Tuesday, April 8, 2008

Harus Dimakan

Tadi cuma cuba sepotong.

Lepas ini harus makan sepinggan: Garlic naan cheese!

Monday, April 7, 2008

AAaaa…

Ok, ini pendek sahaja dan ada berkaitan sedikit sebanyak dengan kes Sufiah (mungkin).


Dulu, pada suatu ketika, keluar dalam akhbar cerita tentang seorang remaja perempuan yang menggemparkan tanah air dengan keputusan SPM __A.


Bila aku berjumpa dengan rakan aku pada hari itu, dia kata, sambil tangannya masih memegang akhbar..

"Fuiyo...gila terer budak ni! Gempak!"


Aku cuma pandang dia biasa. Dia tanya aku..

"Ko tak rasa gempak ke berita macam ni?" dengan muka penuh harapan.


Jawapan aku membuatkan dia kecewa..

"Tak"


Tapi aku jelaskan sebab-sebab aku..

"Ko tengok, sekarang dia ni dapat 20A, semua orang kecoh kecoh..lepas ni ko tengoklah, tahun depan ada orang dapat 30A"

"Aku rasa ni satu budaya yang tak sihat, aku rasa la...sebab lepas ni mesti budak-budak yang jadi mangsa, parents semuanya nak kejar 20,30,40..100A"

"last-last budak-budak ni lah yang tak sempat nak enjoy, tak sempat nak grow up...habis sekolah, tuition, weekends, tuition lagi"

"bila dah banyak A nanti, hantar diaorang pergi kelas piano pulak, lepas tu kasi menari ballet sekali"

"haih..."


Rakan aku mukanya sudah tak kecewa lagi, dah faham apa yang aku rasa. Mengangguk-angguk pula jadinya.

"Betul jugak" katanya.


Ini cuma pendapat aku lah.

.
.
.

BTW, masa aku kecil-kecil dulu, aku layan ini. Jangan main-main, aku juga ada pedangnya -The Eye of Thundera. Apabila duduk dalam tempat gelap, dan tekan butang pada pemegangnya, lambangnya akan menyala.



Nostalgik sungguh.

Saturday, April 5, 2008

Pengusaha Donut Semakin Bijak

Sebelum makan malam tadi, lagi sekali aku di hidangkan dengan makanan percuma. Sekotak donut dari kedai bernama Big Apple. (terima kasih)


Aku bukan penggemar donut. Apa-apa yang berkrim (seperti coklat contohnya) dan ber-icing, aku memang tak berminat dan aku anggap benda ini sebagai satu rahmat, kerana sifat aku ini menjadikan aku tak perlu risau akan jadi gemuk atau berlemak hasil makan donut dan coklat.


Tapi tadi, ketika aku memegang kotak donut, aku terpukau dengan aromanya, bau donut-donut di dalam kotak itu memang lain dari yang lain. Menyelerakan.


Cepat-cepat aku buka kotak...cis!


Aku sudah terkena! Donut-donut di dalam semuanya ditabur dengan keju! di-laced dengan white chocolate dan di tabur dengan keju. Dan keju lebur itulah yang menghasilkan aroma tadi.


Aku menggelengkan kepala, kagum juga jadinya, sebab pengusaha donut sudah berjaya menemui cara membuatkan aku mula consider untuk mahu makan donut lagi. Sambil geleng-geleng sudah dua donut aku telan.


Dunia kapitalis donut memang licik, kan?

Friday, April 4, 2008

Sufiah Yusuf dan AAaaa...



Pertama sekali, aku ingin nyatakan yang apa aku rasa dalam kes Sufiah, gadis genius yang satu ketika dulu memasuki Oxford pada usia 13 tahun, adalah simpati semata-mata dan aku harap dia bahagia sekarang dengan pilihan dia, kalau belum bahagia aku harap dia akan menemui kebahagiaan.


Bagi aku, masuk Oxford pada umur 13 tahun memang luar biasa, tapi aku tidak jadi kagum, aku cuma jadi hairan kerana bagi aku ini satu perkara yang unnatural (hence luar biasa). Apa yang orang selalu ambil masa lebih kurang 20 tahun untuk capai, dia dah capai dulu hanya dalam 13 tahun.


Pernah dengar orang cakap “there’s no such thing as a free lunch” ? atau “to get something, you have to give up something else” ?


