Zaman kanak-kanak dulu, aku suka bereksperimen (sekarang pun lebih kurang juga – blog ini pun sebenarnya tempat aku bereksperimen dengan penulisan bahasa Melayu) biarlah kalau orang katakan apa yang aku buat ketika itu merepek, tapi aku tetap mahu memandangnya sebagai satu eksperimen.
Rasanya pada ketika itu aku baru memulakan pengajian di tahap menengah dan adik aku di tahap rendah.
Satu hari aku dapati adik aku sedang tidur di atas sofa di ruang tamu dengan nyenyak, mulut pun terbuka sedikit.
Pantang betul aku tengok situasi macam ini, banyak idea-idea kreatif timbul. Setelah dipertimbangkan idea-idea itu, cuma satu di pilih.
Aku pergi ke dapur seketika dan kembali ke ruang tamu senyap-senyap.
Kemudian aku berdiri di belakang sofa dan perhatikan subjek aku yang sedang tidur, pasti! Memang nyenyak dan tidak sedar apa pun. Tangan dihulurkan ke arah muka subjek dan perlahan-lahan aku masukkan secubit (cubit dengan tiga jari, jadi lebih banyak dari biasa) garam kedalam mulut yang terbuka itu.
Phfffft!! Bersembur garam dan air liur! Terus naik angin, marah-marah dan mahu bergaduh. Kecoh dalam rumah, aku ketawa sambil lari dan menepis pukulan-pukulan dan mungkin juga makian berserta sumpahan. Aku cakap di antara ketawa.
“Hoi, orang bagi zat pun nak marah!!”
8 comments:
baiknya. kalau aku, guna lipas.
adik saya dulu pernah nak ketuk kepala saya dengan senduk sebab dia cakap kalau ketuk kepala orang dengan senduk, orang tu nanti jadi beruk. WTF my adik?
He's 21 now. Embarassing and stupid.
Aku suka ngomelan kamu tentang memberi zat itu! Sungguh lucu pada aku. Tapi kan, Matlamat TIDAK menghalalkan cara. Hehehehe... Zat itu bagus, cuma lebih bagus jika dan hanya jika orang yang diberi itu faham tentang pemberian zat kamu.
Fahamkah?
Apa apa pun, aku ketawa saja. Aku suka entri begini. Funny!
Erm...lepas baca entri ni..
Rasanya..
Ok,ok, 47 is cute.cuter.
but not cutest.That's me.heheh.
[Ha, org lain klu rase 47 cute jugak, klu nak wat groupies jgn libatkan Neem ok]
adei, aku ingatkan magenta tulis, rupanya 47. ye neem, cute pulak entri ni.. wahaha
kalau kt asrama, kita org selalu gulung kertas buat rokok letak dlm mulut muncung tu. gampang memori. haha
saya pernah kena jugak masa kecil! hehehe..adik adik memang selalu jadi bahan eksperimen abang dan kakak.
Zat eh? Evil more like it!! hahaha
sarah:
------
lipas kotor sangat, plus mungkin membahayakan test subject :)
dayana:
-------
itu sememangnya fakta sains yang telah lama diketahui -manusia apabila diketuk kepalanya dengan senduk akan bertukar menjadi beruk. nasib baik kamu tak kena ketuk dengan senduk...jangan cuba ketuk kepala sendiri dengan senduk pula lepas ni.
taichee:
--------
I'm glad that this thing has made you smile/laugh. Cheers!
neem:
-----
haha...speechless. If you think I'm cute and if it's a good thing for a tough old duda like me to be considered as cute, I say thank you.
and neem, I think you're cute too ;)
pakali:
-------
yep, itu pun antara salah satu benda yang aku pernah buat. gulung kertas buat rokok untuk orang tidur. lawak kenangan zaman kanak-kanak ni sebenarnya.
perempuan jomblo:
----------------
oh itu sudah semestinya. para adik di malaysia sepatutnya rasa bangga dan berterima kasih kepada abang-abang dan kakak-kakak mereka atas peluang untuk bereksperimen bersama yang telah diberikan.
lisa:
-----
good to see you again lisa! Evil?...nah, definitely zat! :)
Post a Comment