Friday, December 28, 2007

Perbandingan

Plato memang bijak!


Apabila sesuatu perkara yang hendak di teliti adalah terlalu halus dan kompleks, maka kita cari perkara yang sama (equivalent) tapi lebih besar kadar dan proporsi-nya.

Seterusnya pada perkara yang besar itu kita dapat perhatikan apa-apa hal kita mahu teliti dan kaji lalu dibandingkan dengan perkara halus kompleks yang kita mahu kaji awal-awal tadi.

Sudah pasti kesimpulan yang kita buat kemudian adalah hampir tepat kalau tak 'exactly' tepat.

Bagi Plato, dalam mencari erti keadilan, kezaliman (justice, injustice), kebaikan dan kejahatan dalam seorang manusia, dia telah mengusulkan idea mencari erti-erti yang sama dalam sebuah negara/kota dahulu.

Sebuah negara adalah besar, sudah pasti lebih besar dari manusia. Tapi kedua-duanya hampir serupa;

-Raja yang mentadbir negara adalah umpama otak/minda yang mentadbir badan.

-Sistem pertahanan negara adalah umpama sistem ketahanan badan,
memastikan badan sihat.

-etc etc 'you get the idea'

Dan di sini aku ingin bertanya, bolehkah perbandingan yang sama digunakan, tapi secara songsang. ie: memerhati tindak tanduk dan pemikiran individu atau sekumpulan kecil individu, bagi menentukan, meramal atau menjelaskan apa yang berlaku dalam sesebuah negara, negeri, kota, atau komuniti.

Aku rasa boleh.


To be continued.

No comments: