawan rapat saya, tapi titi sudah patah..kalau saya masuk ke dalam sungai ini habislah basah baju saya yang cantik ni....isk isk"


Sami tua tanpa berkata-kata terus masuk ke dalam sungai dan memberi isyarat kepada gadis untuk naik dukungannya. Si gadis tersenyum riang dan terus menerima tawaran sami tua, lalu sami tua pun mendukungnya sehingga ke seberang sungai. Apabila sudah sampai, si gadis mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada sami tua, sami tua membalas dengan senyuman sahaja dan cepat-cepat dia kembali ke sisi sami muda lalu meneruskan perjalanan.


Seperti yang dijanjikan, perjalanan mereka diteruskan tanpa kata-kata. Diam seribu bahasa kedua-duanya. Akhirnya tibalah mereka ke destinasi.


Tamat sahaja perjalanan, terus sami muda menengking sami tua dengan penuh marah. Katanya..
"Kita ini sami, tidak boleh sekali-kali pegang perempuan!! Kenapa engkau dukung perempuan tadi?!"


Sami tua memandang sami muda dengan senyuman, jawab sami tua..
"Ketahuilah, aku dah lama melepaskan perempuan tadi di seberang sungai....tapi nampaknya engkau lah yang masih tak puas pegang perempuan tu lalu mendukungnya sampai ke sini"


The End

Monday, March 24, 2008

TAGged...again.

*uang...uang...ana banyak uang!


Once again, I got tagged, and once again, by Nurul. I have just put on my thinking hat, sat in my thinking chair and am beginning to contemplate seriously by now whether this is a fortunate or an unfortunate thing haha.


Actually, this tag came as a welcome diversion as currently I’m engaged in an activity that I find surprisingly monotonous. Allrighty, let’s get on with it, the tag requires that I describe my wallet’s contents, and I probably should introduce my wallet prior to describing its contents as that’s how everyone who got tagged did it (or so it seems to me).


Ok, intro:
-----------------------------------------------------------------------------------

My wallet is an old black leather wallet, probably had some logo on it earlier on, but after so many years of wear and tear, it’s gone. On the inside though, you may find this etched on one of the pockets “RORINE Paris -Genuine Leather”.

-----------------------------------------------------------------------------------


Contents:
-------------------------------------------------------------------------------------

RM27.00 - which will ebb away…slowly but surely.


USD1.00 - the last note I had on me that I decided not to spend when I first got back from the states. I keep on carrying it because there’s a possibility that the 1 dollar bill might really be a treasure map (national treasure). Anything that contains even a tiny potential of turning me into a rich mofo, I’ll keep.


Coupons - The Chicken Rice Shop and Burger King gave them away last Chinese New Year.


Old ticket stubs - concerts I’ve been to and movies I’ve watched. Menyemak.


Business/Contact cards - most of them belonged to people I no longer contact.


My Kad - Malaysian maa..


2 Student cards – appropriately used where student discounts are available.


1 ATM card – that every so often would fail to draw me cash because the ATM display says “transaction failed - insufficient funds”.


Mensa membership card – because despite being a poor mofo, my IQ is way above average mwahaha…(sob sob sob)


Expired driving license – Old and expired. I don’t own any form of petrol fueled vehicles and therefore have never felt the need to renew my license. Sympathetic friends would drive me around.

---------------------------------------------------------------------------------------


That’s all there is to my wallet. Now that I’m done with the tag, I’m once again reminded that:

-My wallet is messy and I need to get rid of old cards and stubs.

-I’m a poor man.


I haven’t decided who are the lucky ones that I’m gonna tag next. Will post the lucky names once I've made up my mind…till then, have a good day people!


p/s: For those who understand the suffering of being poor and would like to donate to my cause, please let your desire be known in the comment box below, I shall forward you my details and you may then proceed to deposit a hefty sum into my bank account. Thank you.

Saturday, March 22, 2008

Aku Mahu Buat


Benda ini semua boleh saja kalau aku nak catit masuk jurnal hitam aku yang ala klasik, tapi aku mahu tulis di sini, biar ada orang baca. Baru jadi lebih real dan lebih memaksa diri aku untuk mengikut list ini (biar pun kita tak kenal secara personal).


1) Tak mau lagi minum teh tarik atau apa-apa minuman yang banyak susu pekat manis dalamnya.

2) Makanan berlemak juga tak mau, karbohidrat juga mau kurang.

3) Naik turun bangunan haruslah gunakan tangga, biar terbakar lemak lebihan yang tak perlu.

4) Tidur biar regular dan teratur.

5) Selang satu petang mesti workout!


