Friday, March 7, 2008

Kerana Aku Macam Peduli Sikit-Sikit II

Begini, tahun lalu aku telah menghadiri Sunday mass di sebuah gereja protestan. Ini bukan lawatan ramai-ramai atau lawatan berpemandu (guided tour) ya, aku pergi sebagai salah seorang dari hadirin biasa. Mungkin rupa aku ini jenis yang tak mudah nak dicop sebagai muka Melayu tipikal, maka aku masuk begitu sahaja, pastor yang menyambut semua hadirin di pintu pun salam dan senyum pada aku sama macam yang dia buat pada orang lain juga, dan didalam pun tak ada orang pandang-pandang atau tunjuk-tunjuk ke arah aku. Bagus! Memang ini yang aku mahu, biar aku sebati, mengalami dan memerhati semuanya seperti mana-mana pengunjung biasa perhati dan alami pada mana-mana Ahad.


Acara bermula dengan kumpulan muzik memainkan nasyid di atas pentas (nasyid kristian lebih happening, macam lagu pop rock, dan sememangnya boleh mengalahkan NowSeeHeart, InTeam dan Brothers bila-bila masa sahaja). Habis nasyid di dendangkan, pastor pun berdiri dibelakang podium dan mula memberi khutbah.




Point 1:

-----------


Khutbahnya bukan seperti khutbah hari Jumaat yang tema utama selalunya – orang zaman sekarang sudah ‘rosak’ dan orang zaman dulu itulah yang mulia dan kita harus jadi seperti dulu. Ditambah dengan sesi marah-marah generasi yang ‘rosak’ dan sesi mengulang semula azab dan hukuman seperti banjir, gempa bumi, perang, dan bencana lain bagi orang-orang ‘rosak’.

Apabila sudah habis marah-marah, elemen ini pula - negara kita aman makmur dan kerajaan telah banyak melaksanakan kebaikan, maka semua hendaklah berterima kasih dan bersyukur.

Sungguh berbeza! Khutbahnya adalah berkenaan amal kebajikan yang baru dilaksanakan ahli jawatankuasa gereja pada minggu sebelumnya, tentang bagaimana hasil kutipan derma 2-3 minggu lalu telah digunakan untuk menyediakan makanan, pakaian, medical check-up serta konsultasi percuma untuk fakir miskin yang tinggal di jalanan sekitar Kuala Lumpur. Sambil pastor memberi khutbah, projektor menayangkan rakaman yang membolehkan semua hadirin menyaksikan dengan mata sendiri bagaimana belas kasihan dan goodwill yang mereka curahkan dalam bentuk derma tidak lama dulu digunakan bagi membantu manusia lain yang berada dalam kesusahan.


Acara diteruskan lagi dengan sedikit bacaan doa -mengharapkan keadaan manusia yang menerima bantuan kini lebih baik.

---------------------------------------------------------------------------------------------




Point 2:

---------

Khutbah diteruskan sedikit lagi, tapi kali ini menyentuh tentang hadis Jesus (Yeshua/Isa) dan isi kandungan Bible serta cara mengaplikasi isi kandungan ini dalam kehidupan. Memang betul, dalam Bible pun ada disebut tentang neraka, azab dan hukuman, tapi approach si pastor berbeza dari apa yang selalu diwar-warkan orang Melayu kuat agama umumnya.


Dia tidak fokus kepada kemarahan dan azab tuhan, tapi yang lebih diutamakan dan sangat ditekankan adalah kasih sayang tuhan. Tentang bagaimana dan apa sekali pun, yang paling penting adalah tuhan sayangkan kamu semua. Jadi kata-katanya tidak meng-kondem orang ‘rosak’ ke neraka, tapi sebaliknya berkemungkinan besar memberi harapan kepada golongan yang kononnya ‘rosak’ ini.

-------------------------------------------------------------------------------------------



Point 3:

---------

Setelah tamat khutbah tentang kepentingan berbuat kebajikan dan kasih sayang tuhan kepada manusia dan sesama manusia, pastor menjemput seorang hadirin ke hadapan. Rupa-rupanya dia adalah saudara baru, seorang pemandu teksi miskin lingkungan umur pertengahan 50-an yang kini memeluk agama Kristian, dan dia ingin berkongsi kisahnya secara lebih kurang.


