Sebelum aku mula, ada beberapa perkara yang aku mahu ajak kamu semua perhatikan; Secara am, orang Melayu yang kurang fasih berbahasa Inggeris (tapi masih juga memasukkan frasa Inggeris dalam perbualan harian mereka - ini layak dipuji) selalu sebut "
that means" sebagai "
that'S mean". Kamu ada perasan? Aku pernah terdengar, bukan curi dengar ya, cakap kuat seorang lelaki yang cuba menjadi
badass, yang menyergah kawan-kawannya "
What'S the hell?!!"
Satu lagi yang aku selalu dengar orang Melayu sebut adalah "sek" bila ayat yang mereka mahu sebut sebenarnya adalah "seks". Selalunya memang macam ini, kan?
Ok, sekarang aku boleh mula.
*B untuk Beruang? Dengan cerita liwat mendapat liputan meluas dalam media Malaysia semenjak beberapa bulan lepas, aku sebenarnya hairan, kenapa isu atau topik homoseksualiti tidak dikupas dan dibincang semeluas liputan cerita liwat di tv dan suratkhabar. Pendek kata tak ada pun sebarang bentuk penjelasan atau kesedaran tentang homoseksualiti di sini. Hmm..
Aku
straight, dan rasanya aku memang tak ada
tendency gay, cuma aku bangkitkan topik ini kerana aku bersifat ingin tahu, dan sifat ingin tahu aku selalunya berunsur kemanusiaan. Sejarah manusia, tamadun manusia, bahasa dan budaya manusia, evolusi manusia, psikologi manusia, manusia
yang cantik dan comel (haha)..dan lain lain.
Dari sudut pandangan aku, persoalan terbesar bila berkenaan topik ini adalah:
Adakah ia sesuatu yang semulajadi (innate) atau adakah ia boleh dipelajari (dari pengaruh sekeliling/persekitaran) ?Mungkin ada dari kalangan kamu yang sedang membaca post ini, tahu bagaimana mahu menjawab, samada dari pengalaman sendiri atau dari sumber-sumber lain. Aku mengalu-alukan komen dan pandangan kamu semua.
Soalan ini timbul kerana pada suatu ketika dulu, rasanya mungkin sekitar umur 13~14 tahun, aku sendiri pernah merasai tarikan kepada rakan sekelas yang sama jantina dengan aku (
member of the same sek). Zaman-zaman antara
puberty dan
pre-puberty, di mana aku dan rakan-rakan rata rata berkulit cerah tanpa cacat cela, mata bulat penuh ekspresi, bibir merah, dan selain rambut di kepala, bulu bulu lain dibadan hanyalah bulu roma halus... ok cukuplah untuk kamu dapat gambarannya.
Aku suka kepada seorang budak lelaki sebaya, dan kami keluar makan, minum dan main sama-sama. Tapi tak tahu lah macam mana pula bentuk tarikan aku terhadap dia (walaupun aku agak yakin perasaan itu
mutual) bagi aku, aku anggap dia macam
girlfriend cuma bezanya dia bukan
girl tapi
boy...(komplikated kan?). Tapi tak ada apa-apa berunsur seksual dalam pergaulan kami, cuma aku suka bila dia ada dan bersama dengan aku, even ketika di rumah ada masanya aku akan menelefon dan bersembang-sembang dengannya, kadang-kadang sebenarnya aku cuma mahu mendengar suaranya.
Tapi akhirnya sampai satu masa, dalam jangka masa setahun saja, bersama dengan peningkatan dalam ketinggian fizikal, pertumbuhan facial hair dan perubahan ketara suara, perasaan aku terhadap rakan sekelas tadi,
amazingly, hilang langsung! Walaupun masih rakan sekelas,
mindset aku berubah terus, tidak ada langsung sebarang bentuk kesukaan dalam ertikata perenggan di atas. Begitu juga dengan dia, aku dapat lihat dari reaksi dia yang dia pun telah berubah seperti aku.
Dan semenjak hari itu kami saling tidak pernah menimbulkan apa-apa pertanyaan berkenaan episod ganjil yang kami sama-sama lalui, terlalu
awkward rasanya mahu diperkatakan. Maka tamatlah pengembaraan pendek aku ke dalam dunia unik tersebut. Adakah itu
sexual identity confusion? Aku pun tak pasti, cuma yang aku pasti, episod tersebut datang dan pergi dengan semulajadi, tanpa pengaruh dari mana-mana pihak. Mungkin bagi sesetengah orang, episod itu datang dan kemudiannya tak pernah-pernah pergi...
Apa pun, sekarang giliran kamu pula untuk mengemukakan pandangan dan menjawab soalan
bold di atas.
p/s: satu lagi persoalan yang boleh tahan besar berkenaan homoseksualiti; adakah hubungan seks menjadi satu keperluan bagi pasangan homoseksual atau adakah ia tak semestinya menjadi satu keperluan?