Nampaknya aku telah di-tag oleh cik Nurul. Banyak-banyak manusia yang ada blog, aku antara yang dipilihnya, bertuah betul (atau tak bertuah, bergantung kepada konteks kata cik Nurul).
Jadi, kita mulakan dengan peraturan yang harus dipatuhi sekiranya kamu di-tag: (ya, harus dipatuhi, kalau tidak dipatuhi ada pelbagai sumpah dan jampi menanti...takut woo)
------------------------------------------------------------------------
1) Berikan LIMA pautan (link) yang selalu dilawati.
2) Tag lagi LIMA manusia di luar sana.
3) Aku faham kamu kemungkinan besar ada laman-laman X-rated yang digemari, tapi maaf ya, laman-laman sebegitu tak boleh dimasukkan ke dalam lima pautan kegemaran.
4) LIMA manusia yang telah di-tag hendaklah dimaklumkan bahawa mereka telah di-tag.
5) Akhirnya, wujudkan satu pautan aktif (active link) untuk orang yang telah men-tag kamu.
-------------------------------------------------------------------------
Pautan ke LIMA laman yang aku selalunya lawat, tapi bukan disusun dalam aturan kekerapan aku melawat mereka:
1) TiubKamu. Macam-macam benda boleh didapati dari sini, maklumat, hiburan dan sebagainya.
Kalau rasa nak dengar lagu, ada ini. Kalau kamu kaki menari dan nak menguasai 'dance floor' ketika di kelab malam pada hujung minggu, ada ini. Letih di pejabat? Ada ini.
2) Berita Geografik Kebangsaan. Hal-hal terkini tentang topik kesukaan aku, budaya dan sejarah manusia, sentiasa ada di sini.
3) BukuMuka. Ada banyak gambar muka aku di sini, semuanya di ambil sendiri dari sudut yang sama setiap kali, kamera di pegang tinggi dan disasarkan kebawah pada sudut 45 darjah ke arah muka. Gambar-gambar ini semuanya nampak hampir sama, tapi aku variasikan warna-warna mereka supaya tampak lebih memikat. Best kan?
Tujuan utama aku ke BukuMuka adalah untuk terus berhubung dengan dan mengetahui cerita terbaru semua rakan lama yang sekarang berada entah di mana-mana.
4) SayaBolehDapatBurgerKeju. Laman yang tak pernah gagal membuatkan hari aku menjadi bertambah ceria dengan senyuman dan kadangkala ketawa hilai orang gila. Nanti bila sudah ada tempat yang lebih sesuai, pasti aku akan bela seekor kucing seperti dulu.
5) Kamus Warisan Amerika. Kerana tiada siapa yang tahu semua perkataan bahasa mat salleh, termasuklah mat salleh itu sendiri pun. Jadi kalau rasa tersangkut ketika membaca buku atau menonton rancangan atau cerita yang mediumnya bahasa mat salleh, datanglah ke sini.
Habis. Itulah LIMA di antara laman-laman web yang aku selalunya lawat.
Sekarang, mereka ini adalah LIMA orang yang aku pula tag:
----------------------------------------------------------------
1) AKAB (saja, kerana aku mahu lihat, adakah seorang anarkis akan ikut peraturan tag?)
2) Lucius Maximus (kamu anarkis juga ke?)
3) Gee Wheez (saja-saja juga, kerana mahu kenal personaliti yang berani kerana benar ini. Jadi mulakan dengan berkongsi pautan)
4) Perempuan Jomblo (kerana layout kamu yang cantik dan menawan)
5) Thinker Bell (kerana kamu kawan Peter Pan)
----------------------------------------------------------------
Nah, orang-orang yang aku telah tag. Mungkin ada di antara kita nanti yang akan berkongsi pautan yang mana isi kandungannya sangat bermakna sampai ke tahap di mana apabila pengunjungnya membaca/menonton/mendengar, mereka mencapai nirvana.
Kalau perkara macam ini berlaku, maka aku rasa tenaga yang aku curahkan untuk post tag ini adalah berbaloi.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
12 comments:
"Ada banyak gambar muka aku di sini, semuanya di ambil sendiri dari sudut yang sama setiap kali, kamera di pegang tinggi dan disasarkan kebawah pada sudut 45 darjah ke arah muka." -47
-Adakah gambar dari sudut 45 darjah ini ditangkap to aim for the 'pandang serong' look? :p
"Jadi, kita mulakan dengan peraturan yang harus dipatuhi sekiranya kamu di-tag: (ya, harus dipatuhi, kalau tidak dipatuhi ada pelbagai sumpah dan jampi menanti...takut woo)"
-Tapi kalau patuhi nanti the love of your life will show up at your door at exactly 12 o'clock tonight! Eeee..bestnye!!!1
terima kasih atas proses tagging ni.
walau saya kurang faham apakah fungsi dan manfaat tagging thingy ni.
=), thanx!
LOL. byk ni aje ke soalan yg ditag nye. heheh.
i take the challenge. :D
uih rajinnya siap dah terjemah tag ini. rajin kamu 47 =)
kamu juga ada mukabuku? marilah berkait!
oleh kerana kat umah suscribe national geographic jadi saya membacanya
tahukah anda butterfly berhijrah mengikut medan magnet bumi? so kalau kita takda kompas...kita boleh merujuk pada butterfly
saya agak muak melihat kekerapan ulasan sejarah mummy,firaun.gengis khan ok!
siri2 pengembaraan seperti melawat australia menaiki basikal itu sungguh menarik.
sekian terima kasih.
mukabuku...ok, NOW i get it :p
magenta:
--------
Mestilah, I nak kasi gambar I nampak menggoda ;)
Takde orang datang pun malam tadi. You datang malam ni boleh? ;)
perempuan jomblo:
-----------------
Sungguh jomblo perempuan ini. Tahniah kerana bertunang dan sama-sama =)
thinker bell:
-------------
Terus sahut tanpa teragak-agak :) memang berani.
nurul:
-------
Tak rajin mana pun. I malulah nak berkait dengan you..ihihihiks *tutup muka dengan dua tapak tangan :)
erm:
----
Oy, jangan muak tengok berita mumia, nanti malam dia datang cekik kamu.
Tapi betul lah, kalau asyik-asyik mumia, memang membosankan, tapi nasib baik Geo.Keb. ni banyak membuat liputan tentang cerita-cerita lain jugak.
shaz:
-----
Ada MukaBuku? :)
duh...
47 : Mana boleh. I janda muda, you teruna tua. Apa pulak orang kata nanti.
p.s. Bila you nak pujuk mak you supaya kasi you keluar malam? I tengok asyik pmpn je kena datang pergi jumpa you malam2.
lucius:
-------
Dude, free will rules :) this tag thing is not compulsory, I did it when I had nothing better to do.
You on the other hand, is currently producing good posts that probe into our local political scene.
Keep it up man, I enjoy reading em.
magenta:
--------
I duda tua la :) Pasal perempuan-perempuan datang tempat I tu err.....jangan hebohkan eh haha
Dude, done my tag part. Sorry if a bit late. Been busy with practicals lately :P
Hey, thanks for responding. That's very nice of you :) At least boleh tahu sikit sebanyak pasal orang yang berani kerana benar ni.
Post a Comment