Tuesday, October 30, 2007

Mari Bercakap Cina (Mandarin)



Aku harap ada orang yang datang menjenguk post yang kali ini sebab rasanya hal yang aku coretkan kali ini agak besar manfaatnya bagi orang-orang Melayu.

Lebih kurang 2 tahun yang lalu aku telah membuat keputusan untuk belajar bercakap (menulis belum lagi) bahasa Mandarin (bagi yang kurang pasti: Mandarin adalah umpama bahasa baku atau rasmi, Kantonis, Hokkien, Teow Chew dll adalah dikategori sebagai dialek)

Jadi dengan menguasai Mandarin, kita pasti boleh berkomunikasi dengan orang-orang Cina biarpun ada dikalangan mereka yang tak pandai bertutur bahasa Mandarin (ini kerana semua medium rasmi Cina adalah dalam Mandarin).

Kenapa aku nak mempromosi bahasa Mandarin? Ini adalah kerana aku mempelajari Mandarin secara tak rasmi dan aku telah membuktikan kepada diri sendiri (mungkin kepada beberapa kawan aku juga) yang bahasa mandarin percakapan adalah agak mudah difahami dan mampu dipelajari sendiri.

Pembelajaran aku dilaksanakan sikit demi sikit, satu hari sepotong ayat. Apabila duduk dengan kawan-kawan Cina aku mula bertanya dan bersembang dengan 2-3 potong ayat yang aku telah kuasai, dan dalam beberapa minggu aku sudah menyerap banyak perkataan baru dan gaya/susunan ayat baru. Dan sekarang aku sudah boleh berbual dengan kenalan Cina pada level intermediate.

Bagi aku, orang yang mampu berbahasa Melayu ada kelebihannya apabila belajar bercakap Mandarin. Berdasarkan pengalaman sendiri, tatabahasa dan susunan ayat Mandarin banyak persamaan dengan bahasa Melayu dan adalah agak ringkas (juga seperti bahasa Melayu) kalau hendak dibandingkan dengan tatabahasa Inggeris.


eg: dari segi tatabahasa.
--------------------

Present tense:
Saya makan nasi.

wo ----chi ----fan.

Past tense:
Saya telah makan nasi.

wo --------- chi ----fan le.

Future tense:
Saya akan(mahu) makan nasi.

wo ------yao --------chi ----fan.


dari segi ekspresi.
------------------

sedap (dimakan)
hao ------chi

tak sedap (dimakan)
bu ---hao ----chi

sedap (didengar)
hao ------ting

tak sedap (didengar)
bu --hao -----ting


Itulah antara sedikit contoh yang dapat aku tunjukkan di sini, tulis lebih lebih nanti jadi buang masa pula. Apa pun yang penting di sini adalah persamaan dan keringkasan bahasa Mandarin dapat ditunjukkan.

Cuma yang perlu di usahakan sikit bagi penutur bahasa Melayu dalam belajar bercakap Mandarin adalah intonasi. Bahasa Mandarin adalah bahasa 'tonal' di mana bunyi sebutan juga memainkan peranan, salah bunyi sebutan maksud perkataan pun jadi tak betul.
Tak susah pun, cubalah kuasai 4 intonasi bahasa Mandarin dan dalam masa yang sekejap anda akan juga mula bercakap-cakap Mandarin.

6 comments:

thinker bell said...

wo 'can speak' ei tien tien. huhu.

i can speak a lil. that is the proof of how little mandarin i speak.

anyway,buat la crash course. yg u tulis tu basic sgt. i dari tadika dah tau dah yg tu. hehehe.

just to share with u, before entering a chinese kindergarten at 4 years old, i was already in a tamil school in a getah plantation. i used to speak tamil to the orang gaji and all. tp now , seriously, habok pon tarak. takat une rene itu aje. haha.

so, let's study tamil jom. :) dan juga bahasa mandarin .

thinker bell said...

btw, mind giving your email?
i'd like to mail u something.

sekian.

47 said...

Hao! Ni yiese hui jiang hua yu! Tai bang le.

Maybe I can explain a little more abt mandarin (what I know only la) later on. But what I wanted to convey with this post is simply: Tak susah sgt nak belajar bercakap mandarin utk kegunaan harian, (kalau nak belajar lebih lagi rasanya of course akan jadi lebih susah) utk perbualan harian sebenarnya tak perlu ambil kelas pun. Setiap hari sikit, lama lama dah fasih bersembang, maybe dah boleh mula tawar menawar :P

My email address: 4ortyse7en@gmail.com

Anonymous said...

wow, learning mandarin by yourself.two thumbs up for you.

47 said...

Xie xie! Ke shi wo jiangde hua yu hai bu gou hao le. Hai you hen duo dongxi wo bu zhi dao :)

Ismah izzati said...

Aku harap boleh cakap Bahasa mandarin,boleh ajar tak step by step yg kene mula dulu..terlalu banyak sampai terlupa ayat2 baru..rasa aku tak sistematik bila nak belajar..