Tuesday, February 19, 2008

Aku Baru Beli

Aku cuma mahu berkongsi satu perkara bagus yang berlaku hari ini. Perkara itu adalah ini:

Sesudah dua tiga kali berpusing-pusing sekitar meja jualan, akhirnya terpaksa juga aku membeli jurnal ini kerana sudah terpikat dengan rupa bentuk dan sifatnya yang kelihatan sungguh klasik. Boleh tahan juga kuasa tarikan buku-buku yang kelihatan klasik macam ini. Pernah rasa tarikannya?

Kulit hadapan dan belakang keras berwarna hitam dengan hiasan warna emas, di hadapan sebelah atas dan di sisinya pula tertulis "Personal Journal ~for inner reflections". Rupa luaran sudah bagus, isi kandungannya belum tentu lagi. Harapnya nanti banyaklah buah fikiran, perancangan penting dan macam-macam lagi hal yang mampu membuatkan hidup aku lebih bermakna dicatat ke dalam.

5 comments:

Anonymous said...

aku pun baru beli buku baru
tajuk dia "hak anda dan undang-undang"

yang pasti human law can be manipulated hehehe

47 said...

Hak Anda & Undang-Undang.

Memang bahan baca yang sesuai, especially dekat-dekat musim mengundi ni :)

Taichee~@! said...

Encek 47.

Alang alang kamu mahu berkongsi, kenapa tidak saja kau kongsikan pada aku, di mana kau beli jurnal yg kacak itu? Aku mahu! Aku mahu! Ye. Ini nafsu aku shopping aku yang berkata kata. Sebabnya, jurnal buatan sendiri aku itu, sudah hampir habis helaian kertasnya, dah aku sudah muak.

Aku mahu buka lembaran buku baru! (7 kaki dalam maknanya ini) iya! Berusaha!

47 said...

Ah Cik Taichee, ada juga orang yang turut terpikat.

Buku ni dibeli ketika satu jualan penghabisan stok buku-buku lama diadakan di sekitar pj.

Pengedar jurnal ini tak ada kedai, cuma akan tumpang buka meja jualan di tempat buku-buku lain dijual.

Jadi ini maklumat dari kad si pengedar:

Keshar T.
Manager
012-396 3199
rsec88@hotmail.com

(sole distributor for nightingale products)

Goodluck dalam membuka lembaran baru.

Taichee~@! said...

Wah! info yg sangat bagus dan tepat seperti yang aku kehendaki. Semoga aku dapat menjadi pemilik comel jurnal hitam!

Thank you wahai encek 47, sbb sudi tinggalkan msg kat box maki aku.