Sunday, December 23, 2007

Stagnation



Aku dilanda kebosanan. Tiada apa-apa perkara menarik berlaku, tiada tempat untuk aku tuju, tiada orang yang 'available' untuk teman aku minum-minum sambil berdiskusi tentang apa-apa.

Nasib baik juga Melayu Minimalis sekarang semakin aktif menghasilkan nukilan-nukilan. Dua tiga yang terbaru ni bagi aku memang 'brilliant!'.

Sememangnya minat aku terletak di dalam dunia anthropologi, sosiologi dan psikologi. Aku sentiasa menjadi tertarik dengan persoalan kenapa dan mengapa. Contohnya orang minum arak, kenapa dia nak minum dan mengapa, ataupun orang kuat sembahyang, kenapa dan mengapa.
Tapi aku tidak menghakimi atau mempersoalkan tindakan-tindakan manusia, sekadar 'figuring out reason' di sebaliknya, 'why we do what we do'.

Dan aku juga tak berminat dengan penjelasan yang kurang 'reasoning'. Contohnya "Orang minum arak tu sebab termakan hasutan syaitan" atau pun "Orang tu sembahyang sebab dapat hidayah tuhan".

Tahukah anda di kepulauan Caribbean, macaques/kera-keranya sudah terbiasa minum alkohol hasil sisa-sisa yang ditinggalkan pengunjung pantai. Dan yang menariknya pula, setelah kajian dibuat didapati peratusan kera yang minum alkohol dengan yang tidak minum sama nisbahnya dengan peratusan manusia yang minum alkohol berbanding dengan yang tidak minum.

Kera dan manusia, sama-sama mamalia, sama-sama primat. Tidak, bagi aku manusia bukan berasal dari kera, tapi tingkah laku dan 'natural drives' yang mengawal kehidupan mereka turut mengawal kehidupan kita. Dengan memahami apa yang berlaku dalam minda/otak mereka (lebih mudah kerana fikiran mereka lebih ringkas dari fikiran manusia), kita dapat memahami fikiran kita sendiri.

Ok, cukuplah gamaknya aku merapu, terisi jugak masa kebosanan aku dengan aktiviti blogging ini, lepas ini aku nak keluar jogging pula.

2 comments:

Anonymous said...

Dan aku juga tak berminat dengan penjelasan yang kurang 'reasoning'. Contohnya "Orang minum arak tu sebab termakan hasutan syaitan" atau pun "Orang tu sembahyang sebab dapat hidayah tuhan".

ye.aku pun nk jwpn yg lain dr jwpn 2 mcm tu.

47 said...

Syazamarya, Thx for dropping by.

Mari! Kita sama-sama mencari jawapan sebenar disebalik semua ni :)