Friday, November 16, 2007

Aku Mahu/Perlu/Mesti Menjadi Lebih Efisien



Aku berehat dari blogging sekejap kerana ada dua tiga benda yang perlu diselesaikan terlebih dulu. Tak tahu lah ada atau tak orang yang 'look forward to' membaca apa-apa yang aku tulis ni. Tapi kalau ada, aku nak cakap 'sorry' sebab berhenti mengejut..rasa bersalah bila tengok ada komen yang dah ditinggalkan lama tanpa aku meng-reply-nya...macam membiarkan orang bercakap sorang-sorang.

Bukan apa, dua-tiga hari yang lepas aku terpaksa pergi melawat kawasan-kawasan pedalaman yang kurang membangun dan melihat apa bentuk infrastruktur yang boleh ditambah bagi menjadikan kawasan-kawasan ini lebih lancar fungsinya. Wah, bunyi macam wakil rakyat kan? Sebenarnya aku bukan wakil rakyat, aku pun macam kamu juga, kawasan pedalaman yang aku maksudkan disini adalah ceruk ceruk terabai dalam kepala aku.

Seperti kata Mark Twain:
"Life does not consist mainly, or even largely, of facts and happenings. It consists mainly of the storm of thought that is forever flowing through one's head.”

Yang aku cuba buat adalah memperbaharui sesetengah bahagian minda aku. Dah muak dan bosan rasanya hidup 'stuck in second gear' atau 'half-assed living' seperti kata nurulazreenazlan di salah satu entri/post-nya.

Aku pernah lebih efisien satu ketika dulu. Tapi sekarang 'performance' aku rasanya dah menurun, dah bertahun-tahun jugak macam ini rasanya. Leceh betul lah..

Rasa macam zaman kegemilangan telah lama berlalu. Cuba bandingkan gambar Mesir pada zaman kegemilangan firaun-firaun/pharaohs (jangan cepat menambah laknatullah atau apa-apa lagi gelaran negatif, mereka ini kebanyakannya pemimpin yang 'able', mereka telah membina tamadun di tengah-tengah padang pasir, orang yang menambah gelaran-gelaran ini, apa yang kamu dah bina? - maaf, melencong sedikit) dengan gambar tinggalan-tinggalan yang ada sekarang.

Begitulah perasaan aku bila aku fikirkan tentang hal ini. Jadi macam mana sekali pun aku perlu, aku mesti menjadi lebih baik. Aku rasa langkah pertama yang aku nak cuba adalah dengan menyumbat telinga aku dengan cakap-cakap Anthony Robbins. Suatu ketika dulu aku pernah cuba, diakui berkesan -telah membantu aku membentuk perspektif yang lebih jelas pada ketika itu.

Ya, itu yang aku mahu...jelas. Clarity, Focus, Calmness and Poise, -Efficient.

3 comments:

nurulazreenazlan said...

i am efficiently trying to get a job, but it'll take a while in this town!

good luck in sorting your head, it's a life long struggle for me ;P

47 said...

Thanks for the goodluck wish. I think I do need some luck in overhauling my brain :)

Anonymous said...

hi 47!

tahniah kerana anda sedang berusaha untuk menjadi lebih efisyen daripada sekarang / dahulu!

adalah lebih baik kita sendiri menyedari 'kelemahan' kita itu dan cuba memperbaikinya..

saya percaya anda pasti berjaya!!!

p/s: sejak saya 'terjumpa' blog anda anda, saya 'membukanya' setiap kali saya melayari internet.