Dunia blogosfera sekarang terasa amat bosan, pada pendapat aku lah, kamu ada rasa macam tu?
Baik, jadi…terus ke perkara pokok. Orang Melayu dan budayanya (agama juga aku golongkan sekali sebagai budaya) adalah hampir sebati. Ya betul, ada saja orang Melayu minum bir, ada saja orang Melayu yang tak kisah atau kurang kisah pasal budaya/agama, tapi kumpulan ini hanya segelintir aku rasa, mungkin dalam 10-20%. Majoriti masyarakat Melayu pula sangat kisah dan sangat mengikut budaya/agamanya, “biar mati anak, jangan mati adat” kata mereka. Para orientalis Empayar British dulu pun sudah sedar tentang hal ini, selepas J.W.W. Birch dibunuh, kata mereka “Orang Melayu ni asalkan tak kacau mereka punya agama dan adat (budaya), jadilah”
Disebabkan karakteristik orang Melayu kebanyakan adalah kuat ikut agama, maka sudah tentulah pusat agama mereka adalah masjid-masjid yang mereka kunjungi setiap hari atau lebih kerapnya setiap hari Jumaat. Dan kerana majoriti orang Melayu taat mengikut kata-kata imam di masjid dan menjadikan amalan orang kuat agama sebagai panduan, aku rasa terpanggil untuk berkongsi pengalaman dan memberi idea, yang aku rasa mungkin dapat membuatkan peranan masjid dan imam menjadi lebih berguna dan signifikan bagi komuniti Melayu yang ada disekitarnya.
To be continued....
No comments:
Post a Comment