Pernah dengar perkataan 'Ronin'? Tahu maksud perkataan ini'?
Mungkin ada yang sudah 'familiar' dengan terma ini, kepada yang tidak tahu, biar aku jelaskan yang 'Ronin' ini bukanlah jenama makanan ringan kanak-kanak yang dutanya Mat Sentul, seperti Ding Dang, Tora, atau Nini.
Kepada yang 'familiar', kemungkinan besar imej yang muncul dalam kepala anda adalah poster filem lakonan Robert DeNiro dan Jean Reno. Filem aksi yang bagus, dan dalamnya juga ada penerangan tentang apa itu 'Ronin'.
'Ronin' adalah perkataan Jepun, maksudnya adalah 'masterless samurai' atau 'samurai tak bertuan' kata orang Melayu.
Samurai berperanan dan menjadi paling penting apabila dia bertuan, apabila ada arahan dikeluarkan tuannya, pada ketika itulah seorang samurai itu paling menonjol, apa sahaja kebolehan dan kepandaian yang ada pada dirinya akan digunakan sepenuhnya dalam melaksanakan arahan tersebut.
-Tapi apabila tuan (lord) mati didalam perang....contohnya:
Lord A berperang dengan Lord B dan Lord A telah kalah perang, maka tanah, harta dan puak (clan) tuan A tersebut akan diserap masuk ke 'clan' Lord B si pemenang, maka pada saat saat begini ramailah samurai dari 'clan' Lord A yang akan menjadi samurai bebas/ronin.
-Ataupun, apabila perbendaharaan 'clan' semakin susut, banyaklah juga samurai terpaksa meninggalkan 'clan'-nya. Jadi ronin.
-Ataupun apa-apa sahajalah sebab logik lain yang mampu difikirkan akal anda. Yang penting sekali akhirnya samurai-samurai ini menjadi ronin.
Maka, apabila samurai-samurai ini kehilangan tuan dan 'clan', tengok nasiblah, ada yang menjadi pengawal peribadi bagi orang kaya, ada yang menjadi tukang kayu, kalau susah sangat, mungkin ada yang menjadi pengemis.
Tapi susah bagaimana sekalipun hidup seorang ronin, di dalam hatinya dia tetap gah! Seorang samurai (atau ksatria dalam bahasa Melayu) tetap seorang samurai! Nilai-nilai dan budi pekerti 'gentlemanly' tetap takkan ditinggalkan, itu semua sebahagian dari dirinya.
Begitulah juga aku, biarpun miskin, aku kaya budi pekerti, biarpun tiada berlian berkilauan, minda dan hati aku diasah sehingga berkilat (harapnya berkilau jugalah nanti). Ini lebih penting dari lain-lain hal bagi aku. Satu hari nanti aku pasti kembali menjadi samurai dengan 'rank'.
Buat masa sekarang biarlah aku gah dalam kepala dan hati aku dulu. Tak apa, aku tahu bersabar.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
bukan ke ronin is rogue ninja? Nin stands for nin as in ninja? lain tau samurai and ninja
nope, ronin is a masterless samurai/wandering man(samurai).
the japanese adopted chinese characters in their writing system. sometimes there are two or more characters that share the same pronunciation.
you can look this up on the net.
the character 'nin' in ninja is not the same character as 'nin' in ronin :)
Post a Comment