Begini, tahun lalu aku telah menghadiri Sunday mass di sebuah gereja protestan. Ini bukan lawatan ramai-ramai atau lawatan berpemandu (guided tour) ya, aku pergi sebagai salah seorang dari hadirin biasa. Mungkin rupa aku ini jenis yang tak mudah nak dicop sebagai muka Melayu tipikal, maka aku masuk begitu sahaja, pastor yang menyambut semua hadirin di pintu pun salam dan senyum pada aku sama macam yang dia buat pada orang lain juga, dan didalam pun tak ada orang pandang-pandang atau tunjuk-tunjuk ke arah aku. Bagus! Memang ini yang aku mahu, biar aku sebati, mengalami dan memerhati semuanya seperti mana-mana pengunjung biasa perhati dan alami pada mana-mana Ahad.
Acara bermula dengan kumpulan muzik memainkan nasyid di atas pentas (nasyid kristian lebih happening, macam lagu pop rock, dan sememangnya boleh mengalahkan NowSeeHeart, InTeam dan Brothers bila-bila masa sahaja). Habis nasyid di dendangkan, pastor pun berdiri dibelakang podium dan mula memberi khutbah.
Point 1:
-----------
Khutbahnya bukan seperti khutbah hari Jumaat yang tema utama selalunya – orang zaman sekarang sudah ‘rosak’ dan orang zaman dulu itulah yang mulia dan kita harus jadi seperti dulu. Ditambah dengan sesi marah-marah generasi yang ‘rosak’ dan sesi mengulang semula azab dan hukuman seperti banjir, gempa bumi, perang, dan bencana lain bagi orang-orang ‘rosak’.
Apabila sudah habis marah-marah, elemen ini pula - negara kita aman makmur dan kerajaan telah banyak melaksanakan kebaikan, maka semua hendaklah berterima kasih dan bersyukur.
Sungguh berbeza! Khutbahnya adalah berkenaan amal kebajikan yang baru dilaksanakan ahli jawatankuasa gereja pada minggu sebelumnya, tentang bagaimana hasil kutipan derma 2-3 minggu lalu telah digunakan untuk menyediakan makanan, pakaian, medical check-up serta konsultasi percuma untuk fakir miskin yang tinggal di jalanan sekitar Kuala Lumpur. Sambil pastor memberi khutbah, projektor menayangkan rakaman yang membolehkan semua hadirin menyaksikan dengan mata sendiri bagaimana belas kasihan dan goodwill yang mereka curahkan dalam bentuk derma tidak lama dulu digunakan bagi membantu manusia lain yang berada dalam kesusahan.
Acara diteruskan lagi dengan sedikit bacaan doa -mengharapkan keadaan manusia yang menerima bantuan kini lebih baik.
---------------------------------------------------------------------------------------------
Point 2:
---------
Khutbah diteruskan sedikit lagi, tapi kali ini menyentuh tentang hadis Jesus (Yeshua/Isa) dan isi kandungan Bible serta cara mengaplikasi isi kandungan ini dalam kehidupan. Memang betul, dalam Bible pun ada disebut tentang neraka, azab dan hukuman, tapi approach si pastor berbeza dari apa yang selalu diwar-warkan orang Melayu kuat agama umumnya.
Dia tidak fokus kepada kemarahan dan azab tuhan, tapi yang lebih diutamakan dan sangat ditekankan adalah kasih sayang tuhan. Tentang bagaimana dan apa sekali pun, yang paling penting adalah tuhan sayangkan kamu semua. Jadi kata-katanya tidak meng-kondem orang ‘rosak’ ke neraka, tapi sebaliknya berkemungkinan besar memberi harapan kepada golongan yang kononnya ‘rosak’ ini.
-------------------------------------------------------------------------------------------
Point 3:
---------
Setelah tamat khutbah tentang kepentingan berbuat kebajikan dan kasih sayang tuhan kepada manusia dan sesama manusia, pastor menjemput seorang hadirin ke hadapan. Rupa-rupanya dia adalah saudara baru, seorang pemandu teksi miskin lingkungan umur pertengahan 50-an yang kini memeluk agama Kristian, dan dia ingin berkongsi kisahnya secara lebih kurang.
