Wednesday, October 31, 2007
We Fear The Unknown
Ini adalah salah satu sebab mengapa aku meng-advocate atau bak kata orang-orang tua -menggalakkan- pembelajaran mandarin (bagi aku setakat boleh bercakap dan faham apabila dengar sudah cukup, belajar menulis dan membaca bagus juga, tapi ia akan memakan masa yang lebih).
Sememangnya tak boleh dinafikan ada sentimen 'kurang suka cina' di kalangan sesetengah orang Melayu, dan orang Cina juga sama, ada di kalangan mereka yang juga meyimpan sentimen 'kurang suka melayu'.
Dari mata aku, kita semua sama saja, tak lebih tak kurang pun, kelainan kita sangat sedikit (warna kulit, mata -tapi mata orang Melayu pun bukannya besar sangat pun, dan apa lagi ya? saiz? lebih kurang juga, sama sama orang Asia).
Yang membezakan orang Melayu dan Cina hanyalah budaya (agama juga aku kategorikan sebagai budaya) dan bahasa.
Disebabkan budaya tidak boleh dipelajari (ia hanya boleh diserap secara perlahan2 menerusi proses membesar atau penglibatan aktif dan intensif utk satu tempoh yang lama) maka tinggalnya perkara yang boleh di pelajari adalah bahasa.
Jadi, kenapa bagus dipelajari bahasa Mandarin? (lebih-lebih lagi bagi orang Melayu yang ada isu kompleks dengan orang Cina)
Jawapannya ada dua, bergantung kamu dari golongan mana.
1) Kamu dari golongan yang tidak kompleks Cina/tak kisah pun Cina atau bukan:
---------------------------------------------------------------------------------
Bahasa Mandarin digunakan dengan meluas di merata dunia dan China juga sedang berkembang pesat ekonominya, mungkin kamu boleh ke sana dan memulakan bisnes/perniagaan import eksport (seperti bapa si Ramli dalam cerita Bujang Lapuk - siap berpengkalan di Hong Kong lagi).
2) Kamu dari golongan kompleks Cina:
---------------------------------------
Inilah ubat yang kamu semua cari-cari samada sedar atau tidak.
Orang putih/Mat Salleh ada mengatakan "We fear the unknown" atau dalam bahasa Melayunya "Kita takut kepada hal yang kita tidak tahu".
Nah! Maka cubalah kamu utk 'tahu' supaya kamu tidak 'takut' lagi.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment