Thursday, November 22, 2007

Himpunan Mini Fakta Kurang Berguna


Ini adalah himpunan fakta yang aku sedar/dapat tahu samada baru-baru ini atau lama-lama dulu.

1) Rasa Pencuci Muka Mampu Membuatkan Anda Muntah:
------------------------------------------------------------
Satu pagi yang hening aku bangun lalu ke bilik air. Tangan aku secara automatik memegang tiub dan menekan 'paste' ke atas berus gigi lalu terus masuk ke mulut. Terus tersentak dari lamunan kerana seluruh badan aku terasa mual, rasa seperti nak termuntah disebabkan satu rasa yang sangat tidak enak di dalam mulut.

Sebenarnya tiub yang dicapai aku adalah tiub pencuci muka, dan rasa pencuci muka amatlah tidak menyelerakan. Jangan cuba dan berhati hati di lain waktu.


2) Ketika Kecemasan Memerlukan Sedikit Syiling:
---------------------------------------------------
Ada waktu-waktu dimana anda memerlukan sedikit syiling dan anda tiada masa atau ruang utk menukar wang di kedai terdekat (atau jauh).
Eg: Ketika hand/mobile phone kehabisan bateri dan anda terpaksa menggunakan public phone.
Eg: Anda membeli air dari 'vending machine' dan anda kekurangan lagi beberapa sen.

Jawapannya ada di contoh pertama, pergi ke public phone dan cuba lihat di dalam slot baki, selalunya memang ada syiling ~ maksimum 50 sen rasanya ~paling 'common' 20 sen dan 10 sen. Jadilah tu..


3) Mi Segera:
---------------
Aku bukanlah peminat mi segera, tapi aku memang ada menyimpan 'instant/canned food' di rumah. Ini kerana pada waktu-waktu darurat seperti malas keluar membeli makanan atau kehabisan 'ration' makanan yang lebih berkhasiat di dalam peti ais, maka adalah makanan segera ini sebagai back-up.

Fakta: Mi Sedap memang sedap, lebih sedap dari Maggi, Indo, etc.

Bolehlah saudara saudari sekalian cuba sendiri dirumah nanti. Dan satu lagi jangan makan lebih dari satu paket pada suatu masa, anda akan rasa loya dan mungkin tidak akan menyentuh lagi mi segera tersebut (or maybe this is just me).

Tapi makanan segera yang aku rasa lebih sedap dan baik adalah sup cendawan segera (campurkan cebisan roti kalau ada). Lebih menyelerakan dan lebih sihat mungkin.


4) Orang Perempuan Itu Ada Anginnya:
------------------------------------------
Wahai rakan-rakan lelaki ku, orang perempuan ada angin. Namun kekuatan angin ini bervariasi mengikut individu. Ada yang anginnya sederhana dan 'acceptable', ada jugak yang anginnya asyik bertiup macam taufan.

Hati-hati ketika angin bertiup, walaupun angin ini berpunca dari wanita (kesannya ke atas wanita itu sendiri aku kurang pasti, mungkin aku boleh menjalankan soal selidik tentang hal ini kelak), lelaki yang berada berhampiran juga mampu terasa kesannya secara mendalam. Antara simptom-simptom yang dikenal pasti kesan dari angin ini pada kaum lelaki adalah:

-kening berkerut
-muka malas nak senyum
-minda terasa tegang, seperti bakal sakit kepala
-badan juga menjadi tegang
-telinga menjadi malas melayan bebelan/cakap-cakap
-langkah menjadi laju (jika berjalan)
-hati mungkin menyumpah-nyumpah
-etc


5) Dumbbell Dijadikan Tempat Meletak Kaki:
----------------------------------------------
Adapun tersebutlah yang bahawa aku ini memiliki dumbbells dan entah mengapa setiap kali kawan kawan/member datang bersembang di tempat aku, ramai sahaja yang akan duduk di atas kerusi, dan dengan semula jadinya akan melunjurkan kaki sambil menarik dumbbbell/s supaya lebih dekat dengan tempat duduk.

Lalu dumbbell itu pun menjadi tempat merehatkan telapak kaki yang telah memijak di mana-mana dan entah apa-apa. Haih~ dumbbell itu nanti bila aku nak gunakan, aku akan pegang dengan tangan aku. Apakah mereka ini tak mampu ber-pikir?! Pelik pelik.


Ya, it sahaja buat masa sekarang. Jumpa lagi di lain rancangan.

4 comments:

Anonymous said...

hi 47!

sebut tang angin ni, lelaki ke, pompuan ke.. sama aje!

tang makan mi segera tu,saya setujulah dgn pendapat anda..tak bole makan lebih2. bab makan ni pun dalam Quran ada sebut!

saya bukan penggemar mi segera, jadi tak simpan 1 pek pun di rumah!

seronok baca coretan anda!

47 said...

Hi Virgo,

Betul tu, orang lelaki pun ada anginnya tapi dari pengalaman sendiri, rasanya boleh dikatakan bagi setiap 1 lelaki berangin ada 5 perempuan berangin. Nisbah 1:5.

Tapi penulisan tentang angin perempuan ini tak dinafikan mungkin sedikit 'biased', ini kerana saya sendiri baru saja dilanda angin perempuan sejurus sebelum melengkap kan coretan hari ini.

Terima kasih sbb datang Virgo, sila datang lagi ya ;)

Lin Abdul Rahman said...

#2 - saya baru je mengalami satu kemalangan tak berapa lama dahulu. dalam keadaan panik saya seluk2 dalam poket dan terjumpa sekeping duing $5 yang saya belanjakan untuk beli kopi supaya ada duit syiling untuk membuat panggilan di telefon awam. sejak itu saya slalu pastikan ada sedikit wang dalam setiap pasang sluar saya untuk kegunaan swaktu kecemasan :D

nurulazreenazlan said...

"hell hath no fury like a woman scorned"

Dude who came up with that saying was one hell of a smart guy.

*wink*