Katanya hidupnya terasa lebih aman tenteram dan lebih bermakna setelah menjadi sebahagian dari komuniti gereja tersebut. Tambahnya lagi, yang paling dia hargai adalah sifat caring ahli komuniti gereja yang ditunjukkan terhadapnya.
Mereka selalu membantunya terutamanya dari segi memberi nasihat dan meniupkan semangat untuk dia meneruskan hidup dan berusaha secara halal, dia tak segan mengaku yang dulu dia pernah buat kerja-kerja haram seperti berjudi, jadi kaki pukul, jadi samseng seludup barang dll untuk menyara hidup.
Kisahnya disambut dengan tepukan hadirin dan pelukan dari pastor.
----------------------------------------------------------------------------------------------
Habis sudah khutbah pastor, ada sedikit lagi bacaan doa dan sembahyang (sembahyang pun sama juga seperti baca doa, cuma lebih panjang sedikit, tak ada ritual yang elaborate).
Point 4:
---------
Pastor menamatkan majlis hari itu dengan mengumumkan yang ahli jawatankuasa gereja akan ke Johor lagi untuk memberi tambahan bantuan kerana yang pernah diberikan beberapa minggu lepas masih belum cukup dan menyeru kepada hadirin untuk menderma bagi tujuan itu. Satu bekas velvet berwarna biru di pass around dan hadirin yang bersemangat memberi, membuatkan bekas tersebut dipenuhi duit pada kadar yang memberangsangkan.
-------------------------------------------------------------------------------------------
Majlis tamat, orang ramai mula berjalan keluar, ada yang bersembang-sembang sesama sendiri dan ada yang terus duduk (mungkin berzikir). Aku melangkah keluar dengan senyuman, dan sekali lagi tanpa menarik perhatian ataupun jari telunjuk sesiapa.
p/s: Ini bukan ceramah agama. Tolong fokus kepada point dan bandingkan dengan dengan cara point tersebut dilaksanakan oleh orang Melayu kuat agama di masjid. Mungkin ada perkara yang boleh di adaptasikan untuk kegunaan dan faedah orang Melayu kebanyakan.
15 comments:
"Apabila sudah habis marah-marah, elemen ini pula - negara kita aman makmur dan kerajaan telah banyak melaksanakan kebaikan, maka semua hendaklah berterima kasih dan bersyukur."
ayat tak lengakap tu. Sepatutnya
"....maka semua hendaklah berterimakasih dan bersyukur pada kerajaan yang telah..."
dan...pointnya ialah?
actually aku pun minat benda-benda macam ni. tapi tak reti dan malas nak sembang pasal ni kang org ckp mcm nk jd kafir lah pulak. ramai hakim woo kat luar tu. bosanlah. apapun nyanyian gospel tu yg paling menarik. mana-mana khutbah pun adalah mengantukkan. haha
neem:
-----
Thank you! Memang tepat :) ayat tu jadi lebih lengkap apabila ditambah seperti yg disarankan.
takahara suiko:
--------------
point-nya, perhatikan perbezaan approach yang digunakan oleh komuniti kristian ini dalam menjadikan amalan agama mereka berfaedah kepada masyarakat dan diri mereka sendiri.
kalau dari segi faedah dan kebajikan, aku berani bertaruh yang gereja ini lebih berfaedah dan berbuat kebajikan dari mana-mana masjid yang aku tahu.
approach yang digunakan oleh orang kuat agama Melayu adalah sangat tidak menarik, bahkan kadang-kadang menjelekkan. asyik nak marah-marah dan bising, nasib baik tak hunus keris.
bila orang muda tak berminat, mereka kata 'rosak'. jadi cadangan di sini adalah supaya golongan kuat agama Melayu mengambil approach yang berbeza dalam perlaksanaan hal-hal agama ini.
bukan apa, untuk kebaikan orang Melayu kebanyakan jugak kerana mereka kuat agama. alang-alang nak kuat mengamalkan agama, baik jadikan amalan agama itu berfaedah dan positif.
sarah:
-------
betul tu sarah, ada terfikir jugak tentang kemungkinan akan dicop kafir oleh para hakim tak bertauliah bila menulis pasal ini.
tapi harapnya tidak lah, sebab post ini bukan satu ceramah agama, tapi cuma satu perkongsian idea yang boleh memanfaatkan orang ramai.
kalau ada juga yang nak tikam aku dengan keris hanya kerana post ini, aku akan cakap orang itu bodoh dan aku tendang telurnya.