Aku mahu badan yang lebih fit dan, yang paling utama, kepala otak yang lebih segar dan aware.
Goodluck untuk diri sendiri!

Friday, March 21, 2008

Kucing Siling

Di dunia ini ada banyak kepercayaan dan kadang-kadang kepercayaan ini mampu menimbulkan macam-macam ragam dan tindak balas manusia. Ada yang ikut sampai jadi ekstrim, ada yang tak ikut langsung, ada yang persoalkan dan ada jugak yang persetankan.

Ini berita baik, bukan kita sahaja yang pening dengan hal-hal macam ini. Ada makhluk lain yang turut pening rupanya.

Mengikut kata-kata sesetengah kucing tua, alam kucing ini dicipta oleh satu kucing berkuasa tinggi (berapa lejang aku tak tau) dan namanya adalah Kucing Siling (Ceiling Cat).

Samalah juga dengan manusia, reaksi kucing-kucing dengan fahaman ini jadi macam-macam.


*Ceiling Cat



Punyalah berkuasa tingginya Kucing Siling ni, sampai sesetengah kucing tua beranggapan bukan sahaja alam kucing dan kucing itu dicipta Kucing Siling, manusia pun Kucing Siling yang buat.




Seperti yang aku tulis tadi, reaksi kucing sekalian pun pelbagai ragam jadinya, ada yang mengharap dan meminta-minta dari Kucing Siling.




Ada yang mempersoalkan kewujudan Kucing Siling.




Tak kurang juga dengan yang mengabdikan diri sepenuhnya untuk Kucing Siling.




Ada juga yang melayan hal ini secara olok-olok saja, kalau macam yang di bawah ni mau ditampar oleh kucing-kucing tua.


The end.

Thursday, March 20, 2008

Batman & Robin

Gambar rawak yang ditemui di internet -klip komik Batman entah dari tahun berapa. Baru aku tahu amalan Batman dan Robin apabila malam tiba adalah tidur sekatil.



Aku harap tiada perkara lain yang berlaku selain dari tidur. Batman, jangan kecewakan aku!

Tempe


Makanlah tempe..
bisa memancungkan hidung dan memutihmelepakkan kulit.

Wednesday, March 12, 2008

Tuesday, March 11, 2008

Tok Mun dan Orang Malaysia


Sebenarnya aku ini orang yang sudah separa hilang keyakinan (faith) dengan Malaysians.

Tapi keyakinan aku dikembalikan dengan kisah yang menyusul selepas nenek berumur 89 tahun, Maimun Yusuf atau lebih dikenali sebagai Tok Mun, bertanding dalam pilihan raya tempoh hari.

Sungguhpun Tok Mun kalah dalam pilihanraya dengan 685 undian (quite impressive weh), dan hilang wang deposit sebanyak RM10,000. Dalam masa yang agak singkat, wang Tok Mun telah berjaya di ganti.

Semuanya hasil sumbangan orang Malaysia (orang luar pun mungkin ada) tanpa mengira bangsa dan agama. Kepada Malaysians semua yang membantu nenek Maimun, syabas dan terima kasih!

p/s: Jangan main-main, Tok Mun juga ada blog.

Monday, March 10, 2008

Angin

Kala jengking Jerman menyanyi pasal angin. Lebih kurang macam angin di tempat kita jugak kot.



Ada juga beberapa kenalan aku yang jadi flustered dengan angin perubahan ini, tapi aku cakap kat mereka...tak perlu flustered, ini lah namanya demokrasi.

"Kerajaan dari rakyat, untuk rakyat" kata Abraham Lincoln.

Jangan takut, jangan sedih, kalau nak seronok -boleh, dengan adanya competition, yang untung adalah rakyat.

Sekarang kerajaan sudah tak boleh buat ikut suka hati mereka, jadi mereka akan kerja lebih kuat dan dengan lebih komited. Pembangkang pun akan kerja kuat untuk buktikan yang mereka bukan sebarangan dan berkemampuan. Dari sudut mana sekali pun, hasil dari kerja kuat dua pihak ini, yang untung adalah rakyat.

Friday, March 7, 2008

Kerana Aku Macam Peduli Sikit-Sikit II

Begini, tahun lalu aku telah menghadiri Sunday mass di sebuah gereja protestan. Ini bukan lawatan ramai-ramai atau lawatan berpemandu (guided tour) ya, aku pergi sebagai salah seorang dari hadirin biasa. Mungkin rupa aku ini jenis yang tak mudah nak dicop sebagai muka Melayu tipikal, maka aku masuk begitu sahaja, pastor yang menyambut semua hadirin di pintu pun salam dan senyum pada aku sama macam yang dia buat pada orang lain juga, dan didalam pun tak ada orang pandang-pandang atau tunjuk-tunjuk ke arah aku. Bagus! Memang ini yang aku mahu, biar aku sebati, mengalami dan memerhati semuanya seperti mana-mana pengunjung biasa perhati dan alami pada mana-mana Ahad.


