
Haaa....burung apa yang kamu fikirkan tu? Tsk tsk tsk...
Apa yang aku maksudkan burung cinta disini adalah gelaran
love birds yang selalu diberikan kepada pasangan manusia, yang secara mudahnya, boleh di-
describe sebagai sedang bercinta. 'Secara mudah' kerana sebenarnya aku rasa benda cinta ini adalah agak kompleks. Kalau dalam bahasa Melayu pun sebagai contoh, kita ada banyak perkataan untuk menjelaskan benda kompleks ini; Angau, mabuk kepayang (?), mabuk(?)...ok, aku tak tahu sangat sebenarnya perkataan apa lagi yang ada.
Tapi yang paling jelas, walaupun kompleks, golongan burung cinta boleh dikelaskan dalam dua kumpulan.
a)
In Love: Mereka yang secara kesuluruhannya
sober, sedar dan tahu diri mereka dan pasangan. Selalunya menerima keadaan seadanya, berfikir dan bertindak secara logikal dan rasional.
b)
Intoxicated by Love: Mereka ini pula adalah
exactly seperti yang dinyatakan-intoxicated. Cinta atau sayang itu mungkin wujud juga, tapi lebih banyak elemen mabuk rasanya. Selalunya menjadi kurang sedar siapa diri mereka dan pasangan, contohnya mungkin ada yang rasa dirinya Arnold Schwazenegger dan pasangannya
Unnur Birna Vilhjálmsdóttir etc. Akibatnya selalu mengambil tindakan yang berbaur terlebih emosi. Eg: menjerit di atas bukit "Watiii! Aku cinta pada muuuu!!" (tak logik/realistik kan?)
Tapi kalau setakat mahu memanjat gunung atau bukit dan menyusahkan serta memeningkan kepala sendiri, tak mengapa, masalahnya kadangkala mereka memeningkan kepala aku juga.
-------------------------------------------------------------
Menyekat Jalan:Malangnya sesetengah koridor, laluan atau kawasan pejalan kaki dalam mahupun luar bangunan cuma muat muat untuk dua orang melepasinya, dan di sini lah juga pasangan yang intoxicated akan berada,
side by side, tangan lelaki akan berada dalam poket belakang jeans pasangannya dan vice versa. Mereka berdua akan berjalan perlahan sambil bercakap-cakap halus kononnya romantik sedangkan di belakang mereka sudah ramai orang yang hilang sabar kerana mahu cepat berjalan. Tahu lah orang selalu kata bila bercinta 'dunia ini kita yang punya', tapi tolong,
don't take it literally.
Mengutuk Orang:Ini memang berlaku. Bila pasangan
intoxicated bersama-sama, mereka akan rasa mereka lah manusia paling sempurna di muka bumi dan akan mula menjeling sana sini sambil mengutuk orang lain. Eg: "Eeee you tengok orang tu, tak ada stail,
that'S mean...tak mulia macam kita kan? hehehe.." atau apa apa perkara lain yang menjurus ke arah yang sama. Mungkin juga akan mengutuk orang yang betul betul di hadapan mereka ketika beratur (membeli tiket wayang contohnya), selalunya dilakukan tanpa segan silu kerana mereka yakin mereka sempurna.
Overprotective Sehingga Menjengkelkan:Kedua-dua perkara di atas aku agak jarang
encounter, tapi yang ini agak kerap. Di mana si lelaki akan rasa dirinya ksatria dalam perisai berkilat (
knight in shining armor) dan pasangannya pula seolah-olah gadis muda dalam tekanan (
damsel in distress). Apa gunanya jadi ksatria dan gadis dalam tekanan kalau tak ada penjahat bukan? Jadi, mereka akan mula berangan-angan lelaki-lelaki lain di sekeliling adalah penjahat. Jeling sana sini dengan pandangan tajam kononnya orang lain mahu rebut teman wanitanya.
Pernah aku mengambil sekilas pandang seorang gadis kerana aku ingat aku terserempak dengan kenalan, rupanya bukan, jadi tamat di situ dan aku meneruskan langkah. Tiba-tiba aku nampak dalam
periphery vision aku, seorang lelaki menjeling tajam ke arah aku dengan mimik muka tak puas hati, lalu aku serta merta tahu -
ah, a knight in shining armor!Jadi, untuk memuaskan hati dan
sifat ingin tahu aku, aku toleh dan pandang straight ke muka ksatria tersebut. Dia terkebil kebil dan memandang tempat lain. Haih..apa ni? Ingatkan ksatria..
-------------------------------------------------------------
Kesimpulannya, pasangan-pasangan sekalian hendaklah
chill out!
Ingat..'dunia ini kita yang punya' itu hanya lah ekspresi semata-mata, ia tak bermakna dunia itu betul betul milik kamu yang punya sehingga kamu boleh menyusahkan orang di sekeliling.
Terima kasih.