Aku rasa itu yang berlaku kepada Sufiah, habis terkorban zaman riang ria kanak-kanak untuk mencapai ‘kejayaan’. Apa definisi kejayaan itu sendiri, aku pun kurang pasti, sebab itu aku letak dalam ‘ ‘.


Kejayaan = masuk Oxford umur 13? Really? I say that’s just a load of crap.


Ditambah pula dengan berita yang bapanya sekarang dalam penjara kerana didapati bersalah mencabul gadis-gadis berumur 15 tahun yang mengambil kelas tambahan dengannya. Aku tak dapat mengelak dari terfikir yang ada kemungkinan Sufiah semasa zaman kecil dulu, bukan sahaja diletak dalam pressure cooker 'kecemerlangan' bahkan turut di molest oleh ayah kandung sendiri.


Kesimpulannya, the whole thing is a total mess. She’s pretty much wrecked even earlier on, and I hope she’ll strive harder and recover sometime in the near future.

.

.

.

Mungkin ada yang terfikir apa itu “AAaaa….”, kalau mahu tahu, jangan ubah rancangan, teruskan bersama….jangan biarkan hidup anda diselubungi…misteriiii…

Thursday, April 3, 2008

Label

Label-label di sini tak pernah dibuat dengan teknik categorization yang betul tapi aku mahu enable-kan show labels. Akibatnya, produk akhir jadi panjang berjela, sila lihat di sebelah kanan bawah sikit.


Bolehlah tuan-tuan dan puan-puan jadikan bahan rujukan ya, browse elok-elok macam dalam perpustakaan. Lebih afdhal, bancuhlah secawan kopi, jadi sambil browse boleh hirup hirup, otak jadi tenang dan kalau orang tengok pun nampak cool (ie: nampak macam buat perkara serius, duduk depan pc dengan secawan kopi, lengkapkan ilusi dengan kening berkerut)


Have a nice day everyone!

Wednesday, April 2, 2008

Collaboration - TAMAT

Aku tulis di sini idea-idea yang timbul dari kepala otak aku hasil dari stimulasi mental dari persekitaran aku. Boleh saja aku berhenti bila-bila yang aku nak, kadang-kadang bosan juga, tapi aku jadi terpanggil untuk terus tulis lagi kerana ada interaksi dan pertukaran buah fikiran di sini.


Kepada fellow bloggers dan commenters yang selalu singgah sini, dari dulu sampai sekarang, aku nak cakap terima kasih kerana, kamu semualah yang menghidupkan blog ini sebenarnya.


Ok...aku pun kurang pasti kenapa aku bagi ucapan terima kasih macam tu, tapi lantaklah, memang you guys deserved it dan lambat laun aku akan cakap juga, jadi kenapa tidak sekarang.


Seterusnya, terima kasih Magenta, kerana datang lepak di sini. Kolaborasi yang sebenarnya bersifat eksperimental ini memang sesuatu yang unik bagi aku. Alang-alang bercakap pasal eksperimental, aku ingin cakap juga yang blog ini pun sebenarnya memang eksperimental, tak pernah lagi aku tulis panjang-panjang dalam bahasa Melayu selain di sini. (maybe pernah.... tapi zaman berlatih tulis karangan untuk SPM dulu lah)


Baik! Bye bye Magenta! Senang-senang datang lagi ya :)


p/s: Siapa-siapa nak datang pun boleh, naturally...gadis-gadis akan diberi prioriti lebih dari lelaki haha! Ingat, kalau datang bawa buah tangan!

Tuesday, April 1, 2008

Fitna: Cerita Belanda

Cerita yang membuatkan ramai orang Malaysia marah dan mahu boikot produk Belanda. Tapi pernahkah anda tonton cerita Fitna itu?


Ini dia, mungkin ada yang dah cari dan tengok awal-awal lagi, tapi kepada yang belum pernah tengok, aku sudah embed-kan di sini.


Kena tengok dulu, barulah buat keputusan sendiri untuk marah atau boikot. Jangan jadi kambing biri-biri, sekumpulan marah, kita pun jadi marah, sekumpulan lompat, semua pun melompat...nanti sekumpulan terjun lubang, semua ikut terjun lubang, habis mampus semua.


Nah, maka dengan itu, silalah menonton dan buat keputusan sendiri.