Everybody:
----------
Thank you! I love inputs :)
ooh,betul betul.
tapi saya lagi kagum dengan judaism.
atau yahudi,atau seangkatan dengannya.
saya tertarik dengan ritual(kah?) bar mitzvah, yang melatih remaja seawal umur 13 tahun untuk berbicara di khalayak ramai.dan membaca ayat2 dalam talmud(kan?).
macam, pokoknya mereka ada satu ritual(kah?) yang menbolehkan mereka berfikiran terbuka pada usia yang muda, jadinya hujah2 yang dibentangkan berdasarkan....
ah abaikan. saya selalu terpacul teori sendiri.
ok takde kaitan, tapi mahu cakap juga
Pendekatan para imam dan alim ulama sekarang ni mungkin sebab pendekatan mereka efektif 40-50 tahun dulu maka tak berasa ada necessity untuk ubah sebab takda yang berani menegur. Ataupun mereka tak mahu keluar dari mindset mereka sebab nak mengubah diri ke sesuatu yang lain takes time,and change is a daunting thought. Tapi without change, how do we progress kan. Tapi saya suka masuk chapel dekat college saya, sebab lawa. Itu je. Sebab dah beratus tahun tapi still mereka maintain the decor and glass paintings(rasanya bukan painting) inside. Tetapi saya masih rasa mass di college saya bosan sebab banyak sangat menyanyi hymn daripada bercakap. Tetapi betul lah, mereka preach tentang love and forgiveness rather than haa buat dosa masuk neraka. Entah kenapa, mak bapak saya hantar saya masuk Theological School. Tak sedar agaknya bila sign offer letter. Akan tetapi,ada lah kan 2-3 kerat pendakwah Melayu yang gunakan approach different dalam dakwah mereka,lemah lembut,menyeluruh,menggunakan konsep cinta Allah kepada kita,dan menggunakan isu semasa rather than kisah masuk neraka yang apinya menjulang warna hitam.
Dan aku pula mungkin dicop anti-Melayu lepas komen ini.
Sebenarnya malaise cara khutbah yang menakutkan2 manusia dan membuatkan dia lupa tentang betapa Pemurahnya Allah hanya limited kepada khutbah oleh kaum Melayu Muslim di Malaysia, dan mungkin beberapa sect kecil yang extreme di negara-negara Islam lain.
Mungkin ramai orang Melayu tak aware - wait - memang faktanya majoriti besar orang Melayu tak aware yang dakwah Rasulullah s.a.w berkesan kerana lebih fokus kepada rahmat dan kasih Allah serta sifatNya yang Maha Pengampun, plus melalui contoh akhlak yang baik yang menarik ramai orang masuk Islam rather than the judgmental, holier-than-thou attitude practiced by most ustaz in Malaysia.
It is kewajipan setiap Muslim untuk berdakwah, tetapi minda kita sangat limited when it coems to that. We think it means telling people they'll rot in hell if they don't pray. They will, only if they don't repent. What we should instead tell them is that it's never too late to repent (kecuali masa diorang tengah nazak, taubat pun dah tak tentu diterima), and Allah Maha Pengampun and suka kasi second chance, and sangat kasih pada hambaNya. We should also tell them not to wait too late to taubat, because the fact is we just don't know when we're going to die. Death is imminent, but kita yang telah diWesternize dgn teruk suka rasa bersalah dan macam killjoy kalau kita tunaikan tanggungjawab kita untuk mengingatkan orang the life yg kita patut enjoy bukanlah di sini. Kita nak enjoy for eternity, and that's just not possible when death is inevitable.
