Nampaknya ini post kedua aku yang berkenaan tren (yang pertama ada di sini). Lepas ini, kalau banyak lagi kejadian unik terus-menerus menimpa aku dalam tren, bolehlah aku menulis sebuah buku.
Sengaja aku hasilkan post ini supaya dapat berkongsi kisah aku, mungkin ada yang membaca atau terbaca dapat menjadikan kisah ini sebagai panduan hidup dan pedoman...haha
Begini, pada suatu hari aku berada dalam sebuah tren dan perjalanan agak panjang, ambil masa lebih kurang 1 jam.
Kebetulan pula aku memang sedikit letih, kerusi tempat aku duduk pun boleh tahan empuk, aku silangkan kaki lalu memejamkan mata.
Nyenyak betul tidur aku, bila akhirnya aku mengangkat kepala rupa-rupanya aku telah sampai ke sebuah tempat yang kelihatannya 'familiar'. Pintu 'coach' nampaknya pula seperti telah lama terbuka dan orang pun sudah tinggal sikit. Otak aku tersangkut seketika, umpama komputer yang baru di'restart', maklumat visual yang disuap mata kepada otak tidak mampu diproses pada kelajuan optimum.
Apabila otak aku menjadi keliru, aku buat apa yang aku selalu buat, guna otak orang lain. Terus aku bertanya dengan orang yang duduk bertentangan aku: "Kita di mana sekarang?"
Tepat jangkaan aku, sememangnya aku sudah sampai ke destinasi aku, terus aku capai beg aku yang boleh tahan beratnya dan membuang langkah dengan tergesa-gesa. Ya lah, siapa tahu sudah berapa lama tren berhenti, kalau tiba-tiba terus tren bergerak ke destinasi seterusnya bagaimana? Sudah buang lagi masa dan tenaga.
Betul juga kata orang tua, malang tidak berbau. Akibat tertidur lama dengan keadaan kaki bersilang, kaki kiri aku sudah jadi kebas 100%, langsung tiada kawalan dan macam lumpuh. Sebelum aku sedar yang kaki kiri aku sudah lumpuh, aku telah melangkah laju dengan kaki itu. Apa lagi..
Begitulah rupa langkah aku. Perkara yang berlaku seterusnya adalah susulan logik.
Keadaan aku lebih kurang seperti illustrasi di atas, cuma mungkin rambut hitam dan muka lebih kacak. Terima kasih aku ucapkan kepada seorang warga prihatin, lelaki Punjabi yang meluru dan bertanya kepada aku "Are you allright? You need help?" Kebaikan anda memang menyentuh hati. Aku membalas "Thank you but I'm allright".
Aku menjengkek dan cepat-cepat keluar dari tren dan sejurus itu juga pintu tertutup dan tren bergerak. Aku duduk seketika dan cuba menggerak-gerakkan kaki kiri aku...masih berfungsi dan tidak sakit. Aku meneruskan perjalanan.
Tapi keesokan hari, kaki aku jadi begini. Sakit pun boleh tahan juga.
Kesimpulannya jangan tertidur dengan kaki bersilang. Bahaya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
your labelling for this entry is good. :D
but then kan, tido while seating pon without having u silang kaki would cause the same effect la.
i biasa gak kena. those days when i commute with trains and buses that is.
Salam Maal Hijrah & Berhati-hati tidur di dalam tren =D
See if you commute to work by train, it increases the likelihood of having one of these experiences, so should this incident happen to such a commuter it wouldn't be too odd.
But in my case, it was over a weekend. I was on my way out of town, and despite my being an infrequent train user, this thing happened to me haha.
Post a Comment