Katanya hidupnya terasa lebih aman tenteram dan lebih bermakna setelah menjadi sebahagian dari komuniti gereja tersebut. Tambahnya lagi, yang paling dia hargai adalah sifat caring ahli komuniti gereja yang ditunjukkan terhadapnya.


Mereka selalu membantunya terutamanya dari segi memberi nasihat dan meniupkan semangat untuk dia meneruskan hidup dan berusaha secara halal, dia tak segan mengaku yang dulu dia pernah buat kerja-kerja haram seperti berjudi, jadi kaki pukul, jadi samseng seludup barang dll untuk menyara hidup.


Kisahnya disambut dengan tepukan hadirin dan pelukan dari pastor.

----------------------------------------------------------------------------------------------


Habis sudah khutbah pastor, ada sedikit lagi bacaan doa dan sembahyang (sembahyang pun sama juga seperti baca doa, cuma lebih panjang sedikit, tak ada ritual yang elaborate).



Point 4:

---------

Pastor menamatkan majlis hari itu dengan mengumumkan yang ahli jawatankuasa gereja akan ke Johor lagi untuk memberi tambahan bantuan kerana yang pernah diberikan beberapa minggu lepas masih belum cukup dan menyeru kepada hadirin untuk menderma bagi tujuan itu. Satu bekas velvet berwarna biru di pass around dan hadirin yang bersemangat memberi, membuatkan bekas tersebut dipenuhi duit pada kadar yang memberangsangkan.

-------------------------------------------------------------------------------------------


Majlis tamat, orang ramai mula berjalan keluar, ada yang bersembang-sembang sesama sendiri dan ada yang terus duduk (mungkin berzikir). Aku melangkah keluar dengan senyuman, dan sekali lagi tanpa menarik perhatian ataupun jari telunjuk sesiapa.




p/s: Ini bukan ceramah agama. Tolong fokus kepada point dan bandingkan dengan dengan cara point tersebut dilaksanakan oleh orang Melayu kuat agama di masjid. Mungkin ada perkara yang boleh di adaptasikan untuk kegunaan dan faedah orang Melayu kebanyakan.

Kerana Aku Macam Peduli Sikit-Sikit

Dunia blogosfera sekarang terasa amat bosan, pada pendapat aku lah, kamu ada rasa macam tu?


Baik, jadi…terus ke perkara pokok. Orang Melayu dan budayanya (agama juga aku golongkan sekali sebagai budaya) adalah hampir sebati. Ya betul, ada saja orang Melayu minum bir, ada saja orang Melayu yang tak kisah atau kurang kisah pasal budaya/agama, tapi kumpulan ini hanya segelintir aku rasa, mungkin dalam 10-20%. Majoriti masyarakat Melayu pula sangat kisah dan sangat mengikut budaya/agamanya, “biar mati anak, jangan mati adat” kata mereka. Para orientalis Empayar British dulu pun sudah sedar tentang hal ini, selepas J.W.W. Birch dibunuh, kata mereka “Orang Melayu ni asalkan tak kacau mereka punya agama dan adat (budaya), jadilah”


Disebabkan karakteristik orang Melayu kebanyakan adalah kuat ikut agama, maka sudah tentulah pusat agama mereka adalah masjid-masjid yang mereka kunjungi setiap hari atau lebih kerapnya setiap hari Jumaat. Dan kerana majoriti orang Melayu taat mengikut kata-kata imam di masjid dan menjadikan amalan orang kuat agama sebagai panduan, aku rasa terpanggil untuk berkongsi pengalaman dan memberi idea, yang aku rasa mungkin dapat membuatkan peranan masjid dan imam menjadi lebih berguna dan signifikan bagi komuniti Melayu yang ada disekitarnya.


Aku tahu ramai juga orang yang singgah membaca, cuma diam dan tak pernah memberi komen sahaja. Tak apa, kamu baca post yang ini dan kalau rasa ada idea yang berguna, kongsi dengan kawan, ahli keluarga kamu, dan mungkin tok siak/imam di surau/masjid, ok?


To be continued....

Sunday, March 2, 2008

Another Surge - of A Different Kind

Aku sungguh terharu. Terharu dan kenyang.

Malam ini, makan malam aku ditaja sepenuhnya. Bukan satu, tapi dua!

Ada insan membelanja aku pizza, bagai orang mengantuk disorong bantal, sudahlah lapar, roti panas bercampur keju pula memang kegemaran aku. Apabila kotak pizza yang suam-suam itu di buka, aroma keju panas terus menerpa hidung. Vah, vah, vah, syabbas...syabbas mera rhoti! Belum sempat tangan mau ambil sepotong, tiba-tiba ada panggilan.

