Cerita yang membuatkan ramai orang Malaysia marah dan mahu boikot produk Belanda. Tapi pernahkah anda tonton cerita Fitna itu?
Ini dia, mungkin ada yang dah cari dan tengok awal-awal lagi, tapi kepada yang belum pernah tengok, aku sudah embed-kan di sini.
Kena tengok dulu, barulah buat keputusan sendiri untuk marah atau boikot. Jangan jadi kambing biri-biri, sekumpulan marah, kita pun jadi marah, sekumpulan lompat, semua pun melompat...nanti sekumpulan terjun lubang, semua ikut terjun lubang, habis mampus semua.
Nah, maka dengan itu, silalah menonton dan buat keputusan sendiri.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
15 comments:
Dah buat keputusan.
Mungkin Geert Wilders ada hak atau bebas untuk rasa takut, untuk luahkan kebimbangan tentang pertambahan org Islam di Belanda, tapi dia tidak sepatutnya bermain2 dgn api sebegini.
Dengan teknik pembuatan filem yg agak murah berbanding reputasinya, cara dia mengaitkan keratan-keratan maksud dlm Quran dgn keganasan yg berlaku di sekeliling dunia adalah salah.
Ya, tak aku nafikan mmg ada jer umat Islam yang jadi pengganas. Tapi mereka tak bawa ideologi Islam yang sebenar. Dan inilah yang ditakuti boleh pengaruhi org yg ignorant kpd kebenaran2 yg lain.
Ini rumusan generally jer.
saya sudah menonton fitna ni sampai habis dan saya rasa dokumentari ini bersifat one-sided. apa yang di paparkan hanya mengenai golongan extremis islam. saya bukan dari golongan yang menyokong islam tapi saya rasa dokumentari ini sengaja di buat untuk menjatuhkan lagi islam dan umatnya. dan saya harap penonton yang menonton dokumentari ini tidak akan berubah fikiran dan pandangan terhadap agama islam. islam tidak lah seteruk yang di paparkan di dalam fitna. saya amat kecewa dengan pembikin dokumentari ini. dia hanya menyemarakkan lagi api pergaduhan di antara agama agama.
Membuat kesimpulan tentang sesuatu agama dengan cara memetik 1 atau 2 ayat dari kitabnya from time to time adalah kerja budak sekolah darjah 1. Malah, aku pun semasa darjah 1 dapat memutar belitkan ayat sehingga org dewasa percaya. If we want to play that way, then:
Quotes dari Hitler:
“Hence today I believe that I am acting in accordance with the will of the Almighty Creator: by defending myself against the Jew, I am fighting for the work of the Lord.”
“My feelings as a Christian point me to my Lord and Savior as a fighter. It points me to the man who once in loneliness, surrounded by a few followers, recognized these Jews for what they were and summoned men to fight against them and who, God's truth..”
Hairan ya, kenapa semasa Hitler membuat pernyataan seperti di atas, bukan orang Kristian yang mendapat nama buruk tetapi orang German?
Double standard. Banyak lagi terrorism di dunia ini, cuma bila orang Kristian atau Yahudi buat, mereka sebut bangsa, bukan agama. Walaupun orang tersebut buat di atas nama agama dia.
Aku gelak apabila para liberal (kononnya) tak habis-habis bercakap tentang kisah 9-11 and the value of a human life tetapi tak pernah ambil tahu pasal orang-orang yang terkorban di Iraq especially kanak-kanak yang tidak bersalah sehingga tanah itu seolah-olah menjadi a land for burial.
Kalau nak cakap pasal bunuh membunuh, google je 'Soldier throws puppy off cliff'. Itulah apa yg askar Amerika buat slps bosan bunuh orang.
Btw, kita gelak2 apabila org cakap nak boikot produk tapi apa yg kamu mgkn tak tahu, Denmark telah mengalami kerugian berbillion semasa org boikot produk2 mereka dulu. Not a laughing matter for them.
Fikirkan.
Aku tak mahu ada kaitan dalam meng-defend sebuah filem yang menabur fitnah dan tak respek agama aku. Aku mungkin tak akan pergi memaki, mengugut atau membunuh sesiapa, but let it be known that I don't approve or accept it.
