Monday, October 29, 2007

Tentang Cintakan Bangsa

Bagi aku perasaan nasionalisma ni ada baiknya, tapi aku rasa kita tidak boleh TERLALU fanatik dengan bangsa. Bahaya, obsesi boleh membawa kepada perasaan dan mentaliti 'aku sahaja betul' yang seterusnya boleh memecah belahkan masyarakat kita yang majmuk ini.

Sebenarnya, (bagi aku lah, mungkin tak sama bagi kamu) aku rasa sedikit pelik apabila bangsa dan agama dipandang seolah-olah sinonim. Bagi aku yang lebih utama adalah bangsa itu, agama berubah, bangsa tidak...hmm maksud aku di sini adalah contohnya, bangsa Melayu satu ketika dulu menganut agama Hindu, kemudian fahaman Buddhisme sedikit-sedikit, akhirnya menganut Islam apabila pedagang Arab datang berniaga (dan raja Melayu memeluk Islam). Jadi agama berubah, tapi identiti bangsa Melayu itu pada asasnya masih sama walaupun ada juga perubahan sedikit kepada sesetengah bahagian amalan kebudayanya.

Jadi bagi aku walaubagaimana sekali pun, aku lebih sayangkan (care) bangsa dari agama. Aku sayangkan bangsa ni bukan apa, bukan kerana genetik atau ketulenan darah bangsa Melayu (dah tak ada rasanya Melayu tulen dalam Malaysia, setiap dari kita berkemungkinan besar sudah berdarah campuran -termasuklah aku. eg: Mamak, Baba, Bugis, Jawa- tak kisahlah...err sebenarnya patut diambil kisah kerana ianya sebahagian dari warisan kita masing-masing, tapi mungkin hal ini aku boleh ulaskan di post lain).

Perasaan sayang ini juga bukan aku buat-buat atau timbul setelah mendengar ceramah pemimpin atau atas sebab-sebab remeh lain yang serupa ini....

Kalau nak diikutkan apabila aku memerhati hal-hal yang wujud dalam bangsa Melayu sekarang...dengan Mat Rempitnya, dengan Peragutnya (aku rasa kemungkinan besar mereka ini Melayu), dengan Litter Bug-nya yang ramai - aku nampak dengan mata sendiri (litter bug dalam bahasa Melayu apa ya?), dengan komen-komen bodoh Wakil Rakyatnya yang membuatkan aku sangsi dengan kebolehan memimpin mereka(lihat saja di Youtube) Ah! Perasaan yang timbul hanyalah meluat, kalau cukup wang memang sudah lama aku pindah ke negara luar.

Berbalik kepada persoalan mengapa boleh bercambah perasaan sayangkan bangsa dalam hati aku. Hati aku menjadi lembut dan timbul rasa sayang apabila aku lihat anak-anak kecil dan adik-adik kita yang di sekolah rendah pulang dari sekolah pada waktu petang.

Memerhatikan gelagat mereka sudah cukup untuk membuat aku tersenyum dan membuatkan aku 'care'. Ya, merekalah puncanya, aku tidak sayangkan orang Melayu dewasa dan tua bangka yang bersifat negatif seperti dinyatakan tadi (mungkin kerana buluh sudah tidak boleh dilentur), tidak sama sekali. Aku sayangkan anak-anak dan adik-adik Melayu, generasi baru yang sedang membesar.

Aku harap Malaysia akan menjadi sebuah tempat yang jauh lebih baik bagi mereka semua nanti dan aku akan cuba untuk menyumbang dengan cara yang aku mampu ke arah itu.

4 comments:

Sleep Monger said...

ya dude, i feel u.. mulakan dari mereka. yang tua2, dah susah nk ltak harapan. heh

47 said...

Thanks man! It feels good to get a feedback, like a friendly pat in back.

Tak sangka post nih dapat juga 'send across the message' bila aku baru terfikir yang mungkin post nih tak berjaya meyampaikan mesej.

thinker bell said...

do u ever wish that somehow everyone would read this and give it a thought? and made something out of it?

but when in reality there's only a niche of readers who find this kind of thinking interesting, and a selected few who would felt compelled to do anything, in the end, how are we going to move this bangsa melayu?

i get what u mean sir. at times i wish i could be a teacher. where i could be near them and mould their thinking. but who am i to say.

so, mari kita bincangkan how do we get this msg across? to the people who needs to understand this?

47 said...

Oh how I wish for that to happen! Tapi rasanya kalau adapun mat rempit/litter bug/etc yang terbaca atau membaca tulisan-tulisan yang seperti ini rasanya tak kan ada kesan jugak kot.

Haih, pelik betul bila difikirkan. Cthnya litter bug, bukannya2 budak2 lagi, dah tua2 dah. Takkan nak kena tunjuk lagi tong sampah tu mcm mana rupanya, takkan nak kena ajar lagi sampah tu menyemakkan mata dan menyengat hidung. Pelik kan?