Friday, December 14, 2007

Aroy!


Lagi dilayan rasa benci dan stress, lagi sakit kepala dan ketat dada jadinya. Sungguh tak berbaloi, telinga mahupun lidah orang-orang yang menyakitkan hati aku tak terpotong, tapi umur aku pula yang mungkin terpotong akibat stress tambahan melayan 'unnecessary stress'.

Siapa pernah pergi Thailand? Pantai cantik, barang murah, orang-orangnya peramah, dan yang paling utama, makanannya sedap-sedap (tak perlulah cerita tentang pelacur atau mak nyah, walaupun orang selalu kaitkan Thailand dengan industri seksnya, aku tidak terikut-ikut kerana aku tidak percayakan generalisasi. Lagipun itu semua di negara kita pun dah banyak..tak payah tunjuk-tunjuk kat negara orang lain).

Makanan Thai memang istimewa, dalam satu hidangan (meal) setiap juadah mempunya rasa yang pelbagai. Lengkap! Masam, manis, lemak, pedas etc. Kombinasi rasa yang pelbagai ini bagi aku adalah umpama syurga dunia. Baru melihat dan menghidu aroma makanan-makanan sebegini, sudah boleh terasa air liur mengalir dalam rongga mulut.

Aku rasa orang Thai juga seperti kebanyakan orang Malaysia, kita semua 'foodie'. Kita cintakan makanan. Tapi dari pemerhatian aku, kecintaan orang Thai terhadap makanan mungkin adalah lebih dari kita di Malaysia.

Kenapa aku berani kata begini? Aku suka makan kuning (yolk) telur masin (ya, ya..tidak boleh diamalkan selalu..tak sihat). Walaupun tiada kaji selidik formal dijalankan bagi mengetahui bilangan sebenar orang yang suka kuning telur masin, aku agak konfiden bilangan penggemarnya agak ramai.

Jadi berbalik kepada persoalan kenapa aku kata 'kecintaan orang Thai terhadap makanan adalah lebih'. Di sana, ketika berjalan di pasar, aku terlihat berbungkus-bungkus kuning telur masin (yang telah direbus dan dibuang bahagian putihnya) dijual.

Aku kagum! Begitu tinggi sekali usaha dan fokus yang dicurahkan kedalam satu jenis makanan sahaja. Itu baru telur masin, sanggup mereka usahakan bagi mendapatkan bahagian yang paling sedap. Makanan yang lain-lain pula bagaimana...gunakanlah imaginasi anda.

Senang cakap beginilah, setelah menghabiskan masa lebih kurang 1 minggu lebih di Thailand, jam tangan aku menggenggam pergelangan tanganku dengan lebih erat dan muka aku yang bentuknya panjang menjadi sedikit lebar.

7 comments:

Lin Abdul Rahman said...

kuning telur masin...my favourite too...thailand must be heaven then. I always have a problem finising off the telur putih which is masin as hell in order to get to the heavenly kuning part.

thinker bell said...

kuning telur masin rocks!

me love it too :D

nurulazreenazlan said...

saya juga penchenta kuning telur masin!

i love the consistency, not smooth =)

rexxdelarocha said...

Rasanya saya sorang saja yang tak suka telur masin. :P

47 said...
This comment has been removed by the author.
47 said...

Yeah! Kuning telur masin rocks allright! Delarocha, anda rugi kerana sudah kurang satu nikmat dunia bagi anda. Cubalah kuning telur masin! ;)

Anonymous said...

kuning telur masin tidak sedap langsung. tidak faham kenapa ramai yang sukakannya.

sambal belacan+nasi putih panas+ikan masin= heaven!

okay i know its off topic lol