Tuesday, March 11, 2008

Tok Mun dan Orang Malaysia


Sebenarnya aku ini orang yang sudah separa hilang keyakinan (faith) dengan Malaysians.

Tapi keyakinan aku dikembalikan dengan kisah yang menyusul selepas nenek berumur 89 tahun, Maimun Yusuf atau lebih dikenali sebagai Tok Mun, bertanding dalam pilihan raya tempoh hari.

Sungguhpun Tok Mun kalah dalam pilihanraya dengan 685 undian (quite impressive weh), dan hilang wang deposit sebanyak RM10,000. Dalam masa yang agak singkat, wang Tok Mun telah berjaya di ganti.

Semuanya hasil sumbangan orang Malaysia (orang luar pun mungkin ada) tanpa mengira bangsa dan agama. Kepada Malaysians semua yang membantu nenek Maimun, syabas dan terima kasih!

p/s: Jangan main-main, Tok Mun juga ada blog.

3 comments:

Ingrid Dients said...

Ala cayang-cayang Tok Mun!

She deserves every one of them 685 votes. Been working hard for it for the past 20 years!

magenta said...

Tok Mun mmg cool. Org tua byk yg cool. Nenek aku pun cool. Dia selalu memberi kata2 semangat agar org muda mcm aku rajin belajar. Dia kata,

"Hang belajaq rajin2, satgi boleh bawak kapai terbang lepaih tu berak ataih kepala orang yang dok gelak kat hang la ni."

True story. That was 7 yrs ago.

Siberkop said...

Atleast dia buat lagi ramai kawan dah skrg ni. Tapi kesian gak lesap duit gitu jer. Mcm membazir.