Mari berjumpa di KFC berdekatan katanya, tambahnya lagi "dinner is on me", tergelak aku.
Satu lagi meal menunggu sedangkan yang di depan mata pun belum disentuh, tapi usah risau, aku tahu makanan bukan segala-galanya, aku cuma anggap sebagai bonus (umpan? aku harap tidak).

Mungkin ini pun seperti kejadian lepas, hukum karma datang membalas, 'what goes around, comes around'. Mungkin satu ketika dulu, samada secara langsung ataupun tak langsung, aku ada membuatkan insan lain kenyang dan terharu sepertimana aku tengah kenyang dan terharu sekarang, jadi sekarang tiba giliran aku pula.

p/s: para gadis, sila ambil nota ya, kata-kata orang putih itu memang benar: antara jalan untuk memenangi hati lelaki adalah menerusi perutnya.

Friday, February 29, 2008

Layan

Aku suka dokumentari yang macam ini. Lebih baik dari menonton (disuap) dengan bahan propaganda yang saban hari memenuhi TV.



Selamat menonton and have a good weekend everyone!

Thursday, February 28, 2008

Tak Jalan


Bilik aku sudah menjadi sedikit berserabut, kertas kerja yang sepatutnya sudah boleh disiapkan masih belum siap, dokumen yang aku perlu cetak untuk menjayakan proses perpindahan ke tempat lain…ah itu sedang berjalan…sedikit-sedikit sahaja tapi.


Semenjak beberapa hari lalu, apabila hari bermula, aku akan fikir…

lepas sarapan dan minum segelas nescafe, otak aku akan menyerap caffeine lalu menjadi segar, dan apabila sudah segar, aku akan bergegas naik ke tempat aku semula lalu mengemas bilik dan menyelesaikan apa yang aku patut selesaikan

…aku hirup nescafe dan senyum sendiri.


Habis minum, aku sampai ke bilik aku. Tak segar pun, dan yang paling leceh, tetap tak jalan.


Ada orang di luar sana pernah alami ini? Kisah untuk berkongsi penyelesaian dengan aku?


Terima kasih.

Sunday, February 24, 2008

Reminiscence

Sebenarnya kalau dilihatkan tona isi kandungan blog ini sekarang, rasanya post ini mungkin jadi seperti out of place. Tapi aku mahu tulis juga, kerana ini adalah blog aku, suka hati aku lah.


Zaman kanak-kanak dulu, aku suka bereksperimen (sekarang pun lebih kurang juga – blog ini pun sebenarnya tempat aku bereksperimen dengan penulisan bahasa Melayu) biarlah kalau orang katakan apa yang aku buat ketika itu merepek, tapi aku tetap mahu memandangnya sebagai satu eksperimen.


Rasanya pada ketika itu aku baru memulakan pengajian di tahap menengah dan adik aku di tahap rendah.


Satu hari aku dapati adik aku sedang tidur di atas sofa di ruang tamu dengan nyenyak, mulut pun terbuka sedikit.


Pantang betul aku tengok situasi macam ini, banyak idea-idea kreatif timbul. Setelah dipertimbangkan idea-idea itu, cuma satu di pilih.


Aku pergi ke dapur seketika dan kembali ke ruang tamu senyap-senyap.


Kemudian aku berdiri di belakang sofa dan perhatikan subjek aku yang sedang tidur, pasti! Memang nyenyak dan tidak sedar apa pun. Tangan dihulurkan ke arah muka subjek dan perlahan-lahan aku masukkan secubit (cubit dengan tiga jari, jadi lebih banyak dari biasa) garam kedalam mulut yang terbuka itu.


Phfffft!! Bersembur garam dan air liur! Terus naik angin, marah-marah dan mahu bergaduh. Kecoh dalam rumah, aku ketawa sambil lari dan menepis pukulan-pukulan dan mungkin juga makian berserta sumpahan. Aku cakap di antara ketawa.


“Hoi, orang bagi zat pun nak marah!!”



Thursday, February 21, 2008

Siapa Buat Keputusan Untuk Kamu?