Kalau ada conservative liberals (memang banyak sekarang ni) yg cakap aku kolot sbb tak dapat menerima filem ini, macam lah kamu dapat menerima semua benda. Satu pegangan politik atau agama pun kamu tak dapat terima, nak label orang pula.
cube hantar komen pade ideo tersebut ...saya menghantar komen yang memuji islam dah telah dideletekan ...hahaha derang nak biar kan perkara yang buruk pasal islam jer boleh ...yang baik derang delete ...ches
Wow. Bila saya baca perenggan kedua, ingatkan mungkin ni April Fool's joke kot. But I appreciate you putting the video up because I've been curious as well. Xie xie. ;)
Sebagai tambahan kepada hujah-hujah Magenta, sebenarnya tidak susah mengenalpasti si false ambassador bagi setiap agama 'utama'. Adanya sami penganut Buddha yang merogol gadis sunti di dalam the temple itself atas nama 'cleansing'. Adanya askar-askar Hindu yang mengamuk dan membunuh kerana kononnya agamanya dihina. Dan sebagaimana yang kita tahu, penganut Kristian dan Islam tak habis-habis berperang atas nama agama.
Saya bersifat agnostik. Memang saya percaya, adanya higher power, tapi biarlah apa atau siapa dia pun, saya yakin ianya tidak berniat menyebabkan manusia membunuh mahupun memaki hamun sesama sendiri.
I won't pretend I've read all the holy books out there, but I honestly doubt their authenticity, what with manual transcriptions in the olden days and translations and interpretations.
My point is, all these have been tainted by mankind. So religion is humanised, and therefore heavily flawed. What I find interesting (and some people have pointed out the same to me as well) is that all religions are made fun of by certain parties in various degrees of, shall we say, disrespect, but the tenacity of the Muslims' reactions as a whole is always (in the more recent decades) the most prominently violent among all reactions.
I hope this doesn't offend anyone. Just making an observation, and boo for me for straying back to English. :(
Side note: I can't read Jawi or Dutch for the matter, unfortunately, so I was wondering how accurate the English subtitles are. Regardless, I'm willing to bet that in every single holy book out there are bound to be controversial verses as such which can easily be taken out of context, but I suppose making a wager on any religion would be blasphemous. ;)
guys:
-----
thanks for dropping by [ and..chen xiao jie, bu yong ke qi ;) ]
yang paling utama adalah kebolehan berfikir secara rasional.
nampaknya kita semua boleh buat keputusan sendiri dan bagi aku itulah yang terbaik.
bukan apa, pesanan aku ini pun untuk diri sendiri juga, aku tak mahu jadi kambing dan harap kamu pun begitu juga.
bagi aku, memang filem ini berat sebelah, bukan semua muslim itu terrorists, tapi aku faham juga dengan ketakutan orang barat. ketakutan mereka itu bukanlah tidak berasas.
bayangkanlah kalau perkara sama berlaku di malaysia, tiba-tiba bas meletup, mati 100 orang, tiba-tiba stesen meletup, mati lagi 200 orang.
mesti kita pun akan jadi marah dan geram.
haih..leceh, aku nampak benda ini macam satu viscious cycle.
senario -aku tumbuk kau lalu kau tumbuk aku balik tumbuk kau tumbuk aku tum..
macam susah nak tamat.
Dude, ketakutan orang Barat itu berasas kepada pemikiran kambing. You know, what you always preach about- sikap percayakan media.
Sebab they believe what the media told them.
Cuba you keluarkan balik National Geographic tahun 1980-an and 90-an. Baca pasal perang di negara2 Islam oleh orang Barat yang kononnya 'takut' dengan orang Islam, padahal nak minyak dorang je.
Siapa yang patut takut siapa sebenarnya?
quite right, ketakutan mereka juga berunsur kambing.
hentam keromo dalam menyalahkan semua muslim, sampai yang tak terlibat pun kena sekali.
tapi apabila berkenaan pihak yang perlu rasa takut. i think, dua-dua general populations muslim (middle easteners to be exact) dan westeners perlu takut.
sebab dua-duanya dipermainkan kuasa yang lebih besar.
kalau ikut prinsip freedom of speech yang dilaungkan di barat, filem ni takde masalah melainkan kita buat filem Fitna untuk hentam kristian, secara automatik kita akan digelar xenophobe. walaupun sukar untuk ditelan tapi semua benda ada baik & buruk termasuklah agama. bukan agama buat kita jahat, tapi adat & perangai orang buat agama nampak jahat. filem ni sesuai untuk tontonan golongan yang merasakan honor killing tu benda yang agama tuntut, bunuh orang atas nama tuhan & malas menuntut ilmu sebab macam tulah rupa perangai & anutan diorang bila difilemkan. kalau tuhan nak bunuh orang, baik dia kiamatkan je bumi ni. sesuai untuk sedara mara seagama kita di belah timur tengah sana, filem ni adalah satu wake up call untuk diorang & kita untuk jadi lagi baik untuk buktikan kat diorang yang tak semua camtu.
Well it appears to me that Mr. Wilders here is as inane as the next extremist Muslim he portrays in his cockamamie excuse of a 'film'.
The fact that he is taking the verses out of context to justify his propagandistic violence porn makes him no different than the terrorists who use the same verses to justify their actions.
There's always more than one side to a story. Here's another: http://abcnews.go.com/Blotter/story?id=4544952&page=1
Maybe Mr. Wilders should have taken a few pointers from Rashomon. Would've done him good, but I still doubt if it could in any way save the pathetic excuse that is 'Fitna'.
Ok..here goes MY words.
Mr. Wilders definitely did note read the whole Holy Quran. He just used some of the verses just to complicate things.
For example : Surah 4, verse 56. (This is Surah An-Nissa’ which means Women. Obviously kerana surat ini banyak membicarakan mengenai hal hal berhubung wanita.),
Translation ayat 56 itu : Sesungguhnya orang – orang yang kafir kepada ayat Kami, kelak akan Kami masukkan mereka ke dalam neraka. Setiap kali kulit mereka hangus, Kami ganti kulit mereka dengan kulit yang lain, supaya mereka merasakan azab. Sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.
Ayat - ayat sebelum ayat 56 ini pula adalah mengenai orang orang yang syirik. So itu lah hukum orang orang yang syrik dan kaitannya.
Dan kenapa translation ayat seterusnya (ayat 57) iaitu mengenai nikmat syurga tidak dimasukkan ke dalam filem ini? Obviously untuk mengelirukan orang orang yang sememangnya takut dengan Islam.
To me, it would be marvellous if there is somebody amongst the many Muslim scholars who can "rectify" the mistakes Wilders makes and explain what those verses really means in the right context. In a short film like this too.
~saya yang jahil~ :-)
abg kundur:
-----------
yes, freedom of speech yang sebenarnya tak free. semua orang hanya mahu dengar free speech yang match dengan fikiran mereka.
hali munan:
-----------
thanks for the link man!
undomesticwifey:
----------------
wow! smart! thanks for sharing that piece of info :)
Sebenarnya kita tak perlu marah sgt melayan karenah org2 yg bodoh/cetek akal kan?
Kadang-kadang kita buta-buta marah, tanpa tau pun apa benda yang orang lain marahkan.
Pada aku, yang paling penting apa benda yang kau lakukan untuk memperbaiki diri kita sendiri. Kadang-kadang kita ni marah, yelah marah begitu sahajalah. Sementara isu tu tengah panas. Tapi lepas tu bila marah dah hilang, sejuk la balik. Tanpa ada sebarang inisiatif pun untuk berubah ke arah yang lebih baik. Malah niat nak berubah tu pun tak ada.
To all previous commenters, thanks for sharing those info here.
siberkop:
--------
exactly, lebih penting berfikir dari marah-marah semata-mata, kalau mahu marah pun, biar gunakan fikiran sebagai asasnya, kan?
hanakirana:
-----------
yep, aku pernah terbaca satu petikan ini dulu, katanya..
"seek happiness within, not without"
rasanya applicable untuk banyak benda juga, bukan happiness sahaja. apa-apa pun bermula dari dalam diri.
Post a Comment