Acara bermula dengan kumpulan muzik memainkan nasyid di atas pentas (nasyid kristian lebih happening, macam lagu pop rock, dan sememangnya boleh mengalahkan NowSeeHeart, InTeam dan Brothers bila-bila masa sahaja). Habis nasyid di dendangkan, pastor pun berdiri dibelakang podium dan mula memberi khutbah.




Point 1:

-----------


Khutbahnya bukan seperti khutbah hari Jumaat yang tema utama selalunya – orang zaman sekarang sudah ‘rosak’ dan orang zaman dulu itulah yang mulia dan kita harus jadi seperti dulu. Ditambah dengan sesi marah-marah generasi yang ‘rosak’ dan sesi mengulang semula azab dan hukuman seperti banjir, gempa bumi, perang, dan bencana lain bagi orang-orang ‘rosak’.

Apabila sudah habis marah-marah, elemen ini pula - negara kita aman makmur dan kerajaan telah banyak melaksanakan kebaikan, maka semua hendaklah berterima kasih dan bersyukur.

Sungguh berbeza! Khutbahnya adalah berkenaan amal kebajikan yang baru dilaksanakan ahli jawatankuasa gereja pada minggu sebelumnya, tentang bagaimana hasil kutipan derma 2-3 minggu lalu telah digunakan untuk menyediakan makanan, pakaian, medical check-up serta konsultasi percuma untuk fakir miskin yang tinggal di jalanan sekitar Kuala Lumpur. Sambil pastor memberi khutbah, projektor menayangkan rakaman yang membolehkan semua hadirin menyaksikan dengan mata sendiri bagaimana belas kasihan dan goodwill yang mereka curahkan dalam bentuk derma tidak lama dulu digunakan bagi membantu manusia lain yang berada dalam kesusahan.


Acara diteruskan lagi dengan sedikit bacaan doa -mengharapkan keadaan manusia yang menerima bantuan kini lebih baik.

---------------------------------------------------------------------------------------------




Point 2:

---------

Khutbah diteruskan sedikit lagi, tapi kali ini menyentuh tentang hadis Jesus (Yeshua/Isa) dan isi kandungan Bible serta cara mengaplikasi isi kandungan ini dalam kehidupan. Memang betul, dalam Bible pun ada disebut tentang neraka, azab dan hukuman, tapi approach si pastor berbeza dari apa yang selalu diwar-warkan orang Melayu kuat agama umumnya.


Dia tidak fokus kepada kemarahan dan azab tuhan, tapi yang lebih diutamakan dan sangat ditekankan adalah kasih sayang tuhan. Tentang bagaimana dan apa sekali pun, yang paling penting adalah tuhan sayangkan kamu semua. Jadi kata-katanya tidak meng-kondem orang ‘rosak’ ke neraka, tapi sebaliknya berkemungkinan besar memberi harapan kepada golongan yang kononnya ‘rosak’ ini.

-------------------------------------------------------------------------------------------



Point 3:

---------

Setelah tamat khutbah tentang kepentingan berbuat kebajikan dan kasih sayang tuhan kepada manusia dan sesama manusia, pastor menjemput seorang hadirin ke hadapan. Rupa-rupanya dia adalah saudara baru, seorang pemandu teksi miskin lingkungan umur pertengahan 50-an yang kini memeluk agama Kristian, dan dia ingin berkongsi kisahnya secara lebih kurang.


Katanya hidupnya terasa lebih aman tenteram dan lebih bermakna setelah menjadi sebahagian dari komuniti gereja tersebut. Tambahnya lagi, yang paling dia hargai adalah sifat caring ahli komuniti gereja yang ditunjukkan terhadapnya.


Mereka selalu membantunya terutamanya dari segi memberi nasihat dan meniupkan semangat untuk dia meneruskan hidup dan berusaha secara halal, dia tak segan mengaku yang dulu dia pernah buat kerja-kerja haram seperti berjudi, jadi kaki pukul, jadi samseng seludup barang dll untuk menyara hidup.


Kisahnya disambut dengan tepukan hadirin dan pelukan dari pastor.

----------------------------------------------------------------------------------------------


Habis sudah khutbah pastor, ada sedikit lagi bacaan doa dan sembahyang (sembahyang pun sama juga seperti baca doa, cuma lebih panjang sedikit, tak ada ritual yang elaborate).



