Thursday, February 21, 2008

Siapa Buat Keputusan Untuk Kamu?

Media selalunya di gambarkan sebagai hanya sebuah medium yang digunakan untuk menyebarkan maklumat, tak kiralah maklumat yang macam mana. Media, seperti namanya, adalah medium semata-mata dan tak lebih dari itu. Tapi sebenarnya kalau diperhatikan elok-elok, media sebenarnya adalah satu alat potent yang mampu menguasai fikiran lebih dari kebanyakan kita sangka ia mampu.


Antara perkara yang membuatkan aku menulis tentang kuasa media ini adalah apa yang yang aku alami sendiri. Ketika itu aku sedang bercakap dengan seorang rakan tentang beberapa hal yang berkaitan dengan isu orang perasan alim yang yakin “aku sahaja betul” lalu memperlekeh, mengadili, membuat kesimpulan sendiri dan menyusahkan hidup orang lain (contohnya seperti lelaki “hentikan rakaman” dalam kes ini). Dalam bercakap pasal hal itu, mulut aku telah mengeluarkan komen “Dia orang nih semua camel jockey wannabes, a bunch of Arab lovers!”


Tolong maafkan aku kalau ada di antara kamu yang bernama Sayid atau Sharifah berketurunan Arab, aku tak bencikan orang Arab. Ya, itu dia! Aku tidak bencikan orang Arab langsung….tapi dalam keadaan sedikit kurang rasional akibat terlalu berapi-api bercakap, aku telah mengeluarkan kenyataan yang membuatkan aku kelihatan seolah-olah sungguh anti-semitik (bukan Yahudi sahaja, bangsa semitik merangkumi Arab dan Yahudi - dari kitab Injil, dipercayai kedua-dua bangsa ini berasal dari anak Nuh/Noah yang bernama Shem...but well...cerita lain).


Jadi otak aku mula ligat berfikir tentang komen yang baru saja terbang keluar dari mulut aku. Kenapa?...aku fikir…dan akhirnya aku sedar. Mungkin ada faktor-faktor lain yang aku belum kenal pasti, tapi satu penyebab utama komen itu terpacul dari mulut aku adalah kerana pada ketika itu, dalam kehangatan berdebat, bercerita dan bercakap, ada imej-imej bermain-main dalam kepala. Imej-imej stereotaip orang Arab dan Afghan (ya imej orang Afghan pun ada sekali) yang kelihatan sungguh barbarik dan kolot dengan muka bengis, mulut ternganga, kening lebat berkerut, baju berdebu dan AK-47 di tangan.


Dari mana pula datangnya imej-imej ini? Kamu sendiri pun sudah tentu boleh jawab rasanya; Dari media- dari majalah-majalah, surat khabar dan berita dan cerita di TV. Aku fikir aku ini orang yang tidak mudah dipengaruhi anasir luar dan hanya bergantung kepada analisa minda sendiri, dan aku pasti kamu pun sama.Tapi apabila imej yang sama di hidangkan berkali-kali, mungkin beribu kali, lambat laun pasti ada kesannya. Imej-imej atau yang lebih penting lagi idea yang dibawa bersama imej imej ini akan mula melekat dalam benak pemikiran atau subconscious mind kata orang putih.


Apabila ini berlaku, maka sudah pasti lah ada kesannya, bahkan tak mustahil kesan ini nanti mampu mempengaruhi cara kamu membuat keputusan juga.


Di sini aku akan letakkan satu set imej-imej yang selalu dihidangkan media dan satu set yang jarang dihidangkan supaya kita semua (termasuk aku) akan ingat semula yang orang Arab dan Afghan juga adalah manusia biasa seperti kita. Yang aku benci itu bukan orang Arab atau Afghan tapi adalah orang-orang bermentaliti kolot “aku sahaja betul” tanpa mengira bangsa.


Set 1:
--------

*lelaki Arab - perhatikan gaya pencahayaan yang digunakan


*lelaki Arab - perhatikan ekspresi dan AK-47


*lelaki Afghan - lihat gaya muka yang semacam plotting sesuatu dan bukannya berdoa


*lelaki Iran - fashion sense-nya yang dipergunakan media kini memakan diri




Set 2:
---------

*lelaki Arab - ya, bukan semua lelaki Arab berjanggut panjang dan bawa AK-47 -yang ini pandai enjoy juga

*lelaki Afghan dan anak perempuan - lelaki Afghan pun mampu jadi ayah penyayang


*lelaki-lelaki Afghan - memiliki kedai dan juga mampu chill-out


p/s: anggaplah gambar selingan tempoh hari sebagai pembukaan untuk post yang ini.

9 comments:

Anonymous said...

you one smart bugger. i like your post...tolong tulis lagi pasal anti semitik. enlightning.

Anonymous said...

enlghtening, sorry.

Anonymous said...

enlightening, sorry. aku lemah bahasa inggeris.

NeemoNeemo™ said...

Gambar lelaki Afghan 'gaya muka yang semacam plotting sesuatu dan bukannya berdoa' itu sungguh menarik. Agak seksi. Boleh buat billboard.

By the way, ada lg org yg lebih cute dr 47 rupenye(selain John Hafiz). Iaitu Kunyit di atas. Rajin betul buat correction.

Anonymous said...

cakap berapi=percakapan yang ingin mempengaruhi=dalam state yang 30% berfikir...70% perasaan

biaser la tu

skang ni kalau orang mintak pendapat...ko sokong BN ek?...apa la BN menipu jer

so aku akan list +ve,-ve...ha pastu pepandai la org tu buat keputusan

itu la kisah aku dengan pendapat aku

Ingrid Dients said...

Good post. From personal experience, mujahidins don't simply slay "infidels" and refuse to talk to women who don't dress recently. I experienced this during a month stay in the Pakistan "outback" when covering the South Asia earthquake in 2005. Truly, that would be the time to experience the ugly side of human nature, what with the tragedy, illness, looting etc.

And the talibans are vital for the development of Afghanistan. The western media will not tell you of the prevalent cases of sodomy and "boy-mistressing" among Afghan men. Many do not know of the local saying "the birds fly over the city with one wing covering their back". (See: http://www.sodomylaws.org/world/afghanistan/afnews007.htm) The only way to control such moral corruption that has become a norm is by means of applying hijab to women and quarantining both women and children.

Ingrid Dients said...

If that link doesnt work read this:

http://www.counterpunch.org/kandahar.html

Written in the point of view of an ignorant red-neck.

nurulazreenazlan said...

i am no fan of the arabs.

from my observation of the arabs here, they're usually proud as hell tapi at the same time bodoh.

bodoh sombong la senang cerita.

dangerous combination tu.

i admit though people are different and it's not fair to stereotype people, just as i would get upset if people say i must be lazy because i'm malay. eh, but i am lazy so what am i saying? haha.

i would suggest that the malay muslims in malaysia stop worshipping the arabs. diorang tu pun manusia jugak, banyak flaws. just because diorang sebangsa dengan the prophet doesn't make them better than the rest of the world population.

i bet it would shatter the mental image if they come across a pak arab with serban and jubah putih sitting with a girl on his lap and a jug of beer on the table.

not all arabs are muslims. they have christians too. and others macam kat malaysia jugak.

i would love to meet an arab who would prove me wrong tapi belum ada peluang lagi.

47 said...

Kunyit:
-------
Thank you. I'll think about it, maybe I'll write something on anti-semitism/semitic people. But then again, maybe I won't.

For someone who claims that his english isn't good, you sure express yourself in a very english manner ;)


Neem:
-----
Taknak kawanlah. Dulu cakap I cute, sekarang cakap orang lain pulak cute. Hmph!


Erm:
----
I think you've just missed the point completely. But nevermind that, happy mengundi.


Bovril:
-------
Thank you very much. Your sharing of experience here is greatly appreciated!


Nurul:
------
I'm no fan of the arabs either. They can be very rude, unreasonably demanding and stingy (agreed upon by many friends who work at hotels around malaysia).

Lazy? Ah, look at that :) our malaysian architect in the ever competitive city of london is being modest ;)

Thanks for sharing your observation Nurul. I really appreciate it!