Pada zaman dahulu, di salah sebuah daerah India, tersergamlah sebuah monasteri Buddhism. Di dalamnya ramailah sami-sami yang berusaha gigih untuk mencapai pelepasan dari kekangan nafsu duniawi.
Maka pada satu hari tersebutlah kisah dua orang sami, satu muda dan satu tua, yang ingin merantau ke daerah jiran. Setelah mereka berdua membungkus barang keperluan masing-masing, mereka membuat keputusan untuk bermeditasi sepanjang perjalanan mereka ke sana (walking meditation - memang wujud) kerana mereka rasa tak elok dibazirkan masa perjalanan begitu sahaja, lebih baik kalau digunakan juga sebagai usaha mencapai nirvana.
Maka berjanjilah mereka sesama sendiri untuk tidak bercakap antara satu sama lain hinggalah sampai ke destinasi. Ini supaya mereka dapat fokus dan diam mereka itu pula akan membantu lagi usaha meditasi. Dengan itu, mereka pun melangkah keluar dari monasteri dan mula berjalan.
Perjalanan mereka berlangsung dengan tenang tanpa apa-apa insiden sehinggalah mereka tiba di sebatang sungai. Di tepi sungai, mereka berdua dapat melihat seorang gadis muda menawan berpakaian lagi cantik dan mungkin juga sedikit seksi sedang kerisauan. Bila diperhatikan, nyatalah punca kegusaran gadis manis itu, titi telah patah rupanya. Apabila si gadis ternampak sami berdua, diluahkannya isi hati.
"Saya mahu seberang sungai untuk ke majlis kahwin kawan rapat saya, tapi titi sudah patah..kalau saya masuk ke dalam sungai ini habislah basah baju saya yang cantik ni....isk isk"
Sami tua tanpa berkata-kata terus masuk ke dalam sungai dan memberi isyarat kepada gadis untuk naik dukungannya. Si gadis tersenyum riang dan terus menerima tawaran sami tua, lalu sami tua pun mendukungnya sehingga ke seberang sungai. Apabila sudah sampai, si gadis mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada sami tua, sami tua membalas dengan senyuman sahaja dan cepat-cepat dia kembali ke sisi sami muda lalu meneruskan perjalanan.
Seperti yang dijanjikan, perjalanan mereka diteruskan tanpa kata-kata. Diam seribu bahasa kedua-duanya. Akhirnya tibalah mereka ke destinasi.
Tamat sahaja perjalanan, terus sami muda menengking sami tua dengan penuh marah. Katanya..
"Kita ini sami, tidak boleh sekali-kali pegang perempuan!! Kenapa engkau dukung perempuan tadi?!"
Sami tua memandang sami muda dengan senyuman, jawab sami tua..
"Ketahuilah, aku dah lama melepaskan perempuan tadi di seberang sungai....tapi nampaknya engkau lah yang masih tak puas pegang perempuan tu lalu mendukungnya sampai ke sini"
The End
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 comments:
Erm..tetiba terfikir. Kalau sami dukung lelaki boleh ke?
Jahanam.
best juga jadi sami
neem:
-----
boleh je rasanya. nak dukung? :)
manusia ganjil ikan yu:
------------------------
macam satu prospek yang menarik juga menjadi sami, tapi pengorbanannya mestilah amat banyak. Aku rasa tak ramai yang betul-betul mampu jadi sami sejati (in its truest sense).
best2, dlm maksud tersirat tuh
akan aku bookmark blog ko
tanpagraviti:
-------------
yep, maksud tersirat tu memang best, rasa mcm tgk movie yang ada twist di endingnya. thanks, do come again.
Post a Comment