Wednesday, December 26, 2007

Kisah Pengharaman 'Cap' di Masjid Pekan



Background Info:
-----------------

Malaysia ini negara yang panas, kalau bukan musim hujan dan tiada awan mendung maka memang panaslah. Kadang kadang aku bertanya kepada diri sendiri apabila berjalan di luar kawasan terbuka "aku di Malaysia ke Afrika?".

Padanlah dengan pancaran matahari yang menyengat kulit, aku selalu juga mengenakan topi (cap) apabila keluar. Bahkan ada masanya apabila diajak-ajak pergi sembahyang jumaat oleh rakan-rakan (ya aku perlu diajak, kalau tidak mungkin aku akan tidur atau buat hal lain - dan aku juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakanku yang penyabar, memahami dan menghormati), sebelum melangkah keluar, refleks semula jadi tangan aku akan pantas meragut 'cap' dan meletakkannya di atas kepala aku.

Bila tiba di masjid, 'cap' itu slalunya aku biarkan di atas kepala dan apabila tiba masa imam mula sembahyang aku hanya memusingkannya ke belakang (visor di belakang), jadi kalau dilihat dari depan, tiadalah bezanya dengan songkok atau kopiah yang dipakai kebanyakan orang lain.


The Issue:
-----------

Pada suatu hari cuti aku pulang ke kampung halaman, kampung halaman aku ini bukanlah kampung sangat, lebih menyerupai sebuah pekan kecil. Maka apabila tiba hari jumaat, seperti biasa tangan aku pantas menyambar 'cap' dan aku meluru keluar bersama ayah dan adik-adik lelaki aku (kalau di rumah aku kurang malas untuk sembahyang jumaat, kerana aktiviti apa pun apabila dilakukan bersama ahli keluarga terasa lebih bermakna - secara automatik menjadi aktiviti sosial yang berfaedah dan worth it).

Apabila sampai di masjid, seorang lelaki menegur aku "Abang, tak boleh pakai 'cap' dalam masjid, haram". Eh, haram? "Abah ko yang haramkan ke?" aku mahu tanya, tapi tak terkeluar dari mulut, aku tahan.

Aku datang untuk duduk, dengar pembaca khutbah bercerita (tak best pun, baca dari teks sahaja - masalah yang timbul dalam komuniti tidak di address pun...ceh - tidak seperti di gereja -mungkin di ulas pada entri lain) bukan untuk berdebat atau bertekak. Ok abang, lu memang pandai, aku buka 'cap' aku dan senyum pada dia. Dia tersengih dan mengesot balik ke tempat asalnya. Seronok kot.


The Reason:
------------

Setelah beberapa lama kejadian tersebut berlaku, ketika aku sedang membaca, aku terjumpa dari mana datangnya pengharaman 'cap' oleh abang di masjid pekan kecil tempoh hari.

Kebetulan semata-mata. Buku yang aku baca ini tajuknya "What Went Wrong? - The Clash Between Islam and Modernity in the Middle East" tulisan Bernard Lewis.

Di sini aku akan berikan beberapa bahagian (clippings) yang akhirnya membawa kepada kisah 'cap' aku:
_________________________________________________

"Between 1768 and 1774 the Ottomans suffered a series of defeats at the hand of the Russians...the Sultan was now compelled to reorganize the "independence" of the khans (gavernors) of Crimea (kawasan yang hendak direbut Rusia). As it soon became clear, this was a preleminary to the annexation of the Crimea by Russia, in 1783"

Setelah kejadian ini, hal ini pula berlaku:

"Clearly, new measures were needed to meet these new threats, and some of them violated accepted Islamic norms. The leaders of the ulema, the doctors of the Holy Laws, were therefore asked, and agreed, to authorize two basic changes. The first was to accept infidel teachers and give them Muslim pupils, the second was to accept infidel allies in their wars against other infidels"

Apabila bibit-bibit perubahan mula bergerak:

"From the military, the clothing reforms spread to the civil service, and bureaucrats were now attired in frock coats and trousers. Only the headgear-the fez, the turban, the kefiya-remained. To symbolize their difference from the west"

Ya, jawapannya/reasoning-nya ada disini:

"For a long time, Middle Eastern soldiers wore European uniforms with Muslim headgear, eschewing Wester-style hats and caps with brims and peaks that obstructed Muslim worship and were thus seen as the symbol of the infidel"
________________________________________________

Rupanya pengharaman yang dilaksanakan abang tersengih di masjid pekan kecil adalah sebenarnya pembawaan dari budaya dan polisi pemakaian uniform ketenteraan askar kerajaan Turki Uthmaniyah pada zaman dulukala. Tiada kaitan dengan apa apa hukum hakam atau perundangan (rasanya lah - takkan benda kecil seperti 'cap' itu pun hendak diharamkan, kolot betul) Mungkin ada tok guru yang yang mengajar abah dia dan seterus abah dia pula mengajar dia.

Jadi kesimpulannya, betul jugaklah agaknya kalau aku bertanya kembali "Abah ko yang haramkan ke?"

4 comments:

AmiE said...

Blog yang menarik.akan membaca entry2 lain apabila ada kelapangan..

sy tahu cerite cap2 ni.Kerana sy jg prnh kena bnde yg sama.namun apbl sy persoalkan, begini jwpnnya..

mungkin haram itu, maksudnya bukan jatuh dosa (haram dr segi islam), tp lebih kepada adab, yakni tidak boleh sama sekali memakai cap yg bercap begitu.

yalah, masuk tempat2 agama mst ade tatacaranya, sprt ke pejabat juga..

sprt gereja di sini, ade yg tidak membenarkn pengunjungnya memakai baju yg menampakkan bahu.Bukan haram dr segi jatuh dosa, kata si paderi. Cuma tidak boleh. Tidak beradab.maka dikatakan haram supaya org tidak melakukan.

bukan begitu?

rexxdelarocha said...

At least tak macam pak cik yang saya jumpa yang marah-marah pasal sembahyang tak pakai songkok/ kopiah

47 said...

Amie:
-----
Betul, mungkin juga hal ini lebih berkaitan dengan adab. Tapi abang ini bercakap dengan 'conviction' dan nada yang lebih tegas, rasanya apa yang dia cuba sampaikan itu adalah Haram dari segi undang-undang atau hukum.

Lagipun 'cap' yang saya pakai itu tidaklah berhias-hias atau ada lambang yang tidak sesuai. 'Cap' biasa berwarna krim/neutral, digunakan kerana cuaca panas semata-mata dan bukan untuk bergaya. Pakaian juga sopan dan bersesuaian rasanya.

Kalau difikir-fikir balik, punca utama entri ini ditulis adalah kerana ke-tidaksuka-an kepada ideologi 'aku saja betul'.

Thank you, I appreciate your input very much :) do come again!

Delarocha:
----------
Memang leceh rasanya bila berdepan dengan orang yang rasanya dirinya saja yang betul. Nak cakap banyak pun tak guna sebab selalunya orang macam ini beremosi lebih-lebih dan kurang menggunakan logik.

Sila datang lagi :)

Nadia said...

wats the big deal?
its not wat u wear that matters. unless of course, your cap tu busuk masam and dah berkulat.