Paling aku benci tentang Malay Muslims is that diorang suka larang orang yang "tak betul2 alim" daripada berbuat baik. Contohnya orang tak pakai tudung tapi dia tak tinggalkan solat. Ramai org suka cakap: "Ala..kalo tanak pakai tudung baik tak yah solat." Or bila a Malay Muslim yang contohnya, seorang pemabuk atau kaki pompuan dan tak solat wajib (mungkin itu contoh ekstrem) tapi kalau dia nasihatkan another Muslim to solat wajib, yang lagi satu tu akan jawab: "Eleh..ko tu pun tak semayang, nak suruh aku pulak." That is wrong. Anybody can give nasihat, and kalau ia betul dan baik kita patut ikut. Samada orang itu semayang atau tidak hal dia, tapi kita sendiri tau apa yang dia suruh adalah benda yang wajib, dan dia dah tunaikan tanggungjawab dia sebagai seorang yang Islam (dia masih Islam selagi dia mengaku Islam, tak kesahla apa dosanya asalkan dia tidak syirik). And two wrongs don't make a right. Dia mungkin tak pakai tudung, tapi itu dosa lain. Dia dah tunaikan solat, so dia akan lepas daripada dosa tinggalkan solat. Who are you to ask her to tinggalkan solat? Setan ka?
Jadi tak usahla impressed sgt dgn sesi khutbah di gereja tu. Dia bukannya lebih terer dari imam2 kita. Cuma imam2 kita yang telah memalukan diri dan menjatuhkan kredibiliti masing-masing dengan mengikut telunjuk kerajaan dan bukan Allah.
Saya nampak point yang sebenar, the problem is not with the moslem but with the malay.
Melayu yang merasakan mereka betul dan tak boleh ditegur.
Melayu dan Islam, banyak bezanya.
Semestinya Islamic approach sangat berkesan dan cemerlang, if not there would be no islamic civilization, isn't it?
Yang hunus keris tu tak tahan tu..
bak kata Lucy, macam beruk kena liwat.
Kau pernah dengar khutbah atheis?
Semua orang duduk diam tak cakap apa-apa pun.
Chill je.
LOL.
Takahara-suiko:
---------------
That's ok too I guess. But I honestly think, reading the Talmud in front of an audience has nothing to do with maturity or open mindedness.
It's a good way of getting rid of stage fright though.
Fiza:
-----
Thank you for sharing your insightful experience here. Much welcome and appreciated!
Bovril:
-------
You felt it too eh. I hate em holier-than-thou Malay Muslim fanatics.
I wasn't exactly impressed by the sermon...rather was impressed by what the pastor and his AJK did actually.
They made it their mission to go out there and help the poor and needy.
They inspired an old samseng to repent and leave his old ways behind. I was touched by that pak cik teksi confession and story that he had very earnestly recounted.
The whole time being in the church, I was thinking...if only the fanatic Malay Muslims and their mosques were able to do the same - to make something good out of their fiery belief and to really have a positive impact on their community.
Haih..
Neem:
-----
Haha, beruk kena liwat. That'd be quite a spectacle.
AKAB:
-----
Sebelum khutbah atheis, ada band main lagu tak?
Kalau dari awal sampai habis diam je, tak best la.
lol
aku sangat setuju dengan kau. letih sangat bila berhadapan dengan orang2 yang sempit fikiran macam yg kau dan Bovril katakan. bila kita berfikir dan bercakap di luar batas normal sikit dah dikata tergelincir akidah.
haihhh...
FIRE AND BRIMSTONE BAYBEH!
Alah.. senang.. jadi agnostic.
Semua tak tau. Cam teh bisexuals of philosophical/religious world.
Yes, saya menerima nombor-nombor wanita-wanita single-mingle.
diorang ada provide pisang ke masa sunday mass?
sebab tu la diorang suka pergi gereja... dapat nyanyi2 dan dapat pisang free
mintak satu...
Aku pun nak pergi Sunday Mass la, dapat makan pisang dan tonton konsert free.
Post a Comment