Point 4:

---------

Pastor menamatkan majlis hari itu dengan mengumumkan yang ahli jawatankuasa gereja akan ke Johor lagi untuk memberi tambahan bantuan kerana yang pernah diberikan beberapa minggu lepas masih belum cukup dan menyeru kepada hadirin untuk menderma bagi tujuan itu. Satu bekas velvet berwarna biru di pass around dan hadirin yang bersemangat memberi, membuatkan bekas tersebut dipenuhi duit pada kadar yang memberangsangkan.

-------------------------------------------------------------------------------------------


Majlis tamat, orang ramai mula berjalan keluar, ada yang bersembang-sembang sesama sendiri dan ada yang terus duduk (mungkin berzikir). Aku melangkah keluar dengan senyuman, dan sekali lagi tanpa menarik perhatian ataupun jari telunjuk sesiapa.




p/s: Ini bukan ceramah agama. Tolong fokus kepada point dan bandingkan dengan dengan cara point tersebut dilaksanakan oleh orang Melayu kuat agama di masjid. Mungkin ada perkara yang boleh di adaptasikan untuk kegunaan dan faedah orang Melayu kebanyakan.

Kerana Aku Macam Peduli Sikit-Sikit

Dunia blogosfera sekarang terasa amat bosan, pada pendapat aku lah, kamu ada rasa macam tu?


Baik, jadi…terus ke perkara pokok. Orang Melayu dan budayanya (agama juga aku golongkan sekali sebagai budaya) adalah hampir sebati. Ya betul, ada saja orang Melayu minum bir, ada saja orang Melayu yang tak kisah atau kurang kisah pasal budaya/agama, tapi kumpulan ini hanya segelintir aku rasa, mungkin dalam 10-20%. Majoriti masyarakat Melayu pula sangat kisah dan sangat mengikut budaya/agamanya, “biar mati anak, jangan mati adat” kata mereka. Para orientalis Empayar British dulu pun sudah sedar tentang hal ini, selepas J.W.W. Birch dibunuh, kata mereka “Orang Melayu ni asalkan tak kacau mereka punya agama dan adat (budaya), jadilah”


Disebabkan karakteristik orang Melayu kebanyakan adalah kuat ikut agama, maka sudah tentulah pusat agama mereka adalah masjid-masjid yang mereka kunjungi setiap hari atau lebih kerapnya setiap hari Jumaat. Dan kerana majoriti orang Melayu taat mengikut kata-kata imam di masjid dan menjadikan amalan orang kuat agama sebagai panduan, aku rasa terpanggil untuk berkongsi pengalaman dan memberi idea, yang aku rasa mungkin dapat membuatkan peranan masjid dan imam menjadi lebih berguna dan signifikan bagi komuniti Melayu yang ada disekitarnya.


Aku tahu ramai juga orang yang singgah membaca, cuma diam dan tak pernah memberi komen sahaja. Tak apa, kamu baca post yang ini dan kalau rasa ada idea yang berguna, kongsi dengan kawan, ahli keluarga kamu, dan mungkin tok siak/imam di surau/masjid, ok?


To be continued....

Sunday, March 2, 2008

Another Surge - of A Different Kind

Aku sungguh terharu. Terharu dan kenyang.

Malam ini, makan malam aku ditaja sepenuhnya. Bukan satu, tapi dua!

Ada insan membelanja aku pizza, bagai orang mengantuk disorong bantal, sudahlah lapar, roti panas bercampur keju pula memang kegemaran aku. Apabila kotak pizza yang suam-suam itu di buka, aroma keju panas terus menerpa hidung. Vah, vah, vah, syabbas...syabbas mera rhoti! Belum sempat tangan mau ambil sepotong, tiba-tiba ada panggilan.

Mari berjumpa di KFC berdekatan katanya, tambahnya lagi "dinner is on me", tergelak aku.
Satu lagi meal menunggu sedangkan yang di depan mata pun belum disentuh, tapi usah risau, aku tahu makanan bukan segala-galanya, aku cuma anggap sebagai bonus (umpan? aku harap tidak).

Mungkin ini pun seperti kejadian lepas, hukum karma datang membalas, 'what goes around, comes around'. Mungkin satu ketika dulu, samada secara langsung ataupun tak langsung, aku ada membuatkan insan lain kenyang dan terharu sepertimana aku tengah kenyang dan terharu sekarang, jadi sekarang tiba giliran aku pula.

p/s: para gadis, sila ambil nota ya, kata-kata orang putih itu memang benar: antara jalan untuk memenangi hati lelaki adalah menerusi perutnya.