Petang tadi aku keluar jogging. Mahu sihat dan mahu kepala otak yang lebih aware. Tempoh hari, lari naik turun guna tangga itu hanya permulaan, jogging adalah apa yang aku paling perlu, ubat aku - aku tahu.
Bagi aku jogging bukan sahaja proses fizikal semata-mata, tapi juga proses mental. Ketika berlarilah otak aku menghasilkan idea-idea baru, mengasah fokus dan juga merungkai masalah barangkali. Sebab itulah aku cuma berlari seorang diri, aku tak suka ada teman ketika jogging, kacau.
Anyway, tadi, sebelum aku mula berjogging, aku berlari-lari anak menyeberangi sebatang jalan, letak sahaja kaki atas jalan, sebuah kereta yang jaraknya boleh tahan jauh memecut, lagi aku lajukan langkah, dia lagi pecut. Of course-lah, kualiti larian aku yang tinggi ini mampu mengatasi kelajuan kereta bangang dia tu, kalau tak aku tak berada depan pc aku menaip post ini, mungkin terbaring di hospital gamaknya. Memang celaka punya orang!
Seperti biasa, perkara ini sekali lagi menjadi catalyst untuk aku berkongsi kisah berkaitan yang berlaku beberapa tahun lepas. Kejadian ini berlaku tidak berapa jauh dari penjara Pudu.
Waktu itu, aku sedang berjalan kaki dengan seorang rakan menuju ke kedai, dan dalam jarak 10 meter ke hadapan aku terlihat sepasang pakcik dan makcik buta melintas jalan.
Dari gaya mereka, aku pasti mereka suami isteri, jadi...si suami berada di depan dan si isteri berada di belakang, memegang tangan kiri suami. Dengan tangan kanannya, si suami menghulurkan tongkatnya ke hadapan dan di gerak-gerakkan ke atas dan ke bawah sebagai isyarat meminta kereta berhenti seketika.
Langkah mereka sederhana laju, berhati-hati...mana tahu kalau ada lubang di tengah jalan. Kereta-kereta kebanyakannya perlahan dan ada juga yang berhenti, kecuali SATU.
Sebuah kereta BMW biru gelap dipandu lelaki gemuk berkaca mata lingkungan umur 30-an (aku nampak jelas), memecut laju dari belakang dan meng-overtake pakcik dan makcik buta yang sedang melintas. Kedua-duanya terkejut dan terhenti di tengah jalan, kereta BMW berselisih sedikit sahaja dengan tangan kanan pakcik yang sedang terhulur ke hadapan.
Aku hampir ternganga melihat kejadian ini, dan bukan aku seorang macam itu rasanya, orang lain yang ada di sekitar kawasan itu pun turut jadi kaget.
Cepat-cepat aku snap out of it dan terus aku pergi ke arah mereka dan membawa mereka ke seberang jalan. Mulut aku sibuk tanya pakcik tu dan isterinya "Ok tak pakcik?" etc, hati aku pula sibuk menyumpah. Sebab itulah dulu aku ada kata, aku ini orang yang hampir hilang faith dengan Malaysians.
Tengoklah nanti, kalau aku ada masa dan cukup rasa marah, mungkin aku akan tinggalkan mesej untuk Pak Lah di website-nya. Aku mahu cadangkan hukuman baru untuk pemandu yang memandu macam haram.
Cadangan aku: Pemandu yang memandu secara berbahaya hendaklah dikasi(kembiri) tanpa anestetik, lalu disuap dengan testis/ovarinya sendiri, sebelum kedua-dua kepala lutut di tembak dengan AK-47.
OK?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
10 comments:
jangan la gitu, susah aku nak cari bini nanti... :p
nak tinggalkan mesej kat blog kerajaan ke? jangan anonimus ye.
itu bukan enthusiast tu...itu orang jakun pakai bmw....biasanya...lagi laju kereta...lagi slow dia bawak....sebab kereta kuat kurang lawan di jalan raya...dan biasanya lawan itu bukan dari golongan small fry
dalam kes ni...mangkuk ayun ni...jenis asik kalah di jalan raya...hahahaha...sebab tu nak cepat...dan jenis macam ni....mudah gelabah bila di cucuk....bila org cucuk...dia nak lawan jugak...time corner menggelabah...langgar tiang
padan muka
Lagi satu pasal joging. Quoted by my fellow friend who saw me jog alone
"Wei ko ni jogging nak tiru matsaleh ke?"
Lor joging pun kene tiru mat saleh ke?
Mmg la kawasan tempat aku tinggal tu mmg ramai matsalleh joging kat area rumah je. sebb kawasan yg pesat membangun tasik n tempat joging pun jauh. so joging kat kawasan rumah..ader la jugak rimbuanan2 pokok. tak de la hutan konkrit semate. Nak joging pun salah. kang gemuk kang kate ni la minah melau malas exercise.
saya hampir menangis baca post ini sebab terbayangkan pakcik dan makcik buta itu. orang malaysia mmg macam tu. langsung xfikir pasal org lain masa drive. kalau ada zebra crossing pun xguna sbb cnfrm diorang xkan berenti. lagi nk bwk laju2 lagi adelaa. kat new zealand ni kalau cross jalan pakai zebra crossing tu boleh tutup 2-2 mata, cnfrm xkan kena langgar. xtaulaa mcm mana nak ubah mentaliti malaysians ni. harap ada bangunan tinggi2, shopping complex besar2 tapi mentaliti masyarakat dari dulu sampai sekarang sama je
Seriously, aku takut bawa kereta BMW. Mcm bila laju, dia cruise smpai kita rasa selesa nak bawak lagi laju. Atau aku takut bawa kereta yg pakai ABS. HaHa.
Kereta apa2 pun jadilah janji aku bawak bukan mcm nak langgar org kan?
farizzet:
---------
alang-alang nak cari pasangan, carilah pasangan yang bertimbang rasa, kalau yang tak bertimbang rasa dan bw kereta macam haram, memang layak kena hukuman baru ni.
erm:
----
yang bw BMW time kejadian bukan jakun. tapi golongan perasan berjaya dan bekerjaya, tengok gaya aku sudah tahu -dengan kot tergantung di belakang, dengan muka berlagaknya. cis!
puteri gunung ledang:
---------------------
tsk tsk tsk, mengundang penampar punya soalan tu XD
sky:
-----
exactly! mentaliti, itu keyword-nya. post-post lama kat sini pun pernah sentuh hal yang sama, kenapa orang malaysia kadang-kadang mampu jadi sangat biadap.
malaysia ni tunggu orang mati. bila dah ada yang mati, baru nak kelam kabut.
Canny Ong mati -oh cepat2 pasang cctv, budak sekolah dah 2-3 orang mati di klang akibat kena langgar treler -mari bina jejantas, traffic light. etc
siberkop:
---------
betul, yang penting tak memandu macam haram. kalau tidak, akan kena hukuman baru ni. lol
Eh, klu gitu betul la teori neem dulu, memang ada sumthing wrong dgn BMW?
Sebab selalu sgt jumpa org drive BMW bawak tak senonoh.
dan selalu jugak tak kasi signal.
maybe apabila ada 2-3 loose screws kat kepala mereka jadi minat pada BMW? :P
Naah..I know a couple of nice people who drive BMWs.
It's in their heads. Kurang betul semuanya, cis!
apa pakai AK 47?kasi shot gun aja ke lutut mereka.baru tahu hilang nikmat berkaki!
Post a Comment