Media selalunya di gambarkan sebagai hanya sebuah medium yang digunakan untuk menyebarkan maklumat, tak kiralah maklumat yang macam mana. Media, seperti namanya, adalah medium semata-mata dan tak lebih dari itu. Tapi sebenarnya kalau diperhatikan elok-elok, media sebenarnya adalah satu alat potent yang mampu menguasai fikiran lebih dari kebanyakan kita sangka ia mampu.


Antara perkara yang membuatkan aku menulis tentang kuasa media ini adalah apa yang yang aku alami sendiri. Ketika itu aku sedang bercakap dengan seorang rakan tentang beberapa hal yang berkaitan dengan isu orang perasan alim yang yakin “aku sahaja betul” lalu memperlekeh, mengadili, membuat kesimpulan sendiri dan menyusahkan hidup orang lain (contohnya seperti lelaki “hentikan rakaman” dalam kes ini). Dalam bercakap pasal hal itu, mulut aku telah mengeluarkan komen “Dia orang nih semua camel jockey wannabes, a bunch of Arab lovers!”


Tolong maafkan aku kalau ada di antara kamu yang bernama Sayid atau Sharifah berketurunan Arab, aku tak bencikan orang Arab. Ya, itu dia! Aku tidak bencikan orang Arab langsung….tapi dalam keadaan sedikit kurang rasional akibat terlalu berapi-api bercakap, aku telah mengeluarkan kenyataan yang membuatkan aku kelihatan seolah-olah sungguh anti-semitik (bukan Yahudi sahaja, bangsa semitik merangkumi Arab dan Yahudi - dari kitab Injil, dipercayai kedua-dua bangsa ini berasal dari anak Nuh/Noah yang bernama Shem...but well...cerita lain).


Jadi otak aku mula ligat berfikir tentang komen yang baru saja terbang keluar dari mulut aku. Kenapa?...aku fikir…dan akhirnya aku sedar. Mungkin ada faktor-faktor lain yang aku belum kenal pasti, tapi satu penyebab utama komen itu terpacul dari mulut aku adalah kerana pada ketika itu, dalam kehangatan berdebat, bercerita dan bercakap, ada imej-imej bermain-main dalam kepala. Imej-imej stereotaip orang Arab dan Afghan (ya imej orang Afghan pun ada sekali) yang kelihatan sungguh barbarik dan kolot dengan muka bengis, mulut ternganga, kening lebat berkerut, baju berdebu dan AK-47 di tangan.


Dari mana pula datangnya imej-imej ini? Kamu sendiri pun sudah tentu boleh jawab rasanya; Dari media- dari majalah-majalah, surat khabar dan berita dan cerita di TV. Aku fikir aku ini orang yang tidak mudah dipengaruhi anasir luar dan hanya bergantung kepada analisa minda sendiri, dan aku pasti kamu pun sama.Tapi apabila imej yang sama di hidangkan berkali-kali, mungkin beribu kali, lambat laun pasti ada kesannya. Imej-imej atau yang lebih penting lagi idea yang dibawa bersama imej imej ini akan mula melekat dalam benak pemikiran atau subconscious mind kata orang putih.


Apabila ini berlaku, maka sudah pasti lah ada kesannya, bahkan tak mustahil kesan ini nanti mampu mempengaruhi cara kamu membuat keputusan juga.


Di sini aku akan letakkan satu set imej-imej yang selalu dihidangkan media dan satu set yang jarang dihidangkan supaya kita semua (termasuk aku) akan ingat semula yang orang Arab dan Afghan juga adalah manusia biasa seperti kita. Yang aku benci itu bukan orang Arab atau Afghan tapi adalah orang-orang bermentaliti kolot “aku sahaja betul” tanpa mengira bangsa.


Set 1:
--------

*lelaki Arab - perhatikan gaya pencahayaan yang digunakan


*lelaki Arab - perhatikan ekspresi dan AK-47


*lelaki Afghan - lihat gaya muka yang semacam plotting sesuatu dan bukannya berdoa


*lelaki Iran - fashion sense-nya yang dipergunakan media kini memakan diri




Set 2:
---------

*lelaki Arab - ya, bukan semua lelaki Arab berjanggut panjang dan bawa AK-47 -yang ini pandai enjoy juga

*lelaki Afghan dan anak perempuan - lelaki Afghan pun mampu jadi ayah penyayang


*lelaki-lelaki Afghan - memiliki kedai dan juga mampu chill-out


p/s: anggaplah gambar selingan tempoh hari sebagai pembukaan